Bilakah kali terakhir anda pergi ke konsert atau kali terakhir anda bersama dengan artis? Saya kali terkahir bersama dengan artis adalah bersama dengan Heliza AF di gathering sahabat blogger tempoh hari. Keh3! Kali ini, anda berpeluang lagi untuk memeriahkan sebuah konsert yang bakal menemukan anda dengan penghibur popular tanah air iaitu Aznil Hj. Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil di Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj. Nawawi.
Sekiranya anda peminat nombor satu Pak Nil dan tidak pernah bersemuka dengan beliau, mahukah anda melepaskan peluang ini? Pastinya banyak aktiviti yang menarik akan berlangsung pada konsert tersebut nanti. Anda juga tidak akan ketinggalan untuk mendengar Pak Nil menyanyi.
Satu berita menarik untuk anda, Pihak Nuffnang akan memberikan 30 tiket Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi kepada 30 blogger yang terpilih! Menarik bukan? Siapa yang tidak mahukan tiket percuma ni, pastinya semua orang berminat. Tetapi Nuffnang menetapkan satu syarat mudah untuk anda mendapatkan tiket ini iaitu dengan hanya meninggalkan komen kreatif dan menarik dan perlu melengkapkan slogan berikut “Dalam banyak-banyak artis, Aznil berjaya mencuit hati saya kerana…”. Untuk meninggalkan komen tersebut anda boleh ke post di page Nuffnang 30 tiket Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi.
Peluang keemasan ini hanyalah untuk blogger seperti anda. Bagaiman pula dengan peminat Pak Nil yang lain dan mereka bukan blogger untuk mendapatkan tiket konsert tersebut? Jangan risau, jangan panik anda semuanya dialukan-alukan untuk memeriahkan konsert ini. Tiket boleh didapati dengan melayari www.ticket2u.biz secepat mungkin untuk membuat tempahan secara online. Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan tiket, anda juga boleh menghubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.
Berikut ialah maklumat tentang konsert berlangsung :
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 10.00pm
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa
Jadi, tunggu apa lagi dan cepat dapatkan tiket secepat mungkin untuk tidak ketinggalan. Dapatkan tiket untuk keluarga dan chikaro anda sekali. Haha!
Oh ye, kepada blogger, peluang anda untuk mendapatkan tiket percuma dengan Nuffnang masih ada! . Cepat-cepatlah bertindak dengan meninggalkan komen di entri 30 tiket Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi. Ingat hanya 30 komen terbaik akan terpilih. Selamat berjaya.

{ 20 comments… read them below or add one }
aku ingatkan di blog nie kena komen yang betul2 terbaik.. rupanya di blog nuffnang.. huhu , kena cari idea2… yang kreatif nih
@Zik, haha..kena tunggu kaya dulu la bro baru ley sponspor..ni utk dr sendiri pon x bpe mampu lg.hehe..sila2..semoga berjaya bro,hehe
Hahahahaha… tak minat dengan pakcik ni….
@Sabahan Bloggers Club, best pe pakcik ni.hehe..lain org lain tastenye.ahaha
salam..
suka pak nil
walau umh tak der astro tp stil minat dia mengacara radio dan tv..
senyum tawa tak pernah lekang dri bibir..
@suri, wslm suri,
sme la..ni pon mnt gak..tp cara die la..klu ckp mnt die kan ada ckp gay plk.haha…
xminat sgt ngn pak nil..biasa2 jer
tp klu org bg tiket free nk jer :p
Jom Baca “MENGAPA PENGKID JADI PILIHAN???”
@eQuRlz, klu cmtu..tunggu pe lagi..jgn lpskan peluang..cuba nasib.ehehe
pak nil pengacara terbaik woo, sape ade astro selalu tgk mcm2 aznil..best..
@Anip, btol tu bro..bkn setakat bdk2 je suka dgn dia..orang tua pun bole ikut cara die ni..best..
Tanniah kepada Pak Nil sudah ada konsert. Berapa banyak lagu yang akan dibawa oleh Pak Nil ?
@akubiomed, bpe lagu tu x pasti lak..tp die pasti nyanyi la kot..kena join tu baru taw.hehe
serius aku tak suka sgt pegi tgk konsert dan sewaktu dengannya.. sesak weih.. aku lbh prefer tgk kat rumah jer.. santai sket..
tentu meriah ni…
Kalau buat kat KK ni, kawe consider jugak bawak anak-anak pi tgk Haji Pak Nil.
Tapi bila jauh cam ni.. I pass je lah dulu.
Thanks for sharing bro.
aku tak minat dia nih.. takmau tulis pape.. nanti dia syok sendiri pulak. hehhee
Eh bro.. ko dah komen blum..? Mati2 aku ingat kena komen kat sini. Sekali terus baca.. kat Nuffnang rupanya. Eh Pok Nil tu dah berumur tp masih steady yer.. hebat..
fullamak..best gila nih…..kalau aku dapat
mesti best kan..rasa rugi aje kalau tak dapat pegi..
jauh la plak
kalau dekat apa salahnya nak pergi konsert tu