Terima Kasih Sayang

by azizan4444 on August 24, 2010

thank you

Salam 1 Malaysia dan juga buat 5 6 buah negara luar. Saya pun tak tahu pengunjung dari luar negara cari apa kat blog ni. Nak kata faham bila baca entri saya tipu la kan? Kalau dari negara seberang mungkin faham. Tapi apa yang saya pasti mereka datang untuk spam. Yay! Terima kasih sayang.

Entri ini adalah pertama kali yang saya buat untuk anda semua. Terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa untuk membaca setiap entri di blog ini, bukan sahaja membaca tetapi meninggalkan komen.Itu yang saya ingin tekankan. Satu komen dari anda amat berharga buat saya untuk terus menulis berbanding 10 spam yang saya dapat walaupun komen anda sepanjang dua patah perkataan.

Teruja bila tengok sesebuah entri mendapat komen cecahan nilai 100. Bukan senang nak dapatkan komen sebegitu banyak dan lagi  payah untuk kekalkan komen sebanyak itu untuk entri akan datang.

Mereka terbaik sepanjang zaman.

  1. In-kilter
  2. ZT
  3. Ribena
  4. Mr Cuz
  5. Zik
  6. Nine
  7. X-po
  8. Wazy
  9. Kulanz
  10. Lyaa

Bagaimana anda menghargai mereka ini? 5 cara senang dan mudah.

Berikan Mereka Hadiah

Berikan mereka satu kejutan dengan hadiah. Tidak perlu mahal tetapi cukup untuk menunjukkan rasa penghargaan anda buat mereka. cara terbaik dan mudah untuk memberikan mereka hadiah ini, adakan contest di blog anda. Mungkin contest komentar terbanyak setiap bulan, juga anda boleh adakan giveaway.

Pada pemerhatian saya, ramai juga blogger yang telah buat contest seperti yang saya nyatakan itu. Ini dapat menarik minat mereka untuk setia dengan blog anda dan yang pastinya anda menghidangkan mereka entri yang superb.

Cara ini boleh menjalinkan hubungan antara anda dan pengunjung blog anda.

Balas Komen Mereka (Respon Terbaik )

Wujudkan satu ruangan komen, soal dan jawab. Cara ini nampak mudah tetapi untuk membalas kesemua komen yang anda dapat daripada pembaca memerlukan masa untuk membalasnya. Macam saya, berusaha untuk membalas komen dari kawan-kawan blogger dan mereka selain daripada blogger tetapi kadang-kadang banyak juga yang terlepas.

Bagi respons terbaik daripada anda sehinggakan mereka yang meninggalkan komen tadi akan rasa teruja untuk membalas balik. Biar orang nak cakap apa, komen banyak takde guna kalau termasuk komen tuan blog sendiri. Pedulikan semua itu. Kenapa? Sebabnya bila anda mendapat 50 komen dan bila ada balas dari anda, jumlahnya akan menjadi 100. Komen yang banyak akan memberi isyarat kepada pengunjung baru atau ‘silent reader’ bahawa blog anda itu aktif dan menarik. Dengan ini mereka juga akan tertarik untuk meninggalkan komen serta pendapat mereka.

Komen Di Blog Mereka

Cara ini saya yakin sudah ramai blogger yang amalkan iaitu akan membalas balik lawatan ke blog yang meninggalkan komen di entri mereka. Anda perlu luangkan sedikit masa untuk membaca satu entri di blog mereka dan anda tinggalkan komen. Cara ini dapat menggembirakan mereka dan berasa dihargai.

Anda akan dapat dua kelebihan sekiranya anda amalkan cara ini:
1. Anda secara automatik akan dapat traffic dari blog mereka
2. Anda juga dapat mengekalkan pembaca setia blog anda..

Buat Review Tentang Blog Mereka

Cuba wujudkan satu slot iaitu review blog kawan-kawan yang selalu meninggalkan komen di blog anda. Anda tidak perlu terburu-buru untuk review kesemuanya, sudah cukup anda buat dalam sebulan satu review blog.

Cara ini akan meningkatkan traffic blog anda. Kedua-dua pihak mendapat kelebihan.

Pengiklanan Percuma Di Blog Anda

Ini adalah cara selain yang saya nyatakan di atas. Wujudkan satu ruang untuk pengiklanan percuma di blog anda. Pengiklanan percuma bermaksud anda meletakkan banner blog mereka di blog anda. Anda boleh meletakkan sesuatu banner dalam suatu tempoh masa yang anda sendiri mahukan. Selepas itu, anda boleh gantikan dengan mereka yang belum meletakkan banner di blog anda.

Apabila pengunjung baru melihat ruangan iklan tersebut, mungkin mereka tertarik untuk beriklan di blog anda kerana bagi mereka, blog anda menarik dan aktif serta mempunyai traffic yang tinggi bila mereka tengok pada ruangan iklan dan komen yang anda dapat setiap entri.

Dengan ini, sambil berblog anda dapat mengisi poket anda dengan sen.

Yang penting anda pandai menghargai mereka. Mungkin anda sudah mempunyai cara tersendiri untuk menghargai pembaca setia blog anda selain cara-cara yang saya nyatakan di atas. Semoga anda berjaya mendapat pembaca setia untuk blog anda.:)

Mereka yang komen di blog ini akan dimasukkan link mereka di sini.

{ 106 comments… read them below or add one }

yusenze August 24, 2010 at 8:36 am

Assalamualaikum..

Sememangnya setiap entri di sini memberi impak yang mendalam. Terutama kepada saya yang sedang cuba memperbaiki mutu penulisan di dunia blogging ini. Walaupun kita saling berkenalan secara maya dan realiti tetapi secara jujurnya saya dapati bahawa En.Azizan Kadir adalah seorang yang tidak lokek untuk berkongsi idea, pendapat, tips serta nasihat2 yang amat berguna.

Sebagai pembaca, saya amat mengagumi setiap perincian bahan yang terdapat di dalam penulisan En.Azizan Kadir. Di samping itu juga, saya ingin berterima kasih kepada En.Azizan Kadir kerana sering meninggalkan komen-komen yang membina pada setiap entri saya.

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 7:00 pm

@yusenze, wasalam bro..waa panjang komen..gembira aku dgn komen ko..setakat mana mampu slgi tu aku kongsi….lps ni aku nak ko jd penulis jemputan kt sini la ko sudi..hehehe

ps; laksa hujung minggu ni..

Reply

yusenze August 26, 2010 at 8:50 pm

@azizan4444, Alah chek, klu ko da jemput aku sudi je la.. hahha.. lagipon boleh gak aku mantapkan seni penulisan skema aku.. hahha..

Reply

Cha'on August 24, 2010 at 8:39 am

penghargaan tue penting.. supaya orang tak cakap kita sombong.. sekaligus dah kurang orang yang nak komen blog kita.. sempena hari raya yang bakal menjelang nie.. takde nak buat giveaway or contest ke..?

Yang dari 5 6 buah negara tue kot student Malaysia dari luar negara kot..? hahha..

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 7:01 pm

@Cha’on, terfikir jgn nk bt tu..tp kn cr cara lain.ramai yg da buat…klu seo mcm denaihati ko nak join x?haahahaa

yela kot..student malaysia kat lua sne..xpon mereka jumpa kewyrd terselit dlm english kt blog ni..lol

Reply

Cha'on August 26, 2010 at 8:03 am

@azizan4444, jangan la SEO2 segala.. aku mane ada bakat nak buat yang tue.. hahha.. agak2 yang boleh aku menang ar.. sogok2… hahha..

