(Edisi Sabtu) Bila Blogger Teruna Berkumpul

by azizan4444 on August 7, 2010

jejaka kacak

Salam semua. Apa khabar anda semua ? Harap semua sihat hendaknya. Kalau ada yang tidak berapa ok tu, silalah ke klinik dengan segera ya. :) Sudah lama saya tidak bercerita tentang kisah peribadi di blog ini. Mungkin kali  ini berkesempatan untuk menulis serba sedikit tentang kehidupan. Maklumlah, hidup yang tidak semeriah hidup Paris Hilton ni memang tidak banyak aktiviti menarik untuk dikongsi.

8.50 malam,

Yus : Abe, otw ni. Tapau laptop sekali.

Jejaka kacak : Lepak mane?

Bla bla bla……

Plan awal nak lepak dekat McD je, tapi apakan daya, ramai pula kat sana. Port menarik tak jumpa. Baru saya tahu, orang sekarang malas masak kat rumah, makan luar lagi senang kot. Jalan mudah, kitorang lepak je dekat restoran Muhibbah berhampiran jusco Taman Equine. Suasana dekat restoran tersebut agak menarik.

Macam biasa, lepak kedai makan kenalah order makanan. Tak manis lepak restoran besar besar tapi order air kosong je kan? Haha! Daripada empat orang teruna tersebut hanya jejaka kacak je tak makan. Dia amalkan diet sihat. Apabila selesai makan, bermulalah cerita dengan topik topik yang menarik.

Apabila empat orang blogger teruna berkumpul, ini topik yang mereka bualkan.

# Blog – Saya rasa topik ni sudah menjadi kewajipan untuk dibualkan. Maklumlah kan semuanya blogger, masing masing ada cerita menarik. Antara topik yang menarik perhatian kitorang malam itu ialah bercerita tentang blogger yang popular, ada yang masuk paper kan? Hahaha. Topik tu sampingan je sebenarnya. Yang utama  ialah topik macamana nak beloging dengan cara yang betul dan juga mencari jalan bagaimana untuk mengekalkan blog sentiasa berupdate.

# Awek – Cerita pasal awek ni memang menjadi keutamaan jugak kot malam tu. Sudah menjadi kebiasaan la kan bagi mereka yang single ni, suka sangat gosip awek awek. Haha! Rasanya setiap kali jumpa mesti ada je cerita pasal awek ni. Kalau berkumpul dengan perempuan, agaknya ada tak topik ini ye?

# Pendapatan sampingan (buat duit online) – Hidup sebagai blogger, buat duit online melalui blog tu sudah menjadi kepastian. Mungkin ada juga yang berbelog secara suka suka, tetapi mereka adalah orang yang rugi kerana tidak mahu mengambil kesempatan ini. Cuba anda bayangkan, 24 jam anda online menghadap blog dan juga facebook, tetapi hasilnya tiada. Alangkah ruginya masa kita terbuang begitu saja.

Chaon : Kita nak lepak sampai kul berapa ni? Mata Miro dah merah tu.

Yus : Sekarang pukul berapa?

Miro : Pukul 4.30 pagi.

Yus : Lagi sejam kita lepak sambil online. Haha!

Jejaka kacak : 6.30 pagi kita out. Tunggu subuh terus.

Lama jugak empat blogger teruna lepak malam tu. Dari pukul 10 malam sampai 6 pagi. Banyak lagi topik yang dibualkan tetapi kebanyakannya lebih kepada gosip. Tidak elok nak dedah kat sini. Haha!

Lagi best kan kalau lepak ramai ramai sekali dengan aweks? :)

Entri ini sungguh tidak bermanfaat tetapi sudah cukup untuk mengisi kategori karutan yang sudah lama kesepian di dalam blog ini. Haha! Kepada sesiapa yang nak ajak lepak tu, jangan la segan ye. Roger je.

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin berkenalan dengan jejaka kat dalam gambar tu, bolelah tinggalkan komen kat ruangan komen yang disediakan ya. Lagi bagus kalau tinggalkan nombor telefon sekali;p

{ 91 comments… read them below or add one }

samdaddycool August 21, 2010 at 2:14 am

Perghh.. 10- 6, macam syif keje kilang tu.. mesti banyak bertimbun gelas atas meja…

sekali-sekala.. apa salahnya, lagipun tgh bujang.. no hal.

Reply

nash August 26, 2010 at 12:07 am

erk..cam bez jerk..
nape xajak aku skali..aku ka teruna :P

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: