Ada idea tetapi tidak tahu menggunakan idea tersebut menulis entri blog. Situasi sebegini sering saja dihadapi oleh mereka yang bergelar blogger. Salah satu kunci untuk menjadi hebat adalah menulis entri blog dengan lebih kerap, sekiranya situasi tersebut sering menghantui anda, bagaimana anda mahu berjaya. Sebaiknya update blog supaya pengunjung tidak nampak yang blog anda tidak aktif, paling kurang dua hari satu entri mungkin juga dalam seminggu empat entri.
Bagaimana pula dengan situasi blogger yang kekurangan atau tiada langsung idea untuk update blog? Kadang-kadang kita tidak terfikir bahawa di sekeliling kita pun banyak cara untuk mendapatkan idea. Bagi mereka yang bijak menggunakan kelebihan ini, tidak menjadi masalah bagi mereka untuk update blog. Cuba curi sedikit idea daripada kehidupan seharian anda yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik.
Semalam saya lepak dengan kawan-kawan
Semalam saya lepak dengan kawan-kawan, banyak topik yang dibicarakan. Antara topik yang saya suka adalah tentang bola sepak. Malam tadi Manchester United seri la dengan Fulham, ntah pape je dorang main. Anda boleh bayangkan atau tidak apa yang saya ingin maksudkan? Cukup mudah, saya ambil keyword bola sepak. Daripada keyword tersebut saya boleh kembangkan kepada beberapa idea dengan hanya menggunakan satu keyword. Contohnya adalah seperti, adakah bola sepak hanya diminati kaum lelaki? Pesoalan ini dapat membentuk satu entri lengkap sekiranya dikembangkan lagi. Selain itu juga, daripada keyword itu juga saya boleh buat pasal perempuan sekarang suka lelaki yang gilakan bola sepak. Bagaimana bola sepak mula diperkenalkan? Semuanya boleh dijadikan satu entri blog dengan hanya idea daripada satu keyword.
Malam tadi kitorang lepak tengok wayang. Cerita Inception best la. Apa yang anda dapat daripada situasi ini? Banyakkan? Salah satu ialah buat review tentang cerita tersebut. Anda rasakan cerita itu menarik dan rasa nak berkongsi dengan pembaca blog anda. Ia sudah cukup untuk satu entri bukan? Waa lepas ni aku nak kekalkanlah kategori review cerita ni. Nampak macam menarik. Ok, sekarang anda sudah ada idea dan ia akan dikekalkan di blog anda.
Hanya berbual dengan kawan-kawan, pelbagai idea yang boleh anda ambil untuk jadikan entri blog.
Jom tonton televisyen, arghh saya nak dengar radio la
saya ingin bertanya kepada, berapa lama anda luangkan masa dalam 24 jam untuk menonton tv atau mendengar radio? Sebenarnya daripada tv dan radio juga kita boleh ambil idea untuk menulis entri blog. Seperti contoh berita kes sembelih leher anak, mangsa rogol oleh sepupu, beli nombor ekor di bulan Ramadan dan juga kes buang anak. Daripada semua berita tersebut, anda boleh jadikan entri blog anda.
Bukan sahaja tentang berita, mungkin anda ada menonton iklan-iklan menarik di kaca tv seperti iklan kemerdekaan. Anda rasakan ia menarik untuk dikongsi di blog dan anda mencari video tersebut di youtube. Dengan perkongsian video menarik, anda juga boleh menghasilkan satu entri blog yang berkualiti.
Pagi tadi, saya ada dengar radio. Ada satu topik yang menarik iaitu antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih boros. Menarik bukan topik tersebut. Kalau anda kreatif memang sesuai nak jadikannya sebagai entri blog. Yang penting, anda perlu menyampaikan dengan cara terbaik supaya pembaca tertarik dengan ulasan anda itu.
Pagi-pagi lagi saya dah baca suratkhabar
Selain menonton tv, dengan membaca suratkhabar anda juga dapat menghasilkan entri blog. Bila membaca suratkhabar, pelbagai idea yang datang dengan headlines berita yang menarik. Kadang-kadang berita di suratkhabar tidak begitu jelas huraiannya tetapi menarik untuk diperbincangkan dan anda berminat untuk berkongsi di blog. Jadi anda akan lakukan kajian tentang berita tersebut. Setelah anda menjumpai fakta yang bernas anda boleh kongsikannya di blog.
Jom perhatikan alam persekitaran anda
Dengan memerhati juga kita boleh mendapatkan idea untuk menghasilkan entri blog. Tidak perlu tunggu topik panas baru nak update seperti contoh kes-kes yang sering berlaku di facebook. Apa yang saya maksudkan dengan alam persekitaran adalah seperti tempat anda bekerja, tempat anda belajar mungkin juga gelagat orang ramai di tempat awam. Semua keadaan ini boleh diterjemahkan ke dalam blog menerusi kekreatifan anda menulis .
Ada juga mereka yang suka berimaginasi, hanya dengan melihat basikal tua mereka dapat menterjemahkannya ke dalam suatu cerita atau puisi untuk dikongsikan ke dalam blog. Hidup seorang blogger memang cool.
Semuanya terpulang kepada anda. Tiada alasan untuk anda tidak update blog dengan menyatakan takde idea. Bagaimana dengan anda? Adakah anda mempunyai cara tersendiri dalam mendapatkan sesuatu idea? Kalau ada bolehlah kongsi di ruangan komen.
{ 69 comments… read them below or add one }
Seperti yang kita sedia maklum, untuk menjadi seorang blogger yang kreatif kita tidak boleh terikat dengan mentaliti untuk mencari bahan atau idea penulisan dari sumber yang sama sahaja. Di sinilah gunanya kategori atau tag. Ia bukan sekadar untuk panduan pembaca malahan boleh menjadi panduan untuk kita mencari idea untuk menulis juga.
Periksa setiap kategori yg telah kita tetapkan. Saya yakin dalam 10 kategori mungkin ada 1,2 kategori yang bisa membangkitkan idea untuk seseorang itu menulis.
p/s : susah betul nak xplain.. ko explain jan.. hahha..
@yusenze, menarik skli komen ko bro..yg tu boleh jadikan idea utk entri seterusnya..hehee
wah terbaik bro…thanks for tips
Tapi kadang2 blur gak.. last-last buat entri yang agak emosi dan tiada info.. huhuhuhuhu
@zool, ramai kot mcm tu.ada idea tp blur nak terjemahkan…entri yg emo tu kdg2 pembaca x bpe nak suka…huhu
@azizan4444, tapi tgk gak.. kadang2 emo tu ramai yg bagi komen. kena tgk camne blogger tu luahkan emo.. takdelah direct maki hamun je.. kena ada teknik tu…
thanks jan…sngguh teruja…aku cuba buat tapi aku ni bukannya pandai tulis…takpela…dgn adanya tips ni…newbie2 cam aku pasti merasa gembira…thanks
@mario, eleh rio.. blah la.. buat2 newbie plak.. hahha.. rio.. ajar aku tips banyak2.. boleh lawan jan nanti… hahha..
@Cha’on, rio berblog sebelum aku main blog lg kot..aku xtaw la nape die suka ckp mcmtu…ekeekee..pakar seo tuh…:)
@mario, welkam bro..kalau ko baca entri aku mesti faham apa yg aku maksudkan..nak terjemah semua tu bkn sahaja memalui penulisan..boleh jgk bt dlm bentuk lain.contoh dlm video..ataupun melalui lakaran gambar2..bukan alasan kalau tak reti menulis..yg penting kreatif,hehe….
Makn banyak tips pasal blog ni?
Boleh jadi sifu ni. Hehehehehehe….
pada pendapat saya membaca merupakan element terpenting dalam mencari idea dalam penulisan blog ini, cuma kadang2 idea tu tertinggal sekerat jalan, sebab tiada kebolehan nak olah idea2 berikut, cara mudah ramai yang copy and paste..
moga tips yang diberikan dapat diguna pakai sebagai jalan, atau tips yang membolehkan blogger2 mencari idea dan menulis dgn lebih kreatif lagi..
@ejum, thanks bro utk komen menarik ni..membaca mmg cara terbaik…tp cara ni adalah berkisarkan kehidupan kita seharian tanpa internet..:)
betul..betul…betulll…saya terlalu byk nak cerita cuma takde masa plak nak berblog….ni dah abis pulun kasi dua hari sekali update..sebab internet slow……
(((
@mizzura, antara cabaran dan halangan hidup seorang blogger.kekangan masa da masalah internet..mmg kena sabar bila hadapi masalah ni..
memang padan dgn ko skrg
asyik update je
bagus3
hehehehe
komen yang berbentuk spam dan tidak berdasarkan entri akan di delete..semoga kawan-kawan faham. harap maaf dan terima kasih dengan kerjasama anda..:)
ganah demo boh..kawe tabik ko demo..esk EPL, ready doh ko team fantasy? haha
@x-po, ganah mcmne mne tu boh?hehe..thank boh komen..fantasy tu x ubah lg..ada sari lg masa nk ubah2..huhu
Menarik Bro.. Sangat menarik dengan adanya tips ini.. insyaAllah boleh di praktikkan
@ProfHariz, harap membantu bro..thanks komen:)
Banyak sumbar-sumber untuk mencari idea nie.. kadang-kadang bila kita buat sesuatu sebagai contoh tgk berita.. memang banyak info yang kita dapat.. Tapi bergantung juga kepada penulis sama ada mahu menulis ataupun tidak.. ingin mengolah dengan isu yang diberikan ataupun sekadar membiarkan sahaja..
ps- aku terspam weh.. hahha..
@Cha’on, komen menarik bro.setuju dgn komen ko.semuanya terpulang pada kita, smada mahu atau tidak menggunakan kelebihan tu
ps:ni bukan komen spam bro.tp mcm ulang balik entri tuh..hahaha..lg bgs klu ko kongsi cara ko dptkan idea nak updte blog:)
cakap pasal epl lupa plak kawe nak edit dream team kawe. hehe…tips yang menarik bro.
@mohdisa, tu la psl kan..edit jgn x edit..moga sukses jgk main bnda tu.bkn blogging je..:).
thanks komen bro…
mantap.. biasanya kalau kita berkumpul sama-sama..boleh dapat idea untuk nak submit entri baru nie… hurm.. perkongsian yang menarik nie bro… banyak kena buat analisis nie.. kalau nak mengharapkan topik2 hangat pun susah jugak.. sebab kekangan nak access internet tuh jadi penghalang kadang2.
Thank bro…tips berguna skali..dpatlah memcahkan kebuntuan takde idea
”Tiada alasan untuk anda tidak update blog dengan menyatakan takde idea”.
Betul tu, tiada lagi alasan selepas ni..
bg saya: bila byk b’imaginasi, b’fikir @ berangan, pasti akan ada sahaja idea yg dtg.. hmm.. betul tak? ..
salam bro
betul semua cara yang ko bagitahu tu
idea pun kadang-kadang datang tanpa di duga kan =)
wah.. satu entri yang menarik.. pandai ar bro ni ulas.. suka2.. hehe.. keep it up ok?
hmmm….idea tak datang kalau dalam kepala tengah sarat pk pasal keje..huhuhuhu….lagi bila kesuntukan masa…
papepun, biasanya idea tu datang kalau ada benda menarik nk di share bersama pembaca…
nice tips ! shiyda kdg2 xde idea gak nk update blog ni . hehe
Idea banyak sebenarnya..cuma perlu dikembangkan
Salam Azizan..
tapi kadang-kala diriku jua
kehilangan idea nak menulis
almaklumlah kesibukan kerja
yang kadang menyebabkan idea
yang tiba hilang begitu sahaja
mang xder idea nk wat entry blog..dan kalo ade idea pon malas nk taip kn der mood gak..time rajin idea xder..time malas idea banyk cam ner? huhuhu =.=
ske hati ah blog aku bukan blog ko! hahahah
ayat kerek siot. tapikan, cara ni cara yang berkesan nak pastikan blog sentiasa diupdate.serius.
steady tu, semuanya boleh diupdate ke dalam blog ikut kreativiti masing-masing…patut lah aku notice blog ni memang update steadily je sekarang ni
yup..betul tuh kata tuan tanah. byk benda yg boleh di jadikan idea tapi nape bleh ketandusan idea jugak eh..hehe…
p/s : cantik theme nih.
Kalau lawat blog-blog lain, idea mesti datang mecurah-curah lagi =)
brmcm2 sumber sbnarnya kte nk dpt idea ni. bgus ko ni bro. pndai godek2. hee. ouh ya smkin hari smkin rajin ko update?. hahaha. xbz plk ke skng ni?.
@acapz, dia tak bz..aku je..haha…
@syahrilhafiz, haha. sme la kte bro. hee. cuti pon bnyk bnda nk kne setel. lawl. grm je. haha
@acapz, ha ah nampaknya macam tu la..
ala buat je, dapat pahala…wakaka
@syahrilhafiz, hee. btul bro. ingt ayt bro. sme2 menuju kebaikan. hahaha!. auww
idea memang banyak sebenarnya, tapi nak tulis bagi jadi best dan menarik tue yang kadang2 sangkut..tapi alah bisa tegal biasa, bila dah biasa buat, takde masalah sangat…hehe
satu kupasan yang mnrik shbat.. sesekli kena jeguk dil luar kotak fikiran gak supaya akan ada idea yanb garu datang menyusul hee
memang aku pun ingat nak nak target 2 hari 1 entri..kalau biar lama2, macam terbiar lak.. reader pun ingat blog daht terbiar..tak update..so boleh hilang minat reader..
tu la..nak update kena mantap point of view..
kalau tak melalut je, borink gak..
tapi entri bro sama macam ak fikirkan sekarang..
semua perkara di sekeliling kita boleh dijadikan persoalan..
so dari persoalan tu kita cuba cungkil apa yang patut dikongsi…yeahh…
tips yang menarik ni…
kadang idea banyak, nak kembangkan pun xda masalah..
dah siap tulis entri.. tapi biasa aku baca sebelum publish.. masa baca tu lah tetiba pula terfikir, “eh, mungkin ni dah ada orang pernah tulis. “… “Aku tulis macam ni nanti orang kecik hati”.. “Aku ni asyik2 tulis pasal ni, orang kata mcm xda idea lain”. Itulah antara kekangan masa menulis entri..
bro ada idea tak mcm mana nak atasi tu semua? thanks in advance bro..
nk dptkan idea entri blog??mudah saja..buat entri plagiat..wakakakakakaka
sharing is caring
idea nak tulis ada ja tapi kenkadang terlupa
nice sharing~ camni upenye cara2 encik A4 kite korek idea tulis entry ye kikiki
@ieQa sWetLuv, lbh krang mcm tu la..korek selagi terdaya..hehe
kadang2 idea tu datang sekali jer ,terus boleh buat artikel..ada gak wat research dulu..thanks tips nih Zan..
@Nine, klu bab yg melibatkn isu ensitif atau agama..research tu penting..takut terslh fakta kan..welcome bro..
menarik bro.. tips yg patut diaplikasikan oleh para blogger mcm aku ni.
@Azizwan, harap membantu bro..bro bila dah tulis entri mantap.tp nk berupdte je susah..mgkin bro lebih fokus blog lain kot.hehe..
Aku idea berlambak tetapi tak reti nak menulis. Mungkin kena cuba praktikkan nasihat ko dengan sentiasa update blog setiap hari kan.
Thanks for the sharing. Peace!
@Mohd Shahrul Hafizi, banyak kali aku dgr alasan dorg x reti menulis tp idea ada..hehe..sebenarnya x tahu nak olah je kot..lps ni klu ada mase aku kasik entri camne nak kembangkan idea..huhu
@azizan4444, bukan tak tahu nak olah. Tapi tak tahu nak mula. Ok. Ko buat tau entri macam tu. Nak sangat tahu tips nya.
Thanks bro.
Memang bagus idea tu, lihat persekitaran, tv, radio. thanks ya kerna bagi saya idea yang menarik..
@Blog Hairul, welkam bro..harap membantu..hehe
as I expected from you bro..entri yang sangat berguna..thanks..hehe
Kalo aku, time idea datang ni tak tentu masa. Tapi bila ada idea, catitkan dulu, pastu buat draft kemudian bila masa yang sesuai baru publish kat blogs
idea dan tips yang bernas…
selalu praktik kan cara2 di ats..huhu. berkesan…
kdg2 mmg de topik nak buat entry, tapi masa dan malas sama naik dengan topik entry.. huhuh… nyway, thanks utk tips ini..
sempoi tips ni..macam aku lak, time idea datang tu, cepat-cepat aku tulis dalam note aku. supaya tak lupa. selalunya waktu aku kerja la. depan komputer baru aku kembangkan idea tu. aku setuju idea ko zan, kalau dah dapat 1 keyword tu, memang senang nak buat entry
Salam..gud tips bro..thanks 4 sharing:)