Reply

rowena August 24, 2010 at 8:55 am

no wonder blog nie selalu byk komen..
(:
thanx 4 sharing zizan..(:

Reply

Miro August 24, 2010 at 10:13 am

sama2… walaupun aku jarang komen di sini…hahaha
jan!!..baru tido ko…hah ha

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:54 pm

@Miro, demo silent reader.tu termasuk dlm list jgk boh.hehe

Reply

ejum August 24, 2010 at 10:35 am

Assalamualaikum,

Saya setuju akan pendapat encik yus, encik azizan seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu, tips2 diatas sekali lagi membantu blogger baru untuk lebih berjaya dan bertapak dalam dunia blog. Cara terbaik memang lar memberi respon akan setiap komen yang diberi. Ia akan membuatkan pembaca lebih rasa dihargai.. Terima Kasih Azizan

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:55 pm

@ejum, wslm bro…mane yg baik utk dikongsi aku bg kt blog ni..harap dpt membantu..thanks bro

Reply

hafidz August 24, 2010 at 10:43 am

Tahniah pada bloggers2 yang menjadi komentar terbanyak.
Memang best bila sedikit penghargaan agar sentiasa hormat-menghormati sesama bloggers ;)

Reply

Mohd Shahrul Hafizi August 24, 2010 at 11:04 am

Sangat menarik idea ko. InshaAllah. Aku akan sentiasa baca entri ko dan komen. Peace!

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:58 pm

@Mohd Shahrul Hafizi, thanks bro..harap entri yg aku bg ni dpt membantu,.klu korang x sokong mmg x berupdte la blog ni.hehe

Reply

Mohd Shahrul Hafizi August 29, 2010 at 11:09 pm

@azizan4444, You are welcome. Mesti sokong punya sekali nyawa dikandung badan.

Reply

in-kilter August 24, 2010 at 11:09 am

erk…nak adiah..

Reply

azizan4444 August 24, 2010 at 2:56 pm

@in-kilter, in-kilter dalam kenangan.lol

Reply

jejari August 24, 2010 at 4:35 pm

@azizan4444, yep…kenangan takkan berulang~~

Reply

XettHereen August 25, 2010 at 12:11 am

@jejari, hoit!
sendiri balas kah?
buwekkk >.<

Reply

Rama2Ungu August 24, 2010 at 12:08 pm

hoho..sokong22 dan stuju ngan yuse ngan ejum..heheheh

papepun, keep up the good work la…
hehehe

Reply

cikgufarha August 24, 2010 at 12:42 pm

sy selalu g yg x-po tu…yg lain2 jarang plak hehe maklum lee skrg bz skit nak jalan2..hehe

Reply

azizan4444 August 24, 2010 at 3:02 pm

@cikgufarha, owh.no prob cikgu..ada mase selalu la berkunjung lg ye..hehe

Reply

hanif August 24, 2010 at 1:47 pm

sama-sama bro…bagus gak ko menghargai pengkomen macamtu…jom tukar2 link..

Reply

azizan4444 August 24, 2010 at 2:58 pm

@hanif, thanks komen bro..nanti aku update link k.

Reply

Mr.Z August 24, 2010 at 3:29 pm

antara tips2 bro beri..
selalu membalas komen antara satu sama lain.. memang betul tu.. itu membolehkan kita mendapat reader yang setia di blog kita.. :)

Reply

azizan4444 August 24, 2010 at 3:39 pm

@Mr.Z, amalkan salah 1 daripada 5 tu dah kira ok..kalau bt semua tu memang terbaik..hehe:)

Reply

XettHereen August 25, 2010 at 12:17 am

@Mr.Z,

dgn itu, mehla dtg blog saya.
hahahahaah!!

Reply

mummy nana August 24, 2010 at 3:30 pm

saya setuju!! sy pun gtu gak. saper rajin2 komen kan sy letak kat blogroll. yg pnah mai pun sy letak. tak de le kedekut lak. hehe :D FOC!

Reply

azizan4444 August 24, 2010 at 3:38 pm

@mummy nana, bgs sekali..cara utk menghargai mereka:)

Reply

sha-hir@meng August 24, 2010 at 3:41 pm

cara plg sng ialah komen mengomen..
hahaha..

Reply

azizan4444 August 24, 2010 at 3:44 pm

@sha-hir@meng, terpulang pada cara masing2..mana yang mudah boleh praktikkan.hehe..thanks komen bro…

Reply

ann August 24, 2010 at 5:29 pm

Saya saya saya!! haha

Reply

zik August 24, 2010 at 6:24 pm

perghhh 10q…. dapat jugak top 10 commentator blog nie..huhu.. kipas susah mati nie… :-)

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:53 pm

@zik, tu la psl bro..terharu..setiap update ad komen bro..hehe.thanks ya..

Reply

zik August 26, 2010 at 3:20 am

@azizan4444, insyallah akan sentiasa support… internet nya jer kadang2 membantutkan hubungan kita… hehe

Reply

ery farieha August 24, 2010 at 7:01 pm

kuciwa x tersenarai.

kuciwa ko x penah komen blog aku

arghhh kuciwaaaaaaaaaaaaaaa!

kahkahkahhhhhhhh

Reply

XettHereen August 25, 2010 at 12:12 am

@ery farieha,

jgnla kuciwa sayam,
meh g blog i.
hahaha!!

opss, terpromote laks~

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:52 pm

@ery farieha, semua kecewa ek?harap lps follow tips tu kecewa hilang..hehe

Reply

syahrilhafiz August 24, 2010 at 7:51 pm

wah..
aku pun suka dgn salah satu diorang ni..
semua baik2 belaka mcm bro..hehe

Reply

XettHereen August 25, 2010 at 12:11 am

@syahrilhafiz,
suka saya tak?
haks!

Reply

syahrilhafiz August 25, 2010 at 10:52 pm

@XettHereen, haha..
nak suka, jom la kenal2..kihkih.
mana tahu…peeewiittt..huhu

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:53 pm

@syahrilhafiz, salah satu?acapz ke?hahaha…semua sporting blogger yg aku knl..termasuk ko bro..hehe

Reply

syahrilhafiz August 25, 2010 at 10:59 pm

@azizan4444, acapz??? ouchh..terbaik pe dia…
bro pun nak sekaki..gelak waka waka ni jom la..
belajar dari dia ni….wiitttt…haha

Reply

acapz August 27, 2010 at 6:15 am

@syahrilhafiz, amboi. ckp pe ni. hahaha. lawl. eh2. lme xnmpk awek jijan tu. auww. hye syg. haha.

Reply

kulanz August 24, 2010 at 9:29 pm

aku memang selalu dapat penghargaan daripada bro di blog ni, sebab bro rajin reply komen.. bagi aku dapat respon pada komen pun satu penghargaan besar.. tapi kalau nak bagi hadiah pun bagus juga, hahaha.. xda lah bro..

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:52 pm

@kulanz, nanti kena bt jgk kontes ni bro..kena fikir caranya cmne.hehe..bro pon banyak tolong aku dulu..hehe:)

Reply

kulanz August 26, 2010 at 11:02 pm

@azizan4444, tolong-menolong amalan mulia, hehe..
bagus juga tu kalau ada contest :)

Reply

adamfaiz August 24, 2010 at 10:57 pm

Orang berbudi kita berbahasa…win win

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:51 pm

@adamfaiz, tepat sekali bro..thanks ya komen:)

Reply

Pisyek August 24, 2010 at 11:09 pm

kah3.. komen 2 patah? kalo aku mmg x approve dah.. hehe… xD

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:48 pm

@Pisyek, xnak approve boleh je..tp x cool la kan..hehehe..

Reply

arieza August 24, 2010 at 11:59 pm

wahh!! best best! tp blog jijan mmg best :)

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:48 pm

@arieza, thanks komen arieza:)

Reply

XettHereen August 25, 2010 at 12:14 am

feewwwiiiittttttt!!!

nombo 2 tuh.
auwww!!!
teruja!!!
nak hadiah!
heh!

jgn kedekut, kubo sempit.
kahkahkahhh!!~

thanks ye! >.<

suke la dgn tips2 tuh,
nak try gak la wat mcm jijan ckp tuh.
huhuhuhu!

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:51 pm

@XettHereen, haha..tu la kan.memang terbaik no 2 tu…try la.mne yg ok amik je,hehe;p

Reply

Rjuna August 25, 2010 at 12:23 am

Bagi hadiah- aku pernah buat contest pengkomen bertuah, tp kecil kecilan jer

yg lain semua pernah buat, kecuali review tu jer belum

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:49 pm

@Rjuna, kecil x jd ukuran bro..yg penting mereka rasa dihargai..review tu klu buat bgs jgk…sama2 dpt trffc..

Reply

shiyda August 25, 2010 at 12:49 am

blog pakcik mmg best ouh . byk entri best2 , bguna ! ptot slalu dpt byk komen . heheh =_=

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:50 pm

@shiyda, makcik jgk yg menyokong.hehe..thanks makcik komen ye:)

Reply

bluedianthus August 25, 2010 at 1:11 am

Jarang komen di blog zizan ni…:)
Apapun, sy tahu azizan ni popular..hehe..

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:47 pm

@bluedianthus, xde la popular pun ..biase2 je ni..kawan2 jgk banyak membantu dan menyokong blog ni..:)

Reply

pawaka19 August 25, 2010 at 1:14 am

blog azizan ni mmg best..sume tips yang ko buat sume natural dan ori dari ko..mybe dari situ orang respek penulisan ko..papepun keep it up ;)

“Kempen 1 Blog 1 Bendera – Nostalgiaku Merdeka Malaysia Ketika Itu”

Reply

arrizz August 25, 2010 at 1:15 am

terbaik bro..selalu bagi tips berguna kat readers..thanks..

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:46 pm

@arrizz, welcome bro.mane yg boleh kongsi tu aku taruk kt blog ni..harap membantu la skit2..:)

Reply

Blinkky August 25, 2010 at 2:41 am

Sayang betul dia kat pengomen dia….Tanda menghargai =)

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:45 pm

@Blinkky, bukan setakat pengomen bro..semua yg dtg…hehehe..

Reply

catzer August 25, 2010 at 8:30 am

seronok wei tgk org komen blog kita..tp aku selalu takde masa nak balas balik..sgt busy di bulan pose ni :)

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:45 pm

@catzer, mmg seronok.lg seronok klu komen tu pendapat yg btol2 bernas..hehehe…biase la tu..klux bls trs mmg xkan terbls la..huhu

Reply

mohdisa August 25, 2010 at 8:54 am

wah ni sayang kat ko ni. hehe, aku nak jadi pengomen ternamyak gak la. tp aku nak hadiah bmw sebijik jadi la…hehe, gurau jerk. betul tu bro, kita perlu hargai semua pengomen di blog kita. tak kira dalam apa bentuk pun. yg penting kita rasa di hargai dan menghargainya kembali. :)

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:44 pm

@mohdisa, btol2..bila da semua rasa dihargai.maka dptla pembaca setia..x payah kot nak follow cara ni..hehe

Reply

madlut August 25, 2010 at 11:09 am

hehehe…mungkin secara kebetulan, saya cuka menulis benda yang hampir serupa,

lepas baca artikel nie, rasa macam bercadang nak berikan sesuatu kepada pengkomen terbanyak sempena raya nie..hehe

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:43 pm

@madlut, waa terbaik tu bro..sekali dgn raya.kira mcm duit raya jgk la tu ye..hehe..

Reply

apiih August 25, 2010 at 2:47 pm

knape name ku xde??Campei ati.majuk la gini,..huh T___T ..nk blk umah mak kite. wuwuwuwuwuwu ;p

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:43 pm

@apiih, nanti naik la name ko bro..usaha lg..rjin2 la dtg ye.hehehe:)

Reply

diden August 25, 2010 at 3:42 pm

benar.. bnda ni plg effsien hehe

Reply

kech August 25, 2010 at 3:48 pm

sama2 sayang.hahaha.terima kasih sebab komen entri aku jugak.

Reply

zezebel August 25, 2010 at 5:49 pm

Owh….
Itu rupanya resipi dia.
boleh curi dan digunapakai ni. Hahahahaha….
Yalar. bukan senang nak senang. terutama untuk blog baru macam saya ni. Hehehehehe….

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:42 pm

@zezebel, blog baru lama x jadi masalah..yg penting tahu cara..semua boleh naik..hehe:)

Reply

zezebel August 26, 2010 at 2:23 pm

@azizan4444,
Bagi saya yang penting rajin berusaha dan membaca apa yang ada dekat internet tu. Semua ilmu blog tu ada di Internet. Rajin, malas atau tak jumpa jer. Hehehehe….

Reply

x-po August 25, 2010 at 5:51 pm

owos boh, kawe tak berkira dengan demo, tapi cukuplah kalau demo hadiahkan kawe BMW sebutir haha

Reply

azizan4444 August 25, 2010 at 6:41 pm

@x-po, BMW mcm susah je tu..hehehe..thanks bro komen:)

Reply

donha August 26, 2010 at 1:19 am

@x-po, toh! bmw sek ye minta. kate tgh cari gewe, kot2 ade anak dara comey sini.

Reply

eyra August 25, 2010 at 8:16 pm

eh nama saya takde ke? *merajuk* hahaha

Reply

Faisal Reza August 25, 2010 at 9:29 pm

@eyra, hehe… merajuk pulak dia…

Reply

eyra August 26, 2010 at 12:49 am

@Faisal Reza, mmg suka majuk ngan jijan hahah

Reply

Faisal Reza August 25, 2010 at 9:28 pm

Salam, terbaek dari Azizan Kadir. sebab tu blog ko famous di mana2 ;-) hehe… ttg tips2 tu aku setuju part last tu… ada iklan percuma x kat sini? keh3x

Reply

RedBoys August 25, 2010 at 9:36 pm

wahh.. alaa.. aku tak tersenarai laa.. sobsob.. anyway, nice tips.. memang cuba nak balas komen dr pengkomen d blog red, cuma ke”BUSY”an sedang melanda diriku saat ini.. huhu.. sayangnya ku tak dapat nak balas komen diaorang..

Reply

A-Y-I-E August 25, 2010 at 9:45 pm

Ni komen aku yang pertama dalam blog ko… Huhuhuhuh… so lepas ni.. aku akan jelajah blog ko byk kali… menjadi pengomen yang terbanyak dan bernas :D

Reply

wazy August 25, 2010 at 10:17 pm

salam bro..
wah ade nick aku kat situ,ehehehe
terima kasih yer bro
blog ko semakin top sekarang ni
keep it up k

Reply

Syafrizal August 25, 2010 at 11:16 pm

baguslah kerana menghargai mereka… :)

Reply

donha August 26, 2010 at 1:17 am

wazy & xpo. orang yang aku dah lama kenal. tapi tak tau la diorang kenal aku ke tak. ROFL! diorang mmg best!

arh! azizankadir pun best ape.

*nak orang komen blog kita, kita kena komen blog orang juga! – ada nampak di blog sape ntah. dah terlupa. aiya! sory2

Reply

etomyam August 26, 2010 at 1:58 am

komen buka sahaja meninggalkan jejak malahan mewakili respon dan persepsi segera si pembaca terhadap isi kandungan..lepas ni nak komen lagi rancak :D

Reply

mario August 26, 2010 at 4:06 pm

ai nak letak banner ai kat cni bole tak?pls pls pls

Reply

alkisah August 26, 2010 at 7:02 pm

salam spam 2 tiga spam..blog ni mmg mantap berentap..

Reply

boy_bersahaje August 26, 2010 at 10:29 pm

memang terbik tips ni. boleh apply untuk blog aku nanti. thanks zan. hang memang da bomb la

Reply

acapz August 26, 2010 at 10:43 pm

sayang. bagaimana dngn ku?. kau curang. hahaha!. lawl. btw nice bro. mcm tu la caranya untuk menghargai org. hee. ayt :D

Reply

Hadi Rofiee August 27, 2010 at 11:08 am

Salam perkenalan.

Wah.. menarik perkongsian ini. Saya mesti mempraktikkannya. ;-)

T/kasih bro azizankadir. :-)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: