Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menulis blog post yang bernas untuk hari ini. Mungkin lebih tepat untuk dua bulan yang lepas.
Bulan ini merupakan bulan yang membuatkan saya cukup sibuk. Saya membuat persiapan untuk berkahwin dengan seorang gadis yang sangat cantik. Pada saya, sempurna dari semua sudut dan yang paling menarik dia cukup memahami dengan perangai saya. [click to continue…]
Maharaja Lawak Mega minggu 1 telah berlangsung malam tadi live di astro warna. Setiap peserta telah membuat persembahan masing-masing. Pada malam tadi, Bawal Power antara peserta yang paling menonjol selain Boboi.
Juri tetap juga telah diumumkan semalam yang terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin Hassan dan juga Chef Wan. Bagi mereka yang tidak sempat menyaksikan secara siaran langsung semalam, di sini kami kongsikan video-video persembahan berikut. [click to continue…]
Kejayaan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang lalu ternyata telah mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi. Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.
Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tambah hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. [click to continue…]
Bagi sesetengah peminat bola sepak, mereka sudah tidak sabar menantikan sepak mula bola sepak EURO 2012 nanti. Kepada mereka yang berangan-angan untuk menyaksikan perlawanan tersebut di depan mata sendiri secara live di stadium, ada berita baik untuk anda. [click to continue…]