[Review] Tron Legacy – Dunia Palsu Yang Sempurna?

by azizan4444 on December 22, 2010


Filem minggu ini Tron : Legacy. Disokong dengan trailer yang agak cool dan sedikit pendapat kawan-kawan mengatakan ianya tak rugi ditonton. Maka, malam semalam saya berkesempatan meluangkan sedikit masa (2 jam 7 min atau lebih ) untuk sebuah lagi filem berkonsepkan sains fiksyen arahan Joseph Kosinski.

Untuk pemahaman, secara keseluruhan cerita memberitahu kita kisah seorang anak muda Sam Flynn (Garrett Hedlund), 27 tahun mencari atau lebih tepat menyiasat punca (mungkin ) kehilangan ayahnya, Kevin Flynn (Jeff Bridges) sehingga beliau terjerumus ke dunia digital tron yang mana menempatkan kehidupan ayahnya selama 25 tahun. Hidup dan mati, perjalanan anak dan ayah bermula demi melarikan diri dari dunia yang menakjubkan juga diyakini menjadi lebih maju serta berbahaya. Dengan Kehadiran Quorra (Olivia Wilde), menjadikan kisah perjalanan hidup ini sedikit menarik.

Apa yang mengagumkan, soundtrack dan grafiknya memang amat sesuai dan sangat indah untuk telinga mendengarnya. Setiap bunyi yang dihasilkan oleh Daft Punk untuk filem ini memang tidak mengecewakan. Sumpah, ini kerja gila hasil inspirasi luar biasa ayah Sam tentang dunia Tron, dunia palsu yang sempurna di mana beliau sendiri terperangkap di dunia tersebut untuk suatu tempoh yang agak lama.

Keseluruhan filem ini hampir menunjukkan kepada kita tentang 3D. Untuk pengetahuan, filem ini adalah sekuel (lanjutan) untuk filem Tron 28 tahun yang lalu. Dengan kehadiran Bruce Boxleitner, walau hanya untuk sebahagian kecil filem ini sudah cukup menunjukkan impak yang besar. Filem ini dihidupkan dengan setiap kenangan daripada yang asal.

Sedikit mengecewakan adalah jalan ceritanya yang agak kabur. Tidak seorang pun yang memiliki tujuan kecuali untuk menjelaskan sesuatu yang baru . Kebanyakannya adalah menhuraikann apa yang terjadi di dunia baru yang agak aneh itu. Dan yang pastinya mereka cuba untuk kembali ke dunia nyata. Untuk lebih memahami, berkemungkinan anda perlu menonton tron yang sebelumnya.

Keseluruhannya, cerita ini tidak membosankan dan cukup membuatkan saya untuk tengok kali kedua. Dan boleh dikatakan dapat menandingi Slumdog Millionaire dalam diari filem yang pernah saya tonton. Salah satu penyebab yang mendorong untuk saya tonton filem ini adalah kerana abang kacak.

Di Malaysia, KRU Studios boleh membawa kita ke dunia lama sebagaimana terhasilnya Cicak Man dan berkemungkinan akan muncul filem seperti ini untuk tahun akan datang, lebih tepat 2011.

Tinggal beberapa hari lagi ke tahun 2011 yang mana tahun menjanjikan lebih banyak filem menarik terhasil. Untuk saat ini, ada apa apa filem lain yang menarik untuk ditonton sebelum berakhirnya 2010?

Untuk cerita ini, saya bagi 4/5 bintang. Lain orang lain citarasa. Tunggu apa lagi, dapatkan tiket cepat dan layan secara marathon sehingga 31 Disember 2010.

{ 39 comments… read them below or add one }

Finalcross December 22, 2010 at 12:31 am

Tak rugi tonton Tron:Legacy ni. Aku sendiri pun dah tonton. Memang terbaik bg aku.Paling aku suka adalah soundtrack terbaik drp Daft Punk. Sgt mengagumkan. Aku pun bg 4/5 bintang. Lyn gile ngan Daft Punk skrang ni. yeahhh

Reply

yusenze December 22, 2010 at 12:32 am

ciskek abang kacak.. hahha..
chaon frust weh kita jemput last minit.. dia janji nak blanje tngok aku masih dara.. kekeke..

Aku suka tngok si olivia tu.. sgt menggodam kalbu.. hahha..
Tak rugi menonton cerita macam ni kerana ada unsur pengajaran tentang unsur ketamadunan serta ikatan persaudaraan yang tidak mungkin akan putus.

Reply

the ghost writer December 22, 2010 at 12:56 am

aku mungkin tak sempat nak layan citer nih kat pawagam.balik malaysia pon tahun depan.nampak gayanya kena cari dvd master gak lah.film nih nampak macam di luar logikal kita tapi lau nak layan sebagai entertainment sebab kecanggihan yang ada memang best.otak manusia terlalu maju.

Reply

MuJE December 22, 2010 at 1:20 am

woah! abang jijan bagi 4/5 tuu.. orang lain sume selambe jer bagi 2/10.. haih, ade percanggahan pendapat yang amat nii…. takpe, tunggu kuar kat jiwang je la jawabnya..hehe

Reply

arrizz December 22, 2010 at 1:24 am

olivia wilde, hot2..haha..tunggu link download jer..hehe

Reply

Ezany-Kun December 22, 2010 at 1:25 am

rajin ko review movie ek.. teringin gak nak tgk cite ni bila ade masa.. kalo tgk 3D berbaloi tak.. salu cite action xbape sesuai sbb pergerakan laju sgt.. nnt 3D xbape menjadi..

Reply

gnesop.com December 22, 2010 at 1:46 am

citer yg best..
mmg meletop kat US skrg

Reply

erin December 22, 2010 at 3:58 am

lom sempat tengok g cte nih..
tp, macam menarik. :)

Reply

Afra Yuri December 22, 2010 at 4:11 am

weee wanna see this movie! >_<

Reply

afnie December 22, 2010 at 4:11 am

btl ni best? Tolong jgn nak hampakan cik ini yea

Reply

mancai December 22, 2010 at 7:41 am

aku pernah tengok tron versi 1982 yang pernah dianggap maju masa tu… kalau zaman sekarang tengok grafik effect dia memang kelakar pun… namun apa yang ditonjolkan pada masa tu teknologinya dah ada masa sekarang… filem jenis macam ni ada peminatnya tersendiri… filem mesti tonton…4/5 juga aku bagi.. sekadar pendapat

Reply

alif December 22, 2010 at 8:04 am

mmmg layan je tgok cerita ni….jgn kita lupada diri udah la kat dunia ni erk…hahahaha

Reply

fendidahada December 22, 2010 at 8:51 am

sound best? wah aku nak download soundtrack dia jela…movie tunggu torrent keluar baru download..hehe

Reply

Rama2Ungu December 22, 2010 at 9:25 am

hoho…dah lama giler tak g tgk wayang..asal nak pegi je ada je hal, asal ade hal je nak pegi..hehehe

tunggu citer hikayat merong mahawangsa…

Reply

Izzat Aziz December 22, 2010 at 9:34 am

Wah 4/5 paling tinggi setakat ni aku tengok.. ada dah terbaca dua review.. ada yang bagi 3/5 ada 2/5.. dan ada yang kata tak perlu tengok.. kat twitter… jadi sampai sekarang rasa malas tengok.

Reply

Ali ridha December 22, 2010 at 11:00 am

tiket wayang bukan percuma.
seronok tengok filem.duit tu
aku tak mau habis kat situ lebih-lebih.

Reply

zik December 22, 2010 at 11:07 am

erm menarik review… dia punya matlamat agak kabur ek.. aku pun tak sure.. sebab aku pun tak tengok lagi..

Reply

Ladfe Amir December 22, 2010 at 12:58 pm

blm berpeluang menontonnya. maybe download kat tenet je kot.

Reply

eQuRlz December 22, 2010 at 1:19 pm

“az” kat perlis xde wayang la!!! cmne nieh..yg plg dkt pn jitra n alor setar..

Reply

dnoBiz December 22, 2010 at 1:32 pm

Zan aku sebenarnya tak berapa suka dengan Rev kau ni..
Sebabnya kau dah Buat aku teringin nak ke KL yang jauhnya hampir 400km semata mata nak tengok cite ni… :D

Ps : bila la nak ada pawagam kat Kelantan???

Reply

saiful December 22, 2010 at 4:23 pm

nak menonton wayang susah gak anak kecil lagi,nampak gayanya kena download gak,huhu

Reply

ainzulaikha December 22, 2010 at 4:43 pm

sy tak tgk agi T_T

Reply

wazy December 22, 2010 at 10:52 pm

tengok juga iklan ni kat tv
memang best
wajib tengok ni
hehe

Reply

MR.Z December 23, 2010 at 12:21 am

dengar review macam best lak.. hmm filem menarik sebelum berakhir 2010, dengar cerita hikayat merong macam best.. tengok trailer pun dah gempak..

Reply

akubiomed December 23, 2010 at 1:48 am

Trom memang saya nantikan selepas Matrix :-)

Reply

atok December 23, 2010 at 4:20 am

trailer die mmg cambest, sape tgk trailer mest nk tgk movie ney. heh. tp ak pon x tgk2 lg, x sempat lorh huu

Reply

sazuwi December 23, 2010 at 5:01 am

akan ditonton…=)

Reply

RotiKeju December 23, 2010 at 5:14 am

hehehe..
cite nie best jugak la bagi aku…
untuk korang yang xsempat nak layan kat panggung A.K.A Penjimat..
nie aku aku nak sharekan dengan korang link downloadnya…
korang layan la sampai lebam http://layanzz.com/forum/showthread.php?t=56

Reply

adamfaiz December 23, 2010 at 3:52 pm

Entah kenapa aku tengok trailer movie no cam tak menarik je..citarasa orang tak sama kan?

Reply

akublog December 23, 2010 at 4:59 pm

Tak best pun aku tgk tron ni.. dulu nyer lagi best..

Reply

hafizmd December 24, 2010 at 11:49 am

aku jugak yg dah lama tak tonton apa2…tgk cerita cicak man jer berulang kali kat astro tu..huuuhh

Reply

din December 24, 2010 at 12:41 pm

eh bile boleh donlod..hahaha..

Reply

dnoBiz December 25, 2010 at 1:28 pm

aku dah tengok semalam cerita memang best tapi gambar tak clear sangat :D

Sedut Kat tenet :D

Reply

Mohd Isa December 25, 2010 at 9:47 pm

hoho, filem yg dinanti2kan…tetapi aku tidak mempunyai masa untuk menontonnya…so terpaksa tgu kawan2 download…yeah…

Reply

fitri December 26, 2010 at 12:15 am

kru ada potensi besar untuk buat filem macam ni..tapi bajet la kot yang menjadi masalah..takut pulangan tak setimpal dengan pelaburan..

Reply

MR.Z December 27, 2010 at 1:21 am

dengar2 tron kali ni tak berapa best.. mula2 cerita je agak best..

Reply

chaoi December 27, 2010 at 8:03 pm

lor aku ingat ramai cakap yang xbest..tapi bace blog ni macam best lak..apepon tunggu yang DVDrip sudah…haha

Reply

fiezaradzi December 28, 2010 at 12:20 pm

4 dari 5 bintang, kira hebat gak la citer ni.. hehee… dah lama tak tgk.. bila tah nak g..

Reply

deCrewz January 5, 2011 at 1:53 am

Jai dah tengok ngan GF Jai.. Starting mata leh buka lagi, pastu dia tido sampai ke sudah…hu3

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: