Archive for the ‘Hiburan’ Category

  • Seleksi Hujung Minggu #2

    50

    gadis cun

    Pertama kali saya update di awal pagi sambil menonton dua gol menakjubkan jaringan Bojan. Awal bukan? Kebiasaanya artikel baru akan dipublish pada waktu petang ketika Tiger Wood melakukan latihan 1000 kali pukulan, Michael Jordan melakukan 1000 kali balingan dan mungkin juga ketika Cristiano Ronaldo sibuk dengan latihan ‘freekick’. Jangan ditanya kenapa bulan April blog ini sentiasa berupdate.

    Sambil mengenakan segelas milo panas berkain pelikat, mungkin cara ini  tidak kewl bagi peminat Manchester United untuk ke kedai mamak semata mata untuk menitiskan air mata di depan penyokong Chelsea. Amat amat menyedihkan tapi sudah cukup untuk menyaksikan gol daripada Nicklas Bentdner dan diraikan oleh adik adik Arsenal yang lain. Saya rindu akan dua gol di Emirates khamis lepas. Mungkinkah peristiwa manis itu akan berulang  rabu ini?  » Read the rest of the entry..

  • Anugerah Juara Lagu Ke 24 (AJL 24) Terbaik – Keputusan Dan Senarai Pemenang

    71

    Logo AJL 24

    Artikel kali ini adalah berkaitan dengan dunia hiburan tanah air. Rasanya ini adalah artikel pertama saya mengenai hiburan. Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24) memulakan kisah dunia hiburan tahun 2010 dengan begitu jayanya. Saya bagi lima bintang untuk persembahan kali. Stadium Putra Bukit Jalil digegarkan dengan persembahan yang begitu bertenaga dan cukup memukau daripada artis-artis yang bertanding terutama persembahan artis kesukaan saya Misha Omar. Tahniah kepada anda walaupun tidak memenangi sebarang kategori pada ajl kali ini. Kamu tetap cun di mata Azizan4444. Tak angkat kaki, sebab tu kalah.

    Rasanya tidak terlewat bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada Aizat yang telah menjuari Anugerah Juara Lagu Ke 24 menerusi lagu ‘Pergi’ dan juga memenangi bagi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu ‘Kau Aku’. Digubah oleh Pete Teo dan dilengkapi lirik oleh Amran Omar seterusnya diterjemah dengan cemerlang oleh penyanyi yang cukup berbakat yang dilahirkan menerusi program realiti TV Akademi Fantasia iaitu Aizat, lagu ‘Pergi’ menampakkan kelainannya berbanding lagu-lagu lain. » Read the rest of the entry..