Mangga Ad Bayar RM 0.41 Untuk 4 Hari (review)

by azizan4444 on July 4, 2010

mangga 2

Hari ini, selepas empat hari mangga ad melepak di belog saya terasa gatal tangan untuk login ke dashboard yang mana kata mereka mesra pengguna, penuh dengan warna warni. Bahagian mana yang mesra pun saya tak berapa pasti, tapi yang pastinya mangga ad bayar belog ini RM 0.41 untuk tempoh empat hari.

Dua hari yang lepas, Brazil kecundang. Awal permainan ala ala joga bonito berakhir dengan jaguh kampung yang tidak punya skill semangat juang melawan yang cukup tinggi. Malam tadi, argentina pula rebah tersungkur di depan kanak kanak. Arghh! Tak dapat la nak tengok Maradona bogel lepas ni.

Lepas masuk dashboard mangga ad tadi, baru kali ini saya yang tahu kempen/iklan tidak dipaparkan. Jawapan mereka mengatakan iklan iklan adalah di bawah tanggung jawab mangga ad dan itulah tanggungjawab mereka untuk beloger untuk menjana wang daripada trafik mereka. Ini adalah sungguh tidak cool.

Janji mangga ad kepada beloger adalah mereka akan update earning setiap minggu pada hari isnin atau selasa tetapi hari ini, ahad sudah ada earning bagi belog ini. Ini berita baik. Apa yang menarik proses pembayaran hanya memakan masa dua minggu selepas mencapai had minimum untuk ‘cash out’ Rm100. Lebih cepat berbanding bayaran dari Nuffnang, Innity dan apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Advertlets. Itu kata mereka, belum ada bukti untuk belog ini.

mangga

Satu kelainan yang ada pada mangga ad ini adalah mereka menyediakan ‘points’ dan widget widget tertentu. Tujuan sistem point diwujudkan adalah untuk merujuk hanya kepada ranking. Makin banyak point makin tinggilah rankingnya dan memudahkan untuk beloger lain mencari anda di direktori mereka. Menarik bukan?

Bagi mereka yang buat blog untuk menjana duit dengan trafik tinggi bermaksud mendapat 1000 pelawat atau lebih dalam masa sehari atau dalam tempoh tertentu, mangga ad adalah terbaik untuk anda. Mereka akan bayar anda berdasarakan trafik anda dan kadar CPC/CPM tidak ditunjukkan di dashboard. Alasan mereka adalah agar beloger tidak perlu sibuk atau bersusah payah untuk menguruskan iklan iklan dan beloger hanya perlu fokus pada isi kandungan belog yang menarik dan trafik blog mereka.

Kesimpulan yang dapat saya buat daripada bayaran ini tentang mangga ad adalah mereka, merujuk kepada sistem mangga ad masih baru dalam bidang pengiklanan dan berikan mereka peluang untuk membuktikan mereka adalah yang paling terbaik berbanding sistem pengiklanan yang lain selaras dengan janji mereka kepada beloger.

{ 119 comments… read them below or add one }

Monkey D Luffy January 1, 2011 at 12:40 pm

Tumpang tanya. Mangga ads bole campur ngan google ads ta ?
Kot2 leh double earning ke .
Lagi pown na tunggu check lembab =.=

Reply

azizan4444 January 1, 2011 at 7:51 pm

@Monkey D Luffy, x salah kot.ga die xley dgn yahoo je.klu pengiklan dr asia mcm mangga ad, innity, adverlets pe semua ok je bro…

Reply

Monkey D Luffy January 2, 2011 at 11:14 am

@azizan4444, ade kot yg ta sedap denga nieh q;

Reply

nizamghazi April 27, 2011 at 10:56 am

macama menarik je iklan tu

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: