
Menulis blog memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi mereka penulis blog yang tegar, setiap hari mesti ada satu artikel dalam blog mereka. Berlainan pula dengan saya, kalau diikutkan saya belum lagi dikategorikan sebagai penulis blog yang tegar. Kenapa? Lihat saja artikel pada bulan lepas, hanya enam artikel dapat saya tulis. Sangat berbeza dengan mereka yang tegar sampai enam artikel dalam sehari pun mereka boleh terbitkan. Hehe!
Menulis blog juga memerlukan idea dan masa yang secukupnya untuk menulis sesuatu artikel. Sekiranya idea ada, tetapi masa tak cukup susah juga untuk menulis. Begitu juga bila anda mempunyai masa yang cukup tetapi idea untuk menulis kosong, sebarang artikel tidak dapat ditulis. Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai idea dan masa yang secukupnya? Jawapannya tiru macam saya. Saya update blog. Hehe! Tak elok tangguh. Diri sendiri yang rugi. Setuju?
Rasanya sudah lama saya tak berkongsi tips dengan anda semua. Sebenarnya saya sendiri pun lupa samada saya sudah lama tidak berkongsi atau mungkin ini adalah kali pertama saya berkongsi dengan anda. Hehe! :p. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca azizankadirdotcom bagaimana untuk menjadi penulis blog yang popular. Saya selalu dengar orang cakap, nak jadi popular senang je. Dapat masuk tv juga surat khabar tu popular la penulis blog tersebut. Yes! itu antara cara untuk anda ingin popular. Tetapi bagaimana cara untuk masuk surat khabar?
Sebelum ini, sudah ramai penulis blog yang masuk surat khabar termasuklah ehem ehem Hanis Zalikha. Jom ikuti kupasan dan cara cara untuk menjadi kacak dan cun dalam surat khabar.
1. Hasilkan artikel menarik dan berfaedah
Saya yakin semua orang sudah sedia maklum tentang cara ini. Tetapi masih ramai yang tidak mampu melakukan walaupun mereka mampu mengeluarkan artikel setiap hari. Anda boleh menghasilkan artikel yang menarik tanpa memerlukan modal. Antara artikel artikel yang mudah mendapat perhatian adalah artikel yang berkaitan kesihatan, pelancongan, budaya hidup sesuatu masyarakat dan juga artikel yang berkaitan dengan dunia blogging itu sendiri. Hasilkan seberapa tips yang bagus untuk perkongsian.
2. Letak seberapa banyak gambar cun dalam blog dan artikel
Dengan cara ini juga, blog anda berpeluang untuk masuk surat khabar. Tetapi cara ini lebih kepada blogger wanita. Setakat ini sudah banyak pemilik blog yang memaparkan gambar gambar mereka yang menarik dan cun cun. Hehe! Sekiranya ada penulis akhbar yang membaca blog anda. Mereka akan tertarik dengan perwatakan dan karisma anda dalam penulisan blog serta ditambah dengan pakej body yang menawan, anda berpeluang untuk menghiasi salah satu segmen dalam akhbar tersebut. :p
3. Wujudkan bisnes secara online melalui blog
Memang tidak dinafikan, cara ini adalah salah satu cara yang bagus untuk anda masuk surat khabar. Sebelum ini, sudah banyak yang saya jumpa blog bisnes online yang sudah masuk akhbar. Sekiranya pemilik blog bisnes tersebut masih remaja atau awal 20 an yang sudah berjaya. Peluang untuk anda masuk surat khabar adalah lebih besar. Pelbagai bisnes yang boleh anda jalankan melalu blog. Setakat ini, banyak blog yang menjalankan bisnes penjualan pakaian termasuklah shawl, baju bundle dan banyak lagi yang boleh dijumpai.
4. Penulisan blog melalui gambar-gambar
Bagi mereka yang gemar melukis, atau dalam bahasa mudahnya kartunis juga boleh memanfaatkan bakat mereka itu. Sekiranya anda mempunyai bakat dalam lukisan, tunjukkan bakat yang anda ada melalui blog dan hasilkan seberapa banyak lukisan yang berkualiti. Mungkin nilai estetika yang ada dalam lukisan anda tersebut menyebabkan anda berpeluang untuk masuk surat khabar dan tidak mustahil juga dengan cara tersebut, impian anda ingin menjadi kartunis akan menjadi kenyataan.
5. Menulis tentang isu semasa
Cara ini adalah antara yang popular masa sekarang. Ramai blogger yang suka menulis tentang isu isu semasa. Isu semasa dalam dan luar negara termasuklah isu politik, hiburan dan sukan. Pada pemerhatian saya, ramai blogger yang mempunyai pendapat yang bernas tentang sesuatu isu. Saya yakin sekiranya pandangan dan pendapat anda yang bernas itu akan membuatkan sestengah pihak dapat membuka mata dan dengan cara ini, surat khabar lah yang akan mempopularkan anda. Hehe! Bagaimana pula dengan blogger yang suka bangkit isu sensitif supaya mereka popular dengan cepat dan dapat masuk surat khabar? Sepertimana kisah blogger Aduka Taruna sebelum ini yang menghangatkan dunia blogging.
Saya rasa cukuplah beberapa tips yang disenaraikan di atas. Tips yang saya senaraikan adalah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya sendiri. Mungkin di kalangan anda mempunyai pendapat dan cara masing masing untuk popularkan blog mereka dan berpeluang masuk surat khabar. Mungkin juga ada di kalangan kita yang pernah masuk surat khabar. Sekiranya ada, bolehlah kongsi bersama- sama dan tips dari anda amat dihargai.
Ismail Bambu – Gua nak promote blog ini sampai Barack Obama pun boleh baca.
{ 98 comments… read them below or add one }
Next Comments →
Betul gak tu bro,selain letak gambar ,menulis tentang isu-isu semasa boleh menaikkan traffic blog kerana ramai yang minat membaca tentang isu semasa ni.Secara tidak langsung blog akan popular.. hehe
dah letak gambar cun, tp tak glamour…owhhh, tau2, sebab lieya taak cun melecun..kikiKI
mcm mana nak aplikasikan tips tersebut kalau blog sendiri pun x leh nak buka… adeh.. nak menjenguk admin pun x leh lagi ni… borink tul dengan tenet skrg nih… hilang terus semangat…
@Mr.Bintang, mcmne jgk negara nak maju klu jalur lebar pon merangkak2…ssh nk bt keje…
wah2..susahnya tips nih..memang tak mampu r nak follow..hanya mampu membaca…
@in-kilter, thnks bace..hehe..bukan senang nk jd senang,bukan susah nk jd susah:P
gambar seksi termasuk dalam kategori gambar cun tak.. hehe..
@ezany, termasuk kot..tp klu pic cun org lain bt pe..nak yg owner sndri..hik3:P
@azizan4444, tak pernah aku tgk gambar seksi ko pun kat blog ni.. hahaha..
buat macam adukateruna bro..dia memang alert tentang isu semasa sehinggakan bukan saja masuk dalam paper..malah dalam TV terus..haha
@marki, btol jgk tu..tp tu bukan matlamat blogger yg sebenar la kan..hehe…
@azizan4444, haha..itu cari nahas tue sebenarnya..
hehehe!
akhirnye zizankadir update blog beliau
=)
@riBEna, yey..clap ur hand..haha..ssh btol nak update..bln ni da 5hb br ad 1 entri..hoho:P
@azizan4444, ok clap clap..haha! biase ar tuh..memahami zizan jnis mls nk menaip..dan memahami jgk..xdpt lagi la tu sexyteri tuk menaip..haha!
betul la tu, kdg2 idea menimbun tp masa limited… sbb blogging bukannya core bussiness. just hobi jer, mengisi masa terluang…
Popular?? Ape tu?? Huk2!
Fail la bab2 nk jadi popular dlm blogging ni. Tp.. Xpela. Low profile je. Kui2~
@Fathiha Zainal, blogging suke2 mmg x tgk sgt bnda ni kn…mule2 mmg low profile..lps tu?high profile..haha
da malas nak bl0gging…
nak carik cara lain lak nak femes..hua3
@sharamli, haha..awal plk retire…kn jd penyanyi tuh..xde guna bakat nyanyi kt dpur x gilap.hoho:P
setuju sangat dengan kupasan bro ni, blog ambo x masuk suratkhabar, tapi masuk malaysiakini adalah sekali, bila buat posting pasal manohara..berdesup2 naik traffic..hehehe
salam ceria..
huhu apa yang penting usaha kenalah lebih jika nak popular kan..huhu..
tapi buatlah sekadar yg termampu..btul tak? jgnlah mudah memaksa diri ..huhu
nice post yg mnrik utuk di kongsikan bsma
aku dari dulu pegang satu prinsip..
tulis dengan jujur dan tak hipokrit…
jadi diri sendiri (er.. macam artis plak)
tahniah untuk anda..semoga sukses selalu dalam dunia blogging.
tips2 yang dikongsikan memang bermanfaat.
salam…nice article, setuju dengan pendapat saudara..
tapi cara yg paling mudah nak masuk surat khabar…tulis isu sensitif.
pastu mencanak-canak traffic datang..
tapi waktu tu mungkin anda x dapat merasa nikmatnya sbb anda mungkin dlm tahanan polis atau sedang dibicarakan di mahkamah..hehe
nak letak gambar2 pun kne hati-hati jugak.. maksud aku, kalu letak gmbar HD je.. memang lama la nak load page. letak gmbar satu-dua dah cukup.. kalau rajin, smush la dulu gambar tuh.. hidup jangan menyusahkan orang.. betul x?
waaa….sush nyer tips.hehe.xpe la, x glmer pon xpe
hohoho..perli i ke per?..hahha
i salu update bila i rase i suke…org nk bc ke tk nk ke lantak arr kan..hahha sebb bukn nak fofular a.k.a glamer pon..saje suke2..kepuasan bak kata i..hahha ;p
bagus tips yg diberikan oleh tuan blog cik azizan disini..disampaikan secara jujur dan uncle amat sukakannya..serius beb! mgkin akan uncle amik sebagai ilmu utk memantapkan blog uncle nanti.
sekiranya masa cukup, idea melimpah ruah tapi sambungan internet hampeh… pudar segunung perasaan yang pada awalnya diselubungi rasa teruja yang membara… wakaka~~~
Aku la tu orangnye~~~
susah gak ye nk mnulis ni .. tak pe la setakat suka2 je tak yah la pulun sesangat..tip yg diberikan tu ok gak..
thankz for these tips
satu lg cara baik punya..menyamar jadi awek cun, n jdkan blog tu cam blog pmpn..ekekeh mesti meletop py
Aku suka kupas psl isu semasa, sng nak naik. Kalau aku tulis blog mcm hanis zalikha, confirm xde org nk baca. Haha.
idea memang susah nak cari.. idea ada bila nak terjemahkan dalam bentuk tulisan memang susah.. sudahnya jadi tak ada idea.. hehehe
bila plak ko jadi pakar tips ni….?
setahu aku bab2 gosip awek ada la…takpun gmbr sexy2…haha..
Biasanya blog wanita lebih popular
@imran, biasala tu
banyak sgt gambar.. lambat jugak loading…
salam jijie,
akhirnya update jugak blog…hehehee, gmbr klu nak letak xperlu bnyk2 sgt mcm mus kata tu..sbb bila blog lmbt loading org terus tekan pangkah kt browser tu…hehee
letak gamabr blue lg cpt fofular
HEEEEEEEEEEEE…
teruskan niat anda
bagus bagus
saya juga ingin menjadikan blog saya yg terbaik nanti
cuma belum kesampaian lagi
heeeeeee
tunggu
tahniah!!
betul tu bro, entry yang bergambar lebih menarik perhatian dari tulisan plain je..
senang jer kalo nak fofular nie.
iklankn ar blog tue kat TV3.
kalo x pun mnta karam singh tlg promot.
ngee.
hurmmmmmmmm……..
xpopular pon…
@ayue aishah, alah cek balik,sure mesti ada yag tak kena tu aishah
erm lepas nie aku letak gambar ala2 macho..mesti ramai datang ..hehe..
time kasih kerana tips yg berguna ini
Langkah2 yg bro tulis tu semuanya bagus! Inilah satu satu contoh artikel berfaedah! hehehe..tahniah!
wah bgus2 terbaik dari ladang…. Tips yg brguna…;)
Good info, dan yg penting posting tu mestilah ada unsur -unsur ilmu pengetahuan. Mungkin dpt tambah ape yg x tahu kepada tahu. Itu Pandangan aku aje…
haha..adakan kuiz pun ok juga..hehe
Saper la ismail bambu tu. hahaha~
Aku ada terfikir nk cerita ttg pertabalan raja suatu negeri ni yg diamalkn dr dulu sampai skrg (cara aneh) yg rakyat xtau tp takut plak kena tangkap sbb benda ni sulit.fuhh, klu kena naya ni…
aku ada terfikir nk karang n3 pertabalan raja yg dibuat secara sulit dr dulu sampai skrg secara aneh tp…..kalau kena tangkap, naya ni……
bila otai blog (yg memang dah popular) berbicara, pasti dicurahkan segala tips & ilmu2 tahap dewa untuk dikongsi bersama rakyat di dunia maya… thumbsup bro!
akak setuju dengan semua tips jijan bagi tu. Thanks for sharing.
akak bukan blogger tegar leh tulis 6 post sehari ..boleh juling biji mata, mungkin 2 hari sekali kot.
Yg isu semasa,memang betul, akak pernah buat pasal Idola Kecil, tiap2 hari cek kat keywords ade je org cari(yg pasti semuanya budak keciklah) sampai harini.
i like this post…thnx…
nak cuba juga tip-tip macam ni bro.. tapi tak tau boleh ke tak ni.. bidang penulisan mmg aku agak lemah sedikit..
salam dari pak dogol..
tips magnum dengan kuda tak ada ke zizan..
muahaha!
gua punya entri xberfaedah langsong.
cmne gua nk buat?
ekeke
aku setuju. hehe
aku pnh buat entry pasal mentor 4 kan, wah byk gile org google pasal tu.
rasa gembira sbb dapat bantu org nak pegi ujibakat mentor
haha:D
Next Comments →