
Malam tadi saya terima satu es em es daripada seorang kawan. Es em es beliau mengatakan yang dia telah putus cinta. Situasi ini jugak banyak berlaku di facebook. Status di update dalam keadaan marah, manja, kecewa, ketawa, gembira dan sedih. Ini semua disebabkan satu perkataan iaitu CINTA.
Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan. Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya.
Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan. Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Nah, tujuh cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!
- Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
- Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
- Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat
- Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif
- Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan
- Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda
- Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya. Pada pandangan saya, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda.
Walaupun anda sudah berkahwin untuk 40 tahun lamanya, tetapi luka putus cinta anda 41 tahun yang lepas pasti masih terasa. Jadikan diri anda tuan cinta bukannya hamba cinta.
{ 109 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
cara pertama tu memang mujarab
dan cara yang paling penting sekali
sebab situasi macam ni menduga kita sebagai hambanya
setakat ni putus cinta pun, sehari je sedih. then ligat balik..hehe
Latest Entry : Review Filem Street Dance
ak xde awek,jd xperlu pikir sume nih,,,hahaha
7 perkara yg digariskan oleh ko mmg uncle tak nafikan…amat mujarab. pergh lepas ni boleh jadi doktor cinta lah hihihi..kalau ada member uncle bermasalah boleh jumpa ko ..kasi kaunseling.
cinta…ubat dan penawar xde dijual kt farmasi dan klinik2 berdekatan..tips ats tu insyallah mujarab
Salam kenalan dan jemput ke blog saya untuk bekenalan lebih dekat
Cara No 1 saya sokong 100%
kuat juga penangan cinta ni kan… kalau tak kena dengan ubat yang sesuai, tu yang jadi lebih parah lukanya
saya pun mempunyai pengalaman dalam bercinta..bukan putus cinta masing2 melepaskan diri tak ada yang kecewa dalam hal ini..
cinta itu ibarat ape ntahhh…haha..
tips anda sangat mujarab….dah bnyk kali sy guna…makne dah banyak kali putus nie…huhu
@pusher, amboi bnyk pngalamn kowt ni. haha. cool
cinta mbosankan..aduh
semua orang akan merasa dan melalui perkara ini… cuma satu sahaja jgn membelakangi yang Maha Esa dan keluarga… tips2 ni memang menarik
dulu benci taw ex tu.. sekang dah x da….cume x berkawan da..
hahhaa..
ntahla… rasanya x pyhla bercinta…
amboi sejak bila jadik dr cinta ni..hehe
eqa 9x putus cinta..xnk tnya tips dr eqa?? hakhak..
cintailah, manusia, yang kau kasihi seadanya, mungkin suatu hari nanti kau akan membencinya pula…
cara haku apabila putus cinta ialah haku bercinta lagi..haha
sokong cara no 1.. sgt la mujarab.. setiap yg berlaku mesti de hikmahnye.. so, lau putus cinta tu, mungkin tak de jodoh dgn si dia.. tapi lau de, insyaallah, akan bersambung suatu hari..
percaya no 1 wpun tak penah putus cinta.. hehhee
benci tapi bilang sayang.bnyk lgi
pasangan hidup yg leh kita cari slepas ni.
Yang penting jangan terlalu benci mantan kamu itu, semakin kau benci semakin teringat engkau padanya, dengan itu semakin sulit anda tuk melupakannya
tips yg bergune…trime kasih..hehe
Pernah menggunakan tips no. 2 dan no.7
Bujang je senang. Takda pening cintan cintun ni. Hahaha.
btl2 lbh baik xpyah brcnta agy sng klau brcnta nie susah nk kna jaga ati and perasaan owang lbh baik hdp single agy bgus kn. . .
snag nya dlm ati klau hdp sngle dnia adlh ak yg pnya. . . . hahaha. . . . .
hadapi nya dgn tabah..
buat mcm makn cili…memg pedas tpi buat2 jela xpedas..huhu
cinta itu indah
@trie, mmg indh bg yg mmhmi,,tp..bg yg kcwa
cinta memeritkan..cinta watkan seseorg down,cinta juga boleh watkan seseorg hilng pertimbangan dan sanggup bunuh diri
cinta memerlukan pengorbanan….sye terpaksa break ngan ex saye demi berkorban utk org yang saye cintai tu…perit kot rasenyer after hampir 10 tahun kenal…nk wat cm ner kan, maybe ini ketentuan dari ALLAH..saye percaya ALLAH tu adil….btw, tips diatas sgt bergune untuk saye..lebih2 lagi yang #1 tu…
huhuhu.. br jek putus cinta…. berlubg sehh ati ni.. =)
cam mana pula bercinta dengan suami orang?
aku pernah bercinta selama 3 thn pastu break,sdih giler.sampai sekarang aku msh xdpt terima org lain n xdpt lupekan die wpun 2 thn dah blalu.what should i do huhu
sy sedih coz d tinggalkan tanpa noktah……………ape yg patut sy buat?bantulah sy…………..
Live still go on..brjumper dgn owg y slh bkn 1 kesalahan.. tp pengalamn.. untill u find out sumbody y diciptakn 4 U.. yesss.. MR @ MRS RIGHT…
← Previous Comments