Posts Tagged ‘contest’

  • Lagi Lagi Contest! Hidup Seorang Blogger

    53

    hidup seorang blogger

    Salam 1 Malaysia daripada saya seorang blogger. Kini contest datang lagi, dari Denaihati untuk blogger. Satu lagi contest yang berbentuk SEO yang bertajuk “HIDUP SEORANG BLOGGER”. Siapa yang tidak kenal dengan Saudara Denaihati? Tulah blogger yang suka buat contest dengan hadiah yang masyuk. Hehe!

    Mungkin ini adalah pertama kali saya menyertai contest yang berbentuk SEO atau mungkin ini juga pertama kali saya menyertai contest yang dianjurkan rakan blogger. Haha! Okei, contest ini sebenarnya sangat mudah untuk join tapi sangat susah untuk menang. Kenapa? Sebabnya anda tidak join macamna nak menang kan? Ternyata sekali susah. Haha! Saya sebagai blogger rasa tertarik dengan tajuk contest yang dianjurkan oleh saudara Denaihati ini, mungkin ianya berkisar tentang kehidupan saya sebagai seorang blogger. » Read the rest of the entry..

  • Brazil Juara Piala Dunia 2010

    90

    2010-logo

    Piala Dunia! Brazil! Vuvuzela! Tiada yang indah selain corak permainan yang cantik, tiada yang manis selain bola menerjah jaring. Betapa pahitnya pulang tanpa jaringan. Itulah bola sepak. Kenapa Brazil di permulaan entri? Kenapa tidak England, German, Spain atau munkin juga Argentina? Piala dunia 2010 Afrika Selatan adalah jawapannya.

    Saya merasa pelik apabila lelaki tidak meminati bola sepak dan tidak menjadi kepelikan apabila perempuan sanggup bangun pagi semata mata untuk menonton bola sepak. Bola sepak ibarat cinta. Tidak boleh dipaksa. Tetapi sekiranya orang itu menolak cinta dia akan kehilangan satu nikmat dunia. Begitu juga dengan bola sepak. » Read the rest of the entry..

  • Aku Benci Diri Sendiri

    114

    Cun

    Sebelum saya memulakan sesi bual bicara isu semasa kali ini, saya ingin berterima kasih kepada pengunjung belog ini kerana sudi datang ke belog yang jarang-jarang update ini dan sudi meninggalkan komen-komen yang membina. Saya juga ingin memohon maaf kerana komen-komen tuan puan tidak dapat di balas dan ianya akan dibalas secepat mungkin. Untuk pengetahuan tuan-puan, saya mengamalkan sistem penulisan yang tidak konsisten untuk belog ini. Diharapakan tuan puan paham dengan ayat itu.

    Berbalik pada tajuk penulisan saya kali ini, iaitu aku benci diri sendiri. Bunyinya memang tidak begitu baik dan ia sememangnya tidak diingini oleh mana-mana individu. Tetapi, disebalik kebaikan mesti ada keburukan kerana ia sudah menjadi fitrah dalam kehidupan. Di mana ada lelaki, di situ la adanya perempuan. Di mana ada putih, pasti bertembung dengan lawannya hitam. Di mana ada azizan4444, di situ lah juga ada awek-awek cun. Mengapa? Sorry nak cakap, awek cun dah menjadi trademark untuk belog ini. Haha! » Read the rest of the entry..

  • Aku, Dia Dan Kamera

    103

    Awek Kamera

    Kepada tuan puan, adik kakak juga pak cik mak cik. Mari pakat mari, yang jauh masuk dekat, yang dekat masuk rapat. Saya nak buat satu pengumuman penting. Saya dah berjaya join kontes Abang kamera, Dawie. Rm 50 untuk dimenangi tapi saya rasa cerpen saya ni layak menang 50k. Kepada Abang Dawie, sila bace sampai muntah. Haha! Tuan puan dijemput untuk menyertai kontes ini. kontes ini akan ditutup pada 1 Jan 2010. Masih ada masa, tunggu apa lagi? Jom klik sini. Cerita asal saya tulis di Indonesia tetapi pada saat-saat akhir saya tukar ke Pakistan. Jom Layan. Ahakz

    ………………………………………………………………………………………………………

    Ditangannya, sebuah kamera DSLR berjenama Nikon D3000 dibawanya ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Seolah-olah orang yang tidak mempunyai matlamat hidup. Sekeping gambar diselit diketiaknya. Aku memerhati setiap inci tubuh itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan sekali tetapi banyak kali aku tatapi tubuh seksi itu ibarat melihat bidadari turun dari langit.

    Aku tengok keadaan dia sungguh menghairankan kepala otakku. Melalui riak wajahnya, menunjukkan hatinya sungguh tidak tenang sekali seperti menunggu sesuatu yang pasti tidak akan datang menjelma ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dia mengangkat wajahnya, memerhati dengan penuh teliti sepasang mata yang terdapat pada kepingan gambar yang dibawanya. Jauh di lubuk hatinya, gambar itu seolah-olah menyimpan seribu kenangan dalam hidupnya. » Read the rest of the entry..