Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Januari), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.
Seramai 93,869 calon telah menduduki ujian itu di 943 buah pusat ujian di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
Cara semakan :
1. SMS - Taip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini
2. Online – Layari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut
Info tambahan :
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini.