
Menulis blog memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi mereka penulis blog yang tegar, setiap hari mesti ada satu artikel dalam blog mereka. Berlainan pula dengan saya, kalau diikutkan saya belum lagi dikategorikan sebagai penulis blog yang tegar. Kenapa? Lihat saja artikel pada bulan lepas, hanya enam artikel dapat saya tulis. Sangat berbeza dengan mereka yang tegar sampai enam artikel dalam sehari pun mereka boleh terbitkan. Hehe!
Menulis blog juga memerlukan idea dan masa yang secukupnya untuk menulis sesuatu artikel. Sekiranya idea ada, tetapi masa tak cukup susah juga untuk menulis. Begitu juga bila anda mempunyai masa yang cukup tetapi idea untuk menulis kosong, sebarang artikel tidak dapat ditulis. Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai idea dan masa yang secukupnya? Jawapannya tiru macam saya. Saya update blog. Hehe! Tak elok tangguh. Diri sendiri yang rugi. Setuju? » Read the rest of the entry..





