Terima Kasih Sayang

by azizan4444 on August 24, 2010

thank you

Salam 1 Malaysia dan juga buat 5 6 buah negara luar. Saya pun tak tahu pengunjung dari luar negara cari apa kat blog ni. Nak kata faham bila baca entri saya tipu la kan? Kalau dari negara seberang mungkin faham. Tapi apa yang saya pasti mereka datang untuk spam. Yay! Terima kasih sayang.

Entri ini adalah pertama kali yang saya buat untuk anda semua. Terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa untuk membaca setiap entri di blog ini, bukan sahaja membaca tetapi meninggalkan komen.Itu yang saya ingin tekankan. Satu komen dari anda amat berharga buat saya untuk terus menulis berbanding 10 spam yang saya dapat walaupun komen anda sepanjang dua patah perkataan.

Teruja bila tengok sesebuah entri mendapat komen cecahan nilai 100. Bukan senang nak dapatkan komen sebegitu banyak dan lagi  payah untuk kekalkan komen sebanyak itu untuk entri akan datang.

Mereka terbaik sepanjang zaman.

  1. In-kilter
  2. ZT
  3. Ribena
  4. Mr Cuz
  5. Zik
  6. Nine
  7. X-po
  8. Wazy
  9. Kulanz
  10. Lyaa

Bagaimana anda menghargai mereka ini? 5 cara senang dan mudah.

Berikan Mereka Hadiah

Berikan mereka satu kejutan dengan hadiah. Tidak perlu mahal tetapi cukup untuk menunjukkan rasa penghargaan anda buat mereka. cara terbaik dan mudah untuk memberikan mereka hadiah ini, adakan contest di blog anda. Mungkin contest komentar terbanyak setiap bulan, juga anda boleh adakan giveaway.

Pada pemerhatian saya, ramai juga blogger yang telah buat contest seperti yang saya nyatakan itu. Ini dapat menarik minat mereka untuk setia dengan blog anda dan yang pastinya anda menghidangkan mereka entri yang superb.

Cara ini boleh menjalinkan hubungan antara anda dan pengunjung blog anda.

Balas Komen Mereka (Respon Terbaik )

Wujudkan satu ruangan komen, soal dan jawab. Cara ini nampak mudah tetapi untuk membalas kesemua komen yang anda dapat daripada pembaca memerlukan masa untuk membalasnya. Macam saya, berusaha untuk membalas komen dari kawan-kawan blogger dan mereka selain daripada blogger tetapi kadang-kadang banyak juga yang terlepas.

Bagi respons terbaik daripada anda sehinggakan mereka yang meninggalkan komen tadi akan rasa teruja untuk membalas balik. Biar orang nak cakap apa, komen banyak takde guna kalau termasuk komen tuan blog sendiri. Pedulikan semua itu. Kenapa? Sebabnya bila anda mendapat 50 komen dan bila ada balas dari anda, jumlahnya akan menjadi 100. Komen yang banyak akan memberi isyarat kepada pengunjung baru atau ‘silent reader’ bahawa blog anda itu aktif dan menarik. Dengan ini mereka juga akan tertarik untuk meninggalkan komen serta pendapat mereka.

Komen Di Blog Mereka

Cara ini saya yakin sudah ramai blogger yang amalkan iaitu akan membalas balik lawatan ke blog yang meninggalkan komen di entri mereka. Anda perlu luangkan sedikit masa untuk membaca satu entri di blog mereka dan anda tinggalkan komen. Cara ini dapat menggembirakan mereka dan berasa dihargai.

Anda akan dapat dua kelebihan sekiranya anda amalkan cara ini:
1. Anda secara automatik akan dapat traffic dari blog mereka
2. Anda juga dapat mengekalkan pembaca setia blog anda..

Buat Review Tentang Blog Mereka

Cuba wujudkan satu slot iaitu review blog kawan-kawan yang selalu meninggalkan komen di blog anda. Anda tidak perlu terburu-buru untuk review kesemuanya, sudah cukup anda buat dalam sebulan satu review blog.

Cara ini akan meningkatkan traffic blog anda. Kedua-dua pihak mendapat kelebihan.

Pengiklanan Percuma Di Blog Anda

Ini adalah cara selain yang saya nyatakan di atas. Wujudkan satu ruang untuk pengiklanan percuma di blog anda. Pengiklanan percuma bermaksud anda meletakkan banner blog mereka di blog anda. Anda boleh meletakkan sesuatu banner dalam suatu tempoh masa yang anda sendiri mahukan. Selepas itu, anda boleh gantikan dengan mereka yang belum meletakkan banner di blog anda.

Apabila pengunjung baru melihat ruangan iklan tersebut, mungkin mereka tertarik untuk beriklan di blog anda kerana bagi mereka, blog anda menarik dan aktif serta mempunyai traffic yang tinggi bila mereka tengok pada ruangan iklan dan komen yang anda dapat setiap entri.

Dengan ini, sambil berblog anda dapat mengisi poket anda dengan sen.

Yang penting anda pandai menghargai mereka. Mungkin anda sudah mempunyai cara tersendiri untuk menghargai pembaca setia blog anda selain cara-cara yang saya nyatakan di atas. Semoga anda berjaya mendapat pembaca setia untuk blog anda.:)

Mereka yang komen di blog ini akan dimasukkan link mereka di sini.

{ 106 comments… read them below or add one }

zool August 27, 2010 at 11:14 am

memang terbaek la .. Ni pun dah dekat 100 komen ni.. caiyokla

Reply

Luth Textile August 28, 2010 at 1:06 am

@zool, tula.. jijan mmg hebat

Reply

Nine August 27, 2010 at 11:35 am

terima kasih gak sayang auw hehe..salah satu penulisan ko mantap, aku tak leh wat ayat2 cam ko, then blog ko ringan..

masih ingat lagi pasal tinsusu87 ? yg dulu pun banyak komen gak ko dapat..

lagi pun rasanya kita kenal agak lama, awal tahun 2009, tak silap, masa tu ko kat UKM lagi.. :)

Reply

pilotHans August 27, 2010 at 12:29 pm

nice tips…..

btw, same2…..saya pun tak kenal tuan umah ni..daah laa tak pernah komen kat blog saya…..isk2…..

@nine, bila mau ketemu? ^_^

Reply

Nine August 27, 2010 at 10:38 pm

@pilotHans, Hans kat mana skrg ? nanti insyaAllah kita jumpa, duk fly jer Hanis nih, bila2 bawa saya fly sekali..hehe duk kat seat blakang pun jadi la :)

Reply

Nine August 27, 2010 at 10:39 pm

@Nine, Hans not Hanis, typo..

Reply

ishak August 27, 2010 at 1:30 pm

wah hebat gila lah…..

Reply

mancai August 31, 2010 at 2:52 am

ringkas dan terbaik bro

Reply

fiezaradzi September 6, 2010 at 12:41 pm

hebatnye sampai 100 komen.. wah.. mmg kagum la.. hehee.. tapi tul, tanpa pembaca dan tukang komen, saperla blog kita kan.. hhehee

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: