Archive for the ‘Peribadi’ Category

  • Esok Raya, Jom Balik Kampung. Yay!

    27

    Selamat_Hari_Raya

    Semalam saya rasa happy sangat, baru je bangun dari tidur dapat satu panggilan daripada kakak saya. Berita gembira tiket balik kampung masih ada dan berita yang kurang menariknya malam ni jugak saya kena bertolak. Duh! Banyak benda belum setle lagi ni dah kena balik kampung.

    Korang yang tinggal di perantauan sudah ada ke belum tiket nak balik kampung? Kalau takde lagi, korang bolehlah berhajat untuk membayar harga tiket dengan harga yang lebih tinggi berbanding asalnya. » Read the rest of the entry..

  • Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang

    125

    happy birthday

    [ Peringatan : Entri ini patah sayapnya dan sepatutnya disiapkan untuk beberapa hari yang lepas ]

    Yeah! Beberapa hari yang lepas bermakna bukan semalam. Entri ini ditulis semata mata untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada diri sendiri. Hari ini umur saya telah menjangkau 23 tahun – 10 jun. Makin hari makin bertambah usia. Hidup masih berada pada level yang sama kecuali perut yang semakin ke depan. Haha!

    Hari ini  Sukma Melaka 2010 melabuhkan tirainya. Terengganu muncul sebagai juara selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa. Mungkin di antara kita ramai yang tidak sedar dengan kejohanan tahunan utama di negara kita ini. Masing masing bercerita tentang piala dunia Afrika Selatan 2010. » Read the rest of the entry..

  • Buat Pertama Kali Edisi Blog (cabar diri sendiri)

    65

    cabardirisendiri

    Saya harap ini adalah entri pendek yang bermakna. Sejak dua menjak, boleh dikatakan saya terlebih rajin untuk meluangkan masa dengan belog. Sedikit ruang untuk tikar tidur. Buat pertama kali saya cabar diri sendiri, bukan bermakna sepanjang hidup tidak pernah tetapi ini dalam dunia beloging.

    Pernah tak tuan puan cabar diri anda bila malas untuk update belog? Tidak cool belog tanpa update. Malas untuk update disebabkan kominten atau kerja yang lebih bermanfaat, itu adalah lumrah seorang blogger yang kurang tegar. Bagi malas disebabkan diri sendiri yang tidak pernah untuk serius itu simptom bahaya untuk blogger. » Read the rest of the entry..

  • Bila Hujan Turun Dengan (Versi Lonely Soldier Boy/Mospeada)

    38

    hujan

    Saya tak tahu nak  sambung ayat bila hujan turun dengan dot dot itu. Banyak perkara yang saya tengah fikirkan. Mungkin ada di antara anda yang sudah buat anggapan bahawa bila hujan turun dengan lebat. Mungkin juga ada yang beranggapan bila hujan turun dengan titisan renyai renyai. Kedua dua itu adalah benar belaka. Tapi bagi saya, bila hujan turun dengan versi lonely soldier boy/maspeada adalah lebih tepat.Hujan sekali dengan guruh dan kilat.

    Bila hujan turun, saya akan teringatkan mek. Mungkin gelaran ini tidak se’hawt’ blog ini, tapi mungkin itu tersangatlah  kewl bagi gelaran yang diberikan oleh kanak kanak berumur tiga tahun. Dengan bertemankan kekasih hati yang saya kenal tiga tahun lepas, saya perhatikan setiap lenggang lenggok, setiap aksi Elisha Cuthbert dalam The Girl Next Door yang mane saya rase hampir 9/10 yang bace entri ini tahu akan filem tersebut. » Read the rest of the entry..

  • Pakcik Nak Pergi Mane?

    86

    Bunuh Diri

    Pakcik nak nak lari dari Malaysia nak. Jangan ditanye pakcik nak ke mana? kenapa? mengapa?. “Pakcik merajuk dengan siapa?” Xde la nak. Nak ni pandai pandai je cakap pakcik merajuk. Pakcik kan da  tua nak, orang tua tak merajuk. “Yeke pakcik? Anak dengar orang tua mudah merajuk hatinya”. Hish! kamu ni..

    Pakcik tak pandai nak buat cerpen da nak. Da lame pakcik tinggalkan SPM. Mase tu boleh la pakcik nak dapat A buat cerpen. Sebab mase tu pakcik tau apa itu metafora, hyperbola dan sepak bola. Mungkin pakcik amik biologi kot lepas tu. Semua tu pakcik da x pandai lagi dah.

    Jarang sekali saya update kisah peribadi kat belog ini. Belog yang saya namekan belog susu cap gantung kambing. Eh, silap! belog susu kambing belog satu lagi. Belog ni saya namakan belog cari jodoh. Hidup seharian saya memang tidak indah. Maklumlah hidup ini tidak seindah hidup Lisa Surihani, tidak seceria Miranda Kerr dan juga tak sehebat hidup Edward Cullen. Meneroka dunia dengan Celcom berukband adalah keje saya seharian. » Read the rest of the entry..

  • Wow, 1171 Kali Potong!

    59

    Awek Kedai Pelayan

    1171? Amenda tu? Tu la nombor ekor tuan puan. Lu orang Cina amiklah nombor tu kalau nak menang duit sejuta dan sorang awek cun. Apa korang buat kalau dapat duit sebanyak itu? Kalau saya sudah pasti saya buat kahwin. Kahwin empat beb. Berbaloi baloi. Kali ni nak bercerita kisah diri sendiri yang tak berapa kacak ini. » Read the rest of the entry..