• Kenapa Perlu Wanita Berusia?

    kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

    Hai semua apa khabar? Salam tangan kanan buat semua. Berjumpa lagi kita dalam sesi gedik santai petang selasa yang agak panas terik cuacanya. Yey! Kali ini saya ada cerita menarik. Ceritanya datang dari shoutbox saya, bila nak update? Saya hairan mengapa visitor blog ni tak konsisten. Bila update hit tinggi melambung, kalau tak update korang paham-paham je la ye. Untuk mengurangkan kehairanan itu, nah, saya update untuk korang!. Haha!

    Petang semalam, sebelum saya jadi ronaldo main futsal sempat lepak kedai minum-minum dengan kawan-kawan. Tengah syok bersembang kosong, tetibe ada suara menegur dari belakang. Bunyinya lebih kurang macamni, ” Seronok korang borak ye. Pakcik senang tengok anak-anak muda cmni, tak lepak merata-rata. Eh! yang ada jambang macam mawi tu Jan ke? Anak Paksu Kadir kan? Lame betul pakcik tak jumpa kamu”. Saya apa lagi, yeay pakcik, saya lah ni. Nape ye? Pakcik rindu saya ye? Haha! saya gelak tapi dalam hati je la.

    Lebih kurang setengah jam saya sembang dengan pakcik tu. Yang sebenarnya saya sangat rapat dengan pakcik tuh, maklumlah kecik-kecik dulu saya selalu tolong dia kat kebun durian tuh. Nak makan free katakan. Haha! Tapi ada satu soalan yang membuatkan saya berpeluh untuk menjawab bila pakcik tu bertanya. Kamu bila nak kahwin ni? Umur da h makin meningkat, jambang pun dah lebat tuh. Elok sangatlah kalau kamu kahwin. Haha! Saya geli hati jap. Ala pakcik, saya tunggu si Leha anak pakcik tu la. Ahakz. Dia dah berusia la. Cari la yang lagi muda.

    Saya stop cerita kedai kopi saya bersama pakcik kacak. Persoalan yang menarik minat saya adalah mengenai lelaki muda kena kahwin dengan yang muda dan sebaliknya. Perlu ke kita ikut prinsip ini? Rasanya zaman sekarang banyak lelaki yang suka memilih wanita berusia daripada mereka untuk dijadikan pasangan hidup mereka. Macam saya jugak, minat wanita berusia. lol.

    Kenapa perlu wanita berusia? Persoalan ini sangat menarik bagi saya. Mungkin sesetengah orang berlainan pendapat bila bercakap mengenai lelaki muda memilih wanita berusia dan wanita berusia memilih lelaki muda. Sama la tu kan. Haha! Saya melawak je.

    Pada pendapat saya, kenapa lelaki memilih wanita berusia ada sebab-sebab tertentu. Antaranya :

    1. Wanita berusia adalah lebih matang

    Lelaki akan lebih tertarik dengan wanita yang matang. Sifat matang terdiri daripada dua, a) matang dari segi perwatakan termasuklah cara pemakain dan cara hidup b) matang dari segi pemikiran termasuklah cara percakapannya. Pada pendapat saya wanita berusia kebanyakkannya telah melalui satu tempoh hidup yang penuh dengan cabaran. Wanita berusia akan lebih mudah memahami dan bijak dalam menyelesaikan masalah dengan sifatnya yang lebih matang. Tahu menilai mana baik dan yang mana buruk.

    2. Wanita berusia mempunyai sifat keibuan yang tinggi

    Saya rasa, sebab kedua ini adalah antara sebab utama kenapa sekarang lebih ramai lelaki suka memilih wanita berusia untuk dijadikan pasangan hidup. Mengapa? Apabila sudah berumahtangga, impian yang paling besar bagi pasangan suami isteri adalah untuk mendapatakan cahaya mata. Bagi suami, sudah semestinya mereka mahukan wanita yang betul-betul sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak mereka. Jawanpannya adalah dengan memilih wanita berusia akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya lelaki memilih wanita muda atau dalam bahasa mudahnya wanita yang belum bersedia untuk menjadi ibu akan menimbulkan masalah dalam rumahtangga mereka nanti. Pada kebiasaanya wanita awal 20-an banyak mengalami masalah seperti ini apabila mereka sudah berumahtangga.

    3. Wanita berusia lebih hebat dan lebih berpengalaman diranjang

    Bagi lelaki yang mempunyai nafsu seks yang tinggi, mungkin faktor ini menjadi sebab kenapa lelaki suka memilih wanita berusia. Tidak dinafikan juga wanita muda kadang-kadang hebat diranjang. Wanita berusia terdirinya daripada anak dara lanjut usia ( andalusia) dan juga berkemungkinan berstatus janda. Bagi wanita berstatus janda, pengalaman mereka diranjang akan dimanfaatkan apabila bersama lelaki muda (suami). Lelaki yang mempunyai keinginan seks yang tinggi perlu menitikberatkan faktor-faktor seperti ini supaya tidak akan berlaku kes curang dalam rumahtangga.

    4. Wanita berusia kebanyakkan bekerjaya dan berharta

    Pada pemerhatian saya selama ini, kebanyakan wanita berusia mempunyai kerjaya yang hebat. Sehinggakan kerjaya tersebut membataskan masa mereka untuk mencari pasangan hidup. Makin berjaya makin susah untuk lelaki mendekati mereka. Tetapi ada sesetangah lelaki yang sukakan cabaran, mereka lebih suka untuk mendekati wanita seperti ini. Suka pada wanita berusia dan bekerjaya. Paras rupa tidak menjadi masalah bagi mereka. Di negara kita, jarang kita lihat wanita berusia dan berjaya dalam hidup menerima lelaki muda daripada mereka. Yang dapat kita lihat hari-hari adalah perempuan muda memilih lelaki yang jauh lebih tua daripada mereka. Di negara luar, mungkin sudah menjadi trend wanita berusia menyukai lelaki muda.

    Bagaimana pula dengan wanita muda yang masih bergetah? Yay! Sekarang anda mendapat saingan hebat daripada kaum anda yang lebih berusia. Haha!  Tetapi, persoalannya kenapa anda wanita perlu tunggu berusia baru nak kahwin? Faktor jodoh? Saya nak ingatkan pada puan-puan, kahwin awal itu satu nikmat dan perempuan jangan terlalu memilih. Nak bangkang? Saya lagi suka.:P.

    ps : sesiapa yang berminat untuk berbisnes. Klik sini dan sini

    pss: boleh add ym saya; azizan4444

    Tags: , , , ,

144 Comments


  1. DaHLia says:

    eh , bukan td aku dah post comment aku?

    [Reply]

    azizan4444 Reply:

    @DaHLia, da ada tu..hehe

    [Reply]

  2. Wan Perlis says:

    awek kawan ak umur 30
    tp xtau la akan membawa ke perkahwinan atau tidak.wohha

    [Reply]

  3. ila-ali says:

    aku lebih tua dari husbandku
    ..tua satu bulan setengah! hehehe

    [Reply]

  4. suri says:

    hurm..keserasian itu penting juga..baru ngam hoo..

    [Reply]

  5. nNh says:

    hurm..menarik. tp aku lgi suka lelaki lagi tua dr aku. boleh la guide aku. aku skg blaja menjadi seorg yg matang kerana aku skg berkawan dgn seseorang yg matang. pengaruh mungkin. tp aku suka diri aku skg. xtelalu matang n tak telalu keremajaan. seiring ngn umo la kot. bru 21. patot ke aku matang?huhu

    [Reply]

  6. RHEA says:

    lelaki lebih tua suka mengongkong.. ego.. perasan bagus.. suka mengarah.. lebih tepat suka memaksa.. suka menunjuk2 kononnya mereka macho.. pandai main kayu 3 sbb mereka berpengalaman.. sbb tu ramai jer pempuan muda2 tpikat kat lelaki tua..
    maybe tak semua la kut.. tapi majoriti begitu..

    ada sedikit emo di sini..

    [Reply]

  7. suri says:

    hati mau bikin baik tau..agama juga asas yg penting dlm membina sbuah rumahtangga kelak :)

    [Reply]

  8. azhie says:

    huhu..berusia tu beza jarak umur jauh ke??kalu beza 2tahun je dikira ek??
    cmne kalau lelaki tu lagi muda dari kite tapi kematangannya mengalahkan kite yang lagi tua ni>>hehe

    [Reply]

  9. Kak mas says:

    Ehemmm, maaf nak ngusik kejap. Jika anda lebih berusia dari suami, bersedialah untuk memberi ruang pada yang lebih muda suatu hari nanti… hadapilah realiti ini, sudah tersurat yang lelaki itu boleh kawin lebih dari satu, bila tiba masanya.. pasrah walaupun hati parah. Wanita yang matang ramai juga yg dapat menerima ini, yang ego melenting2 & minta diceraikan.. jangan begitu saudaraku.. hidup tak berakhir hanya bila yang kita cintai hatinya bercabang! Balik pada nasihat agama.. & fikir2 juga, dalam usia kita yang sudah ranum ini tentu agak sukar hidup kalau bersendirian… Jangan marah, hanya pandangan peribadiku..

    [Reply]

    LadyBird Reply:

    @Kak mas, maksud kak mas muda banyak ke muda sikit jerk? huhuhu.. x mustahil jugak kan? tapi kalau jodoh, nak buat mcmn terpaksa pasrah dan berusaha jugak tuk kecapi bahagia dengan menerima seadanya. :( sob sob sob

    [Reply]

  10. LadyBird says:

    Salam, nak komen jugak..tp sy org baru ni.. :P
    Kalau diberi pilihan, sy nak lelaki yang jauh berusia daripada saya sebab saya nak dia jaga saya, bimbing saya, handle kehidupan sy.

    Tetapi, sy ditakdirkan bertemu dgn yg masih muda, muda 3 thn dr sy.. tp dia memilik ciri2 yg saya nak iaitu matang, leh bimbing sy. Dia jauh lebih matang dr saya. :D

    [Reply]

Leave a comment