Kenapa Remaja Taksub Dengan Laman Web Sosial?

by azizan4444 on February 2, 2010

Ketagih Facebook

Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.

Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul . Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Penulisan kali ini, saya ingin kongsikan pendapat mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook. Semua ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri.

1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat

Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka , dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.

2. Sekadar untuk mengisi masa lapang

Apa yang saya perhatikan, ramai di kalangan remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada di antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.

3. Untuk mencari pasangan hidup

Tidak dinafikan juga ada di antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial. haha!

4. Nak pamer body yang mantap

Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tak kira perempuan ataupun lelaki, berlumba-lumba  ingin mempamerkan kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu juga saya saya sendiri. Tetapi saya gila pada yang cun je. lol. Pernah saya jumpa satu individu, memang cun tapi setakat ni tak dapat mengalahkan Elisha Cuthbert saya lagi la. Haha!

5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat

Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas.Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

6. Aplikasi menarik dan ketagih game

Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook la tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam. Haha!

Saya rasa cukuplah enam sebab utama yang saya senaraikan itu tentang kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial. Kalau diikutkan, banyak lagi sebab yang dapat saya senaraikan. Oleh kerana mood kemalasan melanda diri saya secara tiba-tiba, jadi terpaksalah saya berhenti dulu. Haha!

Apa pendapat tuan puan bila bercakap tentang remaja dan laman web sosial ini? Mungkin tuan puan mempunyai pendapat sendiri kerana saya percaya tuan puan adalah salah seorang daripada mereka yang ketagih dengan laman web sosial seperti facebook. Hehe! Saya tinggalkan tuan puan dengan satu persoalan, adakah laman web sosial seperti facebook membawa kebaikan atau keburukan kepada remaja?

{ 146 comments… read them below or add one }

che li February 6, 2010 at 12:40 pm

jangan cakap remaja aku yangtua pun terlibat gak..yang penting carik kawan lama. best tue..

tpkan remaja memang suka bersosial…adeneye benda2 macam nia luas la jajahan nye..banyak la kawan kan..

Reply

azizan4444 February 6, 2010 at 7:12 pm

@che li, fb ni aku rase semua gologan peringkat umur aktif bro terutama gologan remaja la.yg lebih tua mungkin x sepenuhnya layan laman web sosial ni…fb mmg sng nk cri kawan lama..tu mungkin slh 1 faktor ramai yg gle duk men fb tuh,

yeay btol tu..bnykla kaki2 yg dorang knl lps ni,..

Reply

luthtextile February 8, 2010 at 1:36 am

@azizan4444, aku dapat saim baru.. mcm ko. haha..
apa2 pon jgn dok gila sangat bersosial dlm laman sesawang ni, nanti jadi SO SIAL baru tau!

Reply

azizan4444 February 8, 2010 at 3:50 pm

@luthtextile, haha..same la aku..dp knl dgn adik luth…lol…
klu da so sial tu kn bertaubat awl2 la…..

Reply

Wan Perlis February 6, 2010 at 4:30 pm

bagus entri ni.
laman web sosial ada pro dan kontra.
kita perlu bijak menggunakannya.
kepada mereka yang berada dlm point no4 tu,insaf2 lah.

Reply

azizan4444 February 6, 2010 at 7:04 pm

@Wan Perlis, makin hari makin ramai yg termasuk dlm point no 4 tu..ssh la kn klu dah merebak..hehehe

Reply

Maya February 7, 2010 at 8:28 am

sllnya kalau i nk cari kenalan or sj nk luang ms

Reply

admin pengupasjalanan.com February 8, 2010 at 10:45 am

nice entri….kalau tuan rumah sudi, blh share entri ni di http://pengupasjalanan.com/

Reply

azizan4444 February 8, 2010 at 3:47 pm

@admin pengupasjalanan.com, boleh je..x mnjdi masalah nk share.silakan.hehee

Reply

samanosuke_04 February 9, 2010 at 3:19 am

nak cari pasangan hidup?? hoho, bleh ker melalui facebook? ahaks.. aku guna mainly untuk stalk senior.. hohohoho!! XD

Reply

topo February 9, 2010 at 3:31 am

kalau remaja ketagih itu perkara biasa…
ini ada siap yang dah lanjut usia pon ketagih jugak..
agak bahaya jugak tu.. dekat office takde kerja lain.. dok main facebook je.. hurm..

Reply

Miss D February 10, 2010 at 5:10 pm

slm, bagi saya pulak sekarang ni..sy gemar disitu sbb sy leh keep in touch dengan sumer kwn sy since tadika lagi…syok~~~sbb before ni ktorg terputus hubungan..yerla…zaman sy dulu handphone xd…:p

Reply

RaMa2UnGu February 10, 2010 at 5:26 pm

hohoh..dulu2 (2thn lps) mmg die hard fan la kot kat laman web sosial ni..pastu lama2 naik boring lak…

skang ni total suma ada la 4 5 6 kot…hahaha..yg cek slalu ada la 2 3 je..itu pun hekot mood..

Reply

ikin February 15, 2010 at 1:41 pm

hahha. dah malas nak ada social web :P

peningkatan penggunaan sosial web (of course secara maya kan) memberi ancaman kepada soft skil, iaitu proses interaksi kepada sesama manusia secara live.

Reply

shahrul February 15, 2010 at 8:46 pm

laman sosial begini berguna juga.
Kadang2, ada perkara sesuai kita ungkapkan dengan tulisan..
lagi pun ianya satu kemudahan, percuma plak tu..
Jimat waktu, kos, tenaga dan bagus lah kalo kita manfaatkan denagn niat yg btl :P

Reply

imran February 25, 2010 at 2:38 pm

Ada pro & kontra laman sosial ini :D

Reply

faizal March 22, 2010 at 5:12 pm

salam..
apa2 hal pun kena jaga diri sendiri…kalu dah tau nak ketagih,,pandai2 la kwal..yg penting apa2 hal pun kehidupan tak terganggu kerana benda2 cam ni…

Reply

ernie April 16, 2010 at 4:16 pm

Sy amat berminat dgn artikel yang anda tulis memandangkan kajian tesis sy juga b’kaitan dgn penggunaan laman web sosial.. artikel awk mmg b’manfaat.. trima kasih di ucapakan..

Reply

piena January 29, 2011 at 11:50 am

SMENJAK SYA LAPTOP N BROADBAND SYA SLALU SNGT ON9 SMPAI LUPA NK STDY… TPI SKRG SYA UDA OF KAN BROADBAND SPAYA SYA X SLALU SNGAT ON9… KRNA ON9 JAK LA AKU LUPA SGALANYA TRMASUK LA MAKAN.. HEHEHHE… KLU MASIH STDY JGN LA MAIN WEB SOSIAL… KLU SKALI SKALA BLE LA.. TPI JGN AMAL KN K…

Reply

IftiMonstaa April 9, 2011 at 2:01 pm

semua betul hehe nice entri :)

Reply

putera June 14, 2011 at 9:01 pm

mohon share ek… huhuhu..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: