Tips – Cara Untuk Popular Dalam Blogging

by azizan4444 on March 5, 2010

surat khabar popular

Menulis blog memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi mereka penulis blog yang tegar, setiap hari mesti ada satu artikel dalam blog mereka. Berlainan pula dengan saya, kalau diikutkan saya belum lagi dikategorikan sebagai penulis blog yang tegar. Kenapa? Lihat saja artikel pada bulan lepas, hanya enam artikel dapat saya tulis. Sangat berbeza dengan mereka yang tegar sampai enam artikel dalam sehari pun mereka boleh terbitkan. Hehe!

Menulis blog juga memerlukan idea dan masa yang secukupnya untuk menulis sesuatu artikel. Sekiranya idea ada, tetapi masa tak cukup susah juga untuk menulis. Begitu juga bila anda mempunyai masa yang cukup tetapi idea untuk menulis kosong, sebarang artikel tidak dapat ditulis. Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai idea dan masa yang secukupnya? Jawapannya tiru macam saya. Saya update blog. Hehe! Tak elok tangguh. Diri sendiri yang rugi. Setuju?

Rasanya sudah lama saya tak berkongsi tips dengan anda semua. Sebenarnya saya sendiri pun lupa samada saya sudah lama tidak berkongsi atau mungkin ini adalah kali pertama saya berkongsi dengan anda. Hehe! :p. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca azizankadirdotcom bagaimana untuk menjadi penulis blog yang popular. Saya selalu dengar orang cakap, nak jadi popular senang je. Dapat masuk tv juga surat khabar tu popular la penulis blog tersebut. Yes! itu antara cara untuk anda ingin popular. Tetapi bagaimana cara untuk masuk surat khabar?

Sebelum ini, sudah ramai penulis blog yang masuk surat khabar termasuklah ehem ehem Hanis Zalikha. Jom ikuti kupasan dan cara cara untuk menjadi kacak dan cun dalam surat khabar.

1. Hasilkan artikel menarik dan berfaedah

Saya yakin semua orang sudah sedia maklum tentang cara ini. Tetapi masih ramai yang tidak mampu melakukan walaupun mereka mampu mengeluarkan artikel setiap hari. Anda boleh menghasilkan artikel yang menarik tanpa memerlukan modal. Antara artikel artikel yang mudah mendapat perhatian adalah artikel yang berkaitan kesihatan, pelancongan, budaya hidup sesuatu masyarakat dan juga artikel yang berkaitan dengan dunia blogging itu sendiri. Hasilkan seberapa tips yang bagus untuk perkongsian.

2. Letak seberapa banyak gambar cun dalam blog dan artikel

Dengan cara ini juga, blog anda berpeluang untuk masuk surat khabar. Tetapi cara ini lebih kepada blogger wanita. Setakat ini sudah banyak pemilik  blog yang memaparkan gambar gambar mereka yang menarik dan cun cun. Hehe! Sekiranya ada penulis akhbar yang membaca blog anda.  Mereka akan tertarik dengan perwatakan dan karisma anda dalam penulisan blog serta ditambah dengan pakej body yang menawan, anda berpeluang untuk menghiasi salah satu segmen dalam akhbar tersebut. :p

3. Wujudkan bisnes secara online melalui blog

Memang tidak dinafikan, cara ini adalah salah satu cara yang bagus untuk anda masuk surat khabar. Sebelum ini, sudah banyak yang saya jumpa blog bisnes online yang sudah masuk akhbar. Sekiranya pemilik blog bisnes tersebut masih remaja atau awal 20 an yang sudah berjaya. Peluang untuk anda masuk surat khabar adalah lebih besar. Pelbagai bisnes yang boleh anda jalankan melalu blog. Setakat ini, banyak blog yang menjalankan bisnes penjualan pakaian termasuklah shawl, baju bundle dan banyak lagi yang boleh dijumpai.

4. Penulisan blog melalui gambar-gambar

Bagi mereka yang gemar melukis, atau dalam bahasa mudahnya kartunis juga boleh memanfaatkan bakat mereka itu. Sekiranya anda mempunyai bakat dalam lukisan, tunjukkan bakat yang anda ada melalui blog dan hasilkan seberapa banyak lukisan yang berkualiti. Mungkin nilai estetika yang ada dalam lukisan anda tersebut menyebabkan anda berpeluang untuk masuk surat khabar dan tidak mustahil juga dengan cara tersebut, impian anda ingin menjadi kartunis akan menjadi kenyataan.

5. Menulis tentang isu semasa

Cara ini adalah antara yang popular masa sekarang. Ramai blogger yang suka menulis tentang isu isu semasa. Isu semasa dalam dan luar negara termasuklah isu politik, hiburan dan sukan. Pada pemerhatian saya, ramai blogger yang mempunyai pendapat yang bernas tentang sesuatu isu. Saya yakin sekiranya pandangan dan pendapat anda yang bernas itu akan membuatkan sestengah pihak dapat membuka mata dan dengan cara ini, surat khabar lah yang akan mempopularkan anda. Hehe! Bagaimana pula dengan blogger yang suka bangkit isu sensitif supaya mereka popular dengan cepat dan dapat masuk surat khabar? Sepertimana kisah blogger Aduka Taruna sebelum ini yang menghangatkan dunia blogging.

Saya rasa cukuplah beberapa tips yang disenaraikan di atas.  Tips yang saya senaraikan adalah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya sendiri. Mungkin di kalangan anda mempunyai pendapat dan cara masing masing untuk popularkan blog mereka dan berpeluang masuk surat khabar. Mungkin juga ada di kalangan kita yang pernah masuk surat khabar. Sekiranya ada, bolehlah kongsi bersama- sama dan tips dari anda amat dihargai.

Ismail Bambu – Gua nak promote blog ini sampai Barack Obama pun boleh baca.

{ 99 comments… read them below or add one }

kertaz March 8, 2010 at 1:49 pm

Sebenonyer.. Ramai yg nk buat blog cuma nk dpt $$.. Tapi artikel main kopi pasta + ejas skit2 (x ejas langsung lagi banyak).. Pikir kualiti bukan kuantiti..
Gambar memang patut ada dlm post.. Maybe 1 or 2 dah ckup.. Macam yg kita tau.. “A picture worth more than a thousand words..”

p/s : Nak masok satkabar ker bang? Nak aku tolong? Aku ada cable dekat Utusan ni.. >.<!

Reply

hydir March 8, 2010 at 2:44 pm

@kertaz, err .. jgn jd mcm aduka taruna tu dah ler .. :)

Reply

hydir March 8, 2010 at 2:43 pm

point no. 2 tu sadis sikit … hahaha
kalo camtu blog gadiscomel.com akan lebih popular .. :P

Reply

acapz March 8, 2010 at 3:29 pm

nice tips big bro. haha. kali ni ko mngajar tips lain dari yg lain. ko brubah dah ye?. haha. good2. entri yg mntp. dpt bnyk ilmu dari sini. aku cbe baiki kelemahn aku. =D. tq again bro ;D

Reply

suri March 8, 2010 at 4:40 pm

semoga ilmu yang disampaikan oleh teman2 blog akan mendatangakn manfaat bersama ;)

Reply

mello March 8, 2010 at 5:21 pm

kawe rs nak melukis la pulok boh.. letih dh duk menaip panjng2..hahahaha

Reply

Affan July 30, 2010 at 3:41 am

@mello, melukis aku tak pandai, penat jugak rasanya melukis. hehe

Reply

unwanted March 8, 2010 at 7:07 pm

kalau hendak letak gambar yang seksi2 leh tak..ha3

Reply

Dak Wan® March 8, 2010 at 8:23 pm

Internet selalu problem, camner la nak konsisten blogging kan?

Reply

Nine March 8, 2010 at 9:27 pm

tq tips nih bro zizan…:)

kalo blog artikel pasal politik pun panas gak, kat komen mesti duk tukar2 pendapat..gaduh pun ada…huhu..

Reply

aizuddin March 9, 2010 at 2:45 am

tapi banyak gambar seksi kot dalam entri blog ko ni?adakah ko punya strategi nak pancing orang?haha

Reply

Nina' March 9, 2010 at 7:49 am

x mau jd tegar sgt..

Reply

Arra Jasmy March 9, 2010 at 9:38 am

Wahh..gud info bro..knr blajar utk apply nih.Thanks for sharing.:)

Reply

hafizmd March 9, 2010 at 1:35 pm

Bro, aku juge bukan penulis blog yg tegar..ade mase terluang, baru sempat update, pegi jalan2 blog member dan tinggal komen panjang2..hari ni tak sempat dah..huuu..

Reply

mr superman March 9, 2010 at 2:17 pm

jijan, aku kene letak picture ensem2 la kan..mane la tau pasne ade suratkhabar lame y berkenan.ahaha.. btw, nice info la bro.
ko ade tips x cmne nk amek pic ensem?ahaha

Reply

suri March 9, 2010 at 4:26 pm

salam..satu petua yang baik dan mantap! suri suka..

Reply

Wan Perlis March 10, 2010 at 10:11 pm

tq brader
baru2 ni da blog popular sebab masuk justkhai. ahaha
hmm..bila la aku nak masuk surat khabar ni

Reply

mancai March 10, 2010 at 11:53 pm

terima kasih, jom kita ramai2 amal2kan tips ni….

Reply

suri March 11, 2010 at 5:05 pm

blog oh blog,datanglah idea kepadaku agar dapat ku mencurakan ilmu utk smua

Reply

Roslan March 12, 2010 at 9:22 pm

pergh abg ni..dasat la..skg byk tips..pastu komen2 dia pun byk tak terbalas..bz yer bang? heheh..nice tips..

Reply

suri March 13, 2010 at 12:17 am

salam jemputlah singgah blog suri..
kesederhanaan itu perlu ada..

Reply

imran March 16, 2010 at 11:48 am

Mahu popular dengan cara singkat? Jadilah seperti aduka taruna atau jadilah plagiat tegar :D

Reply

Hadjie March 17, 2010 at 5:33 pm

Payah juga nak jadi popular. Akhirnya memang kecewa tapi usaha teruskan juga.
Tetap cuba memberi biarpun kurang dihargai. Tetap ingin berkongsi biarpun orang lain buat tak reti.

Reply

diden April 3, 2010 at 1:10 pm

melukis…. i like it…

Reply

suri April 10, 2010 at 5:36 pm

uh..kalu dah tak der idea langsung g le jlan2 sure kita akan dapat idea..hehee

Reply

NiZaM Limited May 12, 2010 at 11:12 am

wahh..abe jijan mmg sorg blogger hebat. memang lebih hawt drpd kewl..respek ngn entri ni. mmg boleh membantu blogger2 baru mcm saya ni..
thanks for da tips.. :)

Reply

ayu kamalia July 6, 2010 at 2:40 pm

iyelah..baru nak aktif semula ber’bueno’ dah tenet lak wat spoilt.. kdg2 bikin at panas je..jiwa bergelodak nak tgk blog sendiri.tp hampeh..arghhhhhhhhhhhh…

Reply

rahman July 26, 2010 at 3:18 am

erm…banyak gak cara nak popular…tapi mane yang sesuai…hehe ape pn aku baru je 2 bulan jadi bloger… masih jauh lagi perjalanan kot…

Reply

Usahawanmuda November 8, 2010 at 6:50 pm

Malangnya… barrack obama xreti nk bace bahase melayu… hehe

Reply

Princess MOMOY December 17, 2010 at 1:55 am
myiesha miya January 29, 2011 at 12:40 pm

thanks for da tips..betul juga kita kena cari post yang berkualiti bukan copy…for me as a newbie ni kena cari lagi ilmu lebih tuk wat entry yang menarik minat pembaca blog..

Reply

ohmario February 3, 2011 at 6:35 am

thx bro 4 ur advice..

Reply

izwanyusof February 14, 2011 at 11:09 pm

entri yg kualiti tu memang agak payah gak.. masih mencuba…

Reply

Ali ridha April 9, 2011 at 6:40 pm

gambar tu termasuk gambar perempuan la.

Reply

decader April 11, 2011 at 4:28 pm

idea ada tp nak mengarang x baper pandai. UPSR bahasa melayu penulisan dapat B je.

Reply

kay aniza June 9, 2011 at 6:16 am

ok juga info ini cuma belum niat hendak popular.Hanya syok sendiri menulis.Insyaallah akan datang akan sampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada semua.

Reply

Mrs AA January 19, 2012 at 4:23 pm

Saya suka blog ini simple… Blogwalking sebentar

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: