Pengunjung Panggung Wayang Yang Wajib Dilempang

by azizan4444 on April 24, 2010

panggungwayang

Semalam, hari yang memenatkan. Sepanjang malam menghabiskan masa dalam bas. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah yang sepatutnya mengambil masa hanya enam jam tetapi gara gara perkhidmatan pengangkutan awam yang saya rasa wajib dilempang memerlukan masa extra dua jam. Cabaran diri edisi blog pun tergendala.

Pada paginya, saya luangkan masa sekejap. Tidak lama tapi sekejap saje. Hasrat hati untuk mencari satu dvd. Saya pun tak tahu cerita tu dah keluar dvd ataupun belum. Tapi pada hakikat, di Kelantan memang susah untuk mendapatkan dvd. Apatah lagi untuk menonton di panggung. Ibarat jauh panggang dari api. Begitu juga jauhnya azizan4444 dari awek. Haha!

Bila bercakap tentang panggung wayang, bukan bermaksud saya ingin adukan pada pihak kerajaan negeri untuk buka satu cawagan kat Kelantan tapi saya tertarik untuk bercerita tentang karenah karenah pengunjung panggung wayang itu sendiri. Ini berdasarakan pengalaman saya semasa menceburkan diri dalam dunia menonton cerita di panggung wayang. Ini mungkin kerana saya tertarik dengan hasil karya dan buah tangan daripada Kabir Bhatia dan juga Afdlin Shauki.

Perasaan teruja untuk menonton sesebuah filem yang saya rasa layak untuk diberi rating 10/10 kadang kadang terbantut dengan kehadiran makhluk aneh. Makhluk aneh yang saya maksudkan adalah mereka yang suka baca subtitle secara kuat dan terang terangan tanpa dengung. Manusia jenis ini saya tak tahu dari mana asalnya. Nak cakap datang dari perkampungan orang asli nampak sangat saya tipu. Anda boleh jumpa spesies ini bile menonton cerita dari negara luar yang memerlukan pemahaman dan pendengaran yang tajam. Kalau anda terjumpa manusia seperti ini semasa menonton setem, apa anda akan buat? Lempang je la senang kan? Haha!

Tidur berdengkur ni satu masalah lagi. Saya pun tak tahu apa motif mereka datang semata mata untuk tidur. Nak nak lagi datang tengok dengan awek. Malulah sikit dengan orang ramai, kalau taknak dengan orang ramai malu dengan awek sendiri pun kire cukup la. Kewl sikit ! Bila bercerita tentang tidur ni, saya pun pernah jugak tertidur. Maklumlah tengok dengan pakwe pakwe . Tapi tidur saya tidur sweet sweet saje. Takdelah sampai nak berdengkur. Kejadian ini berlaku tiga tahun yang lepas. Giler bosan cerita Superman Return. Saya hanya luangkan masa 15 minit untuk intro dan 30 minit untuk ending. Hangus 10 ringgit. Nak lempang saya? Jangan la. Haha!

Spesies ketiga ini saya rasa kebanyakan orang telah mereka temui. Spesies suka buat bising dan sembang. Saya ingatkan kedai mamak je orang suka sembang cerita kosong, rupa rupanya anggapanku salah belaka. Dalam panggung wayang pun mereka sempat lagi. Kalau ye pun korang dah tengok cerita tu, bawaklah bertenang dan duduk diam diam bagi peluang untuk kami yang memang giler cerita untuk menghayati sampai ke perkataan terkahir. Yang yang tadi kira okei lagi, jenis yang ini memang wajib kita lempang laju laju dan secara dilakukan berjemaah. Cerita baru je bermula, dah start sembang. Yang tu cakap hero akan mati la, yang heroin pulak kena rogol la. Macam macam kan? Nak jadi pengarah ke korang korang semua tu. Haha!

Handset bernada ringtone lagu jiwang jiwang. Kisah lupe silent handset. Saya tak pasti secara tidak sengaja atau mungkin disengajakan supaya orang ramai tahu yang mereka pakai handset canggih. Nokia 3310. Nada dering ala cap cap ayam. Bangga la tu. Oleh kerana perenggan ini terlalu pendek, saya gabungkan dengan spesies terakhir yang pernah saya temui. Makhluk yang suke goyang dan tendang kerusi hadapan. Saya rasa nak tergelak pun ada kalau anda pun pernah jumpa manusia seperti ini. Macam takde kerja pulak mereka ni, datang semata mata untuk goyang kerusi. Nak kata kaki panjang mungkin musabah jugak. Nak kata tengah berasmaradana tak mungkin la kot. Sebab masa tu saya duduk agak ke depan sikit. Dalam bahasa mudah, mereka ni patut duduk sarkas je sebab tak boleh duduk diam.

Kalau nak cerita sampai enam tujuh lapan entri pun tak habis ni. Saya bukan apa, panggung ni ibarat hospital la. Hospital tempat awam dalam bahasa orang putih public. Bila dah tempat public maka anda jangan la buat macam harta sendiri. Cuba cuba berlajar untuk hormat orang lain sebelum anda dilempang. Haha!

Dengar cerita Kelantan nak adakan balik panggung wayang, tetapi penonton akan diasingkan.

Terima kasih kepada mereka yang semuanya pakar dalam kisah cinta kerana memberikan pendapat yang bernas.

{ 78 comments… read them below or add one }

lassiegewdix April 24, 2010 at 12:53 am

lassie x penah kena ag nan org bce subtitle kuat-kuat tuh .
if de org gtu sbelah lassie .
lassie purak purak mengeja stu stu subtitle tuh .
nk lempang tkot . hahaha !~

Reply

azizan4444 April 24, 2010 at 1:31 am

@lassiegewdix, lepas ni jumpa la tu…hehe
bg je lempang..tp mse bg tu jgn tgk sorg2..bawak 1 geng….hahahaha

Reply

fiffy syafiqa hazirah April 24, 2010 at 12:56 am

en. azizan,

saya suka melepaskan kentut dalam panggung. adakah saya tergolong dalam golongan penonton panggung yang wajib dilempang di bahagian pungggung?

yang benar,
pengunjung panggung bermasalah.

Reply

azizan4444 April 24, 2010 at 1:33 am

@fiffy syafiqa hazirah, klu punggung tu mantap..konpem ramai nak lempang..xyah tnye kot..hahahaha

Reply

jejari April 24, 2010 at 1:01 am

haha…tapi kan zizan lau panggung wayang tuh ade 3 orang je penontonnya,mmg wat macam rumah sendiri la.duduk ikut suka je.gelak separa kuat.kadang-kadang bertindak cam pengarah.. ops..sila jangan lempang saya..

Reply

azizan4444 April 24, 2010 at 1:23 am

@jejari, btol la tu..ad jgk cmtu..tp lupe da kt mne..ad 3 org da ley open satu cter..tempat tu mmg x pemes la..kesian gler 3 org da bkk..hahaha.

klu kapel suke la amik pluang kt sne….
klu lempang ad gaji x?hahha

Reply

jejari April 24, 2010 at 2:08 am

@azizan4444, kat cathay..haha..bayar 5 inggit je per person..bli 2tiket dpt 1 tiket free..haha,1st time kot tgk cite bertiga je..kesian?? Dush!dush!bagus pe,leh conquer panggung..lepak2..mkn2..guling2 je takleh..haha

gaji?erm..sila klik iklan saya..haha

Reply

Aisyah Ibrahim April 24, 2010 at 1:11 am

ha’a mmg pon. tepat dan sgt setuju sekali dgn incik azizan. kalau yg suke sembang dan buat bising tu, mmg rs nak lempang je. takpe, len kali kalau jmpe lg spesies cani, kite ckp je kat dy, ha’a la dik/bang, saya dtg tgk wayang ni mmg nak dgr abg/adik bercerita, cerita la lg, saya nk dgr.

comfirm menusuk ke hati yg paling dlm lah!
:D

Reply

Mr.Bintang April 24, 2010 at 1:14 am

keimpulannya… jom donlod muvie tngk diam² kat bilik.. hahahaha…

nasib la kat tempat aku x de panggung wayang.. hehe..

Reply

Nadya April 24, 2010 at 1:33 am

Orang yg paling patut sekali diberi pelempang ialah mereka yang buat wayang dalam panggung wayang semasa orang lain sedang menonton wayang..Ntah apa² ntah ayat aku..HAHAHAHA

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:28 am

@Nadya, paham sgt pe maksud ayat ni..ahahaah..wayang x besh an..bt wayang sendiri lg feel..hahhaaa

Reply

zulkbo April 24, 2010 at 1:47 am

salam..
say kalau di panggung
citer boring ngan awek mesti zzzzzzzzz..

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:29 am

@zulkbo, salam kembali bro..same la kite..tp klu tgk sme geng je zzz.klu ngn awek x kot..hahahaa

Reply

eykameow April 24, 2010 at 1:49 am

part yg hp tak silent tu mmg eyka benci benci benci !

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:23 am

@eykameow, pernah bt x?hehe

Reply

Ismail Noh April 24, 2010 at 2:04 am

Nice, paling tak suka bila orang tak silent phone, berbual dengan member atau melalui telefon..geram gila.

Reply

Anarm April 24, 2010 at 2:05 am

sebab tu aku lebih suke donlod movie pastu layan kt bilik, drpd habis duit tgk movie yg blom tentu best..

aku paling bengang dgn org yg suke baca subtitle.. takleh baca dlm hati ke bai? ke hati tu dh berkarat sebab byk sgt tgk wayang sampai buat2 lupa nk solat..

Reply

apiih April 24, 2010 at 5:48 pm

@Anarm, sokong ngan anarm,baik donlod umh jerk,free jerk,save bajet..ahhahaha

Reply

Pisyek April 25, 2010 at 7:36 pm

@apiih, aku x suke donload, aku suka kopi dari member yg donlod muvi tu je… hehehe…

Reply

mc April 24, 2010 at 3:25 am

org cmni sush nak hidup berjiran haha

Reply

roxyzai April 24, 2010 at 3:27 am

huhu~.
paling xsuka couple yang ambik2 gmbar dalam cinema..
orang2 yang dah tau seat dia kat dalam2 tapi datang sgt2 lewat..
orang2 yang tendang2 kerusi kita*org blkg kita la ni*
orang2 yang gelak sekuat hati,haish!

sekian sja luahan emosi sy d sini..hehehe!!

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:31 am

@roxyzai, klu spe yg dtg lewat tu..klu die lalu dpn2..cubit je tett die…hahaha

Reply

mello April 24, 2010 at 3:51 am

kawe donlod jah movie boh.. layan depan komp lg best! tp,klu tgk wayang ngan awek best jgk..tp..hahaha

Reply

arieza April 24, 2010 at 7:01 am

huuh semua jenis tu dh penah dijumpa.. KECUALI yg suka baca subtitle kuat-kuat.. ish pelik ni.. mengapa? adakah sbb dia baru pass exam mengeja?

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:23 am

@arieza, die da terbiase baca buku kuat2 kot..smbl2 prektis…hahahaa

Reply

farenova April 24, 2010 at 8:09 am

hahahhahaa gelak panjang akak baca…best, akak paling tak tahan kalau ade org belakang suke tendang kerusi kita, ingat naik roller coaster ke?, pastu yang kepala tinggi sangat sampai akak tak dapat tgk screen (nampak sgt pendek akak ni huhuhu)…best entri nih :)

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:22 am

@farenova, kalau mcmtu kak,lps ni kn amik seat yg pling depan skli..konpem xde gangguan..huhuhu..pendek ke?mcm da cukup inci je nengok.hehee

Reply

nasik April 24, 2010 at 10:20 am

haha..
memang tepat encik azizan..
saye juga mengalami kejadian yang sama juge cumenye ade 1 masa penonton disebelah saye telah membuka kasutnya dan duduk bersila.
bau kakinya amatlah menusuk kalbu hingga saya hilang konsentrasi..

haha..

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:21 am

@nasik, yg berbau ni blom pernah jumpa lg..harap xkn jumpa la..mmg sedey je klu 90 mnt layan bau stoking je kn..hahhaa

Reply

zik April 24, 2010 at 10:31 am

jarang gakla tengok movie kat punggung wayang.. nie.. hurm biasa tengok yang download nyer… hurm macam2 pe’el..diaorang nie..tue belum yang buat projek mega… ngeh2..

Reply

MrRollies April 24, 2010 at 12:12 pm

lagi satu orang yang duduk gelak walaupun scene tak kelakar…!!
TU MEMANG WAJIB SULA TERUS!

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:20 am

@MrRollies, ni kes parah..org nk tgk cter mat saleh die nk tgk jgk..bile scene sedeh die gelak n sblknye la…hahaha

Reply

Bb Hussain April 24, 2010 at 12:16 pm

ye memang nak kena dgn semua jenis tu..tp tak pernah plak dengar ada yg baca subtitle kuat2..hehhe

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:17 am

@Bb Hussain, lps ni bb try la bace kuat2..hoho…tgk cmne reaksi org nnti..hehehe..kuat tu xde la yg kt depan ley dgn yg kt blkang skli kn..sebelah mnyebelah la..hahahaa

Reply

Nine April 24, 2010 at 2:07 pm

tengok wayang sekali sekala best jugak..sib baik tak nah jumpa lagi dengan org yg baca subtutile kuat2 tu..kalo dak mmg insane gak la..

prefer layan dvd dlm bilik lagi sambil pekena rokok ngan kopi radix..hehe

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:16 am

@Nine, aku pena jmpa..kt sebelah aku..kuatnye xde la sgt..tp jelas la pe yg die sebut tu..haahaha

memang layan bro..nak2 dvd thn 2007 tu..hoho

Reply

Nine April 25, 2010 at 10:42 pm

@azizan4444, hahaha..dvd 2007 ka ?duk ada lagi.. yg pakistan mau dak ? aku nak bagi.. haha

Reply

Nurul April 24, 2010 at 4:18 pm

nurul pernah kena dgn yg suka tendang2 kerusi. hadoi. berbulu jer. hehehe. :X

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:15 am

@Nurul, rasenya tendang kerusi bnda pling senang..heheee

Reply

Thoha April 24, 2010 at 6:04 pm

macam2 spesies manusia kan ada..
sabar jela dengan gelagat mereka..

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:15 am

@Thoha, ragam manusia..rambut sme hitam tp hati len2..btol ke perumpamaan tu bro?hoho

Reply

x-po April 24, 2010 at 6:50 pm

haha demo ptt tmbah satu lg point..adegan asmaradana..dlm filem tak ada pun babak 18sx, tp kat luar plak ada..haha adegan kissing dan meraba2..perggghhh syok tgk filem free..haha

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:12 am

@x-po, kawe sje mls tmbh point ni..mmg sedia utk demo boh,,demo ligat bab2 gini..hahhaa

Reply

sayang amirah April 24, 2010 at 8:14 pm

SAYA TAK SUKA BUDAK KECIK DOK SEBELAH SAYA , MAK DIA PON SATU KALAU CERITA KOMPLEKS SUSAH BUDAK KECIK NAK FAHAM BUAT APA BAWAK PEGY TENGOK,

STUPID

THEN BUDAK TU SIBUK BERCAKAP !!!
PASTU ASIK LOMPAT2 , LAEN KALI BWK ANAK TGK KATON JE LA !!!

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:11 am

@sayang amirah, xde sape nk jaga anak kt umah..mak plk mabuk wayang..cter pe sje men bawak je kn..

Reply

Pisyek April 24, 2010 at 9:42 pm

bace subtitle kuat2 x penah jumpe lg, tp kalo sembang kuat2 mmg slalu…

nasib bek aku mls nk lyn je…

kalo x dah lame krusi sblah aku baling kpd mereka yg terlibat…

hahaha….

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:10 am

@Pisyek, br aku taw..ko dlm comei ada ganasnya jgk bro..haahha

Reply

Pisyek April 25, 2010 at 7:44 pm

@azizan4444, oh~ aku kat dlm ganas.. luaran je comel..

hihi… XD

Reply

suri April 25, 2010 at 12:00 am

salam ..
orang kata hari rabu ada diskaun..hehehe..

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:09 am

@suri, salam kembali
btol kot hari rabu murah skit.org kata ke mmg slalu pegi ni?.hehe

Reply

din April 25, 2010 at 1:44 am

kasi lempang laju2..hahaha..yg tdo tu xleh blah n henpon mhl berbunyi ringtone heavy metal..perkhh rse nk lempang je..

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:08 am

@din, klu ringtone ‘yunk,poto siape di dompetmu?’ cmne plk nk bt bro?hahhaha

Reply

Chutra Padi April 25, 2010 at 2:32 am

Aku tak buat semua benda kat atas tuh. Cuma aku suka kunyah popcorn aku kuat2 pastu hirup coke dengan penuh perasaan sekali. Baru feel tengok movie orang kata jijan oi. Hahahaha! Sila jangan lempang aku. Aku dah tua.

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:07 am

@Chutra Padi, aku lg tua lg la mnt utk di lempang..hahahaa..coke n popcorn tu spe bnje ek?wink wink

Reply

Chutra Padi April 25, 2010 at 3:11 am

@azizan4444, Jijan..orang tua jgn dilempang..dilempeng sudah la. Hahahahaha! Coke dgn popcorn tuh beli sendiri la. Duit sekolah simpan sehari 50sen.

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:36 am

@Chutra Padi, bertuah mak bapak dpt anak yg suke simpan duit..sejuk hati..hahaha..lempeng hangus nak?hahahahaa

Reply

Chutra Padi April 25, 2010 at 3:48 am

@azizan4444, Aku simpan dalam tabung kancil. Baik punya. Hahahaha! Lempeng hangus aku tak makan. Tak baik untuk kesihatan batin. Orang tua2 la kata. Dok tau betul ke idok.

Captain April 25, 2010 at 2:57 am

wei jijan,, ko lupe 1 golongan agi.. golongan yg suke buat wayang dalam panggung wayang sambil menonton wayang yang sering mengganggu penonton wayang yang lain untuk menikmati wayang.. amek ko.. hahaha~

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:06 am

@Captain, xkn la layan citer p ramlee pon smapi xtertahan kn..hahaahah

Reply

Pisyek April 25, 2010 at 7:45 pm

@Captain, x prasan / xpnh jumpe lagi…

hehe…

Reply

acapz April 25, 2010 at 9:01 am

kalu goyanh kerusi n sepak kerusi hadapan mmng xbley blah. cari gaduh. tnggu luar wyng r camtu. haha!

Reply

Nina' April 26, 2010 at 3:12 am

@acapz,

hehehe.. pernah tertendang kusi org depan.. alalalalala

Reply

Faarihin April 25, 2010 at 9:17 am

sekali aje saya pernah masuk panggung wayang.. time tu semua menonton dengan khusyuknya.. jadi no komen.. hahaha..

Reply

pawaka19 April 25, 2010 at 9:34 am

hehe..macam2 kerenah yea..klau kat tempat aku lain lak cite..agak meriah skit bile tengok cite2 yg br keluar…best..i love my place..

Reply

Nina' April 25, 2010 at 10:01 am

beberape ari yang lepas pergi la tengok wayang ngan kawan…

tgk wayang cite seram thriller..

cite tu sgt suspen dan mendebarkan… sgt2222

x senang duduk.. pandang kanan, pegang tangan kawan…
pandang kiri.. org tu senyum je..

ade babak mane ntah.. tertendang kerusi orang depan…
huhuhu..
macam ade can je tergolong manusia bakal kena lempang~

Reply

Mr.Z April 25, 2010 at 11:31 am

tidur berdengkur tu memang dah selalu bro, apala, dah datang nak tengok wayang, pastu tidur lak, kalau nak tido, kat umah pun boleh..haha

Reply

Pisyek April 25, 2010 at 7:45 pm

@Mr.Z, kat rumah xde econ… hahaha….

Reply

boss April 25, 2010 at 12:31 pm

aku mmg hangin bila yang suka bising.. jawab telepon dalam wayang… biasa aku pergi bukan hujung minggu.. time takde orang baru pergi..

Reply

aiin abdullah April 26, 2010 at 3:36 am

HAHA tu la pasal .
kacau gile bila tgh lyn feeling tetibe ada orang bersorak mcm panggung tu dye yg punya. pergh selalu kot i berhadapan nan situasi macamni. memalukan saja.huhu . .

Reply

uda April 26, 2010 at 9:42 am

hahaha.. yg baca subtittle kuat2 tu memang patut dilempang.. pasal keret sgt .. masa sekolah dulu cikgu suruh baca kuat tak moo pulak..

Reply

fatint April 27, 2010 at 10:39 am

belum pernah jumpa orang yang annoying dalam panggung wayang sebab jarang pergi tengok wayang..
selalu tengok dekat rumah je..hehe :D

Reply

One April 27, 2010 at 11:06 am

tgk wyg jer mesti ada org yg nyusahkan idup… bercakap telepon, berborak sama sendiri (kuat2), pastu ada yg nak tunjuk hebat, siap bagi komen psl setiap scene… mcm2 lar…

kalau kita tegur, dia marah kita balik…

Reply

oh!dawie April 28, 2010 at 4:45 pm

haha…mmg best entri ko nie…tp,paling aku xske,yg dtg nk wt projek tu…nak2 lg siap kuakan bunyi..ingat aku xdgr ke…haha

Reply

Wan Perlis April 28, 2010 at 10:44 pm

aku ingatkan perlis ja xda pawagam
dah setahun aku tak masuk tempat lagha tu

Reply

mokteh April 29, 2010 at 3:52 am

tak pernah aku jumpa org baca sub kuat2
silent phone –> perkara pertama aku buat bila masuk panggung
tido?–belum pernah
tendang kerusi depan tak penah tp landing kaki kat kerusi depan perkara wajib aku buat kat panggung…hahaha

Reply

fiezaradzi May 3, 2010 at 12:47 pm

1. Baca subtitle – Tak penah jumpa lagi kes ni.. de jugak ye.. hahaa.. baik bagi dvd kat die la, soh tgk kt rumah..
2. Tidur berdengkur – mmg wajib lempang nih.. tambah2 lau citer best.. tidur kt katil kat rumah la.. huhuu.. penah terlelap jer, sbb citer bosan.. (nnt lau naklempang azizan kadir nih ramai pulak awek2 marah kang..)
3. Buat bising – penah jumpa.. mmg ganggu kekusyukan menonton.. hahaa.. lempang jer..
4. Handset tak silent – kdg2 lupa gak.. tapi nasib baik tak berbunyi.. tapi kan de iklan soh silent kan hp.. lagi tak mo ikut.. huhuu.. lempang ajer..
5. Goyang dan tendang kerusi hadapan – ni spesis tak leh dok diam.. ni sound dulu, pastu lau buat lagi, lempang..

Reply

misswhatever May 4, 2010 at 8:12 pm

ha ah.. betul. semua yang u senaraikan tu memang betul sesangat. i pernah ada pengalaman tengok wayang tak selesa dengan BAU KAKI YANG SUNGGUH BUSUK!! EWWW!!!

Reply

azizan4444 April 25, 2010 at 3:59 am

@Chutra Padi, menabung amalan mulia..lg mulia bile dbt bnje kawan2…oleh sbb ko aorg tua..aku cate la akte2 tu…hahaha

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: