
Rabu, 7 Julai 2010, update. Hujan masih turun. Saya tak pasti samaada Malaysia sedang mengalami musim sejuk atau bukan. Nak tepat lagi, area Serdang. Tiap tiap petang mesti hujan. Yang peliknya, salji pun turun kat sini. Semalam belog down, Mood pun ke laut lah jawabnya. Susah nak berbelog kalau ada belog berpenyakit sindrom down macamni.
Kebahagiaan dalam perpisahan. Ini bukan lagu tema piala dunia. Yang pasti ini lagu Shahir AF8. Saat saya menulis entri ini, hit dekat itunes mencecah 20 play count bagi lagu ni. Seronok jugak layan jiwang ketika hujan ni. nak nak layan lagu Shahir. Dulu, saya agak kecewa sebab Adira kalah. Tapi sekarang lagu kebahagiaan dalam perpisahan membuatkan saya teruja untuk mendengarnya. Kalau la Malaysia layak jadi tuan rumah piala dunia satu hari nanti, agak agak lagu ni sesuai tak jadi lagu tema?
Kalau China hantar vuvuzela sebagai wakil ke dunia piala kali ni, Malaysia pulak hantar ape ya ke Afrika Selatan? Hah Malaysia hantar Subkhiddin ya kalau korang nak tahu. Walaupun tak jadi pengadil kat dalam padang, tapi Subkhiddin ni punya semangat yang tinggi. Lapan kali duduk tepi padang. Kita patut berbangga, ada jugak wakil dari negara kita. Piala dunia baru masuk peringkat separuh akhir tetapi Subkhiddin dah selamat sampai di tanahair. Hasrat murni Subkhiddin lepas ni adalah nak didik pengadil muda di negara kita agar dapat diketengahkan ke peringkat dunia macam beliau.
Kita stop sekejap pasal Subkhiddin, pagi nanti separuh akhir kedua antara Germany dengan Spain. Perlawanan yang agak menarik. Mengikut tekaan sotong kurita, spain akan menang perlawanan pagi nanti. Apa yang cool tentang sotong ini adalah namanya, Mr Paul dan sebelum ini Paul telah teka dengan betul keputusan di antara Germany lawan Argentina. Saya tak pasti sotong ni betul atau palsu. Yang pasti paul silap tekaan untuk pagi nanti. Germany akan menang weii.
Paul dah predict, korang pula macamana? Eh korang yang jiwang tu, jangan lupa layan lagu Shahir. Memang superb lagu ni. Shahir dah jadi ikon belia Perak. Agak agak Mohd jadi duta produk apa pula lepas ni?
Gambar saya amik dari flickr.
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)
Kebahagiaan.. dalam perpisahan..
{ 63 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
download..lgpon xpena dgr lgu nie..
← Previous Comments