Archive for the ‘Ceritera’ Category

  • Perceraian Dan Ibu Tiri – Anak-anak Terbiar?

    38

    anak soleh

    Salam semua. Salam tangan kanan saya hulurkan. Apa khabar? Penulisan kali ini adalah berkisar tentang critera sebuah kehidupan. Rasanya sudah lama tidak menulis tentang masalah pergolakan yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Sambil melayan THR Gegar pagi tadi, terdengar dj menyebut tentang ibu tiri dan menarik minat saya untuk menulis tentangnya.

    Perceraian adalah satu perkara yang sangat tidak diharapkan dan amat menakutkan untuk dibicarakan dalam rumahtangga. Sekiranya ia untuk kebaikan kedua dua belah pihak, maka perceraian adalah jalan terakhir dan ia sepatutnya berlaku secara damai. Perceraian secara damai dapat mengekalkan tali silaturrahim antara pihak lelaki dan perempuan selepas bercerai dan ini baik untuk anak anak. » Read the rest of the entry..

  • Dua Jiwa Satu Hati (kisah bola sepak)

    95

    vannity-fair

    Perasaan mengantuk berada di kemuncak dalam jam 1-2 petang sebelum mencapai klimaks jam 4-5 petang. Semua orang capai klimaks bila nak habis waktu pejabat.

    “Encik, ko ingat lagi tak peristiwa 11 tahun lepas? Siyes lawak giler. Haha!”

    “Yang mana satu ek? Korang intai awek mandi tu ke?”

    “Tak la, kisah ko pengsan langgar tiang gol.” » Read the rest of the entry..

  • Aku Benci Diri Sendiri

    114

    Cun

    Sebelum saya memulakan sesi bual bicara isu semasa kali ini, saya ingin berterima kasih kepada pengunjung belog ini kerana sudi datang ke belog yang jarang-jarang update ini dan sudi meninggalkan komen-komen yang membina. Saya juga ingin memohon maaf kerana komen-komen tuan puan tidak dapat di balas dan ianya akan dibalas secepat mungkin. Untuk pengetahuan tuan-puan, saya mengamalkan sistem penulisan yang tidak konsisten untuk belog ini. Diharapakan tuan puan paham dengan ayat itu.

    Berbalik pada tajuk penulisan saya kali ini, iaitu aku benci diri sendiri. Bunyinya memang tidak begitu baik dan ia sememangnya tidak diingini oleh mana-mana individu. Tetapi, disebalik kebaikan mesti ada keburukan kerana ia sudah menjadi fitrah dalam kehidupan. Di mana ada lelaki, di situ la adanya perempuan. Di mana ada putih, pasti bertembung dengan lawannya hitam. Di mana ada azizan4444, di situ lah juga ada awek-awek cun. Mengapa? Sorry nak cakap, awek cun dah menjadi trademark untuk belog ini. Haha! » Read the rest of the entry..

  • Selamat Tinggal Dunia, 2009 Ler Tu!

    74

    Seksi

    Puas saya fikir tajuk apa yang sesuai untuk artikel kali ini. Rasanya selamat tinggal 2009 tu sesuai sangat la ye. Untuk pengetahuan tuan puan, artikel ini adalah yang terakhir di belog ini pada tahun 2009 ni. Idea nak menulis dah berkurang. Mane taknya, harga rokok pun dah naik. Bak kata kawan saya, Nine nak update belog pun at least kena abes dua batang Dunhill. Puan puan kat dapur pun dah bising, bukan sebab line berukband celcom buat hal sampai tak dapat update belog tapi harga gula naik 20 sen lagi mulai esok. Esok? Tahun baru la tu tuan puan. Tahun 2010 la katakan. Semua barang pun nak naik harga.

    Tinggal beberapa jam lagi, tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Sinar 2010 akan menjelma. Bagaimana kehidupan tuan puan sepanjang tahun 2009 ni? Ada peningkatan dari tahun 2008 ke? Kalau xde, xyah la nak bising-bising nak cerita azam baru 2010. Azam 2007 pun belum tertunai ni nak bising-bising azam baru. Haha! Saya melawak sikit. Bole ke tuan puan? Kalau boleh biarkan saya abeskan artikel ini dulu. » Read the rest of the entry..

  • Aku, Dia Dan Kamera

    103

    Awek Kamera

    Kepada tuan puan, adik kakak juga pak cik mak cik. Mari pakat mari, yang jauh masuk dekat, yang dekat masuk rapat. Saya nak buat satu pengumuman penting. Saya dah berjaya join kontes Abang kamera, Dawie. Rm 50 untuk dimenangi tapi saya rasa cerpen saya ni layak menang 50k. Kepada Abang Dawie, sila bace sampai muntah. Haha! Tuan puan dijemput untuk menyertai kontes ini. kontes ini akan ditutup pada 1 Jan 2010. Masih ada masa, tunggu apa lagi? Jom klik sini. Cerita asal saya tulis di Indonesia tetapi pada saat-saat akhir saya tukar ke Pakistan. Jom Layan. Ahakz

    ………………………………………………………………………………………………………

    Ditangannya, sebuah kamera DSLR berjenama Nikon D3000 dibawanya ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Seolah-olah orang yang tidak mempunyai matlamat hidup. Sekeping gambar diselit diketiaknya. Aku memerhati setiap inci tubuh itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan sekali tetapi banyak kali aku tatapi tubuh seksi itu ibarat melihat bidadari turun dari langit.

    Aku tengok keadaan dia sungguh menghairankan kepala otakku. Melalui riak wajahnya, menunjukkan hatinya sungguh tidak tenang sekali seperti menunggu sesuatu yang pasti tidak akan datang menjelma ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Dia mengangkat wajahnya, memerhati dengan penuh teliti sepasang mata yang terdapat pada kepingan gambar yang dibawanya. Jauh di lubuk hatinya, gambar itu seolah-olah menyimpan seribu kenangan dalam hidupnya. » Read the rest of the entry..

  • Mencari Permata Yang Hilang

    154

    Anak Soleh

    Dia masih di situ, berdiri di atas sepasang kaki yang telanjang tanpa menghiraukan guruh yang berdentum dan kilat yang seakan sabung menyabung diiringi titik titik hujan yang mula membasahi muka bumi. Baginya hujan adalah satu rahmat yang sangat ternilai yang diturunkan oleh yang maha Esa. Pohon pohon dan alam turut bertasbih memuji kebesaran Pencipta. Air mata turut bercampur titik titik hujan mengalir membasahi pipi yang dipenuhi jerawat jerawat liar.

    Berjalan di atas kerikil kerikil tajam membuatkan kulit tapak kakinya dirobek secara perlahan tanpa sebarang belas kasihan. Sesekali dia mengeluh kesakitan. Kesakitan bukan disebabkan kaki yang berdarah mengalirkan darah merah tetapi mengenangkan nasib diri yang malang selama masa dan ketika dia bernafas di atas muka bumi yang  bertuah ini. Hujan yang turun mencurah mengingatkan dia pada dosa dosa yang mengalir dalam tubuhnya dan mengharapkan titisan  suci itu dapat membasuh noda noda yang menyelubungi dirinya. » Read the rest of the entry..

  • Diam Bukan Tanda Takut

    8

    Tengok tajuk pun anda dah boleh agak apa yang saya ingin tulis untuk kali ini. Pernah dengar peribahasa kambing berak kapur? Okey x pernah, xpe. Pernah dengar plak frasa kawan makan kawan? Pernah. Bagus, sedara sedari lah orang yang saya cari selama ini.

    Ini adalah artikel pendek yang mana tidak melibatkan hati seorang perempuan manja mahupun awek kiut miut. Penulisan hari ini lebih berkisar kepada kehidupan berkawan. Hidup sangat sepi tanpa seorang kawan. Saya juga ada kawan, ada teman dan juga ada sahabat. » Read the rest of the entry..