Anugerah Juara Lagu Ke 24 (AJL 24) Terbaik – Keputusan Dan Senarai Pemenang

by azizan4444 on January 11, 2010

Logo AJL 24

Artikel kali ini adalah berkaitan dengan dunia hiburan tanah air. Rasanya ini adalah artikel pertama saya mengenai hiburan. Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24) memulakan kisah dunia hiburan tahun 2010 dengan begitu jayanya. Saya bagi lima bintang untuk persembahan kali. Stadium Putra Bukit Jalil digegarkan dengan persembahan yang begitu bertenaga dan cukup memukau daripada artis-artis yang bertanding terutama persembahan artis kesukaan saya Misha Omar. Tahniah kepada anda walaupun tidak memenangi sebarang kategori pada ajl kali ini. Kamu tetap cun di mata Azizan4444. Tak angkat kaki, sebab tu kalah.

Rasanya tidak terlewat bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada Aizat yang telah menjuari Anugerah Juara Lagu Ke 24 menerusi lagu ‘Pergi’ dan juga memenangi bagi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu ‘Kau Aku’. Digubah oleh Pete Teo dan dilengkapi lirik oleh Amran Omar seterusnya diterjemah dengan cemerlang oleh penyanyi yang cukup berbakat yang dilahirkan menerusi program realiti TV Akademi Fantasia iaitu Aizat, lagu ‘Pergi’ menampakkan kelainannya berbanding lagu-lagu lain.

Bagi kategori Persembahan Terbaik, saya rasa ada dua peserta lain selain Aizat yang mampu memenangi kategori ini iaitu Stacy melalui lagu ‘Pakai Buang’ dan Akim menerusi lagu ‘Bengang’. Walau bagaimanapun, taruhan Aizat kepada budak-budak berpakaian seragam sekolah tidak sia-sia. Dalam kategori Vokal Terbaik pula, memang tidak dinafikan lagi kemenangan Black (Mentor) menerusi lagu ‘Aku Rindu Saya Kamu’ kerana anak muda ini mempunyai vokal yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi adakah kemenangan ini dipengaruhi kepopulariti MUH? Selain Black, Faizal Tahir dan artis kesukaan saya Misha Omar layak memenangi kategori ini, tetapi nasib lebih memihak kepada pendatang baru. Persoalannya, adakah orang lama seperti Misha Omar perlu berundur diri dan diberikan peluang kepada pendatang baru untuk Anugerah Lagu ke 25?

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan;

Pemenang AJL 24

Teka-teki siapa akan memenangi AJL 24 sudah terjawab tetapi saya rasa, mungkin keputusan tersebut mungkin memeranjatkan sesetengah pihak dan timbul rasa tidak puas hati.

Pada awal tadi saya katakan AJL 24 adalah yang tebaik dan saya bagi lima bintang untuk persembahan kali ini tetapi masih ada persoalan yang saya ingin perkatakan iaitu mengenai peserta-peserta yang layak ke final untuk kali ini. Kalau anda perasan, kebanyakan peserta yang layak ke final adalah mereka yang lahir dari rancangan realiti TV. Adakah AJL seterusnya akan dimonopoli artis realiti TV?

Akan tetapi, pada AJL 24 ini saya kagum dengan persembahan yang ditunjukkan oleh graduan jurusan undang-undang UiTM Shah Alam, Yuna kerana berjaya memenangi tempat ke 2. Yuna merupakan salah satu peserta yang mana bukan lahir daripada realiti TV berbanding dengan pemenang lain kerana mereka adalah anak didik realiti TV. Menerusi lagu ‘Dan Sebenarnya’ membuktikan artis perempuan yang berkonsepkan muzik indie boleh pergi jauh dalam industri muzik tanah air kita. Adakah Ana Raffali, penyanyi berbaju kebaya yang cukup berbakat dapat mengikut jejak langkah Yuna? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Secara keseluruhanya, AJL kali ini adalah terbaik. Dengan persembahan pembukaan oleh Datuk Siti dan Lan memang cukup memeriahkan ditambah dengan persembahan muzik sepanjang zaman pada akhir persembahan oleh beberapa artis terkenal tempatan termasuklah kumpulan Search. Bagaimana dengan persembahan Hujan? Persembahan mereka ibarat berada dalam sebuah konsert dengan peminat-peminat turut menari bersama.

Muat turun lagu-lagu pemenang AJL 24 :

Aizat -  Pergi, http://www.mediafire.com/?k1mljijyzc5

Faizal Tahir – Bencinta, http://www.mediafire.com/?wmyzmqh2mtm

Yuna – Dan Sebenarnya, http://www.mediafire.com/?mlvkcatl2z2

ps : Pertama kali saya tengok dari awal sampai tamat persembahan. Muahaha!

{ 71 comments… read them below or add one }

beliamuda January 11, 2010 at 7:43 am

aku tak sempat nak layan dari awal. agak grand jugak la AJL 24 ni. dengan live streaming semua tuh.

Reply

azizan4444 January 11, 2010 at 6:22 pm

@beliamuda, tu la psl..siap ada live streaming..ada kelainan la..tp kawe kt umah layan tv je..ssh kawe nk tgk tv..hehe

Reply

Nina' January 11, 2010 at 8:22 am

yes yes yes..
aizat!!!!!!!!

Reply

azizan4444 January 11, 2010 at 6:23 pm

@Nina’, yezza,,lagu aizat mantap tp x bpe suke ssb die laki…hahaah

Reply

in-kilter January 11, 2010 at 8:28 am

yes!!!saya setuju ngan Nina’…aizat menang……mmg patut… saya berpuas hati dengan keputusan juri….takde baling3 kusi tak puah ati…vokal misha mentain mantop even ber-braces….tahniah2

ana raffali tuh sape zizan? tunjuk la gamba dia…mesti hot kan? lau tak,jgn harapla zizan nk sebut nama dia…

Reply

azizan4444 January 11, 2010 at 6:26 pm

@in-kilter, ptot misa mng mlm td..hahaha,,tp lagu pergi tu mmg dlm mksdnye..lagu 1 malaysia..

ana raffali?serah je kt google..die x hot pon.hahaha…tp ada bakat la.ekekke…

hi in-kilter…pergh msti hot org ni,zizan sebut tuh.lol

Reply

lazaac January 11, 2010 at 8:41 am

aizat mmg superb… mmg ada darah seni…. kihkihkih… yuna…? WTH? aku xleh terima yuna, jgn tanya sbb apa… kekekekkk…

Reply

azizan4444 January 11, 2010 at 6:29 pm

@lazaac, mak bapak dorg kaye..1st album family support….asl xley trima..ke pinangan ko di tolak bro?hahaha

Reply

lazaac January 11, 2010 at 6:53 pm

@azizan4444, hehe, xla ditolak pinangan.. hehe… cuma aku mmg xberapa suka lagu dia… hehe… tapi tu taste aku la, lain