Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk!

by azizan4444 on March 9, 2010

anak soleh

Setan Junior? Isk! Isk! Isk!. Begitulah reaksi saya apabila melihat tajuk berita utama pada halaman depan Harian Metro semalam. Sebaik saje bace berita tersebut, saya teringat kata-kata Kak Yan. Kata katanya berbunyi, sila bace dengan style masing masing sebagai ibu bapa bukan senang untuk manjaga anak anak perempuan, apatah lagi yang tengah mantap aka dara. Tetapi bagi beliau itu tidak menjadi masalah kerana mereka tidak mempunyai anak perempuan,yang menjadi kerisaunnya adalah menjaga anak lelaki. Bukan anak perempuan sahaja yang perlu dikawal, anak lelaki juga perlu diutamakan katanya. Kenapa? Takut dah besar nanti anak lelaki rosakkan anak dara orang. Hehe!

Kalau muka kacak, saya ada cakap dulu dia ada pakej lelaki maskulin. Bukan setakat pakej maskulin, pakej sms pun dorang dominasi. Begitulah yang sentiasa berlaku dalam program realiti TV di negara kita sekarang. Yang kacak menang yang berbakat kalah. Setuju? Bagus. Kalau ada yang tak setuju bagi peluang saya terangkan. Ada sesiapa yang tidak tahu apa itu gelanggang akhir Raja Lawak musim ke 4? Ada sesiapa yang tidak tahu siapa yang mendapat gelaran Raja Lawak musim ke 4? Kalau anda nak tahu saya la pemenangnya. Hehe! Okei saya melawak, yang pasti pemenangnya adalah yang kacak kacak. yang tewas mereka yang berbakat. Saya suka pantun. Sampai bila bila pun keputusannya tetap sama sekiranya menggunakan sistem undian sms secara totalnya. Tahniah Kecik. Asal dari kampung.

Berbalik pada tajuk artikel dan isu penulisan saya hari ini, iaitu setan ‘junior’. Apa yang anda paham dengan setan junior?  Pada pendapat saya, setan tu adalah perkataan yang berasal daripada syaitan manakala junior pula merujuk kepada taraf atau kelas bawahan. Saya sendiri tidak tahu samada tajuk itu sesuai atau tidak untuk diguna pakai. Mungkin anda yang terdiri daripada pemikir pemikir hebat ada pandangan masing masing. Saya petik dua berita daripada Harian Metro, Isnin, 8 Mac 2010.

Berita 1.

Seorang budak lelaki 12 tahun bukan saja menyamun warga emas yang juga nenek rakannya, malah tergamak membelasah mangsa hingga patah kaki. Suspek dikatakan memijak dan menendang mangsa walaupun warga emas berusia 57 tahun merayu agar dikasihani,…..

Berita 2.

Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks yang melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.

Mereka baru berumur 11 dan 12 tahun, dalam lingkungan umur sebegini mereka sudah berani melakukan perkara yang melampaui batas umur mereka. Secara teorinya, pemikiran mereka jauh daripada matang untuk melakukan perkara yang keterlaluan seperti ini. Sepatutnya mereka perlu lebih diawasi gerak geri mereka oleh ibu bapa kerana mereka yang berumur dalam lingkungan belasan tahun adalah mereka yang mudah terdedah dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka.

Adakah ibu bapa patut dipersalahkan dalam hal sebegini? Secara logik akalnya, saya masih tertanya tanya bagaimana mereka bawah umur ini boleh mendapatkan video cd lucah untuk ditonton sepertimana yang dilaporkan dalam Harian Metro. Adakah sumber dari rakan? Mungkin juga dari abang atau kakak? Atau mungkin jugak video cd berkenaan milik ibu bapa mereka? Masing masing punya tanggapan yang berlainan. Apa pendapat anda mengenai dua situasi ini yang mana melibatkan mereka yang masih berada diperingkat sekolah rendah dan juga mereka yang perlu perhatian yang penuh daripada ibu bapa.?

Ini pendapat saya, bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapa yang menyorong. Eh, silap! Bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapa yang tak pakai kondom. Haish! Salah lagi. Yang ni betul betul serius. Bukan salah ibu mengandung tetapi saya salahkan mereka yang jual kondom dengan harga mahal. Pendapat saya juga, pihak kerajaan perlu mewujudkan mata pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan seks di sekolah. Mungkin dengan cara ini, mereka akan lebih tahu apa itu seks dan seks yang betul dan juga tahu betapa bahaya seks. Wajarkah mereka ini digelar sebagai setan junior?

Jadi, saya tinggalkan artikel ini untuk anda, mereka yang semua mempunyai fikiran yang waras dan matang untuk memperkatakan yang mana salah dan yang mana betul. Juga siapa yang salah dan siapa betul. Ruangan komen adalah tempat untuk anda berkongsi pendapat terutama mereka yang sudah mempunya tanggungjawab. Yang baru belajar nak bertanggungjawab pun boleh juga Akahz.=P

Saya nak ke belakang. Maggi saya sudah kembang. Itu trademark Alex Raja Lawak 4.  Trademark saya pula, lebih hawt dari kewl. Layan.

ps ; anak Kak Yan comel comel. nak tengok terjah blog die

{ 76 comments… read them below or add one }

qismina March 19, 2010 at 8:31 pm

hmmm…. budak2 sekarang makin mature.. akibat DNA yg mengalami mutasi?? kalu nk ikutkan dulu mn laa bdk2 seumur ini tahu pasal sex. byak sangat pengaruh media.. yg pasal kes budak umur 12 dn 11 tue.. bkn ke dia ada video lucah?? dari mn datang video sebegitu? pengawalan diorang nie kurang..

biasalaa budak2 kalu daya tarikan bnda2 yang baru didepan mereka.. dan bnda tu boleh menimbulkan rasa best dan syok.. mestilaa diorg akan terus menerus mencari dan menggali informasi.. ehheee

nak salah kat siapa??? byk kot pihak yg perlu disalahkan.. bukan satu pihak jer tau.. sbb kalau bnda nie nak dibanteras semua pihak yang terbabit kena turun tangan.. bukan kuarkan air liur jer.

Reply

faizal May 2, 2010 at 11:52 am

@qismina, mutasinya bukan pada DNA, tapi pada minda dan pemikiran serta pendedahan yg terlampau….hehehe

Reply

princess_emma March 20, 2010 at 5:43 am

salam..teruknya budak2 skang ni..yg bc part perogol junior takleh blah tu..huhuu..teruk gila..mn la dorg blajar tu..

Reply

mizzura March 20, 2010 at 7:22 pm

takut dengan anak2 sekarang..kenapa jadi begini.. T_T

Reply

iidyll March 22, 2010 at 4:02 pm

antara anak lelaki dan anak perempuan, ibubapa paling risaukan anak perempuan..buat apapun tak nampak,tahu-tahu dah membuahkan hasil..anak lelaki selalunya buat jahat ni memang terang-terang jer..hasilnya dari mula dah nampak dah..huhuhuhu

Reply

syarifahradiah March 28, 2010 at 4:37 pm

dunia akhir zaman.
T.T

Reply

qemmal April 26, 2010 at 1:28 pm

haih ade ke perogol2 kecik ni? ni yg rase nk tgk ni. hish mane belaja la mende2 mcm ni.

nauzubillah..

Reply

kech August 27, 2010 at 9:57 am

mak ayah sekarang dah kurang perhatikan anak2 diorang.tak pantau setiap apa yang anak diorang buat and dengan sape diorg berkawan..ishk2.

Reply

iaryylr September 18, 2010 at 9:50 pm

Yang ngeri cucu rxgxl nenek berita lepas, tetapi lupa pulak cucu dia umur berapa…,

Reply

raxm September 23, 2010 at 4:45 am

budak2 zmn skg mmg teruk…tmbahan lg kecik2 dah didedahkan pelbagai saluran yg boleh mendatang kan impak yg -ve…tak di tapis…dunia tnpa sempadan…
mak bapak sibuk..dua2 keja, jd xpantau sgt ank2…

tv, wayang, radio malah paper pon…dok dedah rogol, bunuh diri, rompak, curi scara xlgsug mendedahkan bdk2 tu kes jenayah.
xmcm zmn dulu…

Reply

padel September 23, 2010 at 2:09 pm

ape la nak jadi skang ni…huhuhuhu

Reply

syahrilhafiz October 8, 2010 at 6:08 pm

bebudak skank..memang terbaik dah..haha

Reply

putrapes October 12, 2010 at 6:23 pm

sedihnya dengan apa yang berlaku itu. sebab itulah kena pastikan dengan siapa anak kita berkawan dan pantau program harian anak-anak.

Reply

ENGLISH TIPS October 21, 2010 at 6:07 pm

Carlos from Brazil was here, desire success with your interesting blog.

Reply

panadol November 4, 2010 at 12:31 am

mmg budak2 skang nie t’lbh2 advance dia..huuh

Reply

ain November 13, 2010 at 8:19 pm

astaga..
menakutkannya budak2 zaman sekrang..

skrang ni cerita2 movie omputih pun dah ada aksi2 melampau 18sx kadang2…mana la tak menimbulkan rasa ingin tahu dan ingin mencuba budak2 tu..
nak control benda2 exposure tu cam dah susah dah..hmmm
dunia akhir zaman ni..
serius menakutkan..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: