Berapa Jumlah Belanja (kos) Perkahwinan?

by azizan4444 on May 8, 2010

jejaka kelantan kacak

Sampai je depan rumah, tengok keadaan gelap semacam je. “Mak, pasaipa blackout ni?, tanye gwe”. Chik ingat mak ni kerja TNB ke? Hihi! Gwe gelak. Cipika cipiki untuk ibu. TNB kalau buat kerja memang selalu macamni ye, nak tunggu tengah malam baru nak baiki. Elaun lebih kot kerja malam.

Tengah lepak lepas main futsal sambil perkena 100 plus, terima satu sms. Chik, lusa 9hb Mei hari ibu. “Ko nak kasik apa tahun ni untuk ibu? Akak rasa nak bagi handbag la.” Ntah la kaka, tahun lepas aku bagi tudung. Tahun ni rasa nak bagi yang lebih special la untuk ibu. Saya nak bawak calon isteri jumpa ibu. Yes!

“Mak ai! da cukup jantan ke ko ni chik? bajet cukup tak?, tanya kaka.” Cakap pasal bajet kaka la support dari belakang. Hehe!

Tuan tuan, berapa belanja yang anda perlukan? 10 ribu? 20 ribu? Rata rata mengatakan seseorang lelaki bujang/teruna/duda memerlukan 20 ribu untuk perkahwinan mereka. Pada kebiasaannya, lelaki akan berkahwin pada umur 27 tahun dan perempuan pula dalam lingkungan umur 25 tahun.

Bila cakap pasal belanja kahwin. Kalau sebelah perempuan, perlu ke pihak lelaki yang tanggung? Pada pendapat saya, hantaran termasuk dalam belanja kahwin. Sekiranya hantaran 20 ribu, maknanya separuh dari hantaran tersebut akan digunakan untuk majlis kahwin sebelah pihak perempuan. Kebanyakannya berlaku di kalangan orang melayu kita disebabkan nilai hantaran sekarang sangat tinggi. Ini pendapat saya. Pendapat tuan puan? Adakah ia hanya terletak di bahu pihak lelaki sahaja?

Bagi lelaki pula, sekiranya tuan tuan graduate pada usia 22 tahun. Jadi anda memerlukan masa lima tahun untuk mengumpul duit sebanyak 20 ribu. Berpakah nilai yang perlu tuan tuan simpan untuk setahun? Jika dikira ianya empat ribu setahun.

Jika setahun empat ribu? Dalam bulan? Anggaran sekitar dalam RM300. Cuba bayangkan gaji anda sekarang sekitar RM1500. RM300 untuk simpanan kahwin. Selebihnya untuk makan, kereta, mungkin rumah sewa. Dan yang pasti untuk mak ayah dekat kampung. Belum lagi dikira belanja sampingan lain termasuk bil astro dan juga internet. Tuan tuan rasa cukupkah dengan gaji RM1500 sebulan untuk capai RM20 ribu dalam masa lima tahun?

Bila cakap pasal kahwin, senang je kita fikir dan sentiasa ambil mudah. Tetapi hakikat sebenar sebuah perkahwinan adalah seperti di atas.

Mak, dalam simpanan RM 5 ribu pun tak sampai lagi ni. Macamane ni? Hehe!

Selamat hari ibu buat emak ku tersayang dari kami anak anakmu yang tercinta. Juga buat semua ibu di dunia termasuk para ibu yang senang membaca entri ini.:)

Gambar : raykinzoku.fotopages.com

{ 79 comments… read them below or add one }

Majidah July 5, 2010 at 3:14 pm

Lah, nape lah susah sngt. Sebagai mertua jnglah letak tinggi sngt. Nanti yg susah anak2 kita juga. Biarlah serderhana. Akak pun baru je mengawinkan anak perempuan. Kami tak letak harga pun. Ikut lah berapa yg lelaki mampu. Yang penting selamat Majlis pun serderhanalah. Buat apa membazir.

Reply

yusri October 11, 2010 at 5:42 am

@Majidah, akak ada anak pompuan lagi? hehehe.. bukan senang nak dapat mak mentua cam ni..

Reply

in January 21, 2011 at 11:10 am

@Majidah,
askum..hai..aha,btul jg kak..sy pn stuju..prkhwnan ni bkn mcm jual beli..siap nk ltk2 hrga yg mgkn mmbebnkn.kdg2 smpi luar bats kemampuan psgn tu.kasihan pd mreka yg menginginkn satu perhubungn yg halal,tp tersekat kerana permintaan yg mlbihi kmampuan.memg btul,smua nk ckup smpurna,tp,ksempurnaan tu bnr2 ada ke dlm kmewhn bg ssuatu perkhwnn?yg pntg akad nikh yg halal,prhbugn yg bk,dn rzki plhn2 jg blh d cri.dn,krstuan ibu bp.insyaalah bk selalu.phk psgn x mngung htg,mlhn,duit naik blnja itu x mbzir buat mjlis bsr2,blh digunakn utk ms dpn,lg2 mgruskn kpntign bg yg bru memulakn hdup brsama.tiada jaminn kbhgiaan smpurna dlm mlbihi pd hrta….

Reply

ain July 9, 2010 at 4:42 pm

Salam, kak majidah. nak tanye, hantaran utk anak akk berape ye? Saye tgh merancang nak kawen taun dpn tapi mama bf saye kate kene tggu saye abes blja( lg 2 taun). bf saye da abes blja da tp blom blk malaysia lg(die kt uk). tula saye nak tanye, berape ptt saye mntk hantran utk majlis yang simple. akak ade support duit utk mjlis anak akk x? kalau ade, berapa total kasar utk 1 majlis tu?

Reply

majidah July 15, 2010 at 1:05 pm

@ain,

Salam,

Maaf lambat reply coz sibuk dng majlis perkahwinan anak akak tu last weekend 11 Jul. Akak cuma minta 5K saja. Kos untuk belanja majlis semua duit akak. Akak tau anak akak pun baru kerja mana nak simpan duit. Yang suami dia pun baru gak kerja. Akak tak nak nanti lepas kawin dia orang tanggung utang. Yg penting rumahtangga mereka dalam harmoni. Kos kasar overall untuk majlis tu around RM13K. Duit RM5K tu akak guna untuk beli persiapan bilik tidur dan brang hantaran untuk pihak lelaki.

Reply

heroman December 27, 2010 at 5:55 pm

@majidah,

Bagus tu cara kakak tu mengkahwinkan anak perempuan, ada keluarga mengharapkan pihak lelaki hingga meletakkan harga sehingga RM10 ribu. Ibubapa pula hanya macam tunggul.Sedangkan anak perempuan mereka yang kahwin tapi ibubapa hanya lepas tangan saja. Jadi bakal menantu lelaki tu akan menanggung hutang selepas kahwin bila dah buat loan dengan bank.

Kalau dipikirkan bagus tak payah ada ibubapa, sama saja. Nak harap duit anak. ibubapa hanya macam boneka.

Reply

aku bkn boneka December 30, 2010 at 3:08 pm

@heroman, tak blh gak ckp mcm tu, kdg2 mak ayah mmg tak mmpu,dah tua, dok kg je.., adik bradik pun tak seberapa, blh tggung hdp msg2 je… nk bt mcm mane..bersederhana je lah, n mmg tgjwb lelaki lbh untuk perkhwinan, waALLAHua’lam…

Reply

su je September 26, 2010 at 9:29 am

salam.akak, diikutkn pejanjian sye lg 4bln nak kahwin tp tunang sye xcukup duit lg untuk tampung belanja.baru2 die ad pohon personal loan.sye risau keadaan esok seleps kahwin dgn utang byk,, lg pulak family telampau mendesak supaya segera bekahwin, sy pening kepala pikirkn semua ni,adkh perlu sye kongsi perbelajaan utk ringankn beban die,,

Reply

chenta kayan May 27, 2011 at 4:37 pm

akk,bru2 ni kuarge bf sy dtg mrisik…
tp ibu sy mtk -pai 10k..
xmcm gle lak bf sy..
adoi…..png2..ibu plak mtk e2 ini..mcm2 ar die nk wt…
alsn ny brg mhl..thats y die ltk pai 10k…

Reply

mimi June 8, 2011 at 7:58 am

kena ilut peredaran masa.. 10k x jd masalah jika lelaki tu betul2 bertanggungjawab dan dah ade saving, bru leh kawin. ibubapa x salah, anak kena pakai duit sendiri ye..jgn harap ibubapa.. ibubapa org susah, adik beradik pun hidup sederhana, so yang nak kawin tu faham situasi ye…10k tu untuk segalanya…mkn kenduri ko, khemah, tempat tido ko…brg2 hantaran ko..souvenir.. mana cukup pun…x banyak mana.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: