Hidup Seorang Blogger Yang Merdeka Mindanya

by azizan4444 on August 29, 2010

merdeka 53

Tiba jua 29hb Ogos, hari wajib untuk peserta contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER menerbitkan artikel kedua. Contest SEO yang  menarik dianjurkan oleh Denaihati. Lagi dua hari rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan buat kali yang ke 53. 53 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Suatu tempoh yang agak lama pada pendapat saya dan dalam tempoh ini pelbagai cabaran yang ditempuh oleh negara Malaysia khususnya rakyat Malaysia itu sendiri dalam menempuh hidup sebagai rakyat yang merdeka bebas dari belenggu penjajah.

Persoalannya, adakah hidup kita sekarang betul-betul merdeka dan bebas daripada dijajah? Mungkin kebarangkalian untuk mengatakan YA adalah tinggi sekiranya dilihat dari sudut keamanan dan kemajuan yang dikecapi oleh negara kita sekarang dan kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia sendiri. Tetapi terfikirkah anda yang kita masih lagi dijajah dan terus dijajah? Dijajah dari segi pemikiran dan gaya hidup. Ramai antara kita yang terpengaruh dengan budaya hidup negara barat. Mungkin bagi sesetangah kita tidak segar bahawa dalam bentuk sebegini juga sebenarnya menunjukkan kita masih lagi dijajah walaupun pada hakikat negara kita telah bebas daripada penjajah luar. Sebagai seorang blogger, adakah anda sudah mengambil inisiatif yang terbaik untuk menangani masalah ini?

Dewasa kini, banyak kes yang kita jumpa melibatkan remaja termasuklah kes buang anak, kes rogol, kes hina menghina satu sama dan pelbagai lagi isu yang tidak melihatkan hidup sebagai seorang yang merdeka. Mungkin salah satu sebab isu ini berlaku adalah pengaruh daripada budaya hidup negara luar. Dalam arena blogging juga, banyak artikel menarik yang berkaitan ditulis dan isu ini dikupas dengan bernas oleh para blogger. Kita juga tidak terfikir idea yang diketengahkan oleh para blogger kadang-kadang patut dibanggakan. Untuk mengupas isu sebegini, para blogger bukan main-main untuk menerbitkan sesuatu artikel malah sebelum artikel tersebut diterbitkan, saya yakin dan percaya bahawa para blogger sudah melakukan kajian yang terbaik dan berusaha mendapatkan fakta yang menarik dan tepat untuk diulas. Hidup seorang blogger begitu mencabar dan memerlukan usaha yang gigih sebenarnya. Untuk menerbitkan sesuatu artikel, para blogger terpaksa membaca pelbagai topik untuk satu artikel yang khusus seperti masalah ini.

Dalam menyambut kemerdekaan negara, para blogger juga memainkan peranan penting. Apa yang dimaksudkan di sini adalah dengan cara menulis sesuatu artikel yang berkaitan kemerdekaan. Secara tidak langsung kita sebagai blogger dapat menyokong kempen ini. Menulis artikel yang boleh mengajak kita semua rakyat Malaysia bersatu padu dalam menangani segala masalah bersama. Dengan penerbitan artikel seperti ini, para blogger akan disanjung sekiranya idea yang dikupasnya menarik dan amat bertepatan dengan misi negara kita dan tema kemerdekaan negara kita tahun ini iaitu 1 Malaysia menjana transformasi. Apa yang saya faham mengenai matlamat tema kemerdekaan kali ini adalah, kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelabagai bangsa dan agama haruslah berganding bahu untuk melakukan satu perubahan dalam membangunkan kemajuan negara untuk menghadapai arus kemajuan dunia sekarang termasuk dari semua aspek seperti perpaduan, ekonomi, dan agama secara amnya dan lebih kepada kemajuan diri sendiri khususnya.

Mungkin sesetengah orang melihat perkara ini dengan sebelah mata dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang remeh temeh. Bagi mereka yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi, perkara seperti inilah yang akan menjadi permulaan untuk perkara yang lebih besar dan mencabar dalam hidup kita yang bergelar sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka.

Sebagai blogger, kita juga dapat menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi menerusi blog seperti mengadakan kempen kemerdekaan di blog yang mana ramai blogger telah buat pada pemerhatian saya iaitu salah satu daripadanya ialah dengan meletakkan gambar bendera di blog masing-masing. Untuk pengetahuan semua, bendera melabangkan kekuatan pada sesebuah negara termasuklah bendera kebanggaan kita sendiri iaitu Jalur Gemilang. Dengan mengibarkan Jalur Gemilang, ia dapat mewujudkan semangat nasionalisme dan semangat kecintaan yang tinggi pada negara kita.

Apabila bercakap mengenai Jalur Gemilang dan kemerdekaan negara kali ini, mungkin ramai antara kita yang mendapat tahu samaada menerusi televisyen atau suratkhabar yang Jalur Gemilang kebanggaan kita semua dipermainkan oleh kaum serumpun kita di negara seberang. Sebagai blogger juga, kita boleh mengambil inisiatif terbaik dan mencari jalan dalam menolong semua pihak untuk menyelesaikan isu ini. Kenapa? Menerusi blog, kita boleh berhubung secara baik dengan blogger daripada negara seberang dan dengan cara ini, kita dapat memberitahu mereka tentang kebaikan negara kita dan bagaimana negara kita secara ikhlas dan jujur dalam menjalinkan hubungan dengan negara serantau di samping ikhlas membantu mana-mana negara yang memerlukan bantuan . Mungkin dengan cara ini, blogger daripada negara sarantau dapat menulis seperti ini di blog mereka dan secara tidak langsung membuka mata dan fikiran mereka tentang keihlasan Malaysia dalam mewujudkan hubungan yang harmoni dengan negara-negara lain.

Anda blogger yang hebat. Hidup sebagai blogger yang merdeka mindanya, apakah pendapat anda dan cara yang terbaik untuk anda lakukan dalam membantu semua pihak menyelesaikan isu ini dan mengekalkan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini?

Salam merdeka dan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 53 daripada saya Azizan Kadir. 1 Malaysia Menjana Transformasi. Sesiapa yang masih belum membaca artikel pertama untuk contest ini bolehlah ke sini

Gambar : Azli Jamil

{ 48 comments… read them below or add one }

Amir Izzat August 29, 2010 at 10:08 pm

Assalamualaikum,

betul tue wahai saudaraku…

bercakap soal pasang bendera nie.. ada orang cakap..

“tak pasang bendera tidak bermakna tak da semangat kemerdekaan..”

boleh ke?

entah laa…huhu..

merdeka jiwa raga…merdeka rohani..kan?

eehe…

p/s: susah gak jadi blogger nie..hehe

Reply

azizan4444 August 29, 2010 at 10:20 pm

@Amir Izzat, wslm bro.

pasang atau kibarkan bendera adalah salah satu cara utk menunjukkan rasa cinta kita terhadap negara. selain mendorong orang ramai untuk same2 menghargai jasa2 orang lama dlm mendapatkan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang..

tidak pasang tu bukan bermakna kita tidak cintakan negara.yang penting semangat yg dtg dlm diri masing2..:)
thanks komen bro..

Reply

yusenze August 29, 2010 at 10:13 pm

Kibaran Jalur Gemilang adalah sebagai medium untuk menunjukkan semangat kita sebagai rakyat yang memahami semangat perjuangan harmoni. Tetapi, jika sekadar kibaran sahaja tidak membawa sebarang erti. Mengapa perlu berpura-pura mengerti jika hanya sekadar menuruti kehendak pengaruh sekeliling.

Reply

azizan4444 August 29, 2010 at 10:21 pm

@yusenze, setuju tu bro.yang paling penting ialah penghayatannya dan bukan sekadar mengikut orang ramai…

Reply

diden August 30, 2010 at 12:06 am

@yusenze, suka bca komen yusenze ni :) value beb.. setuju!

Reply

Steward John August 29, 2010 at 10:27 pm

Mantap la entri tu bro..

Reply

Mohd Shahrul Hafizi August 29, 2010 at 10:31 pm

Setuju! Kita masih lagi dijajah secara halus melalui mentaliti. Masalah sosial saban hari makin meruncing dan membimbangkan. Adakah ianya satu proses dalam menapak menjadi negara maju? Tidak! Apa gunanya maju harta benda jika miskin budi bahasa. Peace!

Selamat menyambut Kemerdekaan ke 53! :)

Reply

Hadi Rofiee August 31, 2010 at 10:25 pm

@Mohd Shahrul Hafizi, Betul tu, sangat setuju 100%.. hari2 dengar berita2 yg kurang enak.. hu2.. apa nak jadi ni.. Kembalilah semua ke pangkal jalan. :neutral:

Reply

Mohd Shahrul Hafizi September 1, 2010 at 9:59 am

@Hadi Rofiee, Sedihnya aku bro. Sangat sedih. :’(

Reply

wazy August 29, 2010 at 10:41 pm

blogger yang merdeka mindanya,tepat sekali tu bro
sekarang zaman dah maju,pandangan dan gaya pemikiran pun dah bertambah advance,jadi pelbagai ilmiah yang boleh kita sampaikan melalui blog kan =)

Reply

molmolla August 29, 2010 at 11:07 pm

Aigoooooo!!! Tiba-tiba aku teringat perangai kau semalam dengan entry skg ni. Macam mana boleh berubah 200% nih?? Aigooo! >__<

Reply

ejum August 29, 2010 at 11:28 pm

mentaliti masih dijajah..sukar rasannya nak ubah kemerdekaan mentaliti kita, dari aspek bahasa, budaya, cara hidup..semakin lama semakin berubah cenderung ke arah barat…

Reply

kami August 30, 2010 at 12:48 am

betul tu bro..bendera lambang menunjukkan negara kita masih merdeka.. selagi bendera bekibar megah diatas selagi itu lah kita merdeka..

Reply

Cha'on August 30, 2010 at 12:56 am

Hidup seorang blogger.. macam2 yang ditempuhi.. termasuklah menyediakan artikel yang boleh membawa kita kearah yang benar supaya pemikiran dan minda kita tidak dijajah..

Reply

mario August 30, 2010 at 2:05 am

lawa bendera tu…mana no 1 nyer?hehe
aku dah baca tapi cam biasa aku bukan faham sgt…aku ni camnilah…tak tau nak komen apa22…

Reply

eyra August 30, 2010 at 2:20 am

huyoooo karangan BM lebih dr 350 patah perkataan

Reply

bubbles182 August 30, 2010 at 2:24 am

thn2 lepas ada gak buat post psl merdeka. tahun ni dah abes idea lak :/

Reply

zik August 30, 2010 at 2:28 am

ye betul tuh bro… blgoger memainkan peranan yang penting dalam negara kita nie sebenarnya… dalam emnyampaikan mesej yang berguna kepada kita semua…di kesempatan bulan puasa dan kemerdekaan blogger jugalah yang mempromotekan, memberi kesedaran kepada semua untuk kita menyambut kemerdekaan yang sudah 53 tahun…

Reply

ashraf August 30, 2010 at 3:03 am

org muda skg suka cari maklumat menggunakan google, maknanya kita turut membantu menyampaikan maklumat yg tepat pada pembaca. artikel kemerdekaan ni menunjukkan yg kita suport kempen menyambut kemerdekaan. bagus bro… :)

Reply

etomyam August 30, 2010 at 3:06 am

terbaik ni, blogger kena sentiasa peka dengan arus semasa, baru lah sentiasa up to date :D

Reply

apiih August 30, 2010 at 3:38 am

mcm karangan kemerdekaan laaah…hahahaha

Reply

azizan4444 August 30, 2010 at 4:00 am

@apiih, mcm ke mmg same da..ekeke..
slm merdeka:)

Reply

Jaws August 30, 2010 at 6:55 am

hahaha..
panjang giler..
ni semngat merdeka melampau ni..
papepun, selamat hari merdeka!!

Reply

syahirul August 30, 2010 at 7:39 am

mcm2 kes lani.. entahla.. rosak2…
ni bukan merdeka, masih dijajah pemikiran..
moga berjaya dan selamat merdeka bro..
sayang ko sbb ko ensem…
aku bukan gay oke..

Reply

jejari August 30, 2010 at 10:07 am

semoga terus hidup sbgai blogger yg mapan.

Reply

hafidz August 30, 2010 at 2:10 pm

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ya! =)

Reply

Hadi Rofiee August 30, 2010 at 2:29 pm

Blogger juga mempunyai cara t’sendiri bg meredakan keadaan ini..

pendapat saya: kita tak perlu t’lalu cepat melenting di samping ketegasan mesti ada.

Reply

Mr.Z August 30, 2010 at 7:26 pm

memang bagus pun jika blogger membuat entri pasal kemerdekaan ini. antara lainnya sebagai tanda kita support kemerdekaan m’sia ni dan juga sebagai platform untuk kita memberi info mengenai kemerdekaan kepada pembaca kita..

Reply

donha August 30, 2010 at 10:15 pm

lagi2 anak muda sekarang. merdeka hanya pada bendera. ada sekali masa 2005. aku dekat klcc. ada ke bendera dia buat balut macam tuala kat kaki. nasib ada pasukan RELA. kena marah la mangkuk tu!

Reply

zool August 30, 2010 at 10:32 pm

Hm.. kemerdekaan tu subjektif..
Ramai yang tak nampak kepayahan org dulu berjuang membebaskan diri dari penjajah. Walaupun tidak 100% namun kita mampu membina negara sendiri. Tapi nampaknya semakin ramai dari kita yang leka dengan kemajuan dan kesenangan. Ada yang terlalu bebas sehingga terkeluar dari landasan yang sepatutnya..
Cukuplah setakat ni.. panjang2 kena buat entri sendiri kan.

Reply

joegrimjow August 30, 2010 at 11:01 pm

terlupa nak post da pasal entry ke2 ni
haha
gathering punya pasal

Reply

mancai August 31, 2010 at 2:49 am

blogger juga adalah satu gerbang untuk mengarusan kesedaran.. terima kasih bro

Reply

x-po August 31, 2010 at 5:04 am

bilo demo nk kelik kelate ni? duk wat gapo gak lamo2 kat negeri ore tu hehe

Reply

ProtonClub August 31, 2010 at 1:24 pm

kalau mindanya merdeka, baguslah. tp kalau sebaliknya, fikirkan la..

Reply

MM August 31, 2010 at 1:55 pm

budaya kuning da menular, bdak2 muda da advance

Reply

Nine August 31, 2010 at 3:18 pm

Salam merdeka Zan, entri terbaik lagi Zan, gabungan Merdeka dan Blogger..boleh memberi kesedaran n manfaat kepada remaja2/belia mahupun kita..

Best.. :)

Reply

ashraf August 31, 2010 at 6:19 pm

@Nine, betul tu nine, blogger yg mempunyai semangat kemerdekaan, aku takda langsung buat entri kemerdekaan..takda idea bro..hee

Reply

Nine August 31, 2010 at 8:18 pm

@ashraf, aku pun sama gak..tak wat jugak..rasa malu gak nih..

Reply

pawaka19 August 31, 2010 at 3:36 pm

betol juga..sesetengah blogger suka bangga2 dengan entry yang negetif..kononnya blog saya kontroversi..

New Entry “Saya Bodoh Kerana….? “

Reply

adamfaiz August 31, 2010 at 8:44 pm

Menulis dengan akal, bukan perasaan. Yang suka memaki, mencaci dan kontroversi cuma cara yang hina untuk dapat trafik..

Reply

kulanz September 1, 2010 at 1:10 am

mantap entri ni bro..
harap blogger memainkan peranan dalam memerdekakan minda rakyat negara ni.. wah, semangat patriotik juga aku..

Reply

aktechpage.com September 1, 2010 at 5:00 am

Berat juga tanggungjawab seorang blogger ni.
Bagaikan seorang penulis bebas utk membentuk minda masyarakat.
Bukan senang nak membentuk masyarakat melalui penulisan.
Contoh penulis yg berjaya iala Datuk A. Samad Said, penulis akhbar yg terkenal di awal kemerdekaan dahulu.

Reply

ozzy September 1, 2010 at 10:15 am

ulasan yang menarik ..tahniah

Reply

zezebel September 1, 2010 at 11:50 am

Salam merdeka.
Penulis blog juga wajar dapat pengiktirafan sebagai penulis negara kan? Hehehehehe….

Reply

hanif September 2, 2010 at 3:52 am

Salam merdeka bro..semoga negara kita terus aman..penjajahan minda ni memang nak kena ada kesedaran sendiri,sayngi budaya kita.

Reply

Almy September 2, 2010 at 8:12 am

Minda merdeka bukan bermaksud merdeka agama..

Reply

madlut September 3, 2010 at 12:43 pm

aku terlambat membaca artikel nie, namun aku suka dengan pengolahan bro..semoga berjaya untuk pertandingan itu nanti

Reply

AyieBlog September 5, 2010 at 8:53 am

Salam,betul apa yang saudara aizan cuba sampaikan,merdeka bukan sahaja pandai melauang2 merdeka,mesti disemat dalam jiwa kita sendiri,meluputi diri sendiri,merdekakan minda :) ,selamat hari raya bro zizan,jemput datang ke rumah nanti :) ..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: