
Hari ini, 22hb ogos tiba jua. Rasa teruja bila dengar tarikh ni. Kenapa ye? Hah kalau korang nak tahu hari ni adalah hari yang wajib untuk perserta contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER yang dianjurkan oleh denaihati.com. Saya join kontes ini adalah bukan semata-mata untuk mengejar hadiah yang lumayan ditaja oleh eQurban.com tetapi adalah untuk meramaikan lagi yang join dan memeriahkan kontes tersebut dan menyemarakkan lagi dunia blogging sekarang. Kalau menang mungkin itu rezeki dan sekiranya tidak berjaya tidak mengapa kerana itu adalah salah satu ciri-ciri blogger, berani mencuba. begitu bukan?
Kenapa saya nak jadi blogger? Yeah! Hidup seorang blogger memang cool. Memang best jadi blogger ni, macam-macam yang boleh kita dapat dan pelajari daripada dunia blogging serta dapatkan berkongsi idea kita dengan pelayar internet di luar sana. Bunyi macam best kan? Memang best dan lagi best kalau korang berani menyahut cabaran macam kontes yang dianjurkan oleh kawan blogger ni.
Mungkin korang nak tahu bila dan bagaimana saya boleh terjebak dengan dunia blogging ni kan? Bilanya itu tidaklah lama sangat tapi pada hujung tahun 2008 saya mula berjinak-jinak dengan dunia blogging. Baru je kan? Yes! memang baru kalau nak dibangdingkan dengan blogger yang sudah lama menceburi diri dalam dunia blogging seperti Kak Jie dengan Khai. Mereka ni kalau nak dikelaskan memang dah pro dalam blogging ni. Begitu juga dengan bro Rohaizad. Blog mereka sangat menarik dengan perkongsian cerita-cerita yang tidak membosankan untuk dibaca.
Eh! Bagaimana pula saya boleh terjebak ni? Untuk pengetahuan korang, sebelum mempunyai blog sendiri, saya sudah lama layan blog kawan-kawan dan masa tu setakat jadi silent reader je. Blog yang saya selalu masuk masa tu tidak lain tidak bukan ialah blog ungu kepunyaan Khai iaitu justkhai.com. Lepas beberapa bulan tu, rasa untuk mempunyai blog sendiri itu datang. Sejak dari itulah bermulanya kisah hidup seorang blogger sampailah saat saya menulis entri ini.
Nak menjadi seorang blogger bukan senang, untuk berjaya dalam dunia blogging korang perlu kerja kuat. Kerja kuat yang saya maksudkan ialah bagaimana cara yang korang ambil untuk menjadikan blog korang menjadi hebat dan mungkin bahasa mudah untuk digunakan ialah blog yang popular. Cara untuk menghasilkan entri yang berkualiti seterusnya promote entri tersebut. Dalam berblogging, korang juga perlu berlajar tentang SEo, iaitu salah cara untuk menaikkan blog anda setaraf dengan blog yang sudah lama bertapak di alam maya ini. Menjadi seorang blogger memerlukan satu kerja kuat dan itu adalah apa yang saya sedang pelajari sekarang.
Dalam berblog, kita selalu dengar alasan sesetengah blogger kekurangan idea untuk update blog dalam satu tempoh masa yang panjang untuk mengeluarkan sesuatu entri. Dalam berblogging, kekurangan idea bukannya menjadi alasan kerana idea itu sentiasa ada dan datang pada kita, cuma kita yang perlu mengeksploitasikan idea tersebut. Kembangkan idea dari sebesar zarah hinggalah idea itu menutupi anda. Itulah dinamakan imaginasi dalam blogging. Tak kira di mana tempat korang berada, idea sentiasa datang malah dalam mimpi atau dari mimpi korang sendiri boleh dijadikan satu entri. Hidup seorang blogger memang cool.
Hidup seorang blogger itu cool! Bukannya menyusahkan korang. Dalam dunia blogging juga suatu perhubungan yang akrab boleh dibina. Sepanjang saya jadi blogger, banyak juga aktiviti yang saya join yang mana aktiviti tersebut dianjurkan kengkawan blogger itu sendiri. Daripada aktiviti seperti, kita dapat bertemu dengan pelbagai lapisan umur para blogger, dari budak sekolah, sampailah kepada peringkat umur bapak dan ibu-ibu blogger. Korang juga akan dapat bertemu dengan pelbagai jenis blogger. Ada yang cool, ada yang jenis emo, ada yang jenis pemalu. Yang newbie bertemu dengan otai(pro blogger) dan begitulah sebaliknya. Ia hanya untuk satu tujuan, membina jalinan hubungan sesama blogger.
Sepanjang saya hidup sebagai blogger, satu topik yang saya rasa sampai hari ni pun masih lagi panas. Bukan kisah Salleh Gregor Samsa, ini juga bukan kisah Lisa Surihani tetapi isu yang saya maksudkan ialah kenapa Otai sombong dengan blogger newbie? Satu persoalan yang sangat mengujakan dan wow! kenapa masih ada yang berfikiran sebegini. Sepatutnya kita termasuk saya sebagai blogger baru, banyak yang kita boleh pelajari dari blogger otai. Menjadikan ianya sebagai inspirasi kita dalam berkarya. kebanyakan blogger yang tidak berjaya sekarang adalah salah satu sebabnya kita tidak menggunakan kelebihan ini pelajari selok belok dari blogger otai.
Korang Perlu Tahu Apa Yang Korang Mahu Belajar
Sebagai hidup seorang blogger newbie, cuba korang tanamkan satu sifat di dalam diri iatu aku mahu berjaya dan apa yang aku mahukan aku akan pelajari dengan bersungguh-sungguh. Dari mana korang nak belajar semua itu? Otai atau pro blogger. Ilmu yang mereka ada banyak untuk di kongsi bersama korang. Cuma korang perlu bijak untuk mendapatkan sesuatu. Seseorang akan sesat bila mahu bertanya, jadi gunalah peluang yang ada ini. Jangn sesekali berkata otai itu sombong.
Cuba Belajar Menghargai
Kadang-kadang sesetengah blogger terutama yang baru, tidak pandai untuk menghargai. Tidak menghargai di sini bukan bermaksud korang sampai perlu belanja otai makan GCB. Cukuplah dengan menghargai mereka dengan mengaplikasikan pelbagai tips yang mereka berikan dan berkongsi dengan korang. Jangan sesekali memandang rendah sesuatu tips itu walaupun ianya sekadar tips mengorat awek sambil makan. Perlu ingat, bertindak sekarang dengan tips dari mereka untuk berjaya bukan sekadar membacanya.
Sentiasa Berfikiran Positif
Banyak yang saya tengok, bila otai tidak meninggalkan komen di blog mereka atau tidak balas komen mereka di entri blog, mereka akan mengatakan sesorang otai itu sombong. Itu sebenarnya adalah tidak tepat sama sekali. Cuba korang berfikiran positif. Mungkin itu adalah cara mereka berblogging dan sebab kenapa mereka tidak meninggalkan komen di entri anda sendiri sudah tahu saya rasa. Ianya adalah mungkin disebabkan penulisan anda dan keadaan blog anda.
Oleh itu, bila mereka memberikan pendapat tentang blog anda cuba ambil dengan postif. Itu bukan bermakna kutukan tetapi itu adalah untuk anda berjaya dalam blog. Perlu ingat, saya tidak senyum pada kamu bukan bermakna saya tidak suka kamu. Saya ucapkan i love u pada kamu bukan bermakna kamu yang saya
ingin jadikan isteri atau suami. Fikir-fikirkanlah.
Yeah! Saya dah siapkan entri wajib yang pertama untuk contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER. Nantikan entri ke 2 saya pada 29/8 nanti.
{ 91 comments… read them below or add one }
Salam bro..
hheh dah publish gak eh entri pertama
btw good luck k
@wazy, slm bro..terima kasih komen bro…br je publish td..nasib baik internet ok mase publish tu..hehee..gudluck tuk bro skli:)
@azizan4444, tak larat nak turun bawah komen.. jauh sangat. hahaa
btw, good luck. cuma aku tak berapa gemar dengan perkataan ‘otai’ tu, macam ada jarak dan jurang yang jauh sangat. hidup ni kena selalu belajar
tak semestinya dia lama dia tak payah belajar kan kan kan..
so hidup seorang blogger kena give and take
@Luth Textile, hee. aku setuju. kadang2 perkataan otai tu, peminat blog tu je yg bagi. hehe
camni kata entry cikai? belasah awak kang
@eyra, hoho…cikai je ni..dalam 20 ke 30 je kot taip..tu pun sambil layan kota bharu united belasah aston villa td..keh3.:)
@azizan4444, wakakakakak KB united?
@eyra, newcastle united:)
aku plak saje nak jadi feymes dgn menjoinkan diri ke dalam contest nih.. haha…
@Pisyek, ok la tu bro..janji ramai yang join..meriah skit kan..menang kalah adat bertanding..yg pernting penyertaan.:)
memang terbaik perkongsina ko kali ni. complete guid untuk orang baru into dengan blogging
. good luck zan for the contest ya
@boy_bersahaje, thnks bro komen..berkongsi mana yang tahu je bro..mgkin ada lg kot…tu baru sedikit…thnks skli lg bro..
sangat sokong idea ni. bukan isu blogger otai sombong tapi blogger newbie yang bodoh sombong yang tidak mahu belajar dengan otai
@Adam, huhu..dorang x tahu amik peluang tu bro..harap lepas ni dorang sedar..sifu x bgtahu kalau anak buah tak bertanya,,hehe
@azizan4444, aku tak setujula jan klu cenggini..kdg2 ada newbie tanya tp tak dpt layanan… malasla aku nak tulis pasal ni lg…pjg citer nye nnt… tak baik la nk ckp newbie bodoh sombong….ko bole deletela komen aku ni klu ko nak tapi adam ni sapa?komen mcm ni?adoi…
@mario, bt pe nak delete..pendapat mcmni la yg aku nk dgr..hehe..aku xtaw la sapa yg x layan tu..setakat ni aku tanya dpt je jawapan..hehe..
lg 1, klu ada gath ke apa..ptot join tu..dr sane kita akan taw mereka2 ni….br la hidup blogger kan..ada interaksi satu sama lain..hehe..
power nie bro jijan… aku baca dari mula sampai habis… fuhhh wallah..
@zik, thnks bro komen..terharu tu sudi baca dari awal sampai habis..huhu
yang paling penting jadi sorang blogger neyh tak de pencen..
hukhuk.. boley je nak berblog sampai bile bile dan tak terikat kat mana-mana dan pada sape-sape..
all d best azizan kadir..
@NichKhun, klu ada pencen best tu kan..dpt bonus lps pencen tuh..kire mcm kwsp la..hehe..
klu blogging sesuka mmg x terikat dgn mne2 la kan..tu yg sempoi jg blogger…
thanks ye:)
baru nak testing hidup jadi blogger ni. hahaha.
@ann, hehe..semoga berjaya:)
seperti biasa entry yang mantap! semoga menang ya
@zuls, thanks bro.utk bro jgk..semoga berjaya:)
zan…entry terbaik ni..aku doakan ko menang..
@ejum, thanks bro..:)
steady, setiap blog entry mempunyai maksud dan tujuannya yg tertentu.. insya Allah rezeki bulan pose ni ada harapan ni
@etomyam, harap masin mulut bro.hehe..thanks bro:)
teringat ko blog lamo demo, tinsusu kan? haha
@x-po, ada lg blog tu..rindu ko?g la jenguk boh..hehe,,thanks komen bro…
panjang siot..haha..
ni mesti mood rjin ko tgh ade ni..
nway, gudluck bro..
@sha-hir@meng, semua entri kt blog aku panjang2 kot.hehee..yeay thanks bro.hehe
Ramai join contest ni. Good luck bro =)
@Blinkky, tu la bro..msg2 nk uji kemahiran diri..hehe..thanks bro komen:)
goodluck beb. lambat sikit datang. baru lepas sahur.haha
@donha, thanks bro..bgs la..ambik nikmat sahur dulu tu..:)
Salam..
steady bro..semoga berjaya
penulisan yang kreatif..
@zulkbo, salam bro..mmg steady bro..hee.mekasih komen bro:)
‘Dalam berblogging, kekurangan idea bukannya menjadi alasan kerana idea itu sentiasa ada dan datang pada kita, cuma kita yang perlu mengeksploitasikan idea’
-betol tu..best juga baca entri ni..harap2 satu hari nanti ..aku dapat sertai..
@pawaka19, mcm tu la bro.klu lps syarat tu cuba je.mne taw rezeki bro..hehe..
manap lagi Zan..hehe, steady n kreativ punya entri, tabik spring Zan..aku setuju bab kita kena positiv tu..
Gud luck Zan..aku rasa kali nih ko berjaya dah, kalo SEO ko power..entri superb n cool dah..:)
@Nine, thanks bro komen..part seo tu la yang aku x dpt lawan kot..memang x reti bab2 mcmtu.lol….ni join utk meriahkan je..smbil2 updte blog..hehe
Yeah menjadi blogger yang cool akan menjana trafik yang tinggi
@hafidz, nak naikkan trffc mmg sng bro..cuma nak maintainkan tu yg perlu kerja keras skit kan.hehe..
kembangkan dari sebesar zarah eh? Ok..tq tq
@adamfaiz, welkam bro:)
yeah blogger is cool!
Hehehehe… Ayat power ni.
Good luck dengan contest. Rasanya macam satu Malaysia join contest ni tapi blog melayu lar.
@zezebel, tu la psl..bkn calang2 kontes ni..hehe..mmg menarik..negara seberang pon ada yg join..heh
perrgh..panjang dan begitu nice skali entri nih..kompom laah..hahaha
@apiih, mcm biasa bro.panjang ..cool!:)
good luck!;)
Kepada Yang Berpuasa; Fuck you Off!
Kantoi! Ustazah Curi-Curi Makan Di Bulan Puasa. hoh!
@ReD, thanks ya:)
aku suka ayat yang last tue…saya tak senyum bukan bermakna tak suka, saya cakap i love u bukan bermakna nk jadikan isteri..haha…
ramai orang pikir hidup seorang blogger tue senang (aku pun sama pikir camtue), tapi agak susah..tapi tak lah sesusah mana kalau kita think positif!!
@madlut, terbaik ayat tu bro..tetibe terklua dlm kepala ni.hehee….tu la psl..nampak je sng tp payah sebenarnya..nak2 yg pakai hosting sndri..bnyk kena blaja tu kan..
gudluck bro…
berfikiran positif banyak entri boleh kaut…haha
@syahrilhafiz, thanks bro..btol sgt tuh..hehe
wah dsini pun masih ada yang joint juga heee.. sungguh meriah nie..
semoga sahabat akan berjaya
@suri, memang ramai join contest ni suri..hehe..mne2 ley jumpa entri ni..
terima kasih suri:)
banyak tips dalam entri ni bro.. memang berguna sangat-sangat
gud luck bro..
@kulanz, harap2 mcmtu la bro..thanks bro:)
tips yang berguna bagi blogger2 lain..
kita blogger ini kena terus belajar dan belajar dalam menghasilkan penulisan yang mantap dan blog yang berkualiti..
Selamat Berjaya!!!
Saya suka setiap entri En.Azizan Kadir kerana dalam setiap entri beliau mengandungi pelbagai tips berguna terutama sekali kepada saya yang masih mentah mengharungi dunia blog.
Semoga En.Azizan akan terus maju jaya dan semakin mantap
hidup seorang blogger.. memang cool.. kadang-kadang ade jugak baiknya jadi blogger nie.. yang paling best bile duit masuk kan.. dari takde buat pape baik cari cara untuk cari duit.. sekaligus berguna jugak dari takde buat pape..
sekian..
pergh, entri mantap…anyway good luck bro. kalau ada rezeki…kongsilah bersama. hehe, gurau je.
@mohdisa, hoho..insyaAllah bro.tp chance bro nak menang lg tinggi tu..thanks bro hehe
@azizan4444, tak kot. aku nyer dah jatuh ke page 3. gara-gara upgrade thesis aku. hehe
@mohdisa, xpe bro..ada mase lg..lg satu entri wajib blom dikluakan kan?hehe
ni mesti menang, ayat power..hehe, kisah blogger yg menarik bole dijadikan contoh..
@kami, susah jgk tu, die ikut rank.klu ikut entri ok skit.huk3..
takpe bro klu ade rezeki rank 50 pun bole jd no 1.. good luck.
Best jd seorang blogger…
X sangka aku jugak seorang blogger!!???… ye ke
@aktechpage.com, bro antara blogger hebat yang saya kenal..hehe
Satu entri yang baik sekali. Memang blogger ini Cool. Sentiasa tenang. Tak perlu gopoh untuk kejarkan sesuatu. Yang penting terus menulis…keep it up bro.
@Shaffik, thanks komen bro..memang btol tu..semuanya perlukan tahap kesabaran yg tinggi.
ps; kenapa dari dulu lg saya x boleh masuk blog bro ek?plik je..nak kata celcom bb slow, blog kawan-kawan yg lain bole je..
Memang pelik. Sebab semua user celcom broadband memang tak bley masuk blog aku. Entah tak tau kenapa? Puas dah report kat celcom, tetapi hasilnya sama jer..
@Shaffik, owh..aku ingatkan aku sorg je xdpt masuk..sbb artu bro ad drop komen kt blog ni, sejak artu x dpt nak bls kt blog bro..
mcm pelik je sbb celcom nye user je xdpt masuk..
gudluck sayang.
menag, hadiah kongsi dua oke.
love u.
wakakakak!!
good tips bro! aku pun baru nak memulakan langkah as a blogger.
tahniah, anda di page kedua google. wohoo. cara azizan4444 menaip entry mmg style lah. ada harapan ni nak rebut antara 3 hadiah tu
goodluck!! Btw, free2 nanti saya nk belajar dgn awk psl seo boley? lalaala~
wahh.. goodluck ye.. btw, mantap laa entri bro ni.. memang aku x miss laa baca blog bro ni.. kalau aku terlepas entri bro, tetap akn aku selak untuk mencari ilu dan tips dari bro.. cayalah sifu ku.. tunjuk ajarku sifu.. hehe.. kalau menang leh buat contest ye? hehe..
@RedBoys, * ilmu.. worng typo laa..
Cayalah Zizan… memang terbaek…
wow..terbaik entri ko bro..aku suka sangat dgn cth2 yg ko bg..kkdang aku terasa gk la bila orang tulis entri pasal “rajinkan update blog”.haha
tapi xpe..aku jadikan sebagai batu loncatan dlm dunia blogging ni..gud luck bro..klu menang leh la blanja aku..
baru hati ni aku dapat online berjalan ke blog kawan2..sebabnya aku pakai line tenet kat sekolah aku ngajar ni ha..wakaka
ko memang hebatla jan…page ke-2 bagi aku still ok tu…lain2 aku no komen la..
saya suka kawan2 blogger. ^_^
ok. aku back up ko la. harap menang. good luck!
Entry yg sgt bagus!!! ske!! ske!! sy pun pembaca tegar blog JUST KHAI tue…huhuuu…
Salam bro.
Aku kne bljr byk lagi dr ko ni. hehe
gud luck jan..
terbaek entry neyh..
thumbs up..
betul juga apa yang dikatakan oleh bro tu… walau apa pun kita perlu sentiasa belajar dan belajar… lebih2 lagi sesuatu perkara yang baru…
{ 2 trackbacks }