Pasangan Hidup : Pilihan Sendiri Lebih Cun Daripada Pilihan Mama Papa

by azizan4444 on March 22, 2010

calon menantu

Berjumpa lagi kita dalam sesi debat saja saja anjuran belog saya. Dalam sesi ini, saya adalah salah seorang daripada pendebat dan bukan bertindak selaku pengacara majlis. Sebelum saya lanjutkan debat ari ni saya nak flashback kisah hidup saya 6 tahun lepas. Seorang cikgu telah memilih saya untuk pertandingan debat. Tajuknya sangat menarik berkisarkan kehidupan remaja macam saya. Walaupun saya punya isi isi menarik tapi hasrat hati nak mewakili sekolah tak kesampaian akibat sepatah ayat yang berbunyi, “woi cik, mu mano bulih masuk debat, loghat mu pekat gilo. Haha!“.

Okei cukup untuk intro kali ini. Hari ini saya nak meneruskan hasrat saya sebagai seorang pendebat yang hebat. Tajuk kali ini sangat menarik untuk dibahaskan. Pasangan Hidup : Pilihan Sendiri Lebih Cun Daripada Pilihan Mama Papa. Tetapi, itu tajuk yang diusulkan oleh pihak pencadang. Kali ini saya bertindak sebagai pihak pembakang, dan dengan itu saya dari pihak pembakang tidak bersetuju 100% dengan tajuk hari ini dan saya ingin menegaskan Pilihan Hidup : Pilihan Mama Papa Lebih Cun Daripada Pilihan Sendiri adalah tajuk yang sesuai untuk kali ini.

Selepas penat pihak pencadang buang air liur mereka dengan isi yang tak logik dan sama sekali x berasas. Saya berdiri membidas pendapat mereka dengan pendapat bernas dari saya. Pertama, mengapa saya berkata sedemikian, saya yakin pilihan ibu bapa adalah tepat sekali kerana ibu bapa lebih memahami anak anak mereka dan sudah tentu mereka tidak akan memilih pasangan yang salah untuk anak anak mereka. Harapan ibu bapa untuk anak anak mereka adalah tinggi dan semestinya mereka ingin melihat kebahagian anak mereka. Saya terus bercakap dan bercakap sampai saya sendiri penat. Cukup masa saya duduk.

Tiba round ke 2, saya bangun. Saya bawak isi yang mengatakan pilihan ibu bapa lebih cun kerana sekiranya anak anak memilih calon sendiri sudah tentu kebanyakannya tidak mendapat restu ibu bapa secara total. Dengan ini, bila ibu bapa x merestui sudah pasti anak mereka takkan bahagia. Contoh yang sangat mudah, bagaimana bakal menantu nak berdepan dengan bakal mentua sedangkan bakal mentua tidak suka dan merestui hubungan mereka. Saya pun blah blah dengan contoh yang bernas lagi. Cukup masa saya duduk

Tiba round akhir, tiba giliran saya simpulkan tentang keseluruhan pendebatan kali ini. Saya menegaskan sekali lagi, Pasangan Hidup : Pilihan Mama Papa Lebih Cun daripada Pilihan Sendiri adalah tajuk yang sesuai untuk kali ini. Lebih kurang sejam menunggu maka dengan itu pemenangnya diumumkan. Memang seperti yang dijangkakan saya menang. Saya menang sebab saya kacak bukan sebab hujah saya. Hakim awek cun beb. Haha!

Jadi, saya nak jemput anda semua yang hebat berdebat lawan saya sebagai pencadang dan kalau anda setuju dengan saya, saya alu alukan sebagai pembakang 2 dan pembakang 3. Impian saya untuk menjadi pendebat berjaya walupun dengan hanya penulisan sahaja.

ps ; mak, tolong carikan abang awek hawt sorang.Haha!

{ 74 comments… read them below or add one }

Wan Perlis March 31, 2010 at 10:59 pm

muka ganas tapi dalam hati ada taman
aku sokong pendapat mieran

Reply

mello April 1, 2010 at 1:17 am

boh,smpai seru kawe nk suruh mak kawe la tlg cari calon..hahahahahaha

Reply

ieQa sWetLuv April 1, 2010 at 6:39 am

kalo terima jodoh pilihan parents insyaAllah bahagia tmbah berkat.. tp nak kne byk doa juga tu hehe

Reply

Hidier April 2, 2010 at 12:46 pm

zaman skrg rasanya 80% jenis yang pilihan sendiri kot..

Reply

ILah April 7, 2010 at 6:01 am

x kisah pon klu ikut pilihan Mama dan Papa…sb mn ada parent yg nk ‘destroy’ life anak2 mereka..tp make sure kita pon knal la calon2 tuh..jngan maen rembat ja…esok2..mnyesal sb ramai dah yg ‘shy shy cat’ kt depan tapi jd devil kt blkang..huhuh

P/S: My mum choice is the best choice…

Reply

aktechpage.com April 7, 2010 at 8:45 am

Harap aku x terlambatlah komen dalam perdebatan ini.
Umur aku pun dah hujung dekat2 30-an…
Pernah merasa mencintai dan di cintai…cinta pertama aku baru je gagal baru ini kerana aku rasakan tidak akan dapat restu daripada ibu bapa kerana keadaan si dia yang x berapa baik dr segi akademik dan statusnya…

Tetapi aku sangat sedih kerana terpaksa memutuskan perhubungan cinta selama hampir 3 tahun ni, jadi mgkn terpaksa menyerahkan hal jodoh kepada ibu bapa sahaja.

ps: apa yang aku melalut ni, heheheh….sorylah baru putus cinta beb…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: