Karenah Perempuan Bercinta, Lelaki Dalam Dilema

by azizan4444 on June 24, 2010

sepi

Cinta. Saya rindu akan artikel cinta. Kali ini rasa nak menulis satu lagi kisah cinta antara dua jantina. Lelaki yang mana sudah pasti akan ditemukan dengan perempuan. Karenah perempuan bercinta, lelaki dalam dilema mungkin sesuai untuk dijadikan tajuk untuk artikel kali ini.

Tanpa cinta, kehidupan seseorang akan menjadi bosan. Kehidupan seseorang juga akan menjadi suram sekiranya cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan dan nikmatnya tidak dirasai oleh orang yang kita cintai. Kita juga sering mendengar pepatah yang mengatakan cinta itu buta. Tetapi pada hakikatnya cinta itu adalah cahaya sebuah kehidupan dan manusia sendiri yang membutakan cinta itu.

Memburu cinta memang baik, tapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik – Shakepeare

Berbalik kepada tajuk artikel kali ini, karenah perempuan bercinta, lelaki dalam dilema mungkin membawa banyak maksud kerana setiap insan mempunyai persepsi atau pendapat yang berlainan dan mungkin juga akan ada yang sama pendapat.

Karenah perempuan bercinta? Yeah! Macam macam karenah kalau nak diceritakan tapi ini bukan bermakna perempuan tidak layak bercinta atau cinta perempuan tidak sejati. Antara karenah perempuan bercinta adalah seperti orang nak bercinta dia nak bercinta juga, nak bercinta sebab cemburu tengok kawan perempuan lain ada teman lelaki, dan macam macam lagi. Lelaki dilema membawa makna yang mendalam dan luas tetapi lebih spesifikasi dalam kisah cinta. Tajuk ini berdasarkan dua situasi berikut. Situasi ini juga bedasarkan pengalaman hidup.

1. Seorang perempuan memburu cinta lelaki yang tidak mencintainya

Salah satu contoh karenah perempuan bercinta dalah cemburu apabila melihat kawan perempuan yang lain sudah mempunyai teman lelaki. Untuk mengelakkan dirinya diejek oleh kawan kawan yang mengatakan dirinya tidak laku, satu matlamat dan misi telah dipasang, iaitu mendapatkan cinta daripada seorang lelaki. Lelaki yang menjadi target itu mungkin sekarang berada dalam dilema.

Sebagai contoh, mengikut kisah seorang kawan yang selalu bercerita tentang masalah yang dia selalu dihubungi oleh seseorang atau dalam bahasa mudah diganggu oleh seorang perempuan yang tidak dikenalinya. Sejak dari saat pertama perempuan itu menghantar SMS kepadanya, dia berada dalam dilema. Bagaimana perempuan itu mendapat nombor telefonnya? Kenapa perempuan itu minat pada dia sedangkan mereka tidak pernah kenal? Antara persoalan yang bermain difikirannya sehinggakan membuatkan dia berada dalam dilema samaada untuk menolak atau menerima cinta daripada orang yang dia tidak pernah kenal itu. Kehidupan dia tergangu dengan kehadiran perempuan itu sehinggakan pelajaran dia juga terjejas.

Secara logiknya, wajarkah perempuan itu berbuat sedemikian untuk mendapatkan cinta semata mata cemburu melihat kawan lain sudah berpunya dan menjadikan lelaki tersebut berada dalam dilema? Wajarkah juga lelaki itu untuk menerima cinta tersebut?

2. Kawan yang meminatinya dijadikan tempat mengadu masalah cintanya.

Dilema? Rimas? Geram? Mungkin inilah antara keadaan yang sesuai untuk mengambarkan perasaan seorang lelaki yang menjadi tempat kawan perempuan untuk mengadu masalah cintanya sedangkan dalam masa yang sama dia meminati perempuan itu.

Mungkin diantara anda ada yang berdepan dengan keadaan ini. Tengok orang bercinta nak bercinta juga, tetapi bila dah dapat cinta sering bergaduh dan mempunyai masalah dalam hubungan. Yang merumitkan lagi keadaan apabila kawan yang meminati dan menaruh hati padanya dijadikan tempat untuk mengadu. Memang pedih jika sesiapa yang berada di situasi lelaki tersebut. Yang pasti dalam fikiran lelaki itu adalah untuk terus menaruh hati pada perempuan tersebut atau dia patut mengambil langkah dengan menjauhkan diri daripada perempuan tersebut. Lelaki dalam dilema akibat karenah cinta seorang perempuan.

Sedarlah kita bahawa cinta itu bukan untuk dipaksa. Bukan juga untuk tawar menawar dalam proses jual beli. Sehinggakan ia boleh merimaskan seseorang insan. Sebetulnya, cinta adalah untuk dirasai dan ianya lebih manis jika ada yang memberi.

{ 109 comments… read them below or add one }

shima June 28, 2010 at 4:55 am

bukan kerenah laki yg ntah pape je wat pompuan delima.??:p

Reply

eiyda June 28, 2010 at 11:52 am

auuww,,,dh lm ku tak merasai keadaan blurr dan kepeningan memnabaca entry kamoo..ekekekekek…skang dah mula rs nak pening skit…
lelaki yang dalam dilema lah yg salu buat perempuan memburu cinta yang tak tau kesudahannyer kot..hehehe

p/s: saya pon lam dilema gak ni….xtau nk komen ape ahahha

Reply

nazra July 6, 2010 at 4:30 pm

sama lah ngn naz :D

Reply

izyanti June 28, 2010 at 5:31 pm

oh cinta cinta cinta.

Reply

syahrilhafiz June 28, 2010 at 5:55 pm

cinta tu buta…heee

alamak kalau yang no 2 ..sedih jugak lar..

Reply

x-po June 28, 2010 at 9:50 pm

kehidupan single lagi nikmat dari kehidupan bercouple..haha

Reply

mancai June 29, 2010 at 10:31 am

yang pasti zaman sekarang kalau dah bercinta cepat2 la akad nikah… tak yah tunggu2 kasi penin lagi banyak…

Reply

dania June 29, 2010 at 12:20 pm

2 is better than 1.. =)

Reply

suaidah June 29, 2010 at 4:41 pm

setuju laa kot. cinta bagai~ semak otak.

Reply

iktiraf June 29, 2010 at 9:37 pm

salam singgah! :)

saya suka entri ni.

Reply

Wan Perlis June 29, 2010 at 10:18 pm

aku xda awek lagi. cinta kadang2 menipu

Reply

cemomoi June 30, 2010 at 12:27 am

huuu cinta buat orang jadi gila masakan lautan api sanggup direnang, cucuh api rokok, tengokkk

Reply

fiezaradzi July 1, 2010 at 12:14 pm

kes 1 dan kes 2 – kalau hati lelaki tak nak, tolak jer,, tapi kalau dah suke, tak slah terima.. cuma kes2 tu, lau saya, jauhkan diri kot.. hehehe

kdg2 karenah lelaki juga buat perempuan dlm dilema..bila belum dapat, kejar tak hingat.. tapi bila dah jadi bf, buat ala kadar jer.. hehee. tul ke?

Reply

zik July 1, 2010 at 7:36 pm

masih lagi mencari kestabilan kewangan… baru boleh pikir pasal kahwin..hadooiii

Reply

illianahidayah July 1, 2010 at 8:50 pm

utk kes no 1, rasanya lelaki blh je statekan pendirian dia.. tak sedia atau apa2 yg munasabah… utk yg no 2, macam pernah berlaku…hehhhe…

Reply

lizz July 5, 2010 at 10:19 am

entry ni bagus sangat sampai i need to baca balik.hehehe. susahlah bab2 cinta cintun ni. lain orang, lain caranya tapi for me apa2 pun kena bijak kawal dari segi apa pun. mental kena kuat if mau serious bercinta.

Reply

mario July 5, 2010 at 1:23 pm

ko ada awek nama delima ke weh…ekeke

Reply

mummynana July 5, 2010 at 1:44 pm

opss cinta? sudah ada cinta hati.. :D hehe
dun worry.. u will get one love… ;)

Reply

Ana Admi March 9, 2011 at 3:10 pm

u will get one soon..:)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: