Posts Tagged ‘cerpen’

  • Aku, Dia Dan Kamera

    103

    Awek Kamera

    Kepada tuan puan, adik kakak juga pak cik mak cik. Mari pakat mari, yang jauh masuk dekat, yang dekat masuk rapat. Saya nak buat satu pengumuman penting. Saya dah berjaya join kontes Abang kamera, Dawie. Rm 50 untuk dimenangi tapi saya rasa cerpen saya ni layak menang 50k. Kepada Abang Dawie, sila bace sampai muntah. Haha! Tuan puan dijemput untuk menyertai kontes ini. kontes ini akan ditutup pada 1 Jan 2010. Masih ada masa, tunggu apa lagi? Jom klik sini. Cerita asal saya tulis di Indonesia tetapi pada saat-saat akhir saya tukar ke Pakistan. Jom Layan. Ahakz

    ………………………………………………………………………………………………………

    Ditangannya, sebuah kamera DSLR berjenama Nikon D3000 dibawanya ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Seolah-olah orang yang tidak mempunyai matlamat hidup. Sekeping gambar diselit diketiaknya. Aku memerhati setiap inci tubuh itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan sekali tetapi banyak kali aku tatapi tubuh seksi itu ibarat melihat bidadari turun dari langit.

    Aku tengok keadaan dia sungguh menghairankan kepala otakku. Melalui riak wajahnya, menunjukkan hatinya sungguh tidak tenang sekali seperti menunggu sesuatu yang pasti tidak akan datang menjelma ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dia mengangkat wajahnya, memerhati dengan penuh teliti sepasang mata yang terdapat pada kepingan gambar yang dibawanya. Jauh di lubuk hatinya, gambar itu seolah-olah menyimpan seribu kenangan dalam hidupnya. » Read the rest of the entry..

  • Mencari Permata Yang Hilang

    154

    Anak Soleh

    Dia masih di situ, berdiri di atas sepasang kaki yang telanjang tanpa menghiraukan guruh yang berdentum dan kilat yang seakan sabung menyabung diiringi titik titik hujan yang mula membasahi muka bumi. Baginya hujan adalah satu rahmat yang sangat ternilai yang diturunkan oleh yang maha Esa. Pohon pohon dan alam turut bertasbih memuji kebesaran Pencipta. Air mata turut bercampur titik titik hujan mengalir membasahi pipi yang dipenuhi jerawat jerawat liar.

    Berjalan di atas kerikil kerikil tajam membuatkan kulit tapak kakinya dirobek secara perlahan tanpa sebarang belas kasihan. Sesekali dia mengeluh kesakitan. Kesakitan bukan disebabkan kaki yang berdarah mengalirkan darah merah tetapi mengenangkan nasib diri yang malang selama masa dan ketika dia bernafas di atas muka bumi yang  bertuah ini. Hujan yang turun mencurah mengingatkan dia pada dosa dosa yang mengalir dalam tubuhnya dan mengharapkan titisan  suci itu dapat membasuh noda noda yang menyelubungi dirinya. » Read the rest of the entry..