Plagiarism : Fenomena Atau Trend?

by azizan4444 on February 14, 2010

Plagiarism

Plagiarism, fenomena atau trend? merupakan isu bagi penulisan saya kali ini. “Plagiarism’ adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Many people think of plagiarism as copying another’s work, or brrowing someone else’e original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.

Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ‘copy paste’ kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.

Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism di kalangan pelajar akan dianggap sebagai jenayah akademik? Pada perenggan sebelum ini, saya telah menyatakan antara sebab umum berlakunya amalan ‘copy paste’. Sekarang, saya akan kupas beberapa sebab-sebab yang lebih khusus atau spesifik kenapa amalan ini berlaku di kalangan pelajar.

1. Pelajar kurang mahir mencari maklumat

Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat.

2. Tidak mempunyai masa yang secukupnya

Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

3. Suasana pembelajaran di universiti berbeza dengan sebelumnya

Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan tugasan mereka.

4. Kurang kesedaran tentang plagirism

Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Saya berpendapat, para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam ‘copy paste’ ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.

5. Kurang persedian dalam menyiapkan tugasan

Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet semata-mata.

6. Sifat pelajar itu sendiri

Kebanyakan pelajar yang melakukan plagirism adalah terdiri daripda mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan terbawa-bawa ke universiti. Saya yakin, apabila di universiti kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

Adakah dengan cara menciplak hasil kerja orang lain akan mendatangkan kajayaan kepada anda? Sebagai pelajar, mungkin anda mempunyai pendapat sendiri mengapa wujudnya amalan ‘copy paste’ di universiti dan saya yakin juga kebanyakan pembaca blog ini terdiri daripada mereka yang cerdik pandai iaitu pelajar universiti.

Sebelum saya menoktahkan artikel kali ini, saya tinggalkan satu persoalan kepada tuan puan. Patutkah  jenayah akademik ini dijatuhkan hukuman atau denda?

Saya nak pergi sambut adik angkat dari UUM. Katanya saya dapat adik angkat dari Indonesia dan Syria. Tak tahu betul ke tidak. Tapi yang pasti kena speaking la lepas ni dan adik angkat tu perempuan. Haha!

-azizan4444

“Plagiarism’ adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste.

{ 63 comments… read them below or add one }

hydir February 14, 2010 at 5:05 pm

plagiarism itu berpunca sebab sikap pelajar itu sendiri baru sbb yang lain2 tu muncul ..

asyik nak mudah jer tp nak excellent .. plagiat le jawabnya ..
budaya yg semakin merebak hatta ke peringkat Master!

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:30 pm

@hydir, btol tu bro..semua nak excellent tp xnak usaha dgn care sendiri..amik mudah je..last2 dr sndri gak yg susah…

Reply

AyieBlog February 14, 2010 at 5:05 pm

salam,muhahahah zizan entry yang hot + superman + spiderman ahahaha about copy n paste…what that hill…. aku nie cakap kat orang dulu zaman stdy ala bodoh2,suka jugak copy n paste tapi bukan semualah,sebenarnya budaya copy n paste hanya terjadi di negara M_l_ys_a.. hahahaha…

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:32 pm

@AyieBlog, salam bro,,

sakang ni amalan ni semakin menjadi2..naik risau gak kerjaan kn..nak hasilkn graduate yg btol2 berjaya..kekeke

Reply

Nina' February 14, 2010 at 5:24 pm

Ini bkan perkara biasa ke.. copy paste… pastu ubah ayat cikit..
mcm22

tp kalau kije dlm btuk praktikal x leh la nak copy2 ni..hehe..

kdg2 copy juge.. tp dpt lcterer tegas.. sorry la nak copy ni..ahha

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:34 pm

@Nina’, kalau dpt lecturer tegas.mmg sebijik2 la dorang tgk tugasan tu..naye2…

Reply

kulanz February 14, 2010 at 6:07 pm

kalau copy paste utk buat asgmt tu, memang dah terang-terang salah.. x bole diamalkan..
tapi kalau kita edit sedikit, dah nyatakan sumber rujukan kita, itu x salah..
apa pun, plagarisme ni mmg asalnya daripada sikap kita sendiri.. punca-puncanya mcm yg dinyatakan atas tu..

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:39 pm

@kulanz, bile da diddik dr sekolah rendah uuntuk meniru dlm meyiapkan kerja sekolah,maka sifat tu akn tertanam dlm diri dan terbawa2 bila dah masuk dunia universiti..

Reply

h3r0 February 14, 2010 at 6:17 pm

Setakat copy paste, xmembawa apa makna kepada org yg tiru tue..

at least buat la sendiri..

p/s- dpt adik angkat cantik tue, kenen2 la kat aku.. he he he..

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:37 pm

@h3r0, setuju sgt dgn pendapat bro tu…try sndri..at least kita akn puas hati dgn hasil kerja kite sndri wlpon xde la berjaya sangat..utk pembakar smangat..

ps: ada 2 3 orang yg tip top bro.kekeke

Reply

riBEna February 14, 2010 at 7:25 pm

copy paste?
hmmm..rasenye mmg da biase sgt dgau owng copy paste ni
cm kolej cm da jd normal la tuh
hahaha!
tp xde la amik sejibik2..pndai la edit2 gak kn..
*kantoi*
hahahah!

papepon slmt mngedix ngn adk agkat tu ye!
hahahahaha!

Reply

touya February 14, 2010 at 8:40 pm

Benda cam nie dah jadi perkara biasa , aku sanggup delete semua soft copy laporan aku bila habis interview sebab aku taknak orang curi .

Salah satu ancaman yang menjatuhkan seorang blogger itu sendiri adalah plagiat .

Reply

Thoha February 14, 2010 at 11:52 pm

perbuatan meniru memang tak patut diamalkan nanti boleh menjadi tabiat buruk yang susah untuk dibuang..
kalau setakat rujuk boleh sebagai panduan..huhu

Reply

khairil February 15, 2010 at 12:37 am

nice entri…satu ja aku nak kata..pelajar kita malas nak berusaha dan banyak beri alasan itu ini sebab tu amek jalan mudah dengan kopipes

Reply

pak dogol February 15, 2010 at 1:13 am

p/s : kamu tak mau ambil anak gajah pak dogol sebagai adik angkat kamu juga ke zizan? muahaha!

Reply

samanosuke_04 February 15, 2010 at 1:39 am

hoho, perkataan nie jarang dengar, tapi memang popular kalo waktu aku kat uitm dulu.. hehe, setau aku, kalo kte letak footnote yang bagik credit ato reference, benda yang copy paste tue taklaa jadik plagiarism, tapi jangan direct copy, tukar2 laa ayat..

Reply

Farah February 15, 2010 at 5:59 am

huhooo perkataan copy paste ni popularzaman seolah dulu2.asal x siap je mula kalut ribut cari kawan punye nak copy..tp skang dh x bt..hehe

Reply

Bb Hussain February 15, 2010 at 9:35 am

isu ni dah makin banyak disebabkan kemudahan nak dapatkan material dari internet.. setiap orang patut diajar menghargai hasil kerja orang lain..

Reply

ruff February 15, 2010 at 10:54 am

kalu copy paste memang la xboleh…
tapi kalu kite copy dan nyatakan reference kat blkg kiranya xpe kot…tp xleh lah copy semua…..

Reply

1tomyam February 15, 2010 at 11:31 am

rasanya kalau UPM kalau ambik 15 patah perkataan kena cite kita ambik dari mana, ikut standard APA, kekadang tu aku bedal jugak, copy pastu rephares balik ayat tu..ngehehe

Reply

Pisyek February 15, 2010 at 5:01 pm

@1tomyam, lecturer aku ckp amik amik sumber kat mane2 xpe kalo rephrase balik, tapi aku pusing2 jd ayat yg same gak…

haha…=P

Reply

1tomyam February 18, 2010 at 5:17 pm

@Pisyek, samalah aku pong…dah memang ayat tu paling sesuai hahahah

Reply

lazaac February 15, 2010 at 1:16 pm

cool! adik angkat pompuan… dr oversea lg… caya la bro..

Reply

x-po February 15, 2010 at 2:11 pm

tp bg kawe, kalau nk pndai dale penulisan di blog, kne pndai main copy paste dlu, then lamo2 mesti akan pndai tulis sendiri..dlm proses blajar..hehe

Reply

kertaz February 15, 2010 at 3:55 pm

Dah jadi benda biasa dah plagiarism ni.. Time skolah pun sama.. Main jer keja.. Homework haram x buat.. Time cikgu mintak, kelam kibut tiru member punya.. Hhahahha..

Reply

arieza February 15, 2010 at 4:19 pm

haha tp kan. bila i fikir2 balik, pliagiarism ni bkn sbb student xreti nk carik maklumat, tp sbb dh terpandai sgt carik maklumat.. hehehe :p tu yg jd rembat je.. and mls nk edit2. dia tibai je curik sepatah2.. :p

Reply

zik February 15, 2010 at 11:03 pm

no cut and paste.. kena pandai olah ayat-ayat dari sumber yang kita ambil tuh… erm…terima kasih untuk info ini..

Reply

Mus February 15, 2010 at 11:34 pm

kalau fakta/berita baik copy paste jer.. jangan pandai2 nak ubah ayat.. lain jadinya nanti..

kalau pendapat, takkan nak copy paste jugak kot…

Reply

anak gemilang February 16, 2010 at 2:10 am

:)
salam ziarah zizan..
lama dah sy x kumen kan.. :) (edeyh ayt skema lak kua ni)

ngehehe. memang x dinafikan.. copy tu ader.. paste tuh..
ckit jer la kan.. kte tmbh sket.
goreng sket.. len la bunyik nya kan.. hehe..
~sumber rjukan ktakan.. ~ ngee.. :)

Reply

ibnmasir February 16, 2010 at 2:36 am

copy leh tp jgnla paste bult2.. hadamkan dole then olah gune ayt sndiri… kalo amik bult2.. baik fotostat je…:D

Reply

mohdisa February 16, 2010 at 6:01 am

aku juga pernah melakukan plagiat satu masa dahulu, maklumlah baru nak berjinak2 dalam dunia blog ni. pengetahuan zero lagi, bila dah lama-lama baru aku tahu tiada faedahnya aku berbuat demikian. tp aktiviti tu still ada, tp bukan copy and paste terus. just ambil point penting untuk dikongsikan bersama. sharing is caring right? hehe

Reply

wazy February 16, 2010 at 11:18 am

salam bro…

hebat gak topik ni,hehehe,sebagai blogger yang masih baru mencari gaya penulisan,memang tak dapat di nafikan budaya copy paste sebati dengan mereka.tapi bagi aku la,kalau nak copy paste ni,biarlah ubahsuai sikit ayat tu,janji tak nampak sangat tajuk tu di tiru bulat-bulat

Reply

che li February 16, 2010 at 11:53 am

kalau dah buat keja last minit, memang macam tue la jadiknye…mase tak cukup tue alasan jek.. dah tau amik course yang power kena ready la kan..

Reply

daffodil d February 16, 2010 at 2:35 pm

bloggers pun banyak kes plagiat juga. bukan student sahaja. ha ha. btw, dari kecil kena biasakan budak2 pandai cari maklumat sendiri. jangan duk spoon fed je. mmg la budak tu jadi malas. hu hu

ps : gatai je dgn adik angkat pempuan yek!

Reply

lieya orange February 16, 2010 at 3:46 pm

copykopiteh ni mmg slalu dikalangan student U…saya salahsatunyer…=p huhuuu
tp taklah tiru semua okey…still ikut APA format…

haaa??? dr uum…lieya pun uum tp tak berangkat2 pun…=p

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:43 pm

@lieya orange, format tu yg penting..da la kopi paste lps tu xde edit lgsung..mmg kantoi la kn..x ikut format sah2 fail..bt penat je…hehee

ya2..dr uum..lieya stdy uum ke?br taw…ngee

Reply

Ustaz February 16, 2010 at 8:00 pm

plagiarism mmg perlu sebagai rujukan sahaja. Kalo nakkan sesuatu penulisan yg lebik efektif dan inovatif, better ayat sendiri :)

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:28 pm

@Ustaz, dlm menyiapkan tugasan xperlu sgt kot ayat berbunga2..point utama je yang penting…sbb tu ramai yg suke amik je mase nk buat esemen tu..

Reply

acapz February 16, 2010 at 8:28 pm

hoho. benda2 camni dah biasa dibuat. aku pnh. haha. xpi xde tiru bulat2. bila xde idea standart la bnda2 camni berlaku. hee =D

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:26 pm

@acapz, setakat tugasan kecil xde hal kot edit..tp klu thesis,final projek kat u pun tiru semua..tu naye klu kantoi..

Reply

yyusenze February 16, 2010 at 9:37 pm

Blog catur aku terpaksa menggunakan kaedah ini sebab gila aku nak prepare analisis sendiri… hahaha~~~ aku bkn pakar yang bisa mengulas…

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:25 pm

@yyusenze, hahaa….blog catur tu susah nak ulas klu sape2 x expert psl catur kn…stakat taw maen ssh jgk nk explain…

Reply

fiezaradzi February 17, 2010 at 12:04 am

tul bro.. saya pun penah kena aktiviti ni.. sebijik2 die copy paste kt blog die.. oh.. kot ye pun nak copy, edit ler mane2 yg patut..
rasanye sebab jati diri kot.. lau jati diri bgus, kat mane2 pergi pun die tau pendirian & yg ne bagus, yg ne tak..

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:42 pm

@fiezaradzi, ssh la klu copy aktiviti/kehidupan seharian tanpa edit kn..hehe..klu fakta atau artikel2 tu ok la skit tp kn la letak sumber…

Reply

marki February 17, 2010 at 8:25 pm

bkn aje sumber diambil dari internet bulat2 ..malah dari member2 yg dah siap tugasan.. yang 2 paling tidak beretika skali ..

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:22 pm

@marki, ada sesetgah kawan tertekan sbb kawan lain suke meniru tugasan die…xnk bg kawan..kn x sporting lak..dilema..heeh

Reply

ZuMaWaMBa February 17, 2010 at 11:47 pm

kalo kat skul, budak2 salu copy & paste kalo part2 wat folio!
tu pun kire plagirism gak ek? :P

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:19 pm

@ZuMaWaMBa, plagiat lebih kurang cmtu la..x kire sekolah rendah ke kat u..same je kot..hehehe…ssh la kn kt sekolah pun da pandai bt cmni…

Reply

mancai February 18, 2010 at 2:18 pm

huhuhu… teringat zaman study dulu… copy+paste a.k.a photostat… kan student jek Lecture pun sama…. copy+paste soklan exam…. ish2…

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:20 pm

@mancai, kawan aku ad ckp,jd cikgu ssh jgak..nak2 mase bt soklan utk student..last2 kena amik soklan lps2 n edit..kekekee

Reply

Si Naga February 18, 2010 at 6:31 pm

aku rasa tak salah meniru asalkan bagi kredit kepada orang yg buat artikel tu..
kemudian pelajar kena laa olah balik ayat dan kefahaman mengikut pelajar itu sendiri..
hidup kita ni memang meniru..
masa kecik kita dah mula meniru..
meniru cara jalan dan cara cakap..
kemudian bila dah masuk sekolah, kita ambil fakta dalam buku dan igt,
cam copy paste gak tu..
sama jer..

Reply

Faarihin February 18, 2010 at 9:12 pm

masa belajar dulu pun.. saya pun tak terlepas dari hal ini.. tapi selalunya mestilah letakkan sumber rujukan dari mana kita ambil maklumat tu.. yelah bukan kita yang buatkan.. jadi kena la sedar diri.. huhuhu.. tapi yang peliknya dia orang ni memang ada juga la yang tiru bulat2 lepas tu mengaku dia yang uat sendiri.. memang tak patut betul..

Reply

Luth Textile February 18, 2010 at 11:24 pm

MALAS! TAK KREATIF! TAK USHA! TU JE.. HEHE

Reply

azizan4444 February 19, 2010 at 3:40 pm

@Luth Textile, malas tu sentiasa ada..ye x bro?hehehe

Reply

ahmadyusrie February 19, 2010 at 10:28 am

blame the technology, encik google kn ade, source of all kind of information..
masa kat U dulu hampir semua orang buat…kalu x buat, sedikit outside la..
tp still masih berjaya kekalkan integriti most of the time..
still remember what my lectr used to say “kalau nak tiru, tiru la, tapi jgn sampai saya dpt tangkap”

Reply

wanwma February 19, 2010 at 11:02 am

Masa aku buat assignment tentang plagiarism, aku sendiri masih cari maklumat dgn plagiarism..hahaha..jahatnya aku!

Reply

suri February 20, 2010 at 9:08 am

salam ceria..
biasalah perkara ni mmg selalu ada pada pelajar pun selagi ia dinamakan penuntut.hehe..

tapi yang ruginya kitalah nanti sb tak faham sepenuhya isi yang disampaikan ooleh guru..pensyarah..nanti exam diri sendiri yg susah..result pun tak best skor..huuh

Reply

ohmalaysia.com February 21, 2010 at 12:54 am

aku belajar pasal plagiarism ni kat universiti. ada banyak 3 cara nak elakkan assignment kita ni dikira plagarism atau tak.

1. Paraphrase
-kita baca sesuatu artikel then cuba tulis balik mengikut cara dan kreativiti kita sendiri.

2. Summarize
-kita baca artikel secara menyeluruh, dah buat kesimpulan – apa yang kita faham bila baca artikel tu.

3. Quotation
- ni kalo tak reti nak paraphrase or buat summary, boleh cuba quotation. tapi sangat tak digalakkan sebab xde originality.

Reply

Ichigo February 22, 2010 at 4:23 pm

wah wah.. tak dinafikan mmg ramai yg nak senang keje je kan. lagi senang lagi bagus, Ichi time amik degree dulu agak susah la sbb software enggineering mana bleh nak tiru semer nak kena faham coding, kalau copy semata nnti kena soal menjawab la. huhu

Reply

Nine February 22, 2010 at 4:38 pm

hmm katakanlah semua website kat google nih dia wat auto disable copy paste tuh..susah gak ek..hehe..

Reply

hadjie February 22, 2010 at 11:47 pm

Bagi saya plagiat lebih pada copy paste bulat-bulata tanpa ada segi-segi sedikit pun. Kalau mahu mula2 belajar kreatif, copy dulu bulat-bulat. Kemudian tukar-tukar, yang atas bawahkan, yang bawah ataskan, tambah kiri, tambah kanan, buang kanan, buang kiri, pindah sana pindah sini, campur-campur, ubah tatabahasa semua, alih2 kita punya olahan mungkin lagi sedap dan sampai makna. Kreatiflah tu. Bukan semua orang boleh berinovasi.

Reply

hafizmd February 23, 2010 at 3:46 pm

Bro, entri ko mmg cukup aku suke..ade klass..hehe
Ni pendapat aku pasal ciplak menciplak ini;
1) Skill cari info takde – Ade benarnye sbb student akan bijak bile cari info yg ntah ape2, tp bile dimintak cari info ilmiah..kelu tgn nk taip ape..kan?

2) Takde@tak cukup mase – nape ade student yg boleh carik tapi tidak kite? eleh, p main game ade plak mase, cari benda ntah ape2, ade jer mase, time cari info utk assignment, member yg rajin sket jadi mangsa. Malasla tu kan?

3) Suasana dah tak same mcm dulu2 – mmgla tak same, tp kalau standard minda dah asyik nak meniru, meng’copy-paste’ tu dah melekat erat dlm minda, kemana-manepun akan tetap di’copypaste’kan saje kerjenye. Percayelah..

4) Tak sedar sedang ciplak – alahai, suci murni jer bunyinyer..ape yg bro tulis tu mmg tepat, kalau nk tiru, jgn bulat2..adjust mane2 yg patut, tambah lagi dgn beberape info, biar kreatif sket..baru power..tak gitu?

5) Kurang sedia – ini mmg betul sgt2. Bile dah tak sedia, segala info tak dicari, kalau cari pun, ala2 kadar jer, asal ade jerla..janji siap dan hantar..akhirnya bile dapat D..bru sibuk nk jumpe lecturer..alahai.

6) Sifat diri sendiri – inilah antara sebab utama. Kalau dah sejak azali suke kelepet kerje sekolah member, melarat ke matrik,universiti dan makin parah bile dah kerje..adeh

Ini jer bro pendapat aku. Mungkin salah juge sbb aku bukanlah sempurna, kenkadang terciplak juge..hehe..yg penting, kite kene ubah diri sendiri..insyaAllah

Reply

Maharam October 1, 2010 at 9:25 am

Assalamualaikum,
Sdr.,
artikel sdr ini sangat berguna untuk dihadam oleh pelajar saya. Jadi, saya dah tampal di blog saya sebagai rujukan dengan kredit kepada sdr sebagai penulis asal.

terima kasih.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: