
Epilog Syurga Cinta menyebabkan saya ketagih untuk menonton drama melayu selepas Adamaya. Drama yang dibarisi pelakon pelakon hebat seperti Zizan Kadir Zizan Nin, Intan Ladyana, Fida dan pelakon cilik Mia Sara Nasuha. Mungkin disebabkan Mia Sara, saya turut menonton drama 28 episod ini.:) Epilog Syurga Cinta merupakan drama melayu terbaru hasil adaptasi dari filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Awal Ashaari, Heliza da Haziq.
Kalau mengikut jalan cerita filem Syurga Cinta sangat menarik dan aku harap drama ini juga dapat menerapkan jalan cerita yang superb. Oleh kerana pada waktu petang, aku memang tiada kerja nak buat dan sentiasa free kot, sempat la lepak depan tv dan layan drama ni. Dengan telatah adik Mia yang comel lote tu rasa rugi pula saya tak tengok. Hehe:) Secara rasminya saya adalah antara yang beribu rakyat Malaysia yang menonton drama ini.
Setakat ini, saya masih berpuas hati dengan jalan ceritanya. Mungkin di awal episod ini tidak banyak aksi yang menarik untuk ditonton tetapi saya percaya, drama Epilog Syurga Cinta tidak akan mengecewakan anda peminat drama melayu. Anda yang free tu boleh la join saya tengok petang petang. Hehe!
Disebabkan drama ni baru masuk beberapa episod je, apa kata kita layan sinopsis untuk drama ini.
Irham, pemuda berusia lewat 20-an merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani, dia membesar dia luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia bersekolah dan bekerja disana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.
Oleh sebab terlalu lama menetap di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Malah, Alex dan Zainal sering kalah jika mereka bertaruh.
Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.
Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya.
Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Ihram sebagai kawan dan dalam temph berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan tanggungjawab tersebut.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.
Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki, kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan itu tetapi gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Apa akan terjadi seterusnya? Sama sama la kita saksikan drama ini hingga ke episod akhir.
Kredit to kakinakl.com
{ 28 comments… read them below or add one }
hah?
ko layan gak cte ni jan?
ni mesti bosan ni
hahahaha
@ery farieha, layan suam2 kuku..keh3..bosan cmpur budak mia tu..comel sgt..hehehe
layan cinta kirana la beb..nia ramadhani berlakon sesuai dengan bulan ramadhan skang neh..hahaha..
@kech, btol jgk tu kan..hebat idea ko..tp utk pengetahuan ko..xter tu pun aku layan..redah aje..hahahaa
bini aku tak nak ketinggalan citer ni waduh2…
@mancai, tumpang tgk sekali bro..best jgk isi masa lapang..hehee..org perempuan klu da mnt xley wtpe:)
kawe ingt drama ni akan setanding dgn adamaya, tapi kawe silap..tak sedak langsung cito ni. haha mia sara tak dok chemistry dgn zizan dan fida
@x-po, mungkin cter ni adaptasi dr filem,kite da tahu serba sdkit tentang jln cerita die kan…psl pelaok ni xley kate..sbb die ikut skrip…..haha
wah…kira awak ni salah sorang peminat setia la….hee, adush..tak leh tengok sebab keja tak abis lagi time tu…hahah
@ashraf, setakat ni tgk semua lg episod yg lps..kira setia lg la ek?heheehe..klu mnt bole je downlod nnti..ramai yg bg link free tu.hehe
layan je jan.. best gak cite.. kalo bukan sebab heroin comei ngan ade mia tue memang aku tak tgk dah.. hahha..
@Cha’on, bdk xde kerje mmg cmni la kan..24 jam free..cter mcmni pon layan..mcm aku..kah3..
salam..
Alhamdulillah..jangan lupa berzakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya Aidilfitri tahun ini..moga kita semua di rahmati Allah jua hendaknya…
@zulkbo, salam kembali saudara.
terima kasih untuk peringatan tersebut..:)
waa..abg jijan layan syurga cinta…hehe..ni men seo nmpk..:)
@yoy, mmg layan bro..xde kerja punya psl..hehehe..seo tu pe ye?keh3;p
ape aku nk komen ni semua ayat dieorg dah sebat dulu, adesss
@suffer8zine, mcm2 ye..ayat mne je ko nak komen tu..hahahaa
tu sinopsis utk filem syurga cinta la…
epilog syurga cinta lain sikit… nama watak pun dah tukar kn…
@tieqa, btol kot..mmg da perasan sinopsis ni..tp mls punya pasal..x edit…copy n bg kredit je..hehe..
s@azizan4444, tapi best kan cite ni… lagi best dari syurga cinta sebab cerita ni lagi detail…
@tieqa, btol tu.mungkin die drama n banyak mase..tu lg detail..jalan cerita pun lg ok n mudah nk ikut..layan jgk la ye?hehe
adalah hari tuh tengok sekali… tapi sikit jela… perghh bro zizan belakon tuh… huhu
@zik, haha..skli skala berlakon best jgk bro..xnak cuba ke?wahaha:)
banyak org buat review pasal drama nih…aku pun tak tengok lagi, adamaya dulu jer aku sempat layan..
xlayan bro. xpi awek diew cute. aku suka tngok. lalala
Fuhh ramai dah buat sinopsis cerita ni,hehehe
mesti emncanak keywords masuk ke blog kan =)
layan gak cerita ni kadang2..adik selalu tengok..hehe