[Video] Jepun Dilanda Tsunami, Gempa 8.9 Magnitud

by azizan4444 on March 11, 2011

 

Petang tadi, Japan telah dilanda Tsunami akibat gempa bermagnitud 8.9 pada skala richter. Bayangkan apa yang akan berlaku dengan skala sebesar tu? Kejadian itu melibatkan beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun.

Marilah sama-sama kita berdoa supaya segala masalah ini dapat diselesaikan dan berharap mereka yang terlibat semuanya selamat termasuklah rakyat Malaysia yang berada di sana.

Google ada mengeluarkan notis alert berkenaan dengan tsunami ini.

Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.

Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.

Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.

-mStar

Video Tsunami di Jepun :

{ 17 comments… read them below or add one }

arrizz March 11, 2011 at 7:22 pm

8.9, thats really huge! baru jer kawasan rumah aku nie digemparkan dengan bunyi siren amaran tsunami..perghh..cuak lak aku rasa..nauzubillah minta dijauhkan..

Reply

yusenze March 12, 2011 at 5:33 am

Bila sesuatu tragedi atau bencana berlaku di negara-negara membangun faktor utama yang difikirkan oleh ahli korporat adalah soal harga saham yang bakal jatuh merudum. hahha..

Reply

alif March 12, 2011 at 10:05 am

btuah kita di malaysia selamat…syukur pd Allah..tapi jgn lupa pada Allah

Reply

MDHAFiZ.NET March 12, 2011 at 11:23 am

T.S.U.N.A.M.I
Tuhan siksa umat nabi agar mereka insaf…..
semuga negeriku x ditimpa bala bencana seperti ini ya Allah..

Reply

Rie March 12, 2011 at 1:23 pm

sama-samalah kita berdoa supaya Malaysia dilindungi selalu

Reply

LadyBird March 12, 2011 at 9:51 pm

semoga kite semua dilindungi drp malapetaka itu.. Semoga rakyat jepun juga dilindungi.. ameeennn.. x sanggup melihat kesengsaraan mereka.. :(

Reply

deCrewz March 14, 2011 at 3:04 am

Harap2 semuanya selamat lah..

Reply

aimannajmy March 14, 2011 at 6:18 pm

harap semuanya selamat.. baru tadi tengok berita mengenai letupan di reaktor yang ketiga.. Ya Allah selamatkanlah kami

Reply

wazy March 15, 2011 at 12:50 am

Hmm
sedih gak bila tengok video tu
mudah-mudahan semua terselamat

Reply

Pauh Putik March 15, 2011 at 8:45 am

mintak jauh la tsunami sapa semula di Malaysia

tapi kalu sapa jugak kena pakat muhasabah diri la blako….

sebab tu tanda Allah bagi amaran dengan perbuatan manusia atas muka bumi nie

Reply

mancai March 17, 2011 at 7:47 pm

Maha Besar Allah, mintak di jauhkan negara kita dari malapetaka…

Reply

samanosuke_04 March 17, 2011 at 10:46 pm

hehe, aku bangun pg hari tue, tgk secara live tsunami tue.. seram wei, tapi sibbaik orang jepun pandai sket, diorang daa evacuate awal.. kebanyakan tempat yang kena sapu licin dek ombak tue dah evacuate dah..

Reply

hafidz March 18, 2011 at 1:18 pm

tsunami paling teruk di jepun.
hingga memabawa radiasi kesan daripada stesen nuklearnya

Reply

decrewz March 21, 2011 at 8:39 am

Minta2lah Malaysia x kena.. :(

Reply

Wan March 22, 2011 at 10:48 pm

jepun dok dekat dgn lingkaran api pasifik.mmg bahaya

Reply

Nine March 29, 2011 at 1:26 pm

memang teruk aku tgk kat utube masa kejadian Tsunami tempoh hari…abis kereta2 n rumah2 macam semut berjalan jadinya…

Reply

Ali ridha April 9, 2011 at 6:39 pm

susah nak membangun kembali.
modal pasti besar.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: