• Bagaimana Wenger Mengajar Saya Bercinta?

    kahwin campur

    Salam tangan kanan saya hulurkan. Dari mata turun ke tangan, dari tangan turun ke hati. Apa maksud ayat itu ye? Saya tahu tulis tapi xtaw maksudnye. Artikel kali ini saya nak menulis bagaimana Wenger mengajar saya bercinta. Untuk pengetahuan anda semua, saya dan Wenger merupakan rakan sejawat dalam arena bola sepak.

    Dulu masa saya menceburi diri dalam dunia management bola sepak, saya tak tahu sangat selok belok bola sepak nie. Yang saya tahu bagaimana nak jual beli player, negotiate gaji player dan kalau nak scout wonderkid dalam bola sepak juga mungkin saya tahu tapi itu baru sedikit. Selepas 5 tahun saya dalam bidang ini, Wenger memuji kehebatan saya bagaimana saya menguruskan sebuah kelab yang begitu kerdil, Eastbourne Boro sampai menjulang semua kejuaraan termasuklah juara liga 23 tahun berturut-turut sampai hari ini.

    Saya nak berterima kasih kepada Wenger kerana memperkenalkan satu tactic yang begitu sempurna kepada saya. Saya namakan tactic itu sebagai Azizan 4-1-3-2. Tetapi saya hairan kenapa beliau sanggup berkongsi dengan saya sedangkan cara itu boleh menjatuhkan kelab dia sendiri. Dua tiga malam saya berfikir, kaji selidik apa motif sebenar beliau. Hari ini, baru saya tahu bahawa tactic tersebut bukan sahaja untuk memenangi sesuatu perlawanan tetapi tactic tersebut memang sesuai untuk memenangi hati seseorang tak kira lah lelaki kacak atau perempuan cun.

    Ikuti ulasan saya mengenai formasi ini. Dalam tactic ini, saya ada dua orang penyerang yang sungguh prolifik. Salah seorang daripada mereka dikenali sebagai target man. Bagi memudahkan cerita, saya andaikan mereka sebagai perempuan nakal dan perempuan cun. Target man pula salah seorang daripada mereka dan sudah tentu menjadi pilihan bola (lelaki kacak) adalah perempuan cun. Perempuan cun sangat bertuah kerana sentiasa menjadi kegilaan lelaki kacak.

    Seterusnya, di bahagian midfield, saya ada tiga orang player yang begitu hebat. Penuh dengan skills dan kemahiran drible yang begitu tinggi. Saya andaikan tiga player saya ini sebagai 3 elements penting dalam bercinta. Element pertama, kecantikan paras rupa, kedua, agama dan ketiga harta dan keturunan baik-baik. Dengan adanya 3 elements ini, maka bola (lelaki kacak) akan sentiasa menemui sasarannya iaitu target man (perempuan cun).

    Di bawah 3 midfielders saya ini, saya letak seorang defensive midfielder. Bagi sesetengah manager, mereka tidak memikirkan sangat tentang perkara ini. Tetapi bagi saya benda ini penting bagi memantapkan bahagian atas. Mengapa? Apa yang saya maksudkan dengan satu ini ialah ikatan perkahwinan. Sesebuah kemenangan perlu dipertahankan hingga ke wisel penamat dan defensive midfileder ini lah yang memainkan peranan penting. Begitu juga dalam sesebuah hubungan, ikatan perkahwinan perlu bagi memastikan kebahagian sesebuah cinta tersebut. Paham? Bagus.

    Bagaimana pula dengan empat orang defender saya? 4 kat cni bermaksud kuota lelaki berpoligami. Kalau dah puas dengan yang lama kawen lagi dengan yang baru. Saya melawak je. Hehe! jangan marah nanti kena jual. Okey, 4 kat cni saya anggap sebagai tanggungjawab seseorang tak kira lelaki kacak atau perempuan cun. Pertama, tanggungjawab kepada pasangan. Ini penting bagi menjaga dan mengekalkan hubungan masing-masing. Perlu memahami satu sama lain. Kedua, tanggungjawab kepada anak-anak. Anak-anak perlu dididik dengan penuh kasih sayang supaya menjadi anak yang berguna kepada bangsa dan negara. Ketiga, tanggungjawab terhadap keluarga mentua. Perlu menjadi menantu yang baik. Dan yang terakhir ialah tanggungjawab terhadap kerjaya.

    Bila dah sempurna formasi ini, bermakna cinta yang anda bina bersama si dia telah berjaya. Ada kawan saya cakap, saya hanya membuang masa dengan game bola yang tak berfaedah, tetapi bagi saya bukan setakat menghilangkan bosan saya, dapat juga saya mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Terbukti dengan bola pun kita boleh mencari awek cun. Bagaimana? Caranya dengan datang ke stadium dan skodeng aweks cun. Hehe! Sekali lagi saya melawak. Carannya adalah seperti apa yang huraikan di atas.

    Kepada anda yang tidak minat bola tu, buat-buatlah minat. Mana tahukan suatu hari dapat suami giler bola, bangun kul 2 3 pagi nak tengok bola. Sape yang kena buat kopi? Anda juga yang bergelar isteri, so kesimpulannya makan bola, tido bola, cinta bola dan bola-bola api. Haha! Sekian

    ps: cita-cita manager bola nak jadi pakar motivasi

    pss: ramsey oh ramsey

    Tags: , , , , , , , , , , ,

104 Comments


  1. sukur says:

    sy nak alex ferguson ajar main cinta lak boleh?
    sebb saya penyokong MU..:p

    [Reply]

Leave a comment