
Ada blogger yang bertanya saya bagaimana cara nak dapatkan komen yang banyak pada setiap entri. Untuk pengetahuan anda, komen yang datang dari pembaca adalah sebenarnya berdasarkan entri yang kita tulis. Entri yang mantap memang akan menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen. Entri menarik adalah kunci pada komen yang banyak.
Berdasarkan pengalaman saya menulis blog, ada beberapa jenis entri blog yang boleh menarik banyak komen.Bagi mereka yang sudah mempunyai niche tertentu saya rasakan mereka tidak mengalami masalah untuk mendapatkan respons dan komen dari pembaca. Bagi blog yang tidak mempunyai niche yang spesifik macam blog saya, mungkin apa yang saya akan terangkan boleh dijadikan sebagai panduan. Berdasarkan pemerhatian saya. Jom kita usha apa jenis entri tersebut.
Kongsikan Cerita Anda
Saya percaya bahawa dengan perkongsian cerita anda, terutama kisah kehidupan seharian anda dapat menarik lebih ramai pembaca untuk meninggalkan komen. Sebab-sebabnya :
- Pembaca sudah pasti ingin mengenal dengan lebih rapat dengan penulis blog. Di alam maya, pembaca mungkin tidak tahu banyak tentang anda, jadi dengan perkongsian cerita anda mereka dapat tahu anda yang sebenarnya melalui penulisan.
- Bila komunikasi anda penulis blog dengan pembaca dalam keadaan baik, ini berpeluang untuk anda membina hubungan dengan pembaca dan secara tidak langsung pembaca tersebut akan setia dengan blog anda.
- Siapa tahu juga, silap haribulan mungkin salah seorang daripada pembaca anda merupakan jodoh anda.Ini point mengarut.Haha!
- Kongsi cerita kehidupan
Untuk pengetahuan anda, sudah banyak penulis blog menulis di blog mereka tetapi tidak semua yang dapat menarik ramai pembaca untuk meninggalkan komen di entri tersebut.
Kenapa?
Kemungkinan ada dua sebab utama,
1.cara penyampaian yang tidak menarik
2.Anda tidak menunjukkan ciri-ciri anda yang real.
Saya ambil contoh Ariff Shah dengan blognya ariffshah.com. Beliau mempunyai cerita yang menarik. Beliau merupakan seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Russia. Di blognya, beliau berkongsi cara hidupnya di Moscow. Perkongsian sebegini memang menarik minat pembaca. Di samping itu juga, para pembaca juga dapat mengetahui serba sedikit tentang kehidupan hidup di negara orang melalui perkongsian cerita sebegini.
Dalam blog, beliau juga seorang yang suka berkongsi tips berblogging dengan pembaca di samping bercerita tentang
pendapatan sampingan yang beliau dapat dari blog.
- Berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan.
Cerita sebegini dapat menjadi inspirasi kepada para pembaca. Mungkin pengalaman dalam blogging juga. Seperti mana cerita Khai dalam blognya justkhai.com/blog, bagaimana beliau boleh kekal di arena blogging dalam satu tempoh yang agak lama dan merupakan antara top blogger di Malaysia.
Tips Dan Tutorial
Kebanyakan entri seperti ini memang dapat menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen dan berkongsi idea dan pendapat. Saya katakan begitu kerana ia memang berkesan dan anda boleh lihat dan baca beberapa entri saya yang berkaitan tips yang mendapat banyak komen daripada pembaca.
- Ajari aku teknik mengorat – 173 komen
- Kenapa remaja taksub dengan laman web sosial – 144 komen
Pembaca memang tertarik dengan entri seperti di atas dan pembaca juga tertarik dengan entri yang berbentuk tutorial.
Melz banyak berkongsi tutorial di blognya melromeo.com dan entri tutorial beliau memang menarik pembaca untuk meninggalkan
komen.
Secara ringkas, pembaca minat dengan entri yang bermula dengan dengan bagaimana cara…..? Seperti contoh:
1. Bagaimana cara untuk mendapat awek cun?
2. Bagaimana cara untuk menjana wang secara online?
Blog cybernetic88.com milik Acapz juga anda boleh lihat bagaimana entri sebegini menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen.
Buat Contest
Siapa yang tidak suka dengan contest? Bila anda terbitkan entri contest, saya yakin ia akan dapat menarik minat pembaca. Tetapi contest yang anda buat itu hendaklah mengikut beberapa kriteria-kriteria tertentu.
- Contest yang dibuat mestilah mengambil masa yang panjang dan kreatif
- Hadiah pula mestilah menarik dan bersesuaian dengan contest tersebut
Saya ambil contoh saudara Denaihati. Beliau sering membuat contest yang menarik dengan menawarkan hadiah lumayan dan gempak kepada para pembaca di blognya denaihati.com.
Anda boleh lihat setiap entri yang beliau terbitkan mendapat sambutan hangat daripada pembaca dan komen di setiap entri secara puratanya mencecah 100 ke atas.
Sekiranya ia dilakukan dengan sempurna, ia berpeluang untuk menarik pembaca baru dalam jangka masa yang datang dan ini terbukti di blog Denaihati. Pembaca bukan sahaja dari Malaysia tetapi mampu menarik pembaca dari negara seberang iaitu Indonesia.
Entri Lawak Dan Santai
Entri jenis lawak saya rasa cara terbaik untuk menarik ramai pembaca untuk meninggalkan komen. Saya berblog tentang isu semasa, kisah kehidupan manusia dan juga tentang personal yang tidak terlalu berbentuk peribadi. Jadi saya wujudkan satu kategori untuk entri lawak dan santai iaitu kategori karutan.
Sekiranya lawak tersebut ialah hasil daripada anda sendiri, ia sebenarnya merupakan bonus dan mampu menarik lebih ramai pembaca.
Pernahkan anda dengar apiih.com? Blog tersebut banyak memuatkan entri lawak yang best. Kadang-kadang saya sendiri gelak habis bila baca entri di blog tersebut.
Ini adalah antara jenis entri yang boleh menerima banyak komen yang mana saya praktikkan dalam blog ini dan berdasarakan pemerhatian di blog kawan kawan.
Anda ada idea lain? Jom kongsi.
{ 72 comments… read them below or add one }
Next Comments →
hebat hebat
baik to guru!
ada satu lg kot.. org suke entry misteri.. haha. maklumlah manusia ni kan busy body :p
“Bila Otai Mula Berbicara”
Aku nak buat entri tajuk kat atas la jan.. hahha..
Perkongsian tips sebegini semestinya membantu blogger baru seperti saya dan secara umumnya dpt menarik perhatian pembaca.
abe yus mmg hebat
ehhh abe jan!
hehehehe
terima kasih kerana berkongsi tips tips sebegini..sememangnya azizan4444 bakal menggegar dunia blog malaysia
demo wat la gak contest boh..haha
inspirasi baru aku hehe..
thanks, nice info bro, aku suka ni
saje2 nak komen walaupun tatau nak komen ape. sbb mcm best kene dgn tajuk post kali nih.
baik bang
kekeke.
terima kasih untuk tips yg ni…tapi saya memang tak bole buat sebab saya memang malas sikit untuk fikirkan n3 yg bole nak menarik orang komen2 kat blog saya.Biasa saya belasah je tulis …but thanks anyway…
errrr….saya memang dari dulu kagum dgn cik azizan4444.. harap2 bolehlah encik berkongsi tips lagi…thanks bro
wah, terima kasih untuk ilmu-ilmu ni bro… bole la nak praktikkan walaupun secara slow2.. hehe
entri sebegini juga boleh menerima banyak komen kan. terasa ringan je tangan nak beri komen. terbaik!
menarik!
thanks for the tips, boleh juga nk mencuba nanti ni,
entri ini telah mengfemeskan lagi ariffshah, khai, denaihati, cybernetic dan juga apiih.. owh jeles…
point2 ko bagus.. setuju sahaja aku..
lupa plak, melromeo…
blog jijan mmg mantap. 1 entry sampai ratus2, puluh2, komen. ni la orang cakap content is the king. tulis benda yg menarik sampaikan org automatik rasa nak komen. hohoho nice
info yg berguna azizan.. pasal dpt jodoh tu buatkan kami tergelak plak..hehe
wahahaha.blog aku pon tergolong???kah3.lawak ke blog aku??rsenyer bab lawak xde la byk sgt,lgpon tu blog tnpa niche,berkongsi ape shje yg rse nk kongsi.ahahaha.tq.tq.tq..speechless woo stlh entri ni terdapat nameku.ahahaha
btw,nice entri,perkongsian yg dpt menaikkan komen d blog masing2..ekekeke
salam..
hebat betul blog2 tu
tahniah..blog saya paling
banyak pun 60 komen je
itupun campur reply dari
saya lagi..he he
satu perkongsian yang menarik..
Contoh-contohnya pun mantap
Artikel yang macam artikel ni pun senang dapat komen banyak
Ajari daku Teknik Menganyam Cerita…pelizzz
wee haaa,nice tips…
sgt detail entry nih..tabik spring …tahniah kpd semua..saya bangga jd anak Malaysia..hihihi
thank’s for info…berguna nie..
kena gayanya, temanya, tajuknya, keyword panasnya, insya-Allah, berjela-jela komen dapat nanti..
ulasan yang steady dan penuh info, kena belajar lagi taktik memancing pembaca memberi komen
yeah..betul tu
mesra alamlah dengan pengunjung
apa yg kita dapat bukan hari ni buat esok dapat
dia proses berterusan dan berpanjangan
semua org ada blog..tetapi kenapa blog org ni ceria, meriah, blog org tu suram…
bukan salah blog tapi diri tuan blog itu sendiri. Jangan meminta kalau kita tak pernah memberi. Meminta dlm kes ini adalah pulangan selepas berblog
terima kasih atas perkongsian ini..nice entri
“Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok”
perghh mantap bro, dasyat penulisan demo..thanks 4 share this..kewl baca entri nih..
Bro.. Ko memang hebat.. Boleh aku berguru ngan ko nanti
tunjuk ajar ku sifu…ahaks
hebat2… no wonder blog nie dapat komen yang banyak bila entry baru jer publish…. kena praktikkan nieh…. idea2… internet pulak kacau kadang2 wahhh
cayalah..tips yang terbaik ni..tip2 camni yang buat orang rajin datang sini dan bagi komen..pandailah ko jijan…:D
memang sifu yang bagus.. tips yang menarik.. hehehe.. (^__^)
panduan yg baik.. utk blogger mentah mcm ana..
thankz bro!memang terbaiklah tips ni~~heheh…
Tips yang bagus ni. nanti kalau ada contest jangan lupa bagitau saya yek. Hehehehehe….
Rasanya salah satu lagi adalah, rajin-rajin la komen blog orang lain. Entah lah, saya bukan expert. Hehehehehe…..
memang kena ambik perhatian ni….
cuma nak menulis lawak2 memang tak reti….
semua blog diatas adalah feveret aku. hehe
Wah… betol ke siap boleh bertemu jodoh melalui dunia blog nie..? macam tak percaye je.. hahhahaha.. tapi kadang2 betol jugak.. sebab ape yang kita tulis tue selalunya berkaitan dengan diri kita kan..
selamat berbuka jan.. hahha..
@Cha’on, wah.. betol ke weh,,?? ekekek..
Mungkin ya dan mungkin tidak..
kdg2 apa yang tertulis di blog tidak sama dengan perwatakan sebenar si penulisnya =)
blog ko mmg ramai peminat zizan..terbaik la bro..entri ni akan aku jadikan panduan..aku ingat nak ikut yg “kongsikan cerita anda”..
mungkin ramai orang nak mengenali siapa aku nanti..wakaka..lama tak melawat zizan..bnyak gak entri ko yg aku tak baca lagi ni..adeh..bz dengan ran aku..
@cuz, hey cuz lama tak nampak kau , apa kabar sekarang hehe
First , thanks bro coz share link dalam entry
Quote : TAJUK
1. Bagaimana cara untuk mendapat awek cun?
2. Bagaimana cara untuk menjana wang secara online?
Yeap ini betul untuk mendapatkan comment yang banyak , buatlah persoalan dimana visitor kita boleh bersuarakan pendapat di bahagian entry
selain dari itu juga, wujudkan satu persoalan di akhir entry supaya kita mendapat feedback bersama .
meriahnya dunia blo ini kans
Tip-tip yang berguna. Boleh dijadikan panduan =)
tip power nih..kena praktikkan
amboi. haha. blog ko mmng hbt. satu lagi sbb ko hensem n slumber. tu menarik mnt org dtng. haha. btul kn?
. bukn sng nk kasi org dtng komen. bnyk faktor. aku pon kurang thu sngt. yg pntng rajin mnyinggh blog kawan2 jgk. kn. ngee. tq untuk link bro. syg ko. haha. lol
salam bro
blog ni pun banyak juga komen
heheh tahniah k
Memang berguna tips ni, dijamin berkesan sebab blog bro ni memang banyak dapat komen selalunya..
bagus tips nie..hehe
kena bookmark nie:)
terbaiklah point2 yg kau bagi..panduan berguna.contoh2 yg kau bagi pun semuanya cemerlang..
bagusla awak neh azizankadir. saya suka baca entri awak. kat mana saya boleh klik ‘like’ ? betulkah boleh dapat jodoh kat sini? saya nak pergi cari jodoh la. haha. azizakadir ada tips untuk cari jodoh dari dunia blog tak? saya request entri ini. sekian terima kasih. haha.
wah akhirnya ko bongkar gak rahsia dapat komen banyak nie,hehe..aku siap bookmark lagi..akan ku praktikkan tips ko nie bro..anyway, thanks and nice sharing there..:)
Next Comments →
{ 1 trackback }