Perceraian Dan Ibu Tiri – Anak-anak Terbiar?

by azizan4444 on July 5, 2010

anak soleh

Salam semua. Salam tangan kanan saya hulurkan. Apa khabar? Penulisan kali ini adalah berkisar tentang critera sebuah kehidupan. Rasanya sudah lama tidak menulis tentang masalah pergolakan yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Sambil melayan THR Gegar pagi tadi, terdengar dj menyebut tentang ibu tiri dan menarik minat saya untuk menulis tentangnya.

Perceraian adalah satu perkara yang sangat tidak diharapkan dan amat menakutkan untuk dibicarakan dalam rumahtangga. Sekiranya ia untuk kebaikan kedua dua belah pihak, maka perceraian adalah jalan terakhir dan ia sepatutnya berlaku secara damai. Perceraian secara damai dapat mengekalkan tali silaturrahim antara pihak lelaki dan perempuan selepas bercerai dan ini baik untuk anak anak.

Ibu tiri seringkali dikaitakan dengan perceraian dan juga berlaku kematian. Bila bercakap tentang ibu tiri, sudah pasti masyarakat akan mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap mereka. Kita juga sering didedahkan di kaca tv seperti drama yang mengisahkan tentang kehidupan mengenai ibu tiri. Kebanyakannya kita dapat lihat bahawa ibu tiri sering bersikap tidak adil dan mendera anak anak.

Teringat kata kata seorang kawan semasa di sekolah dahulu. ” Ko bertuah Chek. Ada emak, ada ayah yang sanggup berikan apa sahaja kemahuan ko. Nasib aku jauh sekali berbeza. Semasa aku masih budak budak,  mak ayah aku bercerai. Dari saat itulah aku dahagakan kasih sayang seorang ibu sehinggalah ayah aku berkahwin lain. Aku tidak dapat apa yang aku harapkan daripada seorang ibu tiri. Hanya kasih saya seorang ibu yang aku harapkan. Kehidupan aku semakin susah selepas mendapat ibu tiri.” Ini adalah separuh daripada luahan isi hatinya kepada saya diiringi linangan air mata. Saya yang mendengarnya turut berasa hiba dan menitiskan air mata dengan luahannya. Sedih,memang amat sedih. Itu yang dapat saya katakan.

Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini juga senasib dengan kawan saya itu dan mungkin juga anda ialah seorang ibu tiri. Tetapi kita perlu ingat, tak semua ibu tiri bersikap seperti itu. Kita bukan lagi berada di zaman bawang merah bawang putih untuk mengatakan semua ibu tiri tidak adil dan suka mendera anak anak. Tanggapan itu 100% adalah salah.

Untuk menjadi ibu tiri bukan senang kerana anda akan berdepan dengan situasi yang amat sukar dalam hidupnya. Pada pendapat saya, mereka yang akan bergelar ibu tiri perlu tahu dan sedar tentang kedudukannya di dalam keluarga tersebut. Apabila sesorang ibu tiri itu sedar akan kedudukannya, ini bermakna perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku seperti merampas harta suami daripada anak anak.

Sebagai seorang ibu tiri, yang paling penting juga anda perlu menerima anak anak daripada suami dengan seadanya. Nak tak nak, suka tidak suka, selepas berkahwin anda secara rasmi akan memegang status isteri dan emak kepada anak anak suami anda. Agar anda ingin diterima dan dihargai, maka anda juga hendaklah menerima anak anak tersebut. Sekiranya anda dan anak anak saling memberi dan menghargai antara satu sama lain bermakna anda hampir berjaya menjadi seorang ibu.

Sayangi mereka seperti anak sendiri. Semua akan faham bila saya mengatakan sayangi mereka seperti anak sendiri. Mungkin sesetengah ibu tiri mengalami kesulitan pada awalnya, tetapi anda perlu belajar dari saat anda bergelar isteri. Anda perlu mencurahkan kasih sayang sebagaimana mereka dapat daripada ibu kandung tetapi ini bukan bermakna anda dapat mencurahkan semuanya. Status ibu kandung dan ibu tiri jauh berbeza cuma mungkin ada persamaan di dalam mendidik anak anak dan bagaiman anda menujukkan kasih sayang anda kepada mereka sehinggalah mereka senang dengan anda.

Saya yakin kebajikan anak anak dapat dijaga sekiranya ciri ciri di atas ada pada seorang ibu tiri. Untuk pengetahuan anda, ciri ciri  ibu tiri yang baik adalah banyak. Apa yang saya nyatakan di atas hanyalah separuh daripanya dan itu mengikut pendapat saya sendiri. Anda ibu ibu mesti mempunyai lebih banyak ilmu tentang ini. Kepada anda yang berada di situasi seperti ini digalakkan untuk memberi pendapat sekiranya anda rasa pengalaman anda itu baik untuk dikongsikan dengan semua orang.

{ 41 comments… read them below or add one }

lazaac July 5, 2010 at 6:12 pm

aku punya kawan punya mak tak bercerai, tapi kahwin dua, cukup terseksa… jgn kata kena cerai… lagi tak leh blah bro… hanya yg cekal mampu tahan bro…

Reply

RedBoy July 5, 2010 at 11:36 pm

@lazaac, siannya anak kawan ko tu bro.. sadisnya.. sabar jelah..

Reply

lazaac July 5, 2010 at 11:43 pm

@RedBoy, huhu… tu mmg sadis tak leh maap.. cian jgak… tak tahu la, dah takdir, nak wat mcm mana yer tak..

Reply

RedBoy July 6, 2010 at 12:51 am

@lazaac, tulah.. dah takdir..

Reply

bubbles182 July 5, 2010 at 7:10 pm

kadang2 single parents can raise their children better than a married couple.
alhamdulillah eventho duduk dgn single mum sejak baby, walaupun x dpt kasih sayang ayah, mum raised me up well, takde tension2 sampai nak tejebak dgn gejala x sihat, and alhamdullilah single mum pun bjaya hantar anak belaja tinggi2.

memang kadang2 kita rasa kehilangan bila xde 2-2 ibu bapa mcm org lain. tapi tu bukan alasan kita yg liar, or halangan utk bjaya.

tepuk dada, tanya selera. :)

p/s: thank you, mummy! i luv u.

Reply

saya datang komen July 5, 2010 at 7:22 pm

tips yg bagus for the future step mother…:)

erm,syukur saya masih punya mak n ayah without step (mother or father) :)

Reply

ery farieha July 5, 2010 at 7:34 pm

salah sorg dlm fmly ery ade yang divorced and maknye msh xde nak pk kawen,,anak kecik lg.
xtau la bile besa nnt cmne. huhuh
kami yg lain mgkn kne tempias die jgk.

Reply

Thoha July 5, 2010 at 7:48 pm

pendapat yang bernas untuk seorang ibu tiri..saya takde pengalaman sangat mengenai ibu tiri ni..pengalaman kawan2 pun tak ada..

Reply

x-po July 5, 2010 at 8:12 pm

ada jugak kes, yg ibu tiri tu baik sgt, mmg leh trima anak tirinya tu seadanya, tp masalahnya si anak tiri plak yg tak nak terima ibu tirinya tu dlm hidup baru ayahnya..hehe

Reply

Luth Textile July 5, 2010 at 8:19 pm

taktau la nak kata apa bro. sedih sangat – sangat kalau cerita bab ni. Mak bapak pon satu. diorang kalau tak ada anak takpa. aku tak kesah, ceraila kawen lain tapi kalau ada anak, anaklah yang jadi mangsa.

bab ni aku respek orang perempuan sebab sanggup jaga anak walau apa yang terjadi. biarpun dah kawen lain depa masih lagi jaga anak 100% dan dapat beri perhatian pada laki baru. tapi kebanyakkan laki baru yang dia kawen mesti ada masalah dengan anak tiri / anak bini dia tu.

taktaula, biar cerai mati dari cerai hidup. tak sanggup nak bagi jawapan bila anak tanya mana mak / mana ayah sedangkan mak / ayah dah berfoya – foya dengan laki / bini baru :|

Reply

wazy July 5, 2010 at 8:48 pm

Hmm..
Aku teringat kat kawan aku semasa sekolah,dia ada ibu tiri juga,semua yang dia buat kene control,kadang-kadang sedih aku tengok dia tak boleh keluar rumah sebab asyik kene buat itu ini yang disuruh oleh mak tiri dia

Reply

zik July 5, 2010 at 8:52 pm

ada yan baik ibu tiri nie.. dia jaga macam anak sendiri..tapi zaman sekarang nie susah nak dpat macam dulu2 nie… yang menjadi mangsa anak2… susah..

Reply

AyieBlog July 5, 2010 at 8:58 pm

Salam topik amat menarik untuk dibual bicara,bagus azizan satu perkongsian,tapi itulah menteliti masyarakat kita sekarang zizan,selalu menuding jari pada mana-mana pihak tanpa usul periksa, ibu tiri bukanlah seorang yang mendera seperti azizan utarakan dalam penulis diatas tanggap itu salah,mereka hadapi banyak kekangan dalam kehidupan,ada sahaja anak-anak yang tak suka mereka,lagi satu sebab pengaruh drama or telenovela sekarang,drama tersebut tak patut disiarkan,kerana ianya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan kelak :) .

Reply

safiya July 5, 2010 at 9:01 pm

betul..mmg anak anak terbiar punya..mak tiri pun..baik tue sikit..dia tetap akan layan mcm aanak tiri jga …

i know sbb mak ayah pun cerai jga..mmg kami adik beradik terbiar..duduk merata..mak kawin lain dapt ayah tiri mcm lahanat..lagi trok dri mak tiri..ayah pun kawin lain..ok la jga..tp mcm mak tiri la kan..

dlu kecik mmg dia balun..tp dah besar dia dah xbalun…cuma mmg xrapat..tunggu dia xada bru blik umah ayah..kalau dia ada..mmg xkn p umah ayah..

dan benda nih mmg xbest…bila nak get married lagi pening..smpkan dia xbg ayah dtg umah mak kandung time merisik dan betunang nanti…sangat susah ohh..

gud entry la bro:)

Reply

zulkbo July 5, 2010 at 9:58 pm

salam saudara Azizan..
menarik entri ni..menyentuh hati..
pada saya tidak semua ibu tiri jahat..
zaman sekarang byk berlaku perceraian
kadangkala perkahwinan kedua lebih bahagia
ramai wanita berpelajaran yang agak lanjut
usia sanggup berkahwin dengan duda2..
ramai yang saya jumpa di kalangan rakan2
yang berkahwin kali kedua..isteri muda
semuanya dapat menyayangi anak2 tiri
kadang-kala lebih dari anak sendiri..jadi
disini bergantung bagaimana perkahwinan kedua
itu berlaku..jika mereka menerima si suami
seadanya yakni duda..pasti mereka dapat menerima
kehadiran anak tiri..kecuali perkahwinan itu merampas
hak orang lain (suami) tadi pasti tiada kemesraan
dengan anak-anak tiri..wallahulam

Reply

cikgufarha July 5, 2010 at 10:42 pm

salam…tersentuh dgn luahan sahabat anda. berlainan pula dengan luahan sahabat sy. die bergembira dengan kehadiran ibu tiri nya dengan sikap keterbukaan ibu barunya. mcm hang sebutkan td… masih ada ibu tiri yang dan menerima anak2 suaminye seperti anak sendiri…

ibu tiri juga merupakan ibu…

Reply

nanajoe July 6, 2010 at 12:14 am

hurm..mmg sukar kalo ade yg step2 ni..
tu 1 alasan yg kukuh tuk org pmpn xsuka poligami.. :)

Reply

apiih July 6, 2010 at 12:15 am

ibu tiri juga seorang ibu…ank-ank tanggugjawab ibu bapa bersama..

Reply

Nina' July 6, 2010 at 12:40 am

ibu tiri…
x same mcm ibu kandung..

itu pasal wujudnya percanggahan tu…
mngkin sebab x ngam ke..

sepupu pun ade ibu tiri lepas ayah dia kawen selepas isteri pertama meninggal..
tengok hubungan okey je… cuma nmpk mcm formal cikit…~

Reply

ila-ali July 6, 2010 at 12:59 am

my frend jd bapa tiri. Kawen dgn janda muda anak 1. selepas 7 tahun anak tiri dgn dia sangat ngam dan macam best fren aje. Ada 2 orang anak sendiri. aku tgk mereka sekeluarga sgt bahagia.

Reply

pawaka19 July 6, 2010 at 1:49 am

kesian2…kalau nasib dapat ibu tiri baik eloklah..klau jenis mendera tu tak bestla..apalah masyarakat kita ni..bangsa sendiri nak wat macam tu

Reply

PoJiePooH July 6, 2010 at 7:55 am

Teringat my friend masa sekolah rendah dulu..
Dia anak yatim piatu.
Pas ayah dia meninggal, dia stay sama mak tiri.
Tp mak tiri dia sgt baik kat dia.
Sayang betul² macam anak sendiri..
Respek ah!

Reply

waneqa July 6, 2010 at 11:42 am

btol pe yg zizan ckp..ade gak sedara yg bercerai-berai..last2 anak2 kna duduk dgn nenek..sian budak2 tu.. buat anak pandai tapi tak reti nak jaga.. walaupun ada mak or ayah tiri pun blom tentu dorg akan sayang anak tu macam anak dorang sendiri..meati ada pilih kasih jugak..

Reply

eiyda July 6, 2010 at 12:51 pm

macam2 perangani manusia ni..mak tiri jahat..anak tiri jd mangsa..anak tiri jahat..mak tiri lak jadi mangsa..huhu..so kalo da kawen kalo boleh jgn la bercerai berai..ingt anak-anak..banyak kes da saya jumpe..kesain kt anak2..terganggu pelajaran..hidup tak terurus..huhuhu…

Reply

annadzirah July 6, 2010 at 1:40 pm

hehe.
sy same mcm kak julia.
mak sy single mom.
mak abah cerai time sy form1.
then abah kawen laen.
jarannggg sangat jumpe abah & his new wife.
malas nak jumpa & xpernah nak terjumpa.
padahal dok dekat.
haha.

sy xbenci dia.
dah takdir dia ntok jadi isteri abah sy.
just sy tetap akan panggil dia ‘MAKCIK’.
(:

Reply

donnyien July 6, 2010 at 2:09 pm

kes cerai sekarang semakin banyak berbanding dulu… huhh

Reply

kulanz July 6, 2010 at 4:20 pm

kalau seseorang tu ada naluri keibuaan, tak kisah dia ibu tiri atau ibu kandung, dia tetap sayangkan anak2.. tapi kalau satu pihak saya yang ada perasaan sayang (ibu/bapa tiri) sedangkn anak2 tak ada perasaan sayang, tak jadi juga kan.. jadi kasih sayang semua ahli keluarga tu mmg penting utk mbentuk keharmonian keluarga..

Reply

ishak July 6, 2010 at 5:35 pm

kesian tengok mereka yang mak bapaknya berserai ni betul 2 kesian..sedih gak :(

Reply

etomyam July 6, 2010 at 7:08 pm

rasanya secara asasnya ibu tiri di zaman moden ni ok lah sikit kalau nak dibandingkan dengan zaman hitam putih dulu…cruel semacam jer huhuhu..

Reply

Eyl July 6, 2010 at 8:19 pm

Nice entry bro, ibu2 tiri ni kita telah dimindsetkan sejak kecik lagi sbg jahat.sebab duk tgk cinderella la, snow white la. semua ibu tiri jahat. sedangkan hakikatnya, ibu tiri yang lebih baik dari ibu kandung pun ada. macam sepupu aku, mak kandung dye entah kemana. yang duk jaga dye,care dye ibu tiri la.

Reply

Romz July 6, 2010 at 11:39 pm

banyak kes cerai yang berlaku sekarang tak kira la orang tue femez ke tak.. kadang2 terfikir jugak.. susah nak bendung perkara nie berlaku apabila suami dan isteri tidak sehaluan.. yang menjadi mangsa siapa..? anak2 juga..

Reply

julianusginting July 7, 2010 at 5:59 pm

sebaiknya kata perceraian jauh2 dari kita

Reply

mancai July 8, 2010 at 2:47 pm

kada dan kadar ketentuan-Nya cuma pandai2lah kita membawa diri kita…

Reply

fiezaradzi July 8, 2010 at 3:54 pm

ape pun, terpulang pada mak tu.. de jugak ibu tiri yg baik.. yg jaga anak tiri dgn sama rata dan penuh kasih sayang.. yg paling ptg, personaliti ibu itu kot.. tapi mmg susah juga nak dapat ibu tiri yg baik ni.. itu semua ketentuanNya..

Reply

suri July 10, 2010 at 10:57 pm

sush nak cri ibu tiri yag baik..huhu..

Reply

Nine July 12, 2010 at 12:59 pm

zaman sekarang maybe banyak kut ibu tiri yang muda2..sebab banyak berlaku penceraian skrg ni..

aku bersyukur masih dgn ibu kandung..

Reply

diden July 15, 2010 at 12:45 am

huhu.. kdang2 tgk 2 belah pihak, ad yg tk suka ad pula yg da ok.. bila tak ok macam2 boleh jadi.. bg ak cite ni trharu

Reply

kak ena July 20, 2010 at 5:21 pm

Sedih bila mengenangkan nasib anak-anak mangsa penceraian.
Kisah sedih ini berlaku pada kami sekeluarga. Saya adalah ibusaudara yang membela 2 orang anak saudara setelah ibubapanya bercerai kira-kira 5 tahun lalu. Anak yang perempuan memang ok dan x ada masalah. Didikan dan asuhan dia ikut mungkin usianya baru 10 tahun. Disekolah dia antara anak2 yang pintar dan menjadi penolong darjah di 2 sekolah ( pagi dan petang ). Tetapi abangnya pelajaran merosot sehingga terpaksa saya hantar ke doktor pakar kanak-kanak setiap 3 bulan. Pernah doktor bertemu dengan ayah kandungnya dan meminta ayahnya faham kemahuan anaknya ini. Tetapi ayahnya tidak boleh menerima pendapat dan saranan doktor tersebut. Ibu dan bapa mereka ini semuanya telah berkahwin lain. Saya pernah berbincang dgn ayahnya ambilah jaga anak yang lelaki ini kerana dia hendak duduk bersama ayah ataupun ibunya. Tetapi ayahnya tetap dengan alasannya. Hingga kanak-kanak ini stress dan menakal yang diluar jangkaan untuk tarik perhatian. Saya puas menasihatinya. Begitu juga keluarga kami yang lain termasuk kaunselor sekolah dan hospital serta doktor. Tujuan saya hantar ke tempat berkenaan untuk menasihatinya. Saya sayangkan masa depannya dia boleh jadi anak yang bijak kalau dia gunakan kepandaiannya sebijak fikiran. Tetapi fikiran menjadi negatif apabila disekolah sering diejek kawan2 dan guru yang berdekatan tinggal dengan kami kerana dia ada 3 emak. Dia x boleh menerimanya. Nasihat saya ada 3 emak awaknilah yang istemewa. Tapi dia tetap nak jumpa ibunya. Perkara ini berlainan pula pada adik perempuannya mungkin dia manja kepada saya. Sekarang ini sudah 3 hari mereka saya letakkan dibawah jagaan ayah dan ibutirinya, walaupun perit untuk saya menerimanya. Sebab dia dah pandai bawa keluar adiknya berjumpa ibukandungnya tanpa pengetahuan saya dan keluarga. Saya sedih kerana terpaksa berpisah dgn mereka tetapi kena tabah sebab untuk kebaikan mereka mendapat kasih sayang dari keluarga asalnya. Hujung minggu saya janji akan melawat mereka. Itu juga harapan mereka bila berpisah suruh saya datang menjengok mereka. Ini adalah anak2 mangsa penceraian, semoga anda diluar sana yang nak bercerai fikirkan masa depan anak2 dimasa akan datang.

Reply

Myra March 14, 2011 at 7:47 pm

I pun x sangka jadi stepmom dalam usia seawal 20an..
Yg penting i bkn perampas coz i kenal pun a few months selepas dorg dvorce..
Since usia 1 1/2tahun i jaga baby dia coz mak dia lgsg xnk amik tau..
Btw dr segi kasih syg memang tak de beza pun even i da ada baby sendiri..
Diorang pun happy main sama2 sebagai adik beradik..
Tp yang sedihnya tu la bila da besar now 6 years, tergedik2 plak her actual mother
nak hak penjagaan n mcm2 hasut budak tu supaya benci kan i.
Every weeks nak amik sampaikan budak tu xnak sekolah nak duduk sana coz
di manjakan dengan kemewahan and mcm2..
Everytime balik rumah asyik memberontak je, sedih sangat2 bila jadi
mcm ni..sampaikan tok dia(belah mak dia) yg x pernah kisah pasal dia selama ni pun siap
hasut budak tu suruh bunuh i..
So its not easy to be a stepmom..
Kdg2 i rasa nak blah je tinggalkan semua tu, baik i jaga anak i sorang2 lg bagus..
But dunno wat to do, smtme kena pikir my baby future juga..

Reply

ina April 20, 2011 at 12:42 pm

Anak tiri?Erm…
Aku ibu tiri pada 4org anak suami aku. 3 yang lain dah besar2.Yang bongsu perempuan ni manja sangat..umur 12thun
Kadang2 aku berasa hati dgn suami aku,terlalu manjakan dia, even apa yg dia nk semua dapat. Aku je makn hati.Maklumlah aku xder anak prempuan.2 2 aku dpt lelaki. Suami aku nk prempuan.Kadang2 aku pikir xnk mgandung dh,takut kuar2 lelaki lg..Huhu…
Aku layan anak tiri aku ni mcm biasa,mcm aku lyn anak 2 aku..
Aku mcm rasa anak tiri aku ni xsuke kt aku. entah r..
Aku ada fb, n aku add anak tiri aku,hbes semua gambar i dia forward kt kwn2 dia,gmbar i dgn suami semua dia share.Masalahnyer gambar dia dia xletak plak.Bila disuruh delete mcm2 alasan..
Ape ntah motif dye..
Korang rasalah nafkah anak RM500 sebulan ckup x?utk dia?Because anak i ni selalu kate xckup, pdahal kitaorg ni pun mkn ckup2 je..
Aku kdg2 pikir ada orang yg mgajar dia, xkn dia berani mtak mcm2..
Aku lah yg mkn hati..huhu…
Suami buat xtahu je..Yerlah nak bongsu premnpuan kn..I yang sedih ni..Huhu…Mkn hati je..

Reply

arju June 11, 2011 at 10:44 pm

Aku ada 6 anak tiri, tetapi rmah tangga hampir musnah gara2 anak tiri. Mcm2 cerita x betul diadu pd bapanya. Si bapa plak 100% percaya pd anaknya. Aku tertekan dng sikap mrk semua. Depan bapa bkn main baik, tp bkg mcm2 hal. Bila x kena asyik merajuk n lari rumah.Aku yg dipersalahkan .Kini aku dah bosan dgn sikap mrk semua. Rasa x berbaloi pengorbanan selama ini. Rumah.makan minum & persekolahan aku yg tanggung tp x dihargai. Gaji bapanya cukup2 rokok & minyak sjh.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: