
Mengikut wikipedia, perpustakaan didefinisikan sebagai sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam, institusi mahupun persendirian. Pada awal penubuhan, ianya hanya digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah sahaja. Ekoran daripada perkembangan dunia maklumat yang pesat, perpustakaan kini juga dijadikan tempat atau gudang untuk menyimpan pelbagai sumber bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan bercetak. Malah, kebanyakan perpustakaan di dunia sekarang juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum termasuklah perpustakaan di negara kita. Dewasa kini, kita sendiri dapat lihat perpustakaan di negara kita menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua terutama perpustakaan di institusi pengajian seperti sekolah, matrikulasi dan juga universiti. Ada juga disediakan kepada kita perpustakaan negara yang mana merupakan tempat menyimpan pelbagai koleksi bahan maklumat sebagai rujukan utama. Antara jenis jenis perpustakaan ialah seperti perpustakaan negara, perpustakaan akademik, perpustakaan awam, perpustakaan khusus dan juga pusat sumber. Namun, apa yang menjadi persoalan di sini ialah adakah semua kemudahan yang disediakan di perpustakaan digunakan dengan sebaiknya oleh pengunjung atau pengguna? Menurut pemerhatian dan pengalaman saya sendiri, kemudahan perpustakaan banyak yang disalahguna terutama di kalangan pelajar atau mahasiswa. Berikut adalah beberapa contoh kemudahan dan tempat di perpustakaan yang sering disalahguna oleh pelajar atau orang awam yang boleh kita lihat. 1. Penyalahgunaan bilik IT dan perkhidmatan internet Kebanyakan perpustakaan di negara kita terutama perpustakaan di institusi pengajian mneyediakan kemudahan bilik IT dan perkhidmatan penggunaan internet kepada pelajar. Ini semua adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah bagi menyiapakan tugasan yang diberikan oleh pihak guru atau pensyarah. Namun, kebanyakan pelajar tidak menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya dan sering menyalahgunakannya serta tidak mematuhi peraturan penggunaan bilik IT yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan. Para pelajar lebih gemar mengisi masa mereka semasa ketiadaan kelas di perpustakaan. Dengan itu, mereka boleh melayari internet dengan bebas dan kebanyakan di antara mereka menggunakan internet lebih kepada benda benda yang tidak berfaedah seperti download mp3, download movie serta membuka website yang dilarang juga melayari laman laman sosial seperti facebook, twitter dan friendster. Perkara ini sebenarnya akan merugikan pelajar itu sendiri. Ada juga pelajar yang tidak mematuhi peraturan bilik IT seperti mereka tidak menggunakan kad pelajar untuk menggunakan komputer yang disediakan. Selain itu, ada di antara mereka yang menggunakan bilik IT lebih daripada masa yang ditetapkan untuk setiap sesi. 2. Penyalahgunaan bilik perbincangan Pada kebiasaannya, bilik perbincangan hanya dibenarkan penggunaannya selepas para pelajar membuat tempahan dan meninggalkan kad pelajar di kaunter. Mungkin tidak semua perpustakaan memerlukan pelajar untuk membuat tempahan terlebih dahulu untuk menggunakannya. Penggunaan bilik perbincangan juga adalah dibenarkan untuk mereka yang ingin membuat atau belajar secara berkumpulan. Apa yang menjadi masalah ialah para pelajar tidak mengikut peraturan seperti masuk ke bilik perbincangan dengan bilangan yang ramai. Keadaan ini sudah pasti akan menyebabkan bising. Seperti yang kita maklum, makin ramai di bilik tersebut makin banyaklah cerita yang wujud. Ini bermakna, para pelajar akan merugikan masa mereka dengan hanya berbual bual kosong. Selain itu juga, ada juga pelajar yang masuk ke bilik perbincangan secara berdua duaan berlainan jantina tanpa kelulusan pihak perpustakaan. Keadaan ini boleh mencurigakan dan ianya sudah pasti menyalahi peraturan perpusatakaaan. 3. Perpustakaan dijadikan sebagai ‘disko‘ Apa yang kita paham disko ialah sebuah tempat yang mana keadaan di dalamnya sangatlah bising. Seperti mana yang kita maklum, perpustakaan adah tempat untuk mencari bahan rujukan atau maklumat dan ianya adalah 100% melarang pengguna untuk membuat bising. Ini kerana ianya akan menggangu ketenteraman pengguna lain untuk mencari maklumat dan belajar. Kebanyakan para pelajar akan masuk ke perpustakaan secara berkumpulan. Keadaan ini akan menyebabkan bising sekiranya pelajar berkumpul beramai ramai di dalam perpustakaan. Membuat bising di dalam perpustakaan adalah masalah utama yang sering berlaku walaupun di setiap sudut perpustaakan telah diletakkan label dilarang membuat bising. 4. Bahan rujukan serta akhbar sebagai hak milik sendiri Pihak perpustakaan berusaha menyediakan pelbagai bahan rujukan kepada pengguna atau pelajar. Namun, di sebalik itu para pelajar tidak menghargainya. Ada di antara pelajar menjadikan bahan rujukan seperti buku atau jurnal sebagai hak milik sendiri. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Buktinya para pelajar menconteng buku tersebut. Ini bermakna hak orang ramai telah diceroboh dan keadaan ini seolah olah buku tersebut hak milik persendirian. Ada juga sesetengah pelajar mengambil jalan mudah untuk mendapatkan maklumat dengan mengoyak helaian buku atau jurnal yang mereka mahukan. Ini sama sekali menyalahi undang undang perpustakaan. Akhbar yang disediakan secara percuma untuk bacaan umum juga dicuri oleh para pelajar. Perbuatan ini akan menyusahakn orang lain untuk mendapatkan maklumat atau mengetahui perkembangan isu semasa yang berlaku. Semua yang saya nyatakan di atas adalah antara penyalahgunaan yang sering berlaku di perpustakaan. Penyalahgunaan kemudahan perpustakaan memang banyak kalau hendak diceritakan dan dibincangkan secara teliti. Pernahkah anda sebagai pengguna atau pelajar melakukan perkara perkara yang dinyatakan seperti di atas? Apakah cara atau langkah langkah yang anda akan ambil sekiranya berdepan dengan masalah ini? Gambar : Perpustakaan Negara Malaysia ( sreetdirectory ) ps; ada juga pelajar menjadikan perpustakaan sebagai tempat melepas rindu
{ 60 comments… read them below or add one }
salam…setuju dengan pendapat yang pertama…sebenarnya wi-fi di uni atau di perpustakaan atau servive internet di perpustakaan perlunya ada tapisan….pentadbiran boleh saja nak menyekat kemasukan beebrapa laman web yang x sepatutnya drpd dilayari pelajar…contoh yang senang ialah UKM sendiri tempat saya belajar sekarang…kemudahan wi-fi di mana2 yang teramat baik sekali kelajuannya menyebabkan pelajar bebas melakukan apa ssahaja di internet….betul kerana ini pengalaman di depan mata di bilik kawan….padahal hal ini dapat disekat dan dicegah dengan menapis semua laman web yang x sepatutnya…even nak sekat facebook pun xpe kalaulah facebook menjadoi faktor kemerosotan prestasi pelajar….
dan pihak berkuasa di perpustakaan dan uni terutamanya bertanggungjawab menmbanteras kejadian melepaskan rindu di library seperti yang dinyatakan saudara…betul ,mereka ada kuasa kenapa x gunakan untuk mencegah….
sekadar perkongsian…sebenarnya saya suka kalau ada blogger yang mengeluarkan entri seperti ini…mampu menggasak minda untuk berfikir….
@ata, salam bro ata, pendapat bro same dgn saya..dan pengalaman bro jgk same dgn saya sbb saya dulu belajar kt ukm..hehe..kelajuan wifi pd aku berada pd tahap stabil..xde la teruk sgt..
dan 1 lg, semua web dorg x block.pelajar bebas nak bukak pe saje.tu mase aku la..skng xtaw la cmne kn…..
entri yg memerlukn pendapat mcm entri ni mmg ad dlm kategori blog ni bro..sgt menghargai pendapat dan cadangan bro..:)
@ata, mnarik dn pjg juga
kadang2 perpustakaan sekarang ni hanya sebagai pusat pelancongan semata2….bermegah dengan perpustakaan tanpa fikir apa kegunaannya..
@ana j, setuju tu..ad jgk pustaka ni bertanding kire sape lbh megah n hbt la dgn pustaka lain..mcm ad pertdngan plk..tp pd hakikat organisasi dlaman x bpe nk btol..yg ni mmg silap org pihak perpustakaan sndri
emm patut internet kat perpustakaan tu kene ada org monitor..kalau tak mmg disalah guna.
@pawaka19, btol sgt tu bro..klu xde monitor pon at least dorg ptot block web2 yg x berfaedah..ko mesti paham la pe mksd web2 tu kn..
semua ni adlh utk elak pelajar lalai dgn kemudahan internet tersebut..smpai ad yg ponteng kls duk main internet..duh
lib saye mcm pasar mlm. sana sini bising. mcm da xjd lib da
@jack, xde pustakawan yg jaga ke bro?heheh..lib mane tu?ko stdy lg ek?
perpuskataan..bak kata adek i dulu..ekke…
time skolah salu arr g library ni..skang da dewasa tak g dh..bl jek buku n bc..ehehe..paling best bila jadikan lib sebagai tempat untuk berdating ekekeke
@eiyda, perpustakaan dlm bahsa melayu.library omputihnye..maju skit.haha .. sbuah organisasi yg besar..pusat sumber die lebih kpd yg ad kt sekolah2..hehehe
mase sekolah bnyk org pnjam buku cerita..len da dgn suasana universiti..mne de buku cerita kn..tu utk belajar membaca je..hahahaa
mesti pernah dating kn?pakwe pon mesti ramai ni,hoho
Salam,zizan aku nak ambik part number satu iaitu menyalahgunakan makmal komputer,sebenarnya benda yang seperti laman social or download apa sahaja boleh diblock penggunanya pada server Universiti,kolej dan sebgainya,tapi adakah pihak terbabit memainkan peranan tersebut??
.. Nantikan entry terbaru cara nak block penggunaan laman social dengan IP adress
.
@AyieBlog, salam bro ayie..pihak universiti mmg berhak block tu…tp dorang pk jgk kemudahan para pelajar..klu bnyk yg block susah jgk plajar nk cri maklumat kn..yg masalahnya pelajar tu g cr bnda faedah..xley nk slhkan pihak universti jgk la kn.pndpt aku la.hehe
waa bgs jgk entri tu bro..sila buat..nk bace nnti.hehe:)
hurmmm…
de beberapa fakta yg btl…
mmg sll jd cm2 ar…
kdg2 librarian ley bwk bantal tdo ag…
dh ar tengin…
cmne org nk follow da law…
@iidyll, pernh jgk tgk librarian bwk bntl..mse kt sekolah dulu…tp jrg nk jmpa la..yg selalu jmpa dorg mkn dlm library..klu pelajar bwk dorg marah..jd cmne la pelajar nk ikut klu dorg pon 2×5 je..
ada yang bermadu kasih di perpustakaan..
silap2 hari bulan boleh ter-Veromen kat situ..
@Azfarul, aku rase lps ni library kn pakai cctv semua..sng nk detect sape bt slh..
@azizan4444, ups..tumpng mencelah…buka stip lab ade cctv ke? sy kurg pasti ttg hal itu…
hehe kalau library kat matrik dan U, kebanyakkannya mesti akan menjadi sebagai tempat utk berdating..hehe
@x-po, btol dah tu..memang ramai la couple kt library tu.x kire mase..hehhe..yg xley blahnya siap ad port..cop awl2..setiap kli masuk tgk mesti penjuru tu die ngn awek die je..hahah
@azizan4444, tp yg pelik knpa mesty kat penjuru or corner2 ek? pelik kan..tp x jugak..ms sy stdy kat U dulu,terang-terangan dating siap bershare 1 comp 4 2 person + include pegang n cuit sana sini,,hehehehe..citt~ porahhh
Salam bro…
wah entri menarik ni,hehehe ..memang betul banyak penyalahgunaan kemudahan diperpustakaan sekarang ni,kalau block frewall,student yang advance pun selambe je tembus firewall tersebut,Maybe kene ketatkan security (dengan perisian khas) kat perpustakaan sebab tempat ni hanya untuk rujukan dan pembacaan sahaja,kalau internet di dalam tu digunakan untuk berfacebook,mesti pelik gak kan ?
aku suka pergi library sebab kitorang buat sesi bercerita dalam bilik perbincangan. sesi bercerita subjek yang dipelajari la.
tapi aku tak suka pergi lbrary sebab sejuk. aku tak tahan sejuk
pustakawan dah dtg nih… hahha…
penyalahgunaan port2 awam sebegini sebenarnya sudah menjadi trend sejak dulu2 lagi… tujuannya adalah untuk mengaburi mata pihak2 tertentu dan juga sebagai alasan untuk melepas rindu…(-_-”)
zaman student library dijadikan port dating
cam haram ja kapel2 tu
hehe.masa kat matrik dulu,salu gak la melakukan salah guna library.
masa kat uni, baru la guna library dengan betul.
papepon, gunakanlah segala kemudahan sebaiknya….sy agak kurang puas hati dengan org yg dtg ke library untuk menyembang kosong n gelak2 kuat2….sgt tidak menyelesakan
kalau kat u, lib ni mmg jd tempat dating jew..konon2 blaja, padahal alasan nak berkepit! hahaha~ ni kenyataan k! bkan nak menuduh~
betul tu nana..selalu g pinjam novel kat libry mmg itu yg selalu nampak..
setuju sangat-sangat..
selalu juga nampak penyalahgunaan kemudahan IT tu..
ada yang guna lama sangat sampai orang lain x dpt pakai..
Lama gila babi tak masuk perpusatakaan since abes study.. Huhuh..
Love,
PojiePooh Abdullah
Masa undergraduate dulu, guna library pun tak selalu, kalau guna pun sebab nak pinjam buku, bilik bincang pun sekali…tapi Internet dekat library ada section khas untuk bertenet, so boleh guna untuk cari papa atau layari papa yang patut…
teringat zaman aku belajar kat matriks dulu… perpustakaan adalah tempat yg bagus utk penyebaran gambar2 lucah pelajar sendiri… best.. nak dpt senang jer, cuma perlu on bluetooth dan whoa!! senang jer leh dapat… duk bawah meja pon org tak perasan lol… kenangan masa belajar..
jarang pegi library….pergi pun sebab nak pegi photostat… internet terbatas la…banyak kena block… ah lantak la…
tempat melepas rindu dengan alasan berbincang pasal pelajran..
pernah jumpa mereka2 yg macam ni.hehe
good info bro..=)
mmg betulpun.
dulu selalu update blog kat library..
betul kata nana tu…setau aku ramai jadikan lib tempat buat temujanji atau berdating. Bukan nak baca buku sebaliknya
dia pi buat buku lain dalam tu…hwa…hwa…hwa…
no1 tu paling femes.. aku pun buat gak dulu.. haha.. adess..
dah lamer x masuk library uoolsss.. uhuhu
last masuk library masa last sem 2 thn lps..hehehe….suka ddk dlm library..bleh bc buku mcm2..tringt zmn skolah rndah dulu..asal nak tunggu kelas tmbhn waktu ptg mesti g lepak kat library daerah tu..dkt je ngan skolah kn..n dulu2 ada perpustakaan bergerak…wajib pinjam buku dan memang akan tunggu la sampai perpustakaan tu smpai..sanggup..hahaha..
skang ni je dah kureng g library..huh
terkadang perpustakaan pun disalah gunakan dgn perbuatan tak terpuji.. kunjungan pertama,. salam kenal aja tuk semua
aku masuk library 1st semester je, tu pun tak sampai 4 jam hahaha
sabar je laa.. nak wat camne.. budak sekarang x reti nak menghargai.. lepas keje dia dah cukup..
x penting dah orang lain… sapa sebelah pun x perasan…
perpustakaan adalah medan ilmu… jadi gunakanlah sebaiknya… kalau buat tak elok macamana ilmu nak masuk walaupun 1 bulan duduk dalam tu…
@mancai, setuju..xyah sebulan seminggu pun blm tentu..
MasyaAllah..
ps; ada juga pelajar menjadikan perpustakaan sebagai tempat melepas rindu <— masa zaman2 stdy dulu kan,sllu la sy nmpk dating2 nih..hehhe..thats was fact..kunun2 nk stdy tp study menda lain..hihihi~
mengong xxxxx
bagi suri ada libery cam bertemu kekasih..heheee
yang paling teruk sekali library dijadikan tempat untuk berdating..konon2nya study sama2..hehe
@Thoha, oh kamulah thoha ye?ade dtg blog n komen tp x tgglkan url…thnks ye add fb ..is im not mistakes
@cikangah, terlupa nak letak link..hehe
kawe jare g librari..last kawe g time U dlu.. g pn sbb ado exam jah..huhu
aku dah lame x jengok library.. jengok pun sbb wat computer maintenance n service dlu.. hahahaha..
salam,
aku pon lama tak pi library
nice bro. entri yg bgus. ko patut mngulas kt surat khabar r bro. haha. btw2 xde ke perpustakaan org guna tmpt pemuas nafsu. de kowt. ko tngok dah kn 3gp tu. hahaa!. lawl
jrg pg library… sbb tmpt tu kaku dan sunyi sgt
itu normal. diorang pun dah pandai berfikir..
tempat aku lak lain bro
perpustakaan nih di jadikan tempat dating
cakap mak bapak g belajar
tapi dating..
lagi satu tempat nak gado,bawak geng ramai2..kt utube ada video dorang..hehehe
xpe nnti ak bwk bnda ni kt kbinet, ish.. xleh jd ni, hehhe.
nice info
suka bli buku than baca.pastu simpan kat umah.sb dlm umah ada satu bilik khas panggil mini libry..hehhee
aku sokong yg tempat tu dah mcm disko. baik aku baca buku kat mph.
He he.. saya pun pernah salah gunakan internet jugak. Tapi tak de lah sampai download movie. Sekadar friendster camtu je.