P94 Hulu Selangor : Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi

by azizan4444 on April 26, 2010


P94 Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.

Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan “tsunami politik” bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac……Bernama


{ 21 comments… read them below or add one }

menteil April 26, 2010 at 10:58 am

tengok saja beza majoriti undi dulu dan sekarang.. nampak rakyat sudah sedar agaknya..

Reply

zik April 26, 2010 at 11:57 am

boleh tahan majoriti… tak banyak sebenarnya….. banyak faktor yang boleh menjadi faktor kemenangan/kekalahan dalam pilihanraya kecil untuk kali ini.. yang lain no comment..

Reply

Nine April 26, 2010 at 12:50 pm

wahh vote tak setuju BN memang banyak eh wat masa skrg..

tahniah la kepada BN menang PRK nih…tapi aku memang nak ada parti pembangkang kat kerusi Parlimen baru best..

takde pembangkang, semua cakap BN rakyat kena ikut jer..tak leh gak cam tu..

just pendapat…

Reply

eykameow April 26, 2010 at 2:09 pm

emmm no komen la. xtwu sgt nk ckp ape.. hee

Reply

wazy April 26, 2010 at 5:47 pm

Tahniah di atas kemenangan BN

Reply

samanosuke_04 April 26, 2010 at 10:38 pm

haish, byk orang cite pasal BN menang hari nie.. aku yang tatau sangat pasal politik nie rasa boring sket… papepun tahniah laa BN.. haha! cam sokong bola..

Reply

Mr.Z April 26, 2010 at 11:31 pm

macam tak banyak beza, sayang lak dengan undi yg rosak yek..hehe

Reply

etomyam April 27, 2010 at 12:30 am

org yg jual air batu masa hari ngundi yang paling banyak menang..pasal banyak masyuk hehehe

Reply

TK April 27, 2010 at 1:14 am

nyampahhh. senang tul kena gula2

Reply

Pisyek April 27, 2010 at 2:23 pm

@TK, projek besar gaban, sape xnk.. haha… XD

Reply

Chutra Padi April 27, 2010 at 10:24 am

Yang paling happy awal2 lagi sebelum orang mengundi geng2 kontraktor dan orang kampung la. Dengar cerita banyak jalan dah berturap baru. Hahaha! Baru syok skit brader2 moto nak layan layan.

Reply

x-po April 27, 2010 at 11:06 am

bila la kt tpt aku ni nk ada PRK..aku nk bkk bisnes jual air tebu…hahaa

Reply

Pisyek April 27, 2010 at 2:24 pm

cmne la leh ade undi rosak… aku x phm betul… buat abes kertas undi je…

ekeke…
:P

Reply

Nurul April 27, 2010 at 4:10 pm

ala. x minatnya citer psl politik..

Reply

Thoha April 28, 2010 at 12:16 am

kepada parti yang menang harap dapat tunaikan janji kepada rakyat yang mengundi..

Reply

Azizuan April 28, 2010 at 4:03 am

sikit sangat..nanti mesti berubah kalau mengundi lagi sekali..

Reply

acapz April 28, 2010 at 8:47 am

booo!. blah r. haha. spe BN sini??!. haha. pancing undi je la wei. lalala. kne aku kng nnti. haha =p

Reply

eiyda April 29, 2010 at 12:45 am

@acapz, ayok.,,,,,xtau..hahha skong hang gak..lallala =p

Reply

oh!dawie April 29, 2010 at 12:08 pm

aku xberapa minat politik sgt..
tp,kalau dan2 time PRK br nk bg 50k sorg kt warga emas,then nk wt skola utk kaum cina bagai ape cer…

Reply

ohmalaysia.com April 28, 2010 at 3:51 pm

aku berharap PKR menang… tp kalah plak..

Reply

nizam6281 May 1, 2010 at 8:23 pm

aku tak brapa minat dengan politik … cume harap negara dikendailikan dengan adil dan saksam

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: