Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan #2

by azizan4444 on August 20, 2010

raya

Hari ni masuk hari ke 10 kita berpuasa dan bermakna lagi 20 hari kita akan menyambut hari raya. Rasa sekejap je puasa, pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 10 kan. Saya yakin masa sekarang pun dah ramai kaum ibu-ibu membuat persiapan awal menanti hari raya. Bila nak raya ni, macam-macam yang dorang nak beli. Semua nak tukar baru terutama perabut rumah dan langsir. Yang kaya tauke kedai jugak. Haha!

Alah! Hari raya bukan selalu, setahun sekali je. Mungkin kita selalu dengar rungutan itu. Memanglah sekali setahun tapi berbaloi ke kalau tetiap tahun kena tukar yang baru, bukan satu tapi banyak. Alangkah elok kalau pakai duit tersebut untuk benda-benda yang lagi bagus dalam bulan puasa ni. Tak pun duit yang banyak tu buat sedekah dekat anak yatim dan sedekah pada masjid untuk ahli-ahli masjid buat majlis berbuka puasa kan bagus. Hmm!

Korang yang tak berpuasa atau puasa tak penuh tu tak payahlah beria-ia sangat nak buat persiapan ye. Haha!

Berbalik pada tajuk entri kali ni, iaitu keyword menarik sempena hari raya. Bunyi macam menarik kan? Entri kali ni lebih kepada entri santai dan terbit selepas beberapa keyword masuk ke blog ini.

Mp3 Raya

Korang sudah ada atau belum koleksi mp3 hari raya ni? Mp3 raya memang menjadi kegilaan pengguna internet untuk download dekat dengan musim raya ni. saya sendiri pun dah ada koleksi mp3 ni, hampir tiap-tiap tahun download padahal kebanyakan lagu adalah yang sama je. Haha!

2 tahun lepas, masa dekat tempat study saya bertanya dengan seorang kawan. Kau ni asyik online je, kau buat apa je bila online ek? Aku online donwload lagu raya la. Sehari satu, cukup sebulan puasa ok la dapat 30 lagu raya. Terbaik jawapan dia. Haha!

Duit Raya

Kalau dah tiba hari raya, duit raya menjadi kegemaran untuk anak-anak kecik. Pagi raya tu, kalau boleh nak bangun seawal-awal nak pergi masjid. Bukan nak pergi untuk solat tapi nak duit raya. Sanggup tunggu dari awal sampai la habis orang solat sunat hari raya tu. Duit raya punya pasal, semua benda jalan je.Haha.Memang best jadi kanak-kanak ni.

Kenangan paling manis pasal duit raya, saya selalu cabar abang-abang saya. Siapa yang paling banyak dapat kumpul duit raya dia lah yang hebat. Tapi sekarang tak dah, mereka pulak yang bagi saya duit raya tu dan saya kena bagi dekat anak-anak buah. Bunyi macam banyak je anak buah tu tapi baru tiga orang. Takdelah merasa sangat nak bagi tu. Haha!:)

Berapa yang korang dapat kumpul paling banyak?

Koleksi Baju Raya

Bukan anak-anak je teruja nak beli baju baru dekat-dakat raya ni, malah ada sesetengah mak ayah yang lebih daripada anak-anak. Pakaian tu kalau boleh nak cukupkan 30 helai untuk setiap kali raya, maklumlah puasa sebulan raya pun mestilah sebulan juga. Hari-hari mesti wajib pakai baju baru. Ye la kan, nak pergi open house sana-sini, kalau baju sama takut kawan kata pulak nanti.Haha!

Korang ada tak jenis macam ni? Setiap kali raya mesti nak beli banyak-banyak. Kalau perempuan ye la kot, paling sikit pun 3 4 pasang baju baru. Kalau lelaki tu cukup satu je dengan baju melayu tuh.

Biskut/Kuih Raya

Yang ni kira perkara wajib mesti ada pada hari raya. Takde kuih/biksut raya ni macam tak meriah la kan. Tetamu datang ramai-ramai tapi juadah untuk pagi raya kosong je kat atas meja. Tak ke kecewa kalau anda di tempat tetamu tu? Haha! Sebenarnya perkara ni tidaklah wajib sangat kot, sebab bagi mereka yang berkeupayaan boleh la nak sediakan banyak-banyak tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkeupayaan dan berkemampuan. Oleh sebab itu, kita selalu diingatkan ketika bersuka ria di hari raya tu janganlah pulak kita lupa pada mereka yang memerlukan.Sama-sama kita kongsi kegembiraan di hari raya.

Masa blogwalking, saya ada terjumpa 2 3 blog yang menjual kuih raya secara online. Memang pandai orang kita menggunakan kelebihan internet dalam menjana pendapatan.

Kad Ucapan Raya

Ni lagi satu benda yang selalu kita dapat masa hari raya. Sudah menjadi tradisi bagi kita untuk berutus kad ucapan hari raya. Ramai yang mengutuskan kad ucapan hari raya untuk melepaskan kerinduan pada keluarga bila berjauhan dan tidak dapat pulang beraya bersama keluarga. Ada yabg berutus kad untuk memohon maaf dan ada juga yang menjemput untuk ke rumah terbuka.

Sesiapa yang terer dalam membuat kad ucapan hari raya ni berpeluang untuk membuat duit raya.Mereka boleh offer murah-murah untuk perkhdimatan membuat kad raya secara online. Ada tak sesiapa yang bertuah nak bagi saya kad raya? Haha!

Mercun

Kita selalu dengar, raya tak meriah kalau takde mercun.Pelbagai generasi, dari kanak-kanak hinggalah orang tua bermain mercun ni. Saya pun tak tahu dari mana meriahnya mercun ni. Awal Ramadan pun dah ada orang bakar mercun ni. Yang kantoi dengan polis bawa seludup mercun dari negara seberang lagi la banyak. Lepas ni kita boleh pulak dengar berita orang putus jari, buta mata dan kudung tangan akibat main mercun ni.

Banyak jenis mercun yang boleh kita jumpa, macam-macam nama orang bagi. Mercun bola, mercun ketupat, meriam buluh dan banyak lagi la. Kalau nak sebut semua memang takkan habis sebab sampai ada mercun yang saya sendiri tak tahu nama, macamana saya nak sebutkan kat sini kan?haha

Saya ni jenis alergic dengan bunyi, sebab tu saya tak minat mercun. Boleh pekak telinga dengar orang bakar mercun ni. Padahal takut sebenarnya, alasan lebih. Hahaha! Saya bukan takut tapi insaf, masa kecik selalu main mercun sampai ada kali tu baju raya terbakar gara-gara main merucn. Sedih maa pakai tak sampai sehari dah ada lubang-lubang baju tu. Haha!

Sms Raya

Tiap kali raya mesti banyak sms yang kita dapat. Bermacam-macam jenis ucapan selamat yang kita dapat. Kadang-kadang tu kena topup awal-awal lagi semata-mata nak reply semua sms yang masuk tu. Dapat duit raya habis dengan topup je, lepas tu beli mercun.

Hantu Raya

Hantu raya ni ada dua jenis:
1. Jenis yang suka makan siang hari pada bulan puasa
2. Jenis yang pergi raya semata-mata nak duit raya je. Haha!

Korang yang ada pengalaman manis tu boleh la share ye. Hehe!

{ 62 comments… read them below or add one }

x-po August 20, 2010 at 8:40 pm

sememangnya mp3 lagu raya adalah keyword panas bila tibanya musim raya..hoho

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:14 am

@x-po, koleksi lagu raya lama yg evergreen menjadi pilihan..hehe

Reply

Cha'on August 20, 2010 at 9:10 pm

layan janji kekasih kat tv 3 setiap malam jumaat weh.. hahha.. banyak gak dapat dulu kecik2.. mau dekat RM500.. Biasa la kan.. mak sedara aku ramai.. hahha.. lelaki selalu biasa je masa raya.. takde la shopping banyak mane pun baju raya.. berkaitan dengan pilihan cat yang menarik untuk rumah tak de ke orang nak cari…?

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:17 am

@Cha’on, best ke citer tu bro?aku jarang tgkla…hahaha

pergh banyak btol ko dapat kumpul ye…aku x pernah smpai kot sebanyak tu..huhu..memang mantap la kalauada yg cari jenis cat tu..kagum aku..hahaha..ko mesti pernah cari kan?

Reply

yusenze August 20, 2010 at 9:52 pm

Pengalaman paling manis aku masa kat kpg zaman dulu2, aku selalu membontoti arwah atok aku merayau ikut rombongan dari rumah ke rumah lepas sembahyang raya. Collection duit raya pulak xde la sebanyak yang chaon dapat tu. Dah macam makan gaji jer.. ekekek..

Nanti aku utus kad raya online kat ko jan.. hahha ngan chaon skali.. tapi yang penting aku nak kasi kat mario.. hahha..

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:19 am

@yusenze, menarik tu..memang meriah rombongan mcmtu..nak2 ke rumah sanak saudara..duit raya memang chaon mng…hahaha

aku tunggu kad raya mu itu..lol

Reply

menteil August 20, 2010 at 10:10 pm

lagi satu keyword pemes time raya

‘upin dan ipin’

selalu masuk blog aku.. XD

Reply

luth textile August 21, 2010 at 12:58 am

@menteil, blog mantop

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:15 am

@menteil, btol tu..tu slh 1…mcm TM raya plk upin ipin ni…hehe

Reply

mario August 20, 2010 at 10:38 pm

ok thanks bro…nnt aku cepat2 buat keyword2 yg ko bagi tu…
errr…
pengalaman manis tentulah bila kira duit2 syiling yg aku dapat…dulu2 dpt dlm 20 ke 20 lbh jer… dah banyak dah tu untuk org yg pemalu mcm aku ni… hak hak
errr…tak sabar nak dpt kad raya…keh3

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:21 am

@mario, welcome bro…sila bt cpt2..mne taw best kan…bg 1 cerita best..hehehe

20?ok la tu.bole la buat beli mercun..hahaha…

Reply

sha-hir@meng August 20, 2010 at 11:21 pm

maen ngn SEO..haha..
mst byk trafik masuk nnt..

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:18 am

@sha-hir@meng, terima kasih bro komen..xde la nak main seo..aku mane reti..huhu…sekadar suka2 je entri ni:)

Reply

ejum August 20, 2010 at 11:22 pm

keyword terbaik…xde ke keyword hantu raya zan?..

pengalaman raya terbaik ialah..masa kecik2 dapat duit raya 50sen penuh poket baju melayu hasil kutipan diseluruh umah flat area setapak…dsyat ooo..haha

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:23 am

@ejum, xtaw la ada atau tak bro..biasa malam raya, syaitan dah dilepaskan..ramai duk cari pasal benda tu kot..hahaha

pergh..aku pernah jgk round 1 kampung mase2 kecik2..tp kampung aku x ramai penduduk..bole la nak isi poket skit..lol

Reply

ejum August 21, 2010 at 6:29 pm

@azizan4444, so bile pulak aku leh dapat duit raya dari ko?..hehe

Reply

hafidz August 20, 2010 at 11:22 pm

Setuju sangat ada 2 jenis hantu raya tuh, hahaha :lol:

Reply

adamfaiz August 20, 2010 at 11:37 pm

hantu raya ke 2 tu yang tak sanggup…:(

Reply

apiih August 21, 2010 at 12:14 am

hari raya???smbahyang raya ngan maaf2 ngn mak bapak was the best time for me..mnitis air mata,,wuuuuwuwuuu T___T

Reply

luth textile August 21, 2010 at 12:58 am

yang paling best pagi raya pertama. raya kedua dah tak best

Reply

zulkbo August 21, 2010 at 1:05 am

salam saudara
keyword lagu raya tu saya dapat
banyak kemasukan dari google search
entrinya bukannya apa cuma sekadar
keluhan saya masa 1st ramadhan hari tu
baru setengah hari pasaraya dah pasang
lagu raya..alhamdulillah byk yang tersalah
masuk la tu..he he

Reply

Apih August 21, 2010 at 1:55 am

satu lagi.. awek untuk raya

Reply

aizuddin August 21, 2010 at 2:11 am

melodi raya jgn lupa..haha

Reply

mello August 21, 2010 at 2:12 am

dia seRAYA berkata..hahahaa termasuk dop tu dlm keyword boh? kehkehkeh

p/s: jom wat gathering blogger kt kbmall sempena raya ni nak?

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:27 am

@mello, kalau ada org serach jumpa keyword dr demo tu boh..huhu…

ps; mcm menarik gathering tu..tp ad ke nak dtg..kena set btol2 la tu ye..

Reply

mrnamie August 21, 2010 at 2:46 am

bole dah mula fikir entry berkaitan keyword-keyword panas ni.. hehe

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:13 am

@mrnamie, boleh sgt bro..dr 1 keywrd tu dah bole buat mcm2 entri2 dlm pelbagi bentuk penyampaian..hehe

Reply

Nizam6281 August 21, 2010 at 5:59 am

Ko lupe lagi satu
Doa semayang raya/ Cara2 solat Hari Raya
Berapa banyak takbir Hari Raya
Hehehhe
Tau tak semua2 tu hihi
Cube jangan google then jawab ..betul ke tak LOL

Reply

azizan4444 August 21, 2010 at 6:12 am

@Nizam6281, btol tu..keyword mantap jgk tu..tp aku x lupe…yg tu bole bkk 1 entri lg..ko tgk tajuk aku tu.ada edisi kan?masih pnjang mase.hehe…

Reply

madlut August 21, 2010 at 6:15 am

pengalaman manis mesti la time kutip duit raya…
bab mercun pulak, dari kecik2 sampai la besar, memang x pernah miss main mercun…
dulu masa kecik lagi la, buat meriam buluh, meriam tanah…
sekarang dah besar, malas dah nak buat benda tue..jadi kerja pulak bulan2 puasa nk korek tanah, nk tebang buluh…setakat pelita buluh boleh lagi la..:)

Reply

Nine August 21, 2010 at 8:37 am

biskut/kuih raya tu ok gak ngan org yg wat bisnes sebelum raya, tambah2 dah ramai kenalan kat internet & dah tahu dia wat sedap..banyak org akan cari or masuk blog dia..masyukk tu :)

Reply

acapz August 21, 2010 at 11:32 am

@Nine, haha. wt resepi kn bro. pastu ltk. mmg rami cari keyword2 camtu. adoi. aku xreti nk men keyword2 ni. haha. jijan mmng powr la. ngeh :D

Reply

Nine August 21, 2010 at 12:15 pm

@acapz, tu la betul kan, takpe ko pasal IT bro, ramai org suka google pasal IT, sama gak cara dia kan..kalo tak camner ko dapat innity kalo tak ramai hehe…

Abe Jijan mmg power dah, google pun dah kuar entri lama2 blog ye.. :)

Reply

acapz August 21, 2010 at 4:21 pm

@Nine, haha. okae bro. tq. hee. keyword hacking bnyk la org search. haha. xpe aku truskn ngn blog IT aku. ko pun sme ek bro. keep it up :D

Reply

RedBoy August 21, 2010 at 8:45 am

hoho.. aku paling tinggi pernah dpt duit raya dalam 100-200 je.. huhu.. baju melayu sehelai je.. haha.. ko nak bagi aku kad raya x jan? lebih baik bg sebelum aku jd hantu raya.. haha!

Reply

acapz August 21, 2010 at 11:31 am

@RedBoy, haha. okae r tu. sme la ngn kte. hee. bro aku dtng raye umah ko agk2 bpe je dpt? hahaha :P

Reply

pawaka19 August 21, 2010 at 8:48 am

akan datang mybe akan wat keyword baju raya tu ;)

“Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok”

Reply

zezebel August 21, 2010 at 11:19 am

Waaaaa…. Terima kasih tuan blog.
Bleh guna untuk keyword di blog saya ni. Hehehehehe….

Reply

acapz August 21, 2010 at 11:30 am

nice bro. pndai seo ko ni. haha. hbt la. akn aku guna jgk time nk raya nnti. hee. tq again bro. :D

Reply

etomyam August 21, 2010 at 12:13 pm

hantu raya pun jadi glamer jugak hahaha

Reply

mizzura August 21, 2010 at 3:11 pm

haha..baru nak search baju raya…tak jadilah..hehe..tukar baju kurung jer..

Reply

zik August 21, 2010 at 4:51 pm

wah banyak keyword raya nie… hantu raya pun masuk carta ek… hehe… kuih raya, baju raya dengan duit raya… tuh keyword hanget tuh… uhuhu

Reply

Mohd Shahrul Hafizi August 21, 2010 at 5:03 pm

Menarik keywords ko. Mantap r. Takut dgn mercun ek. Hehehe. Nanti aku nak main mercun depan ko la. Hahaha. Gurau je. Duit raya? Rasanya tahun ni aku dah tak dapat dah. Huhuhu T_T

Reply

cuz August 21, 2010 at 8:12 pm

banyak gk keyword raya yg masuk blog ko yer..haha aku yg xde entri pasal hari raya pun ade masuk gk..haha pelik aku..

lagu raya tahun ni aku amik dari tahun2 lepas je..haha ingat nak buat entri pasal hari raya la..haha

Reply

suri August 21, 2010 at 8:21 pm

bila dapat berkumpul dgn adik bradik kat umh mak..heeee..saat tu mcm2 gelagat akan ada..

hari lain mmg sush nak jumpa adk brdik sb suri dok jauh dri mrka huaaa..
nampaknya tahun ni akan dtg ank punya giliranlah hee

Reply

Mr.Z August 21, 2010 at 11:59 pm

hantu raya paling masyuk tu…blh lak jadi keyword raya ea..hehe..
asalkan ada raya belakang dia.. :D

Reply

mijie August 22, 2010 at 2:08 am

best juga ni kalau dapat main2 ngan keyword ni

Reply

yoy August 22, 2010 at 5:32 am

hahahahantu raya tol la..keyword best ni..nak2 download lagu raya..sbb aku pun nga cari..hehe

Reply

Amir August 22, 2010 at 9:19 am

rasa sedih lak baca entri psl raya2 ni. haha…

Reply

zik August 23, 2010 at 2:07 am

@Amir, aku paham amir… kau jauh diperantauan… huhu sabau2 amir…

Reply

hanif August 22, 2010 at 12:42 pm

dulu time kecik2 bnyak gak aku dpat duit raya,skrang ni dah besar dah takde dah..sedih,hilang punca pendapatan huhu

Reply

alkisah August 22, 2010 at 2:00 pm

raya dulu2 best, raya skrg ramai yg pakat duk terlonggok dpn TV jer..

Reply

arrizz August 23, 2010 at 6:34 am

thanks bro kongsi keyword2 raya nie..boleh buat jadi rujukan untuk update blog nanti..hehe..setuju, cukuplah sepasang baju raya tue..raya lepas aku takde baju raya, raya kali nie lak, tengoklah..hehe

Reply

haru August 25, 2010 at 5:48 pm

sekarang sume hujung jari..nak cari kad raye, lagu raye..haha
maju2..

Reply

Hadi Rofiee August 27, 2010 at 11:26 am

Memang ‘famous’ semua kata2 kunci ni.. Hantu raya pun ada. :mrgreen:

Reply

denaihati August 27, 2010 at 3:06 pm

keywords menarik bulan puasa pulak : waktu imsak, waktu berbuka, lailatul qadar, nuzul al-quran, doa buka puasa, sahur, solat terawih…ada masa lagi nak main ni.

Reply

Hadi Rofiee August 27, 2010 at 10:38 pm

@denaihati, :mrgreen: memang menarik.

Reply

mummy nana August 27, 2010 at 3:23 pm

da lama tak dpt kad raye

Reply

hafizmd August 29, 2010 at 12:57 am

semua kat atas tu..aku setuju..mmg jadik benda paling hot bile tiba musim nk raye ni..aku mase kecik2…takde p jalan2 rumah orang ni semate2 nk carik duit raye..kire bajet budak sopan santunlah ni…hahaha…

mercun pun, kalau main yg jenis bunyi slow2 jer..paling hebatpun mercun gasing tuh..hehehe..

baju?tgk keadaanlah..kalau rase perlu..beli juge sepasang..isteri?same cam aku..kalau perlu juge..sepasanglah paling kurang…takla nak beli 3-4 helai..membazir katenye..hiihi..

Reply

mancai August 31, 2010 at 2:54 am

terima kasih dengan keyword2 penting.. boleh dipelbagaikan ni…

Reply

kech September 2, 2010 at 9:20 am

awahahahh…aku tak pandai langsung keyword2..nanti bleh ajar aku kan jijan..

Reply

fiezaradzi September 6, 2010 at 12:36 pm

duit raya paling byk dapat masa kecik2.. masa tu sanggup berjalan dgn abang2 g rumah org.. tapi tak de la cam skg ni, soh masuk dulu, tak nak.. paling kurang masuk minum air kat rumah pakcik makcik tu..

skg, susah dah nak dapat duit raya.. keluarkan de la.. tak pela, kira sedekah la kan.. skg anak yg dpat duit.. okey pe.. hehee..

baju raya satu je, yg tahun2 lepas leh pakai, pakai la.. bukan selalu pun pakai baju yg sekawasan dgnnya.. baju anak juga yg lebih..

kueh, sbb balik kg, so tak de.. sekadar kerepek.. sbb tu yg org suke makan skg..

de juga org yg suka perabot raya (saya tak ek..). asal nak raya, nak tukar perabot.. haha.. kopak duit lau cmtu..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: