Apabila Sifat Pemurah Rakyat Malaysia Dikhianati

by azizan4444 on September 4, 2010

peminta sedekah

Ketika entri ini ditulis, saya baru selesai mengisi perut dengan makanan sahur. Kali pertama Ramadan tahun ini bersahur dengan mak ayah. Memang terbaik.

Petang semalam, sempat ke bazar Ramadan untuk mencari makanan kegemaran, laksa dan ayam golek. Saya ingatkan suasana bazar di kampung dengan bandar berbeza tetapi tidak sama sekali. Semuanya sama cuma peniaganya yang lain.

Apa yang menarik hendak saya katakan, rakyat Malaysia sekarang semuanya pemurah. Bukan dari segi membeli pelbagai juadah yang kadang-kadang harganya yang terlalu tinggi untuk nilai sebungkus laksa. Tetapi dari segi sifat sedekah.

Dari jauh saya dapat perhatikan, ada dua tiga individu sedang berlari-lari mencari sesuatu yang ditangan dibawanya cetong dan beberapa keping ayat seribu dinar dan doa-doa harian. Cetong dalam dalam loghat Terengganu dan lebih dikenali sebagai kole plastik.

Kadang-kadang saya sedih tengok mereka ni. Maklumlah dengan umur sebaya mereka, kanak-kanak lain sibuk mencari ilmu tetapi kehidupan seharian mereka ibarat ibu bapa mencari nafkah makan untuk anak anak. Berkejaran ke sana ke sini untuk mencari sesuap nasik. Kalau hasil dari itu mereka dapat semunya, Alhamdulillah.

Di dua tiga penjuru, ada yang tiada kaki, ada juga yang hilang penglihatan menghulur cetong dengan harapan ianya penuh diisi untuk satu petang. Kadang-kadang yang sempurna sifatnya dan boleh dikatakan bertenaga untuk melakukan kerja lain pun ada juga yang menghulurkan cetong. Siapa dalang di sebalik kejadian ini?

Teringat lagi satu kisah, semasa menunggu rakan-rakan gengblogger untuk berbuka puasa di Shah Alam tempoh hari, saya didatangi oleh seorang brader yang memnita sedekah untuk anak yatim kalau tak silap saya. Katanya wang besar pun boleh, dia ada bakinya. Menarik.

Bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan. Di mana manusia juga berlumba-lumba untuk melakukan amal jariah. Dan di bulan ini jugalah ramai yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah. Adakah anda seorang pensedekah yang murah hati? Jangan lupa zakat. Itu tanggungjawab anda.

Gambar : gula/guli

{ 49 comments… read them below or add one }

Pauh Putik September 4, 2010 at 6:44 am

Goni sindiket boh, kawe acap doh jupo pok2 nie turun van skali

pah lepas wat kijo tgg ore mari kutip semula

sokmo naek van siam

supo nge hok x dop kaki tange kawe meme sie

tapi pok2 dio kebanyakkan mangsa sindiket

kalu hok segar bugar x dop aroh na la kalu mitok

po minggu lepas budok tino mitok sedekah stesen minyok

kawe oyak x dop pitih

pah dio oyap kalu kawe nipu dio doa kawe mati

baso bodo x leh nok aja gini la

doh la mitok pitih nge ore, x wie doa ore suh mati…

Reply

Amir Izzat September 4, 2010 at 7:28 am

@Pauh Putik, hahahahah… nok sukko kawe baco komen demo nih…

hahaa..

gilo ore lagu tuh..hahaha…

ngabe sungguh..

nok wat gano..kalu hok segar bugar tue gak..cari nahas la

hok mmg doh cacar..kesian gak.. tp ore sie la..macam2

Reply

Nina' September 4, 2010 at 6:47 am

memang sedey bila tgk keadaan camtu…tmbh2 kalau org tua atau kanak2 yg minta sedekah..

mungkin ada dalang kot….
dulu selalu terbaca…
kes culik budak…potong kaki potong tangan pastu dijadikan peminta sedekah..huhuhu

Reply

APi September 4, 2010 at 6:56 am

nak tolong kang takot diorang sindiket ke kan..duit tak dapat kat diorang gak..
tak tolong kang kesian sangat tengok..
hurmm..

Reply

ijai September 4, 2010 at 7:12 am

macam-macam…byk org yg ambil kesempatan..sampai kita sendiri ragu2..yg mane betul..dan yg mane sindiket yg nk mendapat keuntungan dgn mempermainkan isu belas kasihan..sememangnya rakyat malaysia sangat pemurah dan penyayang..huhuhu

Reply

Pejuang Kesenian Extreme September 4, 2010 at 7:26 am

Bila bulan ramadhan,banyak jumpa insan2 seperti mereka ini di bazar ramadhan yang mengemis meminta simpati..ada yg meminta derma untuk madrasah la..Tapi tak tau betul ke x..

Reply

Amir Izzat September 4, 2010 at 7:34 am

salam..ha,nak komen nie… boleh?

kadang-kadang hairan gak..lagu mana diorang nie boleh datang biarpun cacat? heran tue..tp kebanyakan sindiket..

kot2.yg duk mintak sedekah tue bersekongkol selagi..ataupun teraniaya…huhu..

hurm..nak kata ak nie pemurah? tak lah jugak..hehe..tp sedekah kat masjid je la…

Reply

Rjuna September 4, 2010 at 7:37 am

kat bazar ramadan tempat aku pun ada, tapi orang tua la,

diorang tak minta saja, tapi nyanyi lagu dan jual tisu, tapi yg pelik laki bini buta tapi tahu pulak jalan nak ke bazar

kalau sebelum bulan puasa diorg selalu kat pasar malam, fikirkan macam mana mereka boleh kesana? walhal dua- dua buta di mata, sindiket?

lagi satu sedekah sekolah tahfiz/ anak yatim, bukan nak kondem la memang la elok sedekah, tapi kalau dah sampai tahap budak tu kena lepak depan bank, stesen minyak sehari suntuk, apa cerita? mcm diperhambakan/dipergunakan pulak

Reply

Hadi Rofiee September 4, 2010 at 7:57 am

Kdg2 susah juga nak bezakan antara mereka.

Eh..boleh bagi duit baki pula. Rasa kelakar pun ada. He2. :mrgreen:

Sucikan harta dgn menunaikan zakat. ;-)

Reply

Jaws September 4, 2010 at 8:10 am

owh..zakat tak byr lagi ni..
haha..

Reply

Rama2Ungu September 4, 2010 at 8:29 am

huhu..memang kesian bila tgk peminta sedekah ni…tak bagi cam jahat pulak..tapi kalau bagi ntah iye ntah tidak kan diorg tu ssh..takut sindiket je

baru2 ni g mkn kat sate haji samuri kajang pun kene gak..siap dukung anak lagi mintak sedekah…dari meja ke meja..mmg tak bagi la..mcm mencurigakan je…

Reply

kech September 4, 2010 at 8:31 am

kita bagi je la seikhlas hati.dia tipu atau tak tu antara dia dengan Tuhan.ada seorang makcik yang sihat walafiat kat area umah aku selalu duduk minta sedekah kat pudu raya dulu2 siap tutup muka dengan tudung tak bagi orang kenal.tapi kalo kat umah semangat waja borak sakan xde cacat ape pun.ishk2.pemalas.

Reply

zik September 4, 2010 at 8:45 am

hurm tengok jugalah… kadang2 bagi…sebab kat sini..memang hampir setiap hari orang yang sama… mintak… area2 kg baru nie.. biasanya sedekah dekat masjid jela… sebab duit tuh memang betul diusahakan untuk pembangunan masjid dan juga ada disumbangkan kepada badan kebajikan…

Reply

wazy September 4, 2010 at 8:51 am

Aku dah settlekan zakat minggu lepas
Ramai juga orang meminta derma itu ini di bazar aritu

Reply

Cha'on September 4, 2010 at 9:38 am

Aku cuma kesiankan budak2 kecik je.. yang tak pasal2 jadi mangsa keadaan.. kadang-kadang yang jadi dalang pada semua nie fikir nak untung dengan cara dapat duit cepat.. sapa tak kesian tgk budak-budak kecik datang minta sedekah? yang dah tua pun ada jugak.. Kalau kita nak bagi sedekah biarlah dengan ikhlas..

ps- aku dah settle zakat.. ko bile lagi..? hahha..

Reply

ezany September 4, 2010 at 10:00 am

ni pengemis amatur.. kalau yg advance punya selamba jer mintak kat klcc.. aku ngan member aku dah terkena beberapa minggu lepas.. nak banyak jer.. sekali mintak rm30.. pastu dia kata kalau banyak sangat kasi sorang rm15 pun takpe.. nak beli kerusi malas untuk rumah orang tua.. ntah btul ker tak tu taktau la kertas yg dia tunjuk bukti..

Reply

ejum September 4, 2010 at 10:22 am

nak kesian pon ada, tak kesian pon ada, bukan takat dibazar, di masjid, ketika solat jumaat, bukan main ramai lagi pengemis, bukan nak berkira memberi sedekah..kadang2 pelik, yang tidak berkaki, macam mane boleh smpai ke situ, nak kata kerusi roda, semua tak ada ditempat tersebut..sepatutnya pihak berkuasa perlu lar ambil tindakan dan pemantauan takut2 kerja pemintak sedekah ni jadi satu kerja tetap yang bagi pendapatan lumayan, tidak pon menjadikan sindiket sindiket menjadi kaya..

Reply

Bro Framestone September 4, 2010 at 11:11 am

kekadang bro sendiri tiada rasa nk sedekahkan sesuatu kepada mereka selain senyuman…

kekdang ada gak makcik2 wat muka kasihan menjaul keropok dan sebagainya..

bila tengok rasa kasihan pun ada

Reply

Adam Roslan September 4, 2010 at 11:15 am

Kita boleh terima kalau sorang dua yang bertongkat datang mintak sedekah, mungkin dia nak beli makanan duit tak ada. Tapi bila dah datang macam pesta, kita pulak jadi menyampah.

Reply

apiih September 4, 2010 at 12:07 pm

kesian…tp apakan daya T____T

Reply

etomyam September 4, 2010 at 12:17 pm

kalau nampak betul susah, boleh jugak bagi, tapi kalau siap cakap dia ada balance..pun elok je bagi jugak… tapi bagi penyekeh hahaha :D

Reply

eiyda September 4, 2010 at 12:17 pm

saya ni jenis cepat kesian…dorang ni sendikit ke bukn ke…saya xamek kisah pon..huhu jnji saya mesti bg lah kalo der yg dtg mintak sedekah/ derma ni..tanpa banyak soal..hulur lah singgit…huhu..mungkin saya ni pemurah xbertempat..tapi..entah lah…xleh tgk owang ssh..kesian..huhu
semoga Allah jek yg beri balasan pada dorang kalo dorang tu penipu kn..
wallahualam.

Reply

mancai September 4, 2010 at 12:41 pm

bab ni yang buatkan kita selalunya jadi serba salah… nak kasi ke tak nak… betul ke tidak… memang derang betul2 kurang bernasib baik.. tapi sejauh manakah ketidak nasib baik derang dari kita… alamak memang susah nak cakap… abis cerita ikut kata hati… sedekahlah dengan hati yang benar2 ikhlas… tak kira sapa mereka… yang penting niat kita… yang lain serahkan sahaja dengan yang Maha Esa… sekadar pendapat

Reply

NichKhun September 4, 2010 at 1:01 pm

tambah sedey lau yang dok mintak2 sedekah tu dari kluarga kita.. huhuhu mintak jauh la..

Reply

sazuwi September 4, 2010 at 1:39 pm

kalau nak pemurah dan dalam bulan2 gini..
lebih baik mengikut saluran2 yg kiter tau ke mana yang kiter sumbangkan pergi..
skarang mereka yg memerlukan lebih byk yg palsu berbanding yg sebenar

Reply

Wan September 4, 2010 at 2:42 pm

kita perlu positif :)

Reply

MM September 4, 2010 at 3:44 pm

shah mmg ramai pengemis yg mungkin diupah org len

Reply

hafizmd September 4, 2010 at 4:29 pm

mmg sokmo sangat jupe ore lagu ni..kade2..tange molek jah..kaki pun comey jah..tapi mari kutip sdekoh..serbo saloh kawe..keno pulok bule pose gini..sene citer..kawe wi jugok..:D

Reply

syahrilhafiz September 4, 2010 at 5:46 pm

sedekah2..
dibulan yang baik ni kena la buat banyak amal…=)

Reply

kami September 4, 2010 at 5:48 pm

itu le pasal kdg2 nak bg pun serba salah sebab nant malaun yg anta diorg kt situ yg kebas duit2 tu..huh

Reply

Nine September 4, 2010 at 6:17 pm

kalo yang style jual barang kat jalan2 tu ok jer..kalo style mai mintak terus tu, aku pening gak nak bagi ke tak…kat Pudu dulu aku nah jadi gak..pakai punya smart kawan tu, ye cakap beg duit ye tertinggal..ntah betul ke tak..sebab lepas dapat duit, dia duk pusing kat situ lagi..

Reply

acapz September 4, 2010 at 7:51 pm

zakat xbyr lagi. hee. btw btul pmnta sedekah xdi aku jmpa kt bzar. time tu tngh hujan lak. sedih je tngok. huu

Reply

atok September 4, 2010 at 10:00 pm

kdang x suka derma tepi jlan, tp suka bagy zakat byk2. huu

Reply

pawaka19 September 4, 2010 at 10:24 pm

kat kg.baru kl bersepah org camni..aku rasa macam ada sindiket la..bkn sorang dua..tp ramai lak tu..biasa sasaran dia tempat org ngah makan

New Entry “Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri”

Reply

yusenze September 4, 2010 at 10:26 pm

Senyum itu satu sedekah.. hahha..

Naluri nak bersedekah ni akan terbit sendiri tanpa paksaan. Kadang2 melalui pandangan pertama kita terhadap fakir itu timbul rasa simpati yg menerobos ke sanubari. Tatkala itulah niat dan keikhlasan untuk menghulur sedikit bantuan muncul dari hati. Aku rasa itulah nikmat sedekah yang sebenar.

p/s : bkn ko ngan aku ker time brader tu dtg mintak bantuan?? aku nampak ko senyum chek.. sedekah jugak tu.. hahha..

Reply

hanif September 4, 2010 at 11:29 pm

Aku tengok gak yang minta sedekah tu macamane,lau tngok dia tu cacat atau kurang upaya, memang bole bagi.Lau tegok yg minta tu badan sihat ,memang aku wat bodoh jer,takut siang dia minta sedekah malam2 ntah pgi enjoy ker ape

Reply

adamfaiz September 5, 2010 at 12:08 am

kita selalu ingat zakat fitrah je..zakat yang lain tak keluarkan..masa untuk berubah

Reply

darkbatman September 5, 2010 at 12:10 am

2la bro..kdg2 xnk bg cam serba salah.. bg sedekah kena la ikhlas tp kdg2 ade gak niat jahat duk pk btl ker x.. bkn ape, sbb terlalu ramai yg mtk..hehe

Reply

hanif September 5, 2010 at 12:16 am

kadang2 kat masjid2 pun ramai gak yng mintak sedekah ni,tengok badan sihat ,boleh kerja…sekali skala bole la bagi..kalau dah tiap2 minggu muka yang sama jer…macam nak amik ksempatan diorang ni….

Reply

Rasa September 5, 2010 at 12:42 am

Selamat Hari Raya.
Member sedekah tu mulia, tapi tak seronok tengok orang Islam kita juga minta sedekah.

TQ

Reply

x-po September 5, 2010 at 1:27 am

kawe raso, kawe jarang derma kat pengemis jalanan..kawe lebih seleso derma kat masjid jah

Reply

mario September 5, 2010 at 7:13 am

yela…org malaysia mmg pemurah,,,

Reply

hafidz September 5, 2010 at 10:03 am

Kadang lepas derma kat dorang ni tau-tau jer dorang balik naik kereta huhu =P

Reply

Nizam Limited September 5, 2010 at 10:29 am

kalau zakat tu kita nampak la duit tu disalurkan ke mana..
tapi kalo peminta sedekah tepi2 jalan tu tak tau samada ada sindiket ke tak..aku jenis susah nak kluarkan duit utk org yg minta sedekah..tp dibawa oleh orang lain..

Reply

Lee September 5, 2010 at 3:25 pm

kadang2 kesian juga..tapi tulah…mcm ramai sgt yg menderita meminta sedekah…apapun, bersangka baik sahajalah kite..

kalau mampu, kita hulur..klu tak mampu..kita tolak la sebaik-baiknya.. :)

Reply

black_mela September 6, 2010 at 5:59 am

setuju…kadang2 diorang yg meminta sedekah ni bukan lah susah sgt..ada tulang 4 kerat untuk bekerja…yg guna anak-anak untuk mntk sedekah mmg x boleh diterima akal..mana masa depan bdk2 tu nanti..

Reply

fiezaradzi September 6, 2010 at 12:53 pm

terpulang pada niat.. lau kita niat nak beri, bagi je lah,.. apa yg dibuat oleh peminta tu, terpulang juga pada die.. lau die rasa benar, buatlah jalan bena.. kalau nak ambil kesempatan, jawablah di kemudian hari..

tapi bukan setakat bulan pose je kan cmni.. alangkah bagusnya lau diteruskan utk bulan2 selanjutnya..

Reply

sophia rani September 7, 2010 at 12:31 am

mmg sedih tgk keadaan peminta sedekah yang tiada kaki contohnya.. sbb tempat sy pon ade mcm tu.. ermm.. tapi fikir2 mcm sindiket.. kalau kita bg duit pun, bukan dia yg dapat.. ermmm… kasihan diorg..

Reply

Ismail N September 7, 2010 at 5:45 am

Of course tgk depa semua, timbul rasa simpati. Terutama yg cacat dan kanak-kanak. Tapi bukan semua genuine. Ada yg tipu dan ada yg kena hired oleh sendikit. Yg gaji RM 5000 sebulan pun ada. Dunia dunia.. tak apa lah.. kawe kalau dah bagi kira halal aje.. Tapi kalau depa tipu antara diaorg dgn tuhan lah kan. Tuhan maha adil, keep the faith!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: