• Perempuan Memang Sempurna, Tapi ….

    Kasih Sayang Perempuan

    Perempuan memang sempurna tapi.. tapi apa ye tuan puan? Saya sambung, perempuan memang sempurna tapi lelaki lebih sempurna. Haha! Okei saya melawak je, itu bukan sambungannya. Saya betulkan, perempuan memang sempurna tapi lelaki lebih sempurna. Cis, saya ulang ayat sama. Okei saya serius, perempuan memang sempurna tapi perempuan tak pernah menghargai. Tak pernah menghargai lelaki dan juga dirinya. Setuju? Bagus.

    Semalam bersembang dengan Nick. Topik mengenai gadis yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak. Ini cerita lama, da tak menarik. Okei, nick open table. Bukak topik lagi menarik. Topiknya adalah perempuan memang sempurna tapi perempuan tak pernah/pandai menghargai.

    Perempuan memang terkenal dengan sifat lemah lembut. Tak dinafikan kadang-kadang perempuan menjadi lebih ganas daripada lelaki. Tetapi mengapa saya mengatakan perempuan memang sempurna tapi tak pernah menghargai. Okei, kita lihat tiga situasi berbeza.

    Situasi A

    Si lelaki atau si penagih cinta, mempunyai seorang awek cun. Awek yang dia kenal, dia sayang, dia belai dan dia kasih sepenuh hati. Perangai awek yang dulunya manja berubah menjadi liar. Keluar sana sini, keluar pagi balik malam. Apabila mengetahui keadaan itu, si penagih cinta mulalah menunjukkan sifat kokongan dan sentiasa memerhati si awek tadi. Lama kelamaan si awek tidak puas hati kerana merasakan kehidupannya tidak bebas. Akhirnya pergaduhan berlaku disebabkan salah paham.

    Puan puan, lelaki sebenarnya bukan mengongkong hidup anda tetapi lebih kepada ambil berat. Itu semua untuk kebaikan puan puan jugak. Tak bolehkan bertolak ansur? Atau tak bolehkah menghargai cinta seseorang? Dengan cara ini, puan puan dapat menghargai cinta lelaki tersebut dan juga menghargai diri anda sendiri. Mengapa? Saya tinggalkan persoalan itu untuk puan puan pikirkan.

    Situasi B

    Susah untuk melupakan bekas teman lelaki atau dalam bahasa mudahnya tidak pernah menghargai cinta baru. Tuan tuan, apa perasaan anda apabila mengetahui awek anda masih tergila-gila dengan bekasnya walaupun telah berpisah setahun lamanya? Lebih dahsyat lagi apabila awek itu sering disakiti dan dimarahi ketika bersama bekasnya tetapi awek anda masih teringatkan cinta lama. Mungkin sesetengah orang akan berkata, biasalah cinta pertama. Memang susah nak dilupakan. Yes! itu betul tetapi puan puan sedar tak yang anda bercinta hanya untuk disakiti?

    Perempuan memang sempurna kerana tak sampai sebulan berpisah, ada je penagih cinta cuba mendekati mereka. Terbukti perempuan memang sempurna kerana ada saje lelaki memujinya. Saya amik contoh mudah, kalau tuan puan selalu dengar lagu, terutama lagu yang disampaikan oleh lelaki. Kebanyakannya mengisahkan kecantikan, kesempurnaan dan kelembutan seseorang perempuan seperti lagu Cinta Untuk Nabila. Kalau saya nak senaraikan lagu yang memuji wanita memang banyak. Tetape persoalannya adakah perempuan menghargai apa yang lelaki buat? Menghargai cinta lelaki?

    Situasi C

    Mengharapakan lelaki memulakan semuanya. Situasi ini adalah perkara yang sering berlaku bagi mereka yang sedang bercinta. Saya ada seorang kawan, mengadu dan minta pendapat apa yang saya akan buat kalau awek kita susah nak sms dan susah nak call kita. Pendapat saya senang je, saya biarkan awek tu, bagi dia rasa. Haha!. Okei saya melawak kali kedua. Sebenarnya masalah ini adalah kecil dan biasa tetapi ada sesetengah lelaki, dia akan merasakan dirinya seperti terhegeh-hegeh untuk mendapatkan cinta walhal cinta itu adalah daripada aweknya sendiri. Mengharapakan si awek untuk sms atau call dia memang jauh panggang dari api.Semua hal dia akan mulakan seperti seseorang yang gilakan sesuatu.

    Adakah ini dinamakan cinta sejati? Apa salahnya anda menghargai cinta lelaki. Tidak perlu ego dan hipokrit. Cuba puan puan bayangkan perasaan seseorang lelaki sekiranya anda bertindak sedemikian. Rasanya tidak perlu untuk lelaki memulakan semuanya. Sebagai perempuan dan awek, anda cubalah untuk menghargai cinta darinya.

    Kepada mereka yang mengalami keadaan ini, cubalah bertolak ansur. Pikir yang mana positif, kadang-kadang ada baiknya bila seseorang lelaki mengambil berat tentang pasangannya. Bukan semua lelaki suka mengongkong. Berkawan memang tidak salah tetapi biarlah kena pada tempatnya.Saya yakin perempuan yang membaca artikel ini adalah mereka yang terdiri daripada awek-awek cun yang pandai hargai cinta seseorang. Ahakz.

    Sape setuju bila saya cakap perempuan memang sempurna tapi tak pandai/pernah menghargai seseorang? Tetapi saya masih dengan pendapat saya, perempuan memang sempurna tapi lelaki lebih sempurna daripada perempuan. Haha! Satu lagi penulisan bukan berdasarkan pengalaman sendiri. Penulisan yang boleh memeningkan mereka yang normal dan boleh menggilakan mereka yang pening. Haha!

    Tags: , , , , , ,

121 Comments


  1. nadia says:

    eeeee.
    ini tidak adil =P
    cite sy tbalik plak.
    laki yg xhargai pmpuan.
    tahla ske tipuuuuuu beratus kali kottt =P
    pastu org dah maafkan,xreti2 nk hargai lg.
    buat prngai lg.
    xserik2.
    haaaa cmne tuh?
    mane bleh kate pmpuan je xhargai~~
    bluek

    [Reply]

    LEE Reply:

    @nadia, saya setuju dengan pandangan cik nadia.

    bukan semua perempuan tak tahu menghargai dan bukan semua lelaki tahu menghargai.

    [Reply]

    penipu Reply:

    @nadia, mmg laki mcm tu la… mmg jahat.. penipu… pendusta… sama la bapak kau pon… ko yg ckp bukan org lain pon… terima je la hakikat tu…

    [Reply]

  2. dua2 saling memerlukan..tolak ansur munkin penyelesaian

    [Reply]

  3. mcjust~ says:

    sokong statement nadia tuh~ dh byk kli tipuu…byk kali maafkan pon xserik2 lg~ ape kes?

    [Reply]

    unwanted Reply:

    @mcjust~,
    cari lain la..ha3

    [Reply]

    penipu Reply:

    @mcjust~, bodo gila ko nih…. kena tipu benda sama ke? apa punya looser daaa itu la kesnya

    [Reply]

  4. fatyn says:

    rasanye…laki pon perlulah hargai pompan jgk..
    kenapa sesak haty dan perasaan awek downg tnpa sebarg cter…

    tp pape pon…
    ke cter kat atas nie menarik..
    n paling penting
    sama2 la menghargai pasangan anda…
    yeah

    [Reply]

  5. fatin says:

    eee..
    tak betul.
    cbe kita tengok sekarang, laki yang tak hargai prmpuan tau.
    byk kali tipu kot.

    tpi kesimpulannya, kena sama2 menghargai. :)

    [Reply]

    penipu Reply:

    @fatin, yg awak pilih penipu buat hape?? pilihan di tangan anda… jadilah pengguna yg bijak… alahai….

    [Reply]

  6. rimieilya says:

    entri ni bagus tapi rasanya lelaki yg selalu tak mnghargai cinta yg perempuan berikan..

    brckp dr pngalaman, lelaki brkn seribu alasan yg bkn2 utk menunjukkn kslhannya dan slh 1 alasannya adalah perpisahan itu terjadi disbkn perempuan ni tak menghargai mereka, tp alasan2 tersebut hny nk menutupi perbuatan curang mereka atau telah berubah hati kepada perempuan lain..

    bila dh berpisah, tak smpai sebulan dah bercinta dgn awek baru

    [Reply]

    mezy Reply:

    @rimieilya, iyup..stuju sgt2..mcm tu la llaki…pompuan da setia jadik camtu..tp yg peliknye ble pompuan curang,llaki bkn men baek lg…pe kes ek?=)

    [Reply]

    rimieilya Reply:

    @mezy, tu pn satu mslh gak tu..mmg slalu kte nmpk camtukan..bila pmpuan setia n baik, lelaki xhargai dan curang..tp bila lelaki yg setia n baik, pmpuan plak yg jalang…dunia,dunia……

    [Reply]

  7. deqnamalu says:

    no comment becoz i have no experience

    [Reply]

  8. ikin says:

    entahlah. hal hati tak boleh nak persoalkan banyak2..lagi pening jadinya..

    [Reply]

  9. ~ ALIEN ~ says:

    no komen. tp…aku nak komen utk situasi C. bg aku…situasi C trbalik la. aku rs pmpn yg beria2 nak call & msg llaki (time brcouple). yg bt pmpn bengang…llaki slalu bt x tau call & msg tu. kdg2…brbelas2 msg pmpn send kat llaki…1 pun x trbalas…

    cedih tau. tp…xpe la. mayb llaki tu sibuk brkrja nak cari duit utk blanja kawen (saje nak sedapkn ht…walaupun ngah mluap2 tahap kbengangn)…

    [Reply]

    rimieilya Reply:

    @~ ALIEN ~, betul tu..setuju ngan alien gak..kadang2 kite bukan saje2 nak call,maybe ada something yg urgent nak gtau.tp bila lelaki call or msj pmpuan,confirm pmpuan akn angkat or balas walau sesibuk mana pn mereka…

    [Reply]

    penipu Reply:

    @~ ALIEN ~, ghairah lebih la lu beb LOL

    [Reply]

  10. emilya says:

    tak nampak macam perigi cari timba ke bila permpuan text/call dulu?
    ahaks.

    [Reply]

    azizan4444 Reply:

    @emilya, text/call nk tanye esemen tak kot.hehe;p

    [Reply]

  11. izny says:

    xsuke!
    kisah org tebalik dgn ape yg anda katakan…
    dari situasi 1 smpai 3 sume org je yg kene…
    last2 ptus jgk…lbih baik sngle… huhuh…seday2… T_T
    ala sbnrnye laki n pompuan same je…tu ats dri msg2 layan psgn tu sndri mcm ne….

    [Reply]

    penipu Reply:

    @izny, ko ngade2 sgt kot…..

    [Reply]

Leave a comment