Blogger + Duit = Politik

by azizan4444 on April 28, 2010

awek cun

Sudah menjadi kebiasaan pada saya. Selepas subuh, benda pertama yang akan dibuat ialah melayari akhbar online dengan harapan ada berita yang betul betul boleh membuatkan diri saya berfikir. Seperti yang dijangka, dan anda sendiri sudah pasti tahu berita yang akan menjadi tajuk utama bagi Metro online setiap hari. Kisah seorang remaja berusia 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi semalam antara tiga topik utama di Metro.

Berlainan pula dengan Berita Harian online yang lebih ke arah cerita politik sebagai topik utama. Belum pun reda kisah di Hulu Selangor, kini Sibu pula menjadi perhatian umum terutama bagi mereka pemerhati dan penganalisis politik. 16 Mei, rakyat Sibu akan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir kawasan tersebut. Hari ini genap seminggu kampung saya terputus bekalan air. Mungkin dengan adanya pilihanraya seperti berikut barulah masalah ini akan selesai? Perumpamaan.

Bila bercakap tentang politik, tentang pilihanraya mungkin sesetengah pihak atau individu akan mengaitkannya dengan isu duit. Isu beli undi. Tetapi itu bukan minat saya untuk menulis dalam entri kali ini. Penulisan kali ini adalah mengenai dunia blog sendiri. Mungkin bagi saya, orang baru dalam dunia blogging perlu belajar lagi tentang selok belok mengenai blogging.

Apa yang saya ingin fokuskan ialah blogger + duit = politik. Anda faham apa yang dimaksudkan dengan persamaan tersebut? Semua orang tahu apa maksud blogger. Mereka yang menulis blog. Duit pula adalah matawang yang mempunyai nilai dalam urusan jual beli. Untuk definisi penuh mungkin boleh rujuk di sini. Politik anda boleh search melalui google.

Apa yang nak diperkatakan dalam entri ini sebenarnya ialah, melalui permerhatian saya yang juga seorang blogger kebanyakan blogger sekarang dan untuk lebih spesifik blogger baru lebih tertumpu kepada duit. Untuk naik dan popular dalam masa yang singkat mereka banyak menggunakan kelebihan ini, iaitu duit. Dengan membuat sebanyak mungkin kontes dengan menawarkan duit. Mungkin ini adalah salah satu terbaik untuk menarik trafik dan mendapat kenalan kenalan baru. Tetapi relevankah cara ini?

Selain duit, dengan menulis dan membuat entri yang berunsurkan untuk menjatuhkan sesetengah blogger lain juga boleh dikait rapatkan dalam dunia politik. Zaman sekarang, semua perkara adalah berkait rapat sekiranya kita memerhati sesuatu perkara dengan betul. Mungkin ada baik dan buruknya mengapa perkara seperti ini sering dilakukan. Saya yakin anda semua yang memang pakar dalam bidang ini pasti punya pendapat tersendiri bila bercakap tentang perkara ini.

ps ; sesiapa yang buat kontes jangan lupa bagitahu. haha!

pss ; pendapat yang bernas diperlukan bukan komen hentam individu lain.

{ 63 comments… read them below or add one }

Bro Framestone April 28, 2010 at 8:19 am

contest..???

mybe nnt kot..pe2 bro roger kat twitter ek he..23x

politik ada je kat mane2… even kat kedai kopi he..23x

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 5:45 am

@Bro Framestone, xde hal bro..klu kontes di dalam kepakaran gwe.akn sertai jgk kontes tu..hehehe

kedai kopi tempat no 2 kot lps parlimen org bahas isu politik..tp tu gologan rakyat la..hehehe

Reply

fatint April 28, 2010 at 8:43 am

mungkin adalah sedikit kaitan antara blogging & politik ni..
tapi, semuanya terpulang kepada individu jugak..
kalau berblogging dengan niat yang baik, orang akan suka kalau tak, sebaliknyalah ;)

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 5:46 am

@fatint, semuanya bergntung pada niat la kan..tp niat org susah kite nak baca..hoho…

Reply

x-po April 28, 2010 at 8:44 am

kawe ingt nk jd wakil rakyat la..nk tubuhkan parti x-po

Reply

jejari April 28, 2010 at 12:51 pm

@x-po, nnti wat expo hari-hari ye..mmg best…da tak payah g mall..sy akn sukung parti kamoo

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 5:49 am

@x-po, demo hok pling berani..keyakinan diri tu kuat..klu demo tubuh parti..agak2 parti kompenan mne demo masuk?

Reply

zik April 29, 2010 at 7:40 pm

@azizan4444, aku nak jadi assistant parti xpo…. sila pangkah lah ya!!

Reply

Mashi May 2, 2010 at 1:51 am

@x-po, Mashi jadi pong-pong xpo :P

Reply

kodok hijau April 28, 2010 at 9:14 am

mungkin buat kontest satu cara menarik ramai minat masuk blog mereka .. tapi …blog politik yang paling banyak org masuk, macam mso melayu, wartamaya

Reply

Hafiz Mohd April 28, 2010 at 11:14 am

ermmm.. betul3.. ade jugak org yg blogging gara nak dptkan $$$. sebenarnya diaorang x tau selain buat menulis blog byk lagi cara buat duit online kan?

p/s: kalau aku buat kontest ko nak masuk ke? hehehe

Reply

mieran April 28, 2010 at 11:22 am

bro ko minat politik ek..huhuhu..blh jadi wakil rakyat ni :)

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 5:51 am

@mieran, aku x mnt politik..tp aku mnt tgk bile org berdebat psl politik..cmne tu?hoho

Reply

Thoha April 28, 2010 at 11:42 am

hebat bro zizan kalo bercakap pasal politik ni..saya sokong bro..hehe

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 5:55 am

@Thoha, hoho..xde isu politik pon bro..selingan je..hehe

Reply

Pisyek April 28, 2010 at 11:45 am

blogging = hobi sampingan je…

XD

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 5:53 am

@Pisyek, mungkin bg kite hobi la kn..tp sesetgh mmg nk buat duit dgn blogger,,klu tdk,xde la fulltime blogger.hehe

mslh skng yg bru berblog..nk trk trffc dgn kelebihan duit..mmg besh la bnyk duit ni..hahaa

Reply

Ramdzi April 28, 2010 at 12:28 pm

metro ni kurang politik sikit. kalau berita harian & utusan, mmg hari2 lapor pasal politik. huhuhu..

Reply

etomyam April 28, 2010 at 12:29 pm

ikut apa yg saya baca, ada blogger yang dibayar untuk hasilkan blog politik berdasarkan kepentingan perjuangan masing-masing

Reply

Wan Perlis April 28, 2010 at 12:51 pm

tak amik port pasal politik
apa kata hang vote utk aku contest ariffshah tu.hehe

Reply

jejari April 28, 2010 at 1:00 pm

hahaha..kenapa cam ‘terasa’ ek bile baca entry nih….hahaha…

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 5:58 am

@jejari, terasa?knpa plk ni..hoho…

Reply

jejari April 29, 2010 at 6:08 am

@azizan4444, tadi baca masa mood tengah tak okay kot…. sekian dr saya.

Reply

suri April 28, 2010 at 1:06 pm

blog sekadar meluahkan isi ilmu yang ada.manakala wet palak kalu ada kelebihan diri pasti ada kemahuan utk jana duit mlalui blog dgn lbh lumayan lgi..politik.huhu..no komen..jenuh dgn perang..kematian, rasuh..huhu..

Reply

Nurul April 28, 2010 at 1:58 pm

blog tmpt nurul cari pakwe atau skandal2..kahkah. buat ms skrg ni baru dpt sorang. :P wekkk

Reply

Nina' April 28, 2010 at 2:25 pm

blog ialah blog…

mencari duit menggunakan blog pun dikira satu alternatif mencari rezeki… kesemua kontes yg dianjurkan juge merupakan salah satu strategi pemasaran. iaitu promosi.. jadi itu pun kira tujuan buat blog juge smbil2 mencari keseronokan.

[asal politik itu.. siapa bijak.. dia la yg akan berjaya,.. hehehe

Reply

din April 28, 2010 at 2:39 pm

eh wat kontest pon xleh ke..hihi..bg aku xslh pon sbb kire cam dorg wat kontest pon bkn xda bg hdiahkan..kire win2 la..org bersedekah kita terimala..hihi..

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 6:00 am

@din, hoho..ko x phm mksd entri tu bro..kontes mmg x slh..mksd kt cni kbnykan blogger baru bnyk guna duit utk naik dgn cpt..hahaha..mmg besh la kn kontes hadiah mhl2..tp pe guna klu entri kosong je..baik bt blog kontes trs kot lg ok..hahahaa

Reply

ohmalaysia.com April 28, 2010 at 3:53 pm

aku akan buat kontest pada 26 Disember 2010 sempena ulangtahun Oh Malaysia yang pertama…

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 6:02 am

@ohmalaysia.com, pasti mnrik tu bro…tp lme lg la kn tggu..hehehe

Reply

acapz April 28, 2010 at 5:57 pm

kalu ko tulis pasal politik kn bro. mesti hebt. gaya penulisan mcm bro tu. haha

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 6:03 am

@acapz, mne de tulis psl politik bro..kias je bnyk.hahaha…gaya penulisan mcm bro?konpius d ctu..lol;p

Reply

faizal April 28, 2010 at 9:30 pm

aku blog saja2 seronok. saja nak cari member+ nak bagitau orng….duit????kalu nak harapkan berblog nak kaya, memang tak kaya la aku, traffic pun sikit je….hahahaha

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 6:05 am

@faizal, klu blog personal..mmg jarang kot org serius nk buat duit..nak buat duit kn ad niche baik..kecuali la org tu popular mcm artis..ley la nk bt dgn blog personal kn…trffc xyah ckp la..sme2 skit..hahaa

Reply

Flying Pixel April 28, 2010 at 10:11 pm

aku pon ade wat contest

service pon ade

berminat meh la dtg blog :)

http://www.flying-pixel.com

Reply

mancai April 28, 2010 at 11:15 pm

bab politik ramai yang minat nak jengah dan perati je pun ada… kekadang saja yang suka mencari idea untuk berdebat kat kedai kopi… tapi isu politik dari zaman kewujudan manusia sampai sekarang memang tak akan reda rujuk kat mana tempat dan bidang sekalipun… makin hebat dan makin tonggang langgang dengan pelbagai kerenah… sampai kalau digabungkan tak tau pihak mana yang betul… sudahnya ah lantak lah korang (bahasa kasar)… jadi itulah asam garam yang memang kita kena hadapi… sekadar pendapat…

Reply

wazy April 28, 2010 at 11:39 pm

blogging untuk suka-suka,tapi kene la ikut peraturan dia

Reply

eiyda April 29, 2010 at 12:34 am

blogging hanye untuk isi ms lapang..xtau langsung hal politik..huhu…rs smua tu hipokrit+kerana duit semata2…huhuhu

Reply

Anarm April 29, 2010 at 1:21 am

blog politik aku tak layan.. otak aku takde masa nk pikir2 politik.. dh la kt opis dh penuh politik.. aku perlukan rehat..

Reply

arieza April 29, 2010 at 1:23 am

argh benci! dh bitau dh kita ada buat contest. dok bg alasan mario ada lg byk gmbr hangit hahaha senget!

Reply

azizan4444 April 29, 2010 at 6:12 am

@arieza, mario join x?die suke join kontes..tp yg giveaway je kot..men tampal2 banner lps tu luck draw..klu yg kn mnulis jrg jgk tgk die join..hahaha

Reply

arieza April 30, 2010 at 7:48 am

@azizan4444, tu la pasal! mario tu nk yg jackpot2 je huhuhuh yg tulis2 ni dia jarang suke hehehehehe yg oh kunci dlu pun, payah huhuhu…
jijan plak cpt la tunjuk bakat!!!

Reply

arieza April 29, 2010 at 1:25 am

oh actually arieza buat contest sbb malas nk buat entry baru.. haha sbb klu ada sticky entry pasal kontest, xyah fikir nk buat entry baru2 hahah sbb entry tu sentiasa running..

la ni tgh bz amat dgn exam & kelas kt hospital2 yg semakin jauh.. nk menaip entry pun dh jd keras tgn huhuhu..

Reply

ieQa sWetLuv April 29, 2010 at 2:36 am

hurm susah da zaman now ni banyak manusia buta kerana duit semata2..huh~

Reply

bh April 29, 2010 at 3:08 am

politik kepartian tu sangat bosan..die je yg btol..tapi ade blog yang atas pagar and diorang ade idea yg sangat menarik=)

Reply

mokteh April 29, 2010 at 3:36 am

blogger memang boleh buat duit dengan isu2 politik
tp aku kurang gemar cara ni
ibarat mengambil kesempatan dalam kesempitan
tak membantu mana2 pihak pun (selain the blogger itself)

Reply

zik April 29, 2010 at 7:43 pm

hidup perlukan politik… tanpa politik lumpuh lah negara… boleh macam tuh statement??

Reply

Chutra Padi April 30, 2010 at 2:44 am

Aku ingat nak buat kontest bagi benda-benda yang lebih mencabar la jijan. Contohnya awek ke. Aku bukannya suka sangat politik wang ni. Politik gadis boleh la tahan kan.

Reply

uncle April 30, 2010 at 4:35 pm

politik gadis wakakakak enchek cutra padi..ko punya jiwa macam uncle punya jiwa sama looooo

Reply

jard April 30, 2010 at 10:26 pm

kamu tak buat kontes ke? eehehe.. mo join

Reply

Cha'on May 1, 2010 at 2:05 am

zaman sekarang zizan.. duit penting bagi semua orang.. tak kisah la blogger ke sape ke.. semua nak duit.. dengan cara berblog nie pun boleh cari dengan dapat duit.. tue depands ar kat indvidu..

p/s: baru sempat nak baca.. hehhe..

Reply

imran May 1, 2010 at 8:52 am

Standard la berblog untuk dapat duit. Tapi jangan jadikan tujuan utama :D

Reply

ayue aishah May 1, 2010 at 4:24 pm

blogger + duit = politik

hehehehe…. ade equation plak ek..

blogging mengisi mase sajek! suke-suke..
klu dpt duit alhamdulillah.. xdpt jgn bising2..
hehehehe..

Reply

wanwma May 1, 2010 at 5:23 pm

aku amat susah untuk membaca akhbar samada offline ataupun online..patut la tersekat jer minda..huhu..

Reply

Mr.Z May 1, 2010 at 11:36 pm

tak abis2 dengan politik sekarang ni..bosan pun ada..haha

Reply

kulanz May 2, 2010 at 12:39 am

kalau setakat blogger buat contest tu tak kisah, tu bagus walaupun kena korbankan sedikit duit utk tarik trafik. Tapi kalau cerita kisah politik atau entri yg memburukkan tu mmg tak bagus, walaupun dibayar utk bercerita pasal tu..

Reply

Nine May 2, 2010 at 2:29 pm

aku kurang gemar blog politik walaupun aku minat gak amik tahu pasal politik ni..terpulang pada individu masing2..sebab aku tak suka yang berat sebelah je…

la nih aku lebih suka blog pasal konspirasi org2 Yahudi terhadap org Islam..macam ibnuyaacob dot com tu..kewujudan Dajjal..lagi best baca dari baca blog politik..

Reply

Mr.Bintang May 2, 2010 at 7:33 pm

first time aku buat blog dulu x terpikir nak cari duit ke.. populariti ke.. smua tu x terniat pun.. cuma sekadar suka² disamping nak tolong orang… tetiba aku diperkenalkan dengan nuffnang.. kat situ secara perlahan² niat td dah berubah.. huuuu~

pssst.. blogging = tmpt cari jodoh.. :P

Reply

marki May 3, 2010 at 12:25 am

ada blogger yang kena bayar 4 juta nk jatuhkan pak lah..pergh..betul ke tu??

Reply

fiezaradzi May 3, 2010 at 12:54 pm

wah.. bro azizan dah tanya kontest nih.. nak masuk kontest plk ye..

Reply

apiih May 4, 2010 at 3:48 pm

errkk..kawe budok kecik ag,tok sesuai utk msk politik..saya sokong TNB..ahaha..apekah??

Reply

paeh May 7, 2010 at 3:53 pm

aku tak pernah buat contest

aku tarik trafik guna SEO

aku tarik trafik guna bookmarker kat bwh entri aku dgn gengblogger.

=)

Reply

Captain May 11, 2010 at 5:36 am

nantikan kemunculan contest aku dalam waktu terdekat nie.. ko wajib join tau.. kalau tak,, putus kaseh.. wakakaka~

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: