Dapatkan Komen Yang Banyak Setiap Artikel

by azizan4444 on August 19, 2010

no comment

Ada blogger yang bertanya saya bagaimana cara nak dapatkan komen yang banyak pada setiap entri. Untuk pengetahuan  anda, komen yang datang dari pembaca adalah sebenarnya berdasarkan entri yang kita tulis. Entri yang mantap memang akan menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen. Entri menarik adalah kunci pada komen yang banyak.

Berdasarkan pengalaman saya menulis blog, ada beberapa jenis entri blog yang boleh menarik banyak komen.Bagi mereka yang sudah mempunyai niche tertentu saya rasakan mereka tidak mengalami masalah untuk mendapatkan respons dan komen dari pembaca. Bagi blog yang tidak mempunyai niche yang spesifik macam blog saya, mungkin apa yang saya akan terangkan boleh dijadikan sebagai panduan. Berdasarkan pemerhatian saya. Jom kita usha apa jenis entri tersebut.

Kongsikan Cerita Anda

Saya percaya bahawa dengan perkongsian cerita anda, terutama kisah kehidupan seharian anda dapat menarik lebih ramai pembaca untuk meninggalkan komen. Sebab-sebabnya :

  • Pembaca sudah pasti ingin mengenal dengan lebih rapat dengan penulis blog. Di alam maya, pembaca mungkin tidak tahu banyak tentang anda, jadi dengan perkongsian cerita anda mereka dapat tahu anda yang sebenarnya melalui penulisan.
  • Bila komunikasi anda penulis blog dengan pembaca dalam keadaan baik, ini berpeluang untuk anda membina hubungan dengan pembaca  dan secara tidak langsung pembaca tersebut akan setia dengan blog anda.
  • Siapa tahu juga, silap haribulan mungkin salah seorang daripada pembaca anda merupakan jodoh anda.Ini point mengarut.Haha!

- Kongsi cerita kehidupan

Untuk pengetahuan anda, sudah banyak penulis blog menulis di blog mereka tetapi tidak semua yang dapat menarik ramai pembaca untuk meninggalkan komen di entri tersebut.

Kenapa?

Kemungkinan ada dua sebab utama,
1.cara penyampaian yang tidak menarik
2.Anda tidak menunjukkan ciri-ciri anda yang real.

Saya ambil contoh Ariff Shah dengan blognya ariffshah.com. Beliau mempunyai cerita yang menarik. Beliau merupakan seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Russia. Di blognya, beliau berkongsi cara hidupnya di Moscow. Perkongsian sebegini memang menarik minat pembaca. Di samping itu juga, para pembaca juga dapat mengetahui serba sedikit tentang kehidupan hidup di negara orang melalui perkongsian cerita sebegini.

Dalam blog, beliau juga seorang yang suka berkongsi tips berblogging dengan pembaca di samping bercerita tentang
pendapatan sampingan yang beliau dapat dari blog.

- Berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan.

Cerita sebegini dapat menjadi inspirasi kepada para pembaca. Mungkin pengalaman dalam blogging juga. Seperti mana cerita Khai dalam blognya justkhai.com/blog, bagaimana beliau boleh kekal di arena blogging dalam satu tempoh yang agak lama dan merupakan antara top blogger di Malaysia.

Tips Dan Tutorial

Kebanyakan entri seperti ini memang dapat menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen dan berkongsi idea dan pendapat. Saya katakan begitu kerana ia memang berkesan dan anda boleh lihat dan baca beberapa entri saya yang berkaitan tips yang mendapat banyak komen daripada pembaca.

Pembaca memang tertarik dengan entri seperti di atas dan pembaca juga tertarik dengan entri yang berbentuk tutorial.

Melz banyak berkongsi tutorial di blognya melromeo.com dan entri tutorial beliau memang menarik pembaca untuk meninggalkan
komen.

Secara ringkas, pembaca minat dengan entri yang bermula dengan dengan bagaimana cara…..? Seperti contoh:
1. Bagaimana cara untuk mendapat awek cun?
2. Bagaimana cara untuk menjana wang secara online?

Blog cybernetic88.com milik Acapz juga anda boleh lihat bagaimana entri sebegini menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen.

Buat Contest

Siapa yang tidak suka dengan contest? Bila anda terbitkan entri contest, saya yakin ia akan dapat menarik minat pembaca. Tetapi contest yang anda buat itu hendaklah mengikut beberapa kriteria-kriteria tertentu.

  • Contest yang dibuat mestilah mengambil masa yang panjang dan kreatif
  • Hadiah pula mestilah menarik dan bersesuaian dengan contest tersebut

Saya ambil contoh saudara Denaihati. Beliau sering membuat contest yang menarik dengan menawarkan hadiah lumayan dan gempak kepada para pembaca di blognya denaihati.com.

Anda boleh lihat setiap entri yang beliau terbitkan mendapat sambutan hangat daripada pembaca dan komen di setiap entri secara puratanya mencecah 100 ke atas.

Sekiranya ia dilakukan dengan sempurna, ia berpeluang untuk menarik pembaca baru dalam jangka masa yang datang dan ini terbukti di blog Denaihati. Pembaca bukan sahaja dari Malaysia tetapi mampu menarik pembaca dari negara seberang iaitu Indonesia.

Entri Lawak Dan Santai

Entri jenis lawak saya rasa cara terbaik untuk menarik ramai pembaca untuk meninggalkan komen. Saya berblog tentang isu semasa, kisah kehidupan manusia dan juga tentang personal yang tidak terlalu berbentuk peribadi. Jadi saya wujudkan satu kategori untuk entri lawak dan santai  iaitu kategori karutan.

Sekiranya lawak tersebut ialah hasil daripada anda sendiri, ia sebenarnya merupakan bonus dan mampu menarik lebih ramai pembaca.

Pernahkan anda dengar apiih.com? Blog tersebut banyak memuatkan entri lawak yang best. Kadang-kadang saya sendiri gelak habis bila baca entri di blog tersebut.

Ini adalah antara jenis entri yang boleh menerima banyak komen yang mana saya praktikkan dalam blog ini dan berdasarakan pemerhatian di blog kawan kawan.

Anda ada idea lain? Jom kongsi.

{ 72 comments… read them below or add one }

hafidz August 20, 2010 at 9:39 am

Kebiasaannya kalo entri pasal buat contect confirm dapat banyak komen.

Dan tak lupa juga entri yang “x-factor” pasti akan mendapat komen yang banyak.

Reply

PutraMalaya August 21, 2010 at 6:10 pm

@hafidz, gambar mesti cun meltop..haha

Reply

Bro Framestone August 20, 2010 at 10:13 am

mmg terbaik la….
tertibe teringat kata2 kak jie masa gathering blogger hari tue.. nk berblog kne datang dari hati n bukan copy paste n buat blog jd surat khabar he..23x

Reply

eiyda August 20, 2010 at 1:30 pm

patot la blog saya xder org komen hahahhaah…
ha..lg satu belog azizankadir.com penh dengar?? belog die pon best gak..banyk entry cintan..he3k =p

Reply

A-Y-I-E August 20, 2010 at 11:54 pm

yup.. aku setuju… kalau nak beribu-ribu orang komen pun boleh juga.. tetapi.. penulisan didalam entri kita tu.. perlulah beribu-ribu kualitinya :)

Reply

eykameow August 21, 2010 at 3:51 am

bukan entry ni je sy tengok awak byk komen, huhu Btw thnks 4 sharing :D

Reply

Zida August 21, 2010 at 8:41 am

fuyyohhhhhhhh. baeklah. zida akan terai. ;)

Reply

eyl August 21, 2010 at 10:28 am

aku punya style pergi blog org komen dia punya artikel dn harap dye komen balik la.hehe, tp blog aku biase2 je, paling tinggi pun 20 lebih komen je la.haha

Reply

linglung August 21, 2010 at 11:04 am

tips2 ni mmg terbaeekk! thanx derr :)

gua follow lu on twitter :)

Reply

linglung August 21, 2010 at 11:05 am

tips ni mmg terbaeekkk! thanxx derr :) )

gua follow lu on twitter :)

Reply

yoy August 22, 2010 at 5:31 am

terbaek tips bro..yg penting 6-0..hehe

Reply

Amir August 22, 2010 at 9:18 am

entri2 aku kurang unsur humor. aku x reti sangat nak buat2 lawak. haha.

Reply

Scromix August 23, 2010 at 10:12 am

ko pnya komen mmg bnyak jijan. haha gengster

Reply

Syafrizal August 24, 2010 at 12:23 am

jikalau artikel tersebut boleh membawa kepada perbincangan.. memang boleh banyak kan komen.. macam artikel di blog aku sebagai contoh…

Reply

bluedianthus August 27, 2010 at 12:45 am

Info yang bagus zizan..komen yang ada di blog juga memberikan semangat untuk kita terus berblog. Menulis entri juga umpama try and error…jadi kalau tidak ada komen pada sebahagian entri kita, tak payah “down” sangat…Blogging itu indah..:)

Reply

zulaikha August 27, 2010 at 6:22 am

thanks 4 sharing.
Saya cuba mencari alasan untuk tak komen. Tapi tak boleh. Terbukti, cara penulisan seseorang tu menarik minat readers nak komen.

Tapi macam mana kita nak seimbangkan jumlah komen. Ada entry yang ramai orang komen, tapi ada jugak yang tak ada. Macam mana nak solve?

Tq in advance..

Reply

Hadi Rofiee August 27, 2010 at 11:20 am

banyak lagi yg perlu dipelajari. :-)

Reply

mancai August 31, 2010 at 2:58 am

komen mengomen juga dapat merapatkan siraturrahim antara blogger…

Reply

fiezaradzi September 6, 2010 at 12:27 pm

cara penulisan mmg memberi kesan utk org komen.. lagi satu lau de hot topic, mmg hangat la komen utk entry tu..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: