Komen Blog, Hanya Trafik Semata-mata Atau Hubungan Sesama Blogger?

by azizan4444 on March 6, 2011

Sudah lama blog ini tidak berupdate, namum masih ada yang sudi singgah dan yang paling dihargai adalah komen mereka. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana anda adalah antara ribuan blogger di Malaysia buat masa sekarang.

Memang tidak dinafikan, hampir setiap hari ada saja blog baru yang saya jumpa. Sebenarnya, saya menulis artikel ini disebabkan tertarik dengan salah satu artikel di blog kawan kita, Ariff Shah. Entri yang membiacarakan tentang etika dalam blogging, dan pastinya artikel sebegitu memang berguna bagi mereka yang baru dalam dunia blogging.

Daripada keseluruhan artikel yang ditulisnya, teguran mengenai komen amat menarik untuk dikongsi bersama anda semua. Secara umumnya, bagi blogger baru sudah pastinya mereka ada terbaca mengenai tips blogging dan salah satu perkara yang mereka ingin tahu adalah cara tingkatkan trafik blog. Setuju?

Salah satu cara dapatkan trafik blog dengan mudah dan paling berkesan adalah dengan meninggalkan komen di blog-blog lain. Sudahkah anda berbuat begitu? Kalau belum, bertindak sekarang.

Persoalanya, adakah anda meningalkan komen semata-mata kerana trafik atau menjaga hubungan sesama blogger? Jangan keliru dengan persoalan tersebut. Memang tujuan utama komen diblog lain adalah untuk mendapatkan trafik. Tetapi, adakah komen anda itu bermanfaat atau boleh dikelaskan sebagai komen spam?

Dalam blogging, etika dan peraturan haruslah dipatuhi kerana ia melibatkan dengan dunia luar. Begitu juga semasa anda meninggalkan komen di blog-blog, ianya memerlukan etika kerana ia melibatkan anda dengan pemilik blog dan pembaca blog tersebut.

Komen untuk trafik juga menjaga hubungan sesama blogger, bermakna bukan komen spam :

  1. Tinggalkan komen mengikut pendapat anda sendiri dan kongsi pengalaman anda. Sekiranya anda berada di sesebuah blog, anda tertarik dengan salah satu artikel di blog tersebut. Tidak kira ianya berkaitan dengan niche blog anda ataupun isu semasa, ambil sedikit masa untuk membacanya keseluruhan entri tersebut. Dan selepas itu cuba tinggalkan komen yang bernas dan bermanfaat berdasarkan apa yang disampaikan oleh penulis dalam artikel tersebut. Sekiranya pendapat anda boleh digunapakai dan pembaca lain sudah semestinya akan berminat dengan komen anda dan secara automatik mereka berminat dengan anda dan cuba untuk mengenali siapa anda. dengan ini mereka akan klik link anda dan seterusnya akan ke blog anda.
  2. Setelah singgah di blog anda dan mendapati artikel di blog anda bagus dan berkualiti, sudah pasti mereka  akan tertarik dengan blog anda itu dan tidak mustahil mereka ini akan menjadi pembaca setia blog anda. Trafik dan trafik yang anda dapat. Mudahkan?

Tolong jangan lakukan perkara ini :

  1. Komen berbetuk spam. Komen berbentuk spam ini boleh dikatakan semat-mata untuk trafik. Contohnya, ‘Hi, terima kasih, nice artikel’,  ’Salam, apa khabar?’ Sebenarnya komen seperti ini tidak berkait langsung dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan mereka menganggap anda tidak membaca artikel tersebut dan komen hanya untuk trafik atau suka-suka.
  2. Jangan sesekali letak link bersama komen anda kecuali link tersebut berkaitan dengan artikel dan info yang berguna untuk dikongsi. Bagi pengguna wordpress, mereka sebenarnya boleh setkan komen anda berserta link ituk masuk terus ke kotak spam. Tetapi kebanyakannya tidak berbuat seperti itu sebagaimana di blog ini. Saya menghormati setiap komen dari anda kerana satu komen anda lebih bermakna daripada 1000 komn spam.:) Tetapi perlu ingat, perkara sebegini harus dielakkan.

Anda sebagai blogger, sebenarnya tidak perlu risau akan trafik. Sekiranya anda tampil dengan kelainan, artikel yang menarik pastinya trafik ke blog anda boleh diibaratkan seperti coklat coco crunch mencurah-curah ke ladang gandum.

Kebanyakkan blogger mengambil mudah dan tidak menghiraukan sangat perkara kecil seperti ini, tetapi anda sebagai blogger harus tahu yang perkara kecil inilah senjata sebenar permulaan bagi kejayaan sesebuah blog. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat meningkatkan trafik ke blog anda tetapi anda juga boleh mengeratkan hubungan anda dengan blogger-blogger lain hanya dengan ‘komen’.

Adakah anda salah seorang daripada ciri-ciri yang dinyatakan seperti di atas? Komen hanya untuk trafik atau juga menjaga hubungan sesama blogger?

Entri 5 perkara yang tak cool dibuat di blog orang.

{ 46 comments… read them below or add one }

Ezany-Kun March 6, 2011 at 10:10 am

aku ade tulis gak pasal ni dulu.. tajuk sila komen dengan berhemah..

selalu aku kalau nak drop komen mesti kena baca entri tu sampai abes.. kang tak pasal2 kena hentam ngan penulis sbb komen lari dari topik asal.. haha..

rasanya aku komen bukan nak trafik semata2.. nak trafik aku main seo jer.. hehe..

Reply

encik blogger March 6, 2011 at 10:53 am

thank u bro sharing bout this topic on ur side of view.. setuju sgt ngn no1. kkdg dorng just nk cukup syarat je komen..

Reply

yusenze March 6, 2011 at 11:31 am

komen yang tdk berkaitan langsung dgn entri yang kita ketengahkan. Mmg payah nak buat keputusan sama ada nak balas atau tidak. Klu xbalas kang kata sombong, tapi nak balas pon rasa xde mood.. camane tu.. hahha..

Reply

LiFe KaMi March 6, 2011 at 2:22 pm

dengan adanya ruang komen menunjukkan bahwa kita telah membaca apa yg blogger lain post,
yang penting tujuan kita ikhlas..:)

Reply

anajoe March 6, 2011 at 3:39 pm

kebanyakan komen skunk utk tingktkan trafik blog.mostly jugak nk eratkn hbungan blogger..yep, tu mmg bagus.

xp yg xbgusnya kdg2 komen tu tade kaitan lgsg dgn artikel..tu yg xsuke seolah2 bukan entri yg kte buat lgsg xbg manfaat pd readers.

btw, cantik dah blog ek..simple tp kemas. good bro!

Reply

syahrilhafiz March 6, 2011 at 7:23 pm

hi awak, satu tips nak kasi taw, bukan dalam content je kita tak pakai shortform dalam penulisan sebaliknya pratikkan sama melalui komen, ini kerana keyword yang admin taruk berkemungkinan boleh di index ke google sama..eh ye ke ni..hehe..sekadar nasihat…daa ;DD

Reply

menteil March 6, 2011 at 3:46 pm

sambil menyelam sambil minum air, sambil ke danau kota sambil mengorat awek, begitulah..

btw, komen aku nie tak memenuhi etika para blogger.
jadi sewaktu menulis, aku perlu bersedia untuk dikecam, dikutuk, dimaki oleh mana2 blogger.. adakah perlu begitu?

hehe.. saje bergurau memberi komen disini setelah lama menjadi pembaca senyap..

Reply

luthfi March 6, 2011 at 3:53 pm

hehehee. yela..
walaupun blogging tadak etika, tapi sbg orang asia yg penuh dgn adat kena la ada hormat

Reply

wazy March 6, 2011 at 4:01 pm

salam bro
aku tertarik pada usul “Jangan sesekali letak link bersama komen anda kecuali link tersebut berkaitan dengan artikel dan info yang berguna untuk dikongsi”.
Dah lama aku peratikan tu,sampai ada satu kali aku tegur direct je kat ruang komen.Bukan ke dah ada comment luv tu,boleh je tick untuk entri terbaru kat blog

P/S : blog ni x letak comment luv eh bro

Reply

zulkbo March 6, 2011 at 4:12 pm

salam..
ikhlas dari hati ku
meninggalkan komen
untuk mencuba nasib
mendapat backlinks..
he he..

Reply

cik jari March 6, 2011 at 4:18 pm

salam,
erm,dulu-dulu selalu la dengan aktiviti spamming nih…sekarang dh baik sikit…komen berdasarkan entry yg telah habis di scanning reading…

tapi tak pernah kot komen semata-mata untuk traffik sebab tujuan blogging mmg nak berkawan-kawan menghilangkan bosan…

sekian

Reply

Rie March 6, 2011 at 5:22 pm

pada aku, komen mengomen ni mmg boleh jd atas dua2 sebab tu
sllunya aku dtg komen 1st time utk dapatkan trafik
dan bila org tu dtg semula dan komen blog aku
barulah jd hubungan antara blogger

itu pada aku lah, org lain mungkin lain.

Reply

Sabahan Bloggers Club March 6, 2011 at 6:06 pm

Meninggalkan komen di blog tu bukan sahaja untuk traffic, juga untuk meninggalkan kesan di kalangan blogger-blogger lain yang blog SBC ini wujud. Bayangkan kalau kami tidak ada komen di setiap blog yang kami jumpa, adakah blogger lain tahu akan kewujudan SBC? Selain itu, kita juga dapat membantu apabila blogger-blogger lain buntu untuk menyelesaikan masalah mereka. Bila kita memerlukan bantuan, Insyallah, bantuan akan datang. Bantu membantu sesama blogger senegara penting sebab amat sukar untuk kita nak dapat bantuan dari blogger negara lain.

Reply

NaNaOsAkI March 6, 2011 at 6:24 pm

hi zizan :)

saya ni newbie (newbie ke??? :p ahakz) nape zizan xnk taruk commentluv erk?? saya b4 ni pun pnh gak taruk2 link kt komen org.. tp skang xbuat dah :p hehehe..

Reply

syahrilhafiz March 6, 2011 at 7:21 pm

hi awak comel la blog ni, penuh dengan hijau..hehehee..

setuju sangat tu, apa yg aku nampak sekarang blogger newbie ni lebih suka letak iklan nuff pastu bw, pastu kalau nak up sikit diorang punya rate, mula la komen yang sama dalam semua blog, aku ada perasan tu, then itu la selain traffik diorang dah ingat blog ni nak cari income je, padahal aku rasanya dah boleh tak boleh kira kot waktu 1st blogging tegur3 melalui komen sampai sekarang hubungan sesama blogger makin akrab, banyak benda boleh belajar…
sekian dari saya #peace#

Reply

capik March 6, 2011 at 8:00 pm

gua post komen utk cari trafik dan juga mengikat ikatan silaturahim sesama blogger..salam 1blogger!

Reply

zool March 6, 2011 at 9:08 pm

Betul tu.. kurang-kurang pun biarlah komen tu ada isi dan kena dengan entri yang ditulis oleh blogger tu.. sekurang-kurangnya penulis tau yang pembaca tu baca entri tu. kalau tulis ‘terbaek’, ‘cantik’, ‘hebat entri ni’ memang tak bawa makna.

Reply

APi March 6, 2011 at 9:15 pm

sesuatu topik yang ditulis kadang-kadang diluar keupayaan kita untuk berbicara..

jadi tak semua perkara boleh kita tinggalkan komen lantas terjadinya komen yang berbentuk spam itu..

pada hemat saya adalah lebih baik hanya menjadi pembaca senyap daripada meninggalkan komen yang tiada kaitan itu..

seolah olah menjadikan setiap entry wajib dikomen walaupun tak punya apa kaitan dengan entry yang dibuat..

benar kata ariff shah, komen itu melambangkan pengomen itu sendiri..

sekian..

Reply

kulanz March 6, 2011 at 9:40 pm

memang sangat2 mengelak daripada dilabel sebagai blogger yang mengomen hanya untuk dapatkan trafik daripada blog rakan lain. Sebab tu agak jarang mengomen di blog popular walaupun aku sebenarnya baca juga entri di blog diorang… kecualilah kalau memang dah biasa komen di blog tu atau rasa penting sangat nak komen.. aku tinggalkan komen juga walaupun blogger tu tak bagi respon langsung..

Reply

Fathiha Zainal March 6, 2011 at 11:51 pm

Jawapan dia, semua di atas! Hehe.. Melawak jaa.. For me leaving a comment is part of medium to communicate. Cewwah! Tp,lebih kpd nk suarakan pendapat dan.. Of course nk tgglkan link. Tapi.. Sakit hati jugak la klu ada org ltk komen tak berkaitan entry. Tapi, alah.. Biaq pi kat depa laa.. Tak suka dgn komen depa, delete aje lah or wat derk je.. Apa susah? Adehh.. Pjg lak merepek.. Sorry na..

Reply

akubiomed March 7, 2011 at 1:05 am

Kalau ada topik entri seronok juga untuk dikomen tapi terpulang kepada tuan rumah untuk masukkan entri didalam trash bin atau approve

Reply

bluedianthus March 7, 2011 at 1:50 am

Setakat ni terima juga komen yang pendek. Sebab saya rasa mereka ni ada juga inisiatif nak komen..Komen paling pendek yang saya terima ialah “ohh..”
Tak paham apa maksudnya.. :)

Reply

etomyam March 7, 2011 at 10:02 am

semakin bersih dan kemas blog ni..kemah demo :D
Komen salah satu cara untuk expand hubungan, lama-lama semakin mesra

Reply

Jay Damien March 7, 2011 at 10:31 am

kadang2 aku suka baca jer, jarang komen… hehehe~
ape dah jadi dgn tinsusu87???

Reply

suffer8zine March 7, 2011 at 10:54 am

sambil2 komen tu tegur2 la di chatbox kan :P

Terkini : Kedai Menjual Aiskrim Susu Badan Disaman

Reply

apak cikidong March 7, 2011 at 11:36 am

saya setuju dengan isi kandungan entri ni, tapi apa yang saya komen ini bukan spam :D

Reply

zik March 8, 2011 at 1:49 am

terpulanglah kepada individu masing-masing untuk menilainya… apa yang penting ialah hubungan 2ways communication dapat dijalinkan … komen perlulah berkait rapat dengan topik yang diutarakan…

Reply

aimannajmy March 8, 2011 at 4:50 pm

hurmm kadang2 dapat agak depa yang komen tu ada baca ka dak artikel kita… sebab depa ni terlampau banyak sangat blog nak lawat bagi komen..so singgah ala akdar pastu komen pun ala kadar hhuhu.. blog running

Reply

amry March 8, 2011 at 7:53 pm

pergh!!mantap bro artikel ni.jatuh cinta aku.kekeke…aku sangatlah setuju dengan apa yang ko cakap tu. betul la tinggalkan komen salah satu cara untuk upkan traffik, tapi kalau sekadar tinggalkan komen “nice entry”..kurang bermakna dowh. tanpa kita sedar komen juga sebenarnya mampu menarik pembaca dari blog lain singgah ke blog kita selain dari ownre blog tu sendiri. selain tu, kita juga mampu membina kreadibiliti diri kita melalui komen.tul tak bro.
feel dia lain wo kalau tinggalkan komen sekadar nak tarik traffik dengan mewujudkan hubungan sesama blogger tu.sama-samalah berkongsi pendapat.

yay!best entry ni.

p/s :aku cukup suker kalau cerita bab2 blogger/bogging ni. asal erk? hehe

Reply

MuJE March 8, 2011 at 11:20 pm

saya rasa abang jijan ni sexy la.. suka tulis post-post yang mengusik kalbu.. :P

cukup setuju dengan larangan letak link dalam kotak komen. yang paling takleh blah komen satu patah perkataan tapi link tiga empat baris.. #justsaying

Reply

zalin March 9, 2011 at 9:12 am

salam. Sebagai penulis blog, tentu la kita mengharapkan pembaca memberi komen yang berkaitan sahaja dengan apa yang kita tulis. saya kadang-kadang pun tak tahu nak komen apa. just dapat beritahu yang entri mereka berguna sahaja. Kira ok la kan? sekurang-kurangnya saya baca keseluruhan entri mereka.hihi. pernah dengar gak, kalau bagi komen, nanti boleh dapat backlink. Mungkin itu salah satu faktor pembaca just bagi komen tangkap muat je.

Ini pendapat saya la. Kalau salah, maafkan saya. peace! =)

Reply

mommy March 9, 2011 at 10:51 am

tak semua komen tuk trafik….mungkin segelintir,bagi mommy…kehidupan ni bukan semata2 keuntungan…

Reply

gnesop.com March 9, 2011 at 11:03 am

sop singgalkan komen bila rasa ada pendapat dan sesuai

Reply

caliph March 9, 2011 at 11:11 am

ada yg singgah baca & comment.. ada yg singgah setakat baca saja ^^

p/s: klau sy singgah baca & comment bmakna en3 tuan umah ni sgt2 menarik perhatian ar, hikk…

Reply

nuriz March 9, 2011 at 1:56 pm

saya jenis malas komen, kalau orang kata sebab boleh tarik trafik dengan komen, saya tak berapa setuju sebab kalau jarang komen pun trafik ada jugak,
ada yang kata komen le di blog page rank tinggi tapi blogspot saya dulu pun saya jarang komen di blog page rank tinggi tapi saya boleh naikkan page rank jugak walaupun sikit.

Reply

Ana Admi March 9, 2011 at 4:20 pm

kdg sy xbape suka blogwalking..coz sbb pe..kdg dorng menyinggah kt chatbox.,dgn niat utk kita singgah kt blog dorang n naikkn traffic..xsukela dgn cara cmni..y not kita telus dlm berblog jalin ukhwah dgn blogger lain..so pd sy nawaitu penting..jgn pikir nak naikn traffic semata..

Reply

sazuwi March 9, 2011 at 7:42 pm

artikel camnie wajar di baca oleh spammer..hehe..

sebgai penulis bagi sesuatu artikel, mereka amat memerlukan feedback dari pembaca.. kalau boleh tulis panjang tue bagus lah.. =)

Reply

cik tom March 10, 2011 at 5:23 pm

cik tom punye blog selalu juga dapat spam yg komennya langsung xkena mengena dgn pengisian entry…

bg cik tom terbaik biarlah kita komen dgn beri pendapat kita sendiri mengenai sesuatu isu yg dibincangkan…baru la nmpk mesra dan tambahkan lagi point&rakan baru…

komen yg bagus juga bg 1st impression mengenai blogger tue…bila komen yg bernas maybe akan attract pd blogger lain yg terbaca komen kita tue utk singgah ke blog kita..

sekadar pandangan ^_^

Reply

Hisyam March 11, 2011 at 9:16 am

kalau setakat komen pendek macam nice artikel, nice info saya boleh tahan lagi. ada jugak nampak visitor bukak entri. yang saya paling nak marah buka blog ada komen sampah dalam bahasa inggeris. bukak link tengok uptrend la, downline la. scam je banyak.

Reply

Rama2Ungu March 11, 2011 at 1:54 pm

panjang kupasannya tu dan memang bernas sungguh la. (ni dikira spam ke? hehhe)

Papepun, sokong sangat la bro cakap tu. perlu ikhlas dan jujur la masa mengomen tu. jgn main bedal tak tau ujung pangkal cerita. Nanti entry cerita pasal A, kita cerita pasal Z plak. kecik ati penulis nnt kan.

Mcm RU sndri, komen bila perlu. kiranya ada la idea nak komen apa lepas baca tu kan. Hehehe (contohnya macam entry ni la) (n_n)\/

Reply

muse March 11, 2011 at 4:18 pm

assalamualaikum….memang betul apa yang saudara cakap pasal komen kat blog blogger tu. Kadang2 lagi sadis ade blogger yang komen kat shout box plak. bagi gua kalau kita nak komen komenler dalam tempat yang sepatutnya itu menunjukkan kita ikhlas nak bagi komen.

Reply

zaza March 16, 2011 at 11:23 pm

sy kekadang suka baca, tp jarang komen..lagipun blogger baru nak belajar lagi..
tq for the info :)

note: gmbar kucing u tu sama mcm kucing saye koko junior :)

Reply

mancai March 17, 2011 at 7:56 pm

komen seperti bercakap secara terus dihadapan pemiliknya…

Reply

Fiezaradzi April 1, 2011 at 3:40 pm

Selalunya lau artikel tu menarik, baru le komen.. Lau g jejalan pun, tpi topik xmenarik, tak komen pun..

Lau nak trafik ok, lebih baik utamakan hubungan sesama blogger, nnti trafik tu akan dtg sendiri…

Reply

Pisyek April 29, 2011 at 8:58 am

bro kena rajin sikit update blog, baru la orang lain pun bersemangat sama. hahahaha… :D

Reply

Tokey Topup May 26, 2011 at 1:33 am

saya bersetuju dgn pendapat Pisyek..blog haruslah di update setiap hari supaya pandangan dan luahan hati dari orang lain mendapat feed back atau perkongsian penyelesaian..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: