Posts Tagged ‘nikon D3000’

  • Aku, Dia Dan Kamera

    103

    Awek Kamera

    Kepada tuan puan, adik kakak juga pak cik mak cik. Mari pakat mari, yang jauh masuk dekat, yang dekat masuk rapat. Saya nak buat satu pengumuman penting. Saya dah berjaya join kontes Abang kamera, Dawie. Rm 50 untuk dimenangi tapi saya rasa cerpen saya ni layak menang 50k. Kepada Abang Dawie, sila bace sampai muntah. Haha! Tuan puan dijemput untuk menyertai kontes ini. kontes ini akan ditutup pada 1 Jan 2010. Masih ada masa, tunggu apa lagi? Jom klik sini. Cerita asal saya tulis di Indonesia tetapi pada saat-saat akhir saya tukar ke Pakistan. Jom Layan. Ahakz

    ………………………………………………………………………………………………………

    Ditangannya, sebuah kamera DSLR berjenama Nikon D3000 dibawanya ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Seolah-olah orang yang tidak mempunyai matlamat hidup. Sekeping gambar diselit diketiaknya. Aku memerhati setiap inci tubuh itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan sekali tetapi banyak kali aku tatapi tubuh seksi itu ibarat melihat bidadari turun dari langit.

    Aku tengok keadaan dia sungguh menghairankan kepala otakku. Melalui riak wajahnya, menunjukkan hatinya sungguh tidak tenang sekali seperti menunggu sesuatu yang pasti tidak akan datang menjelma ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dia mengangkat wajahnya, memerhati dengan penuh teliti sepasang mata yang terdapat pada kepingan gambar yang dibawanya. Jauh di lubuk hatinya, gambar itu seolah-olah menyimpan seribu kenangan dalam hidupnya. » Read the rest of the entry..