
Setan Junior? Isk! Isk! Isk!. Begitulah reaksi saya apabila melihat tajuk berita utama pada halaman depan Harian Metro semalam. Sebaik saje bace berita tersebut, saya teringat kata-kata Kak Yan. Kata katanya berbunyi, sila bace dengan style masing masing sebagai ibu bapa bukan senang untuk manjaga anak anak perempuan, apatah lagi yang tengah mantap aka dara. Tetapi bagi beliau itu tidak menjadi masalah kerana mereka tidak mempunyai anak perempuan,yang menjadi kerisaunnya adalah menjaga anak lelaki. Bukan anak perempuan sahaja yang perlu dikawal, anak lelaki juga perlu diutamakan katanya. Kenapa? Takut dah besar nanti anak lelaki rosakkan anak dara orang. Hehe!
Kalau muka kacak, saya ada cakap dulu dia ada pakej lelaki maskulin. Bukan setakat pakej maskulin, pakej sms pun dorang dominasi. Begitulah yang sentiasa berlaku dalam program realiti TV di negara kita sekarang. Yang kacak menang yang berbakat kalah. Setuju? Bagus. Kalau ada yang tak setuju bagi peluang saya terangkan. Ada sesiapa yang tidak tahu apa itu gelanggang akhir Raja Lawak musim ke 4? Ada sesiapa yang tidak tahu siapa yang mendapat gelaran Raja Lawak musim ke 4? Kalau anda nak tahu saya la pemenangnya. Hehe! Okei saya melawak, yang pasti pemenangnya adalah yang kacak kacak. yang tewas mereka yang berbakat. Saya suka pantun. Sampai bila bila pun keputusannya tetap sama sekiranya menggunakan sistem undian sms secara totalnya. Tahniah Kecik. Asal dari kampung.
Berbalik pada tajuk artikel dan isu penulisan saya hari ini, iaitu setan ‘junior’. Apa yang anda paham dengan setan junior? Pada pendapat saya, setan tu adalah perkataan yang berasal daripada syaitan manakala junior pula merujuk kepada taraf atau kelas bawahan. Saya sendiri tidak tahu samada tajuk itu sesuai atau tidak untuk diguna pakai. Mungkin anda yang terdiri daripada pemikir pemikir hebat ada pandangan masing masing. Saya petik dua berita daripada Harian Metro, Isnin, 8 Mac 2010.
Berita 1.
Seorang budak lelaki 12 tahun bukan saja menyamun warga emas yang juga nenek rakannya, malah tergamak membelasah mangsa hingga patah kaki. Suspek dikatakan memijak dan menendang mangsa walaupun warga emas berusia 57 tahun merayu agar dikasihani,…..
Berita 2.
Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks yang melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Mereka baru berumur 11 dan 12 tahun, dalam lingkungan umur sebegini mereka sudah berani melakukan perkara yang melampaui batas umur mereka. Secara teorinya, pemikiran mereka jauh daripada matang untuk melakukan perkara yang keterlaluan seperti ini. Sepatutnya mereka perlu lebih diawasi gerak geri mereka oleh ibu bapa kerana mereka yang berumur dalam lingkungan belasan tahun adalah mereka yang mudah terdedah dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka.
Adakah ibu bapa patut dipersalahkan dalam hal sebegini? Secara logik akalnya, saya masih tertanya tanya bagaimana mereka bawah umur ini boleh mendapatkan video cd lucah untuk ditonton sepertimana yang dilaporkan dalam Harian Metro. Adakah sumber dari rakan? Mungkin juga dari abang atau kakak? Atau mungkin jugak video cd berkenaan milik ibu bapa mereka? Masing masing punya tanggapan yang berlainan. Apa pendapat anda mengenai dua situasi ini yang mana melibatkan mereka yang masih berada diperingkat sekolah rendah dan juga mereka yang perlu perhatian yang penuh daripada ibu bapa.?
Ini pendapat saya, bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapa yang menyorong. Eh, silap! Bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapa yang tak pakai kondom. Haish! Salah lagi. Yang ni betul betul serius. Bukan salah ibu mengandung tetapi saya salahkan mereka yang jual kondom dengan harga mahal. Pendapat saya juga, pihak kerajaan perlu mewujudkan mata pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan seks di sekolah. Mungkin dengan cara ini, mereka akan lebih tahu apa itu seks dan seks yang betul dan juga tahu betapa bahaya seks. Wajarkah mereka ini digelar sebagai setan junior?
Jadi, saya tinggalkan artikel ini untuk anda, mereka yang semua mempunyai fikiran yang waras dan matang untuk memperkatakan yang mana salah dan yang mana betul. Juga siapa yang salah dan siapa betul. Ruangan komen adalah tempat untuk anda berkongsi pendapat terutama mereka yang sudah mempunya tanggungjawab. Yang baru belajar nak bertanggungjawab pun boleh juga Akahz.=P
Saya nak ke belakang. Maggi saya sudah kembang. Itu trademark Alex Raja Lawak 4. Trademark saya pula, lebih hawt dari kewl. Layan.
ps ; anak Kak Yan comel comel. nak tengok terjah blog die
{ 76 comments… read them below or add one }
Next Comments →
wah..panjang nye…hehehe…mak bapak skg sebok sgt bekerja..xde msa nak amik tau pasal anak..tu yg jd mcm, tu..
budak2 skang kan..da makin celik a.k.a terbeliak IT…setakat video yg xelok ni dorang da terrer…taip jek..da kua..n leh tgk..huhu..nak2 bila kt umh der tenet..n mak bapak lak tak pantau pe yg dorang buat…kengkonon untuk buat homework senang cr info..WTH??..
so pemantauan dr ibu bapa tu penting..bukan salah ibu mengandung atau salah bapak tk pakai kondom..yer..heheh ;p
aku setuju je kecik menang…dorg berbakat ape…huhu…sentiasa improve dorg nye lwak kn…hehe…psal setan junior tu…kdg2 mak bapak dh ckup baek dh…anak plak setan..sgt kesian…huhu…moral of the story xleh nk slhkn sape2…diri sndri tu yg pentg =D
aku xkn salahkan parents, sbb kbykkan parents dh didik anak mereka dgn baik..tp disebabkan pngaruh kwn la yg byk pengaruhi bdk2 zmn skrg..cam aku, smoking sejak sekolah, mak bapak aku mana ajar aku isap rokok, bapak aku pun xisap rokok, tp sbb ikut kwn la aku smoking
hahaa.. lawak r perenggan nak last2 tu.. pandai tol wat ayat..haha
okey2..
nak kata salah siapa tu terlalu umum la.. sebab yang ini akan salahkan yang ini, yang itu akan salahkan yang itu.. dan sebagainya.. cuma sangat sedih la yang berita kat atas tu, sebab tu sekarang x suke bace berita!… cuma sekarang ni lebih elok jaga anak masing2.. insyaAllah perkara kat atas tu x berlaku~
erk,
isu berat nih..
memang tak salah ibu mengandung tapi…
(tak tertaip)
pasal CD lucah tuh kan,
harituh pnh terbaca satu kes,budak nih curi2 tgk masa bpknye tengah melayan cite lucah..bile bende tuh berulang2 tgk,budak tuh jd ketagih.bile takde org kat umah,die geledah tmpat bpk die simpan CD tuh…memula tgk sorang2,pehtu ajak kawan2…bile dh syok sgt tgk,die teringin lah nk buat experimen tuh….dipendekkan cite,mereka pon terjebak ngan jenayah seks tuh..(budak2 salunye takut kalau buat sorang2,bile ade geng baru lah tunjuk hero)
kesimpulan di sini,
didikan dan pemantauan ibu bapa adalah sangat penting coz pendidikan awal bermula dari rumah..(nak tmbah lagi tapi tak cukup fakta)..hehe..
sekian
ehem ehem…mmg menakutkn zaman sekarg ni jijan…
@mario, menakutkn mcmne tu bro..takut akn hantu atau takut lari dr polis?hehe.
btol ar tu bro..zaman skrang mcm2 bole berlaku..kdg2 bnda diluar pkran kite pon boley berlaku..
ermm, diri sndri salah la.
nk sgt jadi hero. cmtu la jadinya~
@Scromix, hero to zero..masa depan yang rosak.
tak puas hati betul dgn juara raja lawak 4 nie. kalau ikutkan, Alex yang patut juara coz lawak dia berilmu berbanding dgn 2 group lagi tu coz lawak diorang tak berilmu @ bodoh. Dah terang² juri katakan yg Alex adalah juara pilihan juri tapi nak buat macam mana kalau undi skrg dah pakai SMS…kalau pakai SMS, tak payahlah pakai JURI Jemputan-just guna SMS ajelah nak pilih siapa yang layak. Tak puas hati betul…
@hasnur, setuju dgn pendapat sedara/sedari.baik x payah jemput juri sekiranya undian sms digunakan.sepatutnye 50% juri dan 50% undian sms. sekiranya undian sms secara 100% mmg bakat yg ada x ke mana.
Alex memliki kelebihan dlm penyampaian termsklah idea lawak dari dia..sekiranya Alex tidak dpt juara pun, die perlu berada pd no 2.bkn no 3. Idlan bole melawak n membuat org ketawa tetapi tdk ad kelebihan. dgn lawaknye yg slow.kdg2 membuatkn org yg tgk bosan. dr segi penyampaian dan komunikasi dgn penonton Idlan mmg kalah pada pendapat saya.
harap lepas ini, sistem undian sms 100% ditukar.
Berbalik pada tajuk artikel dan isu penulisan saya hari ini, iaitu setan ‘junior’. Apa yang anda paham dengan setan junior? Papa pendapat saya, setan tu
papa tu perlu digantikan dengan pada..itu komen saya untuk kali ini..haha
@oldtrafford, thanks bro..typo d situ..mmg beginilah klu artikle panjang tanpa double check.hehe..kalau entri copy paste konpem xde typo..mcm isu yg tgh hangat sekarang.tu pun klu bro alert dengan dunia blogging…hehee
ni bukan isu papa, tp masalah anak papa tu yg perlu dibincngkn..:)
we are in the new era. the development of technologies today influence young generation becomes like that. everything now on our fingertips. parents maybe should control their children in order to overcome this problem. org kata melentur buluh biar dr rebungnya kan.. kalau asal dr benih yg baik, Insyaallah hasilnye akan jd baik juge. but depends on bebudak ni la utk tentukan mase depan dorg. biasa la budak2 cpt tepengaruh. mane die nk pk masa depan lgi. pk nak sronok je. fikiran xmatang. tp org yg dah matang pon skg ade jgk tjebak ngn benda2 cmni. from the survey, 80% students from IPT telah melakukan sex. xpecaye? pecaye2 kan la.
hoho.. very long comment. special for this entry.haha
adakah kite patut salahkan teknologi?
aduhai….takutnyew…..
bagaimanakah keadaan masa akan datang….?
ade sorg kawan…bertugas sebagai guru..sgt terkejut sbb anak murid berusia 13 tahun telah melakukan sex lebey dr dgn 10 org….
apakah ini?
Erm.. bahayanya.. kalau perangai macam iblis.. itu lagi teruk tuh…. pengaruh rakan sebaya memang percent dia memang banyak… untuk kearah yang baik atau sebaliknya.. susah nak dapat kawan2 yang baik… huhu
ni musti terpengaruh ngn cite sin chan… hahaha…
=P
@Pisyek, haha. meybe la. cte tu ok lagi bro. tngok cite hagemaru tu. lgi sial. tu mmng kene ban la cite. xseswai untuk budak2. ajr jadi lagi jht ade. huhu
@acapz, adik aku suke gak tgk hagemaru, rase cm nk sepak je adik aku tu.. haha….
ptg2 tgk hagemaru… haih~
T___T
Megi saya sudah kembang… =))
baru2 nie kes pkol bdk kecik sampai mati, skang nie bdk kecik pukol org tua plak… tatau aper nak jadi.. aku doakan adik2 kte semua matang dengan cara yang betul.. bukan cara setan.. zzzzz
semua pihak ada sumbangan masing2 sama ada sedar atau tidak dalam kejadian2 kat atas tu, tapi kalau ikut pegalaman masa bebudak dulu…kawan2 tu lah yg sebenarnya banyak bagi pengaruh, cakap mak bapak bukan nya nak dengar sgt pun….
shibidibidi shibidi beng beng shibidi boom boom. shibidi pon pon! hahahaha! asal dari kampung! opps maggi saya sudah kambang..
hehehe..
huhu. tu la. bru bce surt khabr smlm. ish3. budak kecik sudah mkin gns skng ni. ape nk jadi tah dunia ni. huhu.
kawe ado baco dlm metro boh.. tp berita 2 tu la hok jahat sngoti.. kecik2 tau dh berzina.. berat org loni..
p/s: Bukan anak lelaki sahaja yang perlu dikawal, anak perempuan juga perlu diutamakan katanya. Kenapa? Takut dah besar nanti anak perempuan rosakkan anak teruna orang. Hehehehehehehehe
salam zizan, wah ada tu link ngan ayat akak kt sini…hehe, ekceli kedua2 anak perlu dikawal tak kira laki ataupun pompuan. benda nie takkan jadi kalau tak bertepuk sebelah tgn, mcm kak yan kata gitu sbb kakyan xde anak pompuan lg..kalau ada mesti kedua2nya laki dan pompuan kena kawal.
dunia makin canggih, macam2 pengaruh ada..pengaruh rakan, internet dan macam2 lagi..apa pun yang anak kita buat kita kena tahu dengan siapa dia berkawan, kena ikut perkembangan dia dari belakang dan jangan jugak terlalu mengongkong sebab budak2 sekarang nie bukan macam budak dulu, makin di kongkong makin memberontak pulak…hem..peringatan tuk kakyan jugak sebagai seorang ibu…
psstt!! panjang lak komen nie..hehehhee
aku suka part pasal bukan salah ibu mengandung tu.. haha.. kreatif..
btw, aku pun tkejut baca kt blog orang psl bdk 11, 12 thn tu rogol org.. gile apa dorang ni. dah akil baligh ke? aku pun xtau tpengaruh dgn sape… slalu tgk video lucah ni aku rs…
macam2 hal zmn skarang ni ek..im lucky sbb dibesarkan dalam environement yg terjaga..kalo nk dibandingkn budak2 20 thn dulu ngan skarang mmg beza sngt la…
mungkin sifat ingin tahu dan pengaruh dr persekitaran membuat mereka jd camtu..tpi mak ayah jgn la lepas tgn bila dh tau cabaran raise up a child zmn skarnag ni..pttnya diorang lebih tegas dlm mendidik anak22..
sy sokong sungguh2 kalo di sekolah di adakan pendidikan seks..biar dioeg ni tau ape seks itu dlm erti kata yag sebenar2nya….jgn tgk dr segi negatif, pandang dr sudut positif la..
sekian
kesibukan berkerja punca anak2 menjadi buas..cuba kalau si ibu menjadi suri rumah sepenuh masa dan anak2 makan hasil dari air tangan ibunya ..insyallah anak2 akan dengar ckp ibunya dan menjadi baik..
pendedahan dan pengaruh terlalu byk. sebab tu budak2 tau pasal sx. Insyaallah didikan dari ibubapa baik, anak akan selamat.
bab pendidikan sek aku kurg setuju.klo diberi pendedahan awal pun bahaya gak. pendidikan seks serah kepada family mcm mana nak bentuk. bukan tugas cikgu kat sekolah
macam-macam hal dengan anak-anak muda skrg ni.. mungkin perlu pendekatan lain utk ajar diorang ni
inilah zaman cabaran, tercabar, dicabar, mencabar… peh bijak2lah menggunakan minda juga saling beringat dan nasihat menasihati…. peh aku pun cuak gak…
zaman skg ni susah nak didik anak2.. banyak anasir2 jahat yg ada kat luar sana..
p/s: komen mcm dah ada anak je.. hehe.
ni pengaruh rakan sebaya & yang x brapa sebaya (lebih dewasa)
ramai bebudak skarang suke kawan ngan mereka yg lebih dewasa sket so diorang akan nmpk cool/grown up…
so, bila dah kawan ngan budak2 besar sket paham2 je la ape lesson yg diorang dapat..
kalau nak kata rakan sebaya, apa la yg diorang tau sgt pasal jenayah/seks ni semua..
my 2 cents…
@ahmadyusrie, dorang bajet dorang cool. tp x cool pun. aku meluat plak bila tengok..
salam bos…tak pandai sangat nak komen nie..
ape pun….mintak tunjuk ajar dlm dunia blogging nie eheks,,,malu nie tau mintak tunjuk ajar….hehehehhe
malu tapi mau blajar nie…
memng terkejut baca berita 2 tu..kadang2 budak ni terlebih advance mengalahkan orang dewasa
Selain didikan ibu bapa, pengaruh rakan – rakan, antara lain yang perlu diambil kira adalah pemakanan. kita adalah apa yang kita makan. dari mana sumber pendapatan menyara keluarga perlu jugak dititik beratkan. sebolehnya elakkan makanan syubhah. wallahualam bissawab.
- Belia benci rasuah * tetibe
salam..takutlah teman..sb suri pun ada anak juga huhu..
Assalamualaikum W.B.T abe zizan,bagi pendapat adik ayie x salah mak + bapak salahkan diri anda,so muhasabah diri,tepuk dada tanya diri andalah.pasal pendidikan pasal seks di sekolah ayie amat-amat setuju,walhal orang yang matang + berpendidikan pu moral x elok..
Bro, ni isu yg cukup besar..sebab bnyak sgt dah gejala pelik2 camni berlaku..kalu paper harian metro tu..boleh pedih jiwa kalau bace sampai habis page..so aku rase camni:
1) kurang wajar rasenye nak label sebegitu..mereka didorong rase ingin tahu yg teramat kuat, tanpa ade kawalan orang terdekat..
2) budak2 sekarang memang advance..3-4 tahun dah pandai main game kat fb..so kalau tak kene gaye parents kawal..lain jadinye..
3) ape2pun..semua tanggungjawab tetap jatuh pd parents, kalau instittusi keluarga runtuh..make jawabnye institusi masyarakat juge akan runtuh..
p/s – moge dijauhkan dari perkara begini..
WTF? Bawah 12 taun dah buat taik? Sigh.. =.=’
jadi lah cm akak ni zizan dok umah pantau ank2 je..dah besar mcm perangai sekarang ni.. jadi je driver dia org nk g mana anta je,,
budak2 zaman sekarang ada banyak pendedahan buruk..
jika tidak dikawal buruk padahnya..
@Thoha, suri sokong akan kenyataan kamu tu
nak salahkan parent 100% tak boleh jugak.. sebenarnya banyak faktor terjadinya hal yang macam nie.. tepuk dada tanya iman.. semoga kiter dijauhkan dengan perkara² yang tidak bermoral nie..
didik anak2 ngan ilmu agama.. biar perkukuh akhlak dan iman.. tu lebih penting.. tau halal haram..
@aduka, aku setuju. byk gejala sosial bpunca dr kurangnya pegangan agama dlm diri. sbb tu dorang berani buat. x fikir dosa yg dorg akan dpt..
skg ni byk yg tak waras pikir dah..sume nak jadi binatang jer..tuhan dah bagi akal berpikir bukan nak bersyukur diorang tuh…bila ckp kurang didikan agama..kurang camne tu? haha.. sebanarnyer diorang ni kurang didikan hormat menghormati..kene tgk family dia camne..kalo sume cam hantu..ckp adik badik pun tak sopan..anak beranak kaki mat pet curi sume mmg pengaruh la..lagi satu kalo setakat tok nenek jer baik..anak2 cucu tak tentu lagi baik…nauzubillah la..mintak2 aku dijauhi dari golongan2 yg camni
salam singgah..
hakikatnya kita harus menyanyagi anak bagsa kita sndri..tapi mgapa segelintir dri kita bsikap sdmikian???huhu..
Budak2 zaman skrg mmg terlalu advance.
Ini mungkin di sebabkan ledakan teknolgi maklumat yang mudah di perlolehi dan juga kurang pemantau drpd ibu bapa serta guru di persekitaran kehidupan mereka…
ada bace pasal berita ni..memang terperanjat tengok..entah ape nak jadi budak2 zman sekarng..gerun dengan dunia yang semakin tua..dan manusia yang semakin liar..
tanda2 kecil akhir zaman…..banyak maksiat berlaku di muka bumi..
zaman dah maju seiring dengan teknologi,pelbagai inisiatif patut diambil oleh semua pihak terutama ibubapa bagi mencegah anak-anak mereka terjebak gejala tidak sihat ni.
Terapkan ilmu agama dari awal dan banyakkan berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan ahli keluarga
aku skang pun takut nak tegur budak2 skolah rendah nih..
seram sejuk rasa..
budak sekarang dah tak macam dulu..
Anak-anak bagai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warnanya. Boleh pakai lagi ke nih?..
Pengaruh rakan sebaya, orang keliling, adik-beradik, persekolahan dan dasar kerajaan juga mungkin membantu mencorakkan kanak-kanak. Jangan pedulikan siapa yang mempengaruhinya, yang penting kita fikirkan bagaimana mencegah dan mengubati penyakit ‘setan junior’ sebelum ia menjadi lebih sukar ditangani.
huhh! miahahahaha..
Sebenarnya ada juga betulnya jika ibu bapa kurang beri perhatian pd anak2 menyebabkan perkara spt ini semakin meningkat. Jika kita perhatikan masalah gejala sosial spt ini mula meningkat dr lewat tahun 70an hingga sekarang. Pada waktu itu bermulanya wanita bekerja dan meninggalkan tanggungjawabnya pd org lain.
Namun perlu dikaji kenapa mereka bekerja. Sbbnya sudah tentulah ‘ekonomi rumah tangga’.. jd adalah wajar kajian dibuat bagaimana wanita boleh memberi sumbangan tanpa terabainya anak2. Atau bagaimana pendapatan isi rumah boleh ditingkatkan tanpa perlu wanita keluar bekerja.. agar perhatian pd anak2 boleh diberi dgn lebih lg.
Maaf.. hanya pandangan aku.
mmm… ni semua kerana….. dari darah yang mengalir tuh sendiri….
ada satu potong ayat …. “walddam minaddam huwa yajri”…..bermaksud dari darah kedarah mengikut keturunan….
oleh tu kalo kita kawin kita kene cari pasangan yang sesuai, elok budi pekerti dan beragama . ….
dan….. kalo diri si ayah atau si ibu ada yang melakukan kesilapan …. kenelah cepat2 bertaubat….. kalo x…. keturunan seterusnya akan melakukan yang lebih jahat dari perbuatan yang si ayah dan siibu pernah lakukan…
so sama2lah kita berdoa agar hidup sentiasa di berkati allah dan selamatkan keturunan kita…
Next Comments →