Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

by azizan4444 on January 13, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) hari ini yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan memberi faedah kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

SARA 1Malaysia adalah satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.

SARA 1Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

  • Dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia
  • Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun
Faedah SARA 1Malaysia :
  • Pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut
  • Memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman
  • Menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan

Tarikh permohonan SARA 1Malaysia :

Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Cara-cara dan syarat-syarat untuk permohanan SARA 1Malaysia :

Anda yang berminat untuk memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia boleh melayari laman web sara1malaysia.com.my untuk maklumat lanjut.

{ 5 comments… read them below or add one }

hafidz January 18, 2012 at 10:39 am

macam best jugak ni. boleh la nak try survey2 dulu ;)

Reply

Faris January 25, 2012 at 3:41 am

Wow! Hebat betul perancangan PM kita untuk rakyat Malaysia. Memang untung la, boleh jugak nak try apply macam mana. Harap-harap skim sebegini diteruskan dapat membantu rakyat meringankan beban.

Reply

lunaticg January 25, 2012 at 11:24 am

bunyinya dah macam skim cepat kaya plak. Nasib baik kerajaan yang laksanakan. kalau tak mau ramai org report kat BNM. :D :D :D

Reply

mancai January 30, 2012 at 4:48 pm

rasanya nak try jugalah…

Reply

fiezaradzi February 1, 2012 at 4:48 pm

tapi hanya utk isi rumah berpendapatan bawah 3K kan..

Reply

Leave a Comment

Previous post: