
Sampai je depan rumah, tengok keadaan gelap semacam je. “Mak, pasaipa blackout ni?, tanye gwe”. Chik ingat mak ni kerja TNB ke? Hihi! Gwe gelak. Cipika cipiki untuk ibu. TNB kalau buat kerja memang selalu macamni ye, nak tunggu tengah malam baru nak baiki. Elaun lebih kot kerja malam. Tengah lepak lepas main futsal sambil perkena 100 plus, terima satu sms. Chik, lusa 9hb Mei hari ibu. “Ko nak kasik apa tahun ni untuk ibu? Akak rasa nak bagi handbag la.” Ntah la kaka, tahun lepas aku bagi tudung. Tahun ni rasa nak bagi yang lebih special la untuk ibu. Saya nak bawak calon isteri jumpa ibu. Yes! “Mak ai! da cukup jantan ke ko ni chik? bajet cukup tak?, tanya kaka.” Cakap pasal bajet kaka la support dari belakang. Hehe! Tuan tuan, berapa belanja yang anda perlukan? 10 ribu? 20 ribu? Rata rata mengatakan seseorang lelaki bujang/teruna/duda memerlukan 20 ribu untuk perkahwinan mereka. Pada kebiasaannya, lelaki akan berkahwin pada umur 27 tahun dan perempuan pula dalam lingkungan umur 25 tahun. Bila cakap pasal belanja kahwin. Kalau sebelah perempuan, perlu ke pihak lelaki yang tanggung? Pada pendapat saya, hantaran termasuk dalam belanja kahwin. Sekiranya hantaran 20 ribu, maknanya separuh dari hantaran tersebut akan digunakan untuk majlis kahwin sebelah pihak perempuan. Kebanyakannya berlaku di kalangan orang melayu kita disebabkan nilai hantaran sekarang sangat tinggi. Ini pendapat saya. Pendapat tuan puan? Adakah ia hanya terletak di bahu pihak lelaki sahaja? Bagi lelaki pula, sekiranya tuan tuan graduate pada usia 22 tahun. Jadi anda memerlukan masa lima tahun untuk mengumpul duit sebanyak 20 ribu. Berpakah nilai yang perlu tuan tuan simpan untuk setahun? Jika dikira ianya empat ribu setahun. Jika setahun empat ribu? Dalam bulan? Anggaran sekitar dalam RM300. Cuba bayangkan gaji anda sekarang sekitar RM1500. RM300 untuk simpanan kahwin. Selebihnya untuk makan, kereta, mungkin rumah sewa. Dan yang pasti untuk mak ayah dekat kampung. Belum lagi dikira belanja sampingan lain termasuk bil astro dan juga internet. Tuan tuan rasa cukupkah dengan gaji RM1500 sebulan untuk capai RM20 ribu dalam masa lima tahun? Bila cakap pasal kahwin, senang je kita fikir dan sentiasa ambil mudah. Tetapi hakikat sebenar sebuah perkahwinan adalah seperti di atas. Mak, dalam simpanan RM 5 ribu pun tak sampai lagi ni. Macamane ni? Hehe! Selamat hari ibu buat emak ku tersayang dari kami anak anakmu yang tercinta. Juga buat semua ibu di dunia termasuk para ibu yang senang membaca entri ini.:) Gambar : raykinzoku.fotopages.com
{ 79 comments… read them below or add one }
Next Comments →
belanja ikut kemampuan la jan… bergantung pada hantaran…bergantung pada pak mak mertua camane…tapi biasa kalu tujuan baik…InsyaAllah akan dipermudahkan…
selamat pengantin baru jan..ekeke bila agak2 ko nak kawin jan…rugi ooo lambat2…
errr….tapi g cari keje dulu weh…haha
jgn mara jan…ko tu kalu aku komen asik nak sensitip je…huhu
@mario, pergh..org berpengalamn memberi komen..mmg btol jgk pe ko kate tu bro..mak paka mentua main peranan penting jgk..tp jgn mahal2 suda.jd anak dara tua plk kan ank mereka..
mcm la ko x knl aku..suke usik ko weh….hahaha..selamat hari bapa rio..tp lmbt lg la..aku wish awl2.ok la kn?hehehe..
ps:keje x bpe besh la..ad je ni..hahahaa
@azizan4444, zaman skang ni mmg dah jadi lumrah la jan. Kos hantaran mmg ala2 setaraf artis gitu. Otai kite kat atas tu da lepas… yang sengsara kite2 ni jan… haha
@yusenze, yg aku pelik..artis hantaran mahal..tp pisah cerai senang je..taw la semua org taja..
ko da ada calon ke?hahaha
Kos barang hantaran = (+)(-) RM5000
Upah Mak Andam = (+)(-) RM2000
Jurufoto = (+)(-) RM 2000
Upah lain2 = (+)(-) RM2500
Support belanja (kos hidangan bla.. bla..) = (+)(-) RM3000
Hantaran = (Paling cikai skang) RM8000 serba 1
Banyak lagi ni klu nak senarai…
adeh… r lu pk lah sendiri… bape agak2 kos sebenar… haha
@yusenze, uishh..ko pakai jurufoto artis ker smpai RM2k? mana bleh berjimat, berjimat la…dlm RM500 pun bleh dpt jurufoto yg bagus.
@yusenze, aku buat konklusi..kos sebenar ialah cinta ko pada die..yg mahal2 kt atas tu mengarut je..hahahaa
@yusenze,
uiks awat mahal bebenor bajet tuh???
sy bru je lps balik dari knduri sepupu saya kt kelantan
kos pelamin+mak andam+ 5 persalinan baju+ photographer baru Rm 2K
ermm xslh yg len2 pn xde la sbyk tuuu huhu
banyak kena berkorban kalau nak kahwin nieh… mcmana pun kena berusaha la.. erm.. kalau zul, perempuan support 15% pun dah ok skit.. bagi kenal sama kenal la…
@Zul, btol tu zul..yg penting pasangan nak kawen tu kena pndai handle..klu hrp mak bapak..mungkin tggi skit kot…
abg aku kata kena ada atleast 15K dalam tangan…hehe, jd perempuan gak yg bagus
@cik jejari, ok la tu..15k pon da kire meriah..hehe
pasaipa jd perempuan besh ek?bkn ke laki tu jgk yg nak tggung die nanti..duit abes bnyk die jgk susah lps kawen..hehe
kalo bawah 10 k ke bawah leh tahan lg..kalo sapa 20 30 k ohoi..mari meniaga anak la jawab die
@mijae, btol tu boh..kalau ad calon molek bt cepat2..lame2 makin naik harga.ko susah,,
wah mahalnye 20ribu nak kena bg kt pmpuan (termasuk htnran + blnja kenduri kawen)
ish kita ckp kt incik bofwen kita 10k je, tu la duit hntrn tu la dui kenduri kot. huhuhu. 20k tu dh melampau.. ish ish. kesian kat bakal suami.
nnt dh kawen, lg byk kot nk pakai duit. baik simpan utk after kawen. lg baik dr hbskn kt kenduri semata2.
just my 2 cents.
@arieza, well, nowadays thats the fact arieza… ko jgn letak tggi2 lak time aku meminang nanti… wakaka~~~
@yusenze, hahah klu ko., aku triple kan je :p boleh? hehehe
@arieza, setuju..nanti korang nak hidup same..nak pakai duit..bnyk benda lagi nak beli…mahal2,ahai..lu pk la sndri..haha
selalunya lelaki y tanggung..mcm bro ckp la..20ribu tmasuk dgn hantaran sblah prempuan…kenduri segala dgn duit tue la..:)..tp bg piya pihak pmpn pon kna topup jga ..sama2 tlg kan..xda la sentap sgt pihal lelaki..ihhihih..
islam memudahkan perkahwinan dan pnikah..tapi manusia sendiri y jadikan dia rumit..:)
ehem..nk kawen da ke jijan? jgn luper antar kad ye..ehehe
pperggh…20 ghibu tu mcm artis je…
mcm kata arize, baik simpan duit utk after kawen..
dah bergolok gadai segalanya masa majlis kawen apa lgi nnt yg tinggal utk lps kawen kn..pttnya, kene ada tolak ansur jugak di pihak perempuan..mak ayah jgn la mcm nak jual anak pulak kan….
hantaran tinggi2 pun buat ape kan..bukan kah Islam menggalakkan kita buat secara sederhana kan..memadai la mencukupi bagi perkahwinan tu.. nak lebih2 pun buat ape kan..membazir je..
kalau kt belah arab lagi tinggi hantarannya sampai saya sendiri terkezut~
aku punya 10 ribu kot. hehe…
salam..
pengiraa yg ko buat tu memang betul. idup now jadi agak sush..
tapi pada aku, kalu dah psangan suka sama suka dan takut jadi benda2 tak baik, kawin je la, soal duit mungkin leh tolerate sikit.yg pntng dpat hindar diri dari benda xbaik and lepas kawin dapat jaga anak ormg, makan, minum n pakaian cukup..
tak nak cerita bab kawin ni. aku tak keje lg
bila sebut hantaran kahwin ni sampai la kepada semua perbelanjaan ketika majlis kahwin,ermm menag betul sampai 20 ribu tu,yang paling sengsara sebelah lelaki la.Tapi kalau rajin kumpul duit aku rasa tak menjadi masalah
@wazy,@azizan4444
ye betul,takde masalah sekiranya kamu kamu ini menyimpan dari awal,dan tak salah jugak bawak berbincang elok2 dengan bakal isteri tu,kalau dah tak dapat diskaun dari mak ayah dia..ajak tong tong la..
susah jugak ni nak kawen
xpe
smangat akan atasi sgla2nya
duit boleh dicari!
ermmm
barang sekarang mahal..
elok kije same2.. simpan duit same2…
baru la kawen same2…
.. x yah la meriah…
..cadang x mau bersanding.. just nikah ngan kenduri kesyukuran je…hehehe
orang pmpn skrg byk yg demand..skurang2nya nk hantaran 10k..mampus aku
@x-po, cepat kumpul duit nak kawen..hehheee.. lau kawen dgn cikgu gak, lagi mahal kot..huhu
kalo saya lah kan…mak ayah xpernah nk tetapkan berapa wang hantaran, belanje dan sebagainyer.dulu2 akak2 ms kawen..abh cakap..ikut kemampuan..kalo duit xbanyk wat simple2..kalo duit banyk pon, wat simple2 gak..sebab dalam pe2 hal2 pon, sederhana tu paling baik..paling Allah suke.xperlu nk grand2..buang duit jek, membazir.org cakap paling2 koman skang ni 10K kot.tu xtermasuk belanje kendri pe smua kan..pendek kata kalo xder 20-30 k jgn kawen..huhu..
yang penting selepas menempuh alam perkahwinan,kepala jangan serabut fikir pasal hutang
mahalnyo hantaran sampai rm20 ribu nah..tak sanggup sero nak kahwin..hehe
kagum dengan hantaran zaman sekarang ni..semua main puluhan ribu jer…zaman aku dulu thn 2001 cuma 5k je hehehe..
nampak gaya kena personal loan ‘bank rakyat’ le kot bgi yg tak cukup bajet…sebab tu ada term ‘anak bank rakyat’ esp kpd anak-anak sulung, loan tak habis bayar lagi tu hehehe
@etomyam, betul.. sbb terpengaruh kot tgk artis2 punya hantaran ribu riban tahap cipan..
Sebab tu kena prepare awal-awal. Tapi belanja kahwin sekarang memang mahal. Mungkin itu salah satu sebab kes zina semakin berleluasa. Ibu bapa pihak perempuan juga memainkan peranan.
Zaman saya kahwin dulu. Pihak keluarga perempuan tidak menentukan berapakah belanjanya. Semuanya terpulang pada kemampuan pihak lelaki. Alhamdulillah, untung dapat keluarga begitu.
kalau macam kakak2 aku dulu, belanja kawen takde la harap totally pada hantaran
sebab macam kat johor ni kalau jemputan datang ada hulur2 duit kat tuan rumah (kira cam derma la)
aku taktau la negeri lain macam ni gak ke tak…
so bile total up duit2 yang org2 hulur sampai ribu riban gak la
boleh la cover duit belanja majlis….
Salam.
Nak kawin sekarang mudah je. Boleh buat loan kat bank.
Pastu sampai beranak cucu tak habis bayar lagi.
hehe.
Terima kasih
Bank pilihan rakyat ada..hehehhee …
p/s: tgh mengikat perut tuk tabung kawen neh.. haduss..
adooi… baru ada berapa sangatla simpan sekrang nie…. takpe orang lelaki standard lambat lagi kahwin nie… master planning kena betul2 kena prepare…
bajet lepas kawen pon kena ambil kira jugak yer.
zaman sekarang ni, ekonomi tak menentu.
kalau suka sama suka 10k tu dah kira ok kut zaman skrg..
kalo nak murah lagi pi belah siam la jawabnya…:D
@Nine, tapi kan.. skg ni 10K tu untuk hantaran jer, tak tmasuk kenduri..
belanja kahwin ni bergantung kepada kita sendiri sebenarnya.. kalau kita nak minimumkan pun boleh, nak guna banyak pun boleh..
walaupun belanja kawin mahal…smpai habis keringat mengumpulkannya…tp tetap ada org senang2 jer bercerai berai…huhu
terima kasih.. (sbb saya ibu.. hehee..)
blenja kawen, skg ni tul kot.. dlm 20K.. tapi lau buat kenduri yg tak hebat2, kt kg mungkin kurang kot.. sikit jer la.. sbb tu lau leh, menyimpan dari kecik2.. wpun time tu tak fikir nak kawen lagi kan.. yg belah pompuan lak, bpada2 la.. jgn terlalu ikut org, smpai jadi cam nak jual anak plak.. nak buat pinjaman, seboleh-bolehnya elakkanlah..
Jangan meminjam nanti perkahwinan tak berkat
Buat mana yang mampu Insya Allah ditambahkan rezekinya
Ada banyak lagi..
Sila la dengar para ulama mengulas bab perkahwinan..
bagi Mashi buat kecik2 ikot Islam je kot..
buat doa selamat..
buat pe membazir kan..
hehehe
kekadang bakal pengantin ada yang tak kisah dengan kelengkapan… tapi family ngan sedara mara lak lebih2 nak tambah tu tambah ni…. kekadang ada yang bakal pengantin lebih2 pulak malu kat kekawan katanya… macam2 sekarang ni… kalau diikutkan boleh jimat ya amat… hp sekarang kan dah ada amik je dari hp… edit photoshop leh jadi lawo2 aper… kenduri leh gotong royong ngan keluarga… rumah kat taman2 dah mula buat sekarang dengan adanya persatuan… barang2 persatuan dah sediakan… yang bantu penduduk setempat… barang2 makanan duit persatuan.. kan jimat.. sekadar pendapat
10 ribu cukup tak bro?haha
@farhan, ok la..skng nak kawen at least 6k da ckp kot..nak yg mahal2 tu kena kawen ngn artis la..org taja…hehee
12 tahun dulu masa saya kawin, kos perkhawinan (wang hantaran sahaja & tidak termasuk belanja majlis) dalam RM6K. tp rasanya skrg dah naik double kots..saya siap buat loan dgn majikan utk top-up duit hantaran…
ni yg buat aku takut nak kawin.. takut x leh nak sara anak dara orang..
( knp la mahal sangat? hurmmmmm…………………………
sebulan aku dapat simpan dalam 1k.. insyaallah aku akan jemput ko makan nasi minyak dalam setahun dua agi.. hahaha~
dah nak kawin dah ko jijan?..hehe
@ejum, lmbt lg..27 kn..aku br 19..haha;p
member suri kawin rm3 ribu jer..ok jer..hehehe
kawin jgn tak kawin yop..yang pting calonnya msti baik2 yer.,hehe
hehehehe, sweet la entri ni. hahaha..
nak cari calon suami kat mana eh?
@Nurul, sweet cmne tu ek?:)
soklan tu ley buat berpeluh la nk jawab..susah skit..hehe
nak kahwin pun susah sekarang.Siapa2 nak kahwin kumpul duit banyak2!
Teringat kata2 mr kay
Buat apa belanja mahal2 last nanti anak bini makan timun jek
Last2 perkahwinan bukan menjadi sesuatu yang indah tapi menyeksakan…
aku tak kawin lagi..taktau la..hehe
yg penting kena sederhana dah la
jgn jadi mcm artis nak megah2
adusss..baca komen2 ni wt aku gabra plak..,sket nyer mahal belanje kawen. cmner nk kawen lau gini, aku bab simpan2 duit ni paling susah nk maintain. simpan tp ader je lobang bocor. hehe. umur dh 25 nih..
doakan bisnes aku maju… hahaha. baru boleh kahwin!
wohohoho entry nie eyka teruja ok. hehe. manja sungguh . upss. eyka nak kawin..tapi umur lum 25 lagi.. camane? bajet tu baru ratusan je belum lagi ribuan. btw, camat ari ibu…! hehe
kalu cik adik orang negeri kelate, total 10k pun dah cukup.
insyaAllah.
betul tu pengiraan budjet perkara paling penting…..leh melawat blog yg mnawarkan khidmat mengikut budjet kte…huuu…
Next Comments →
{ 1 trackback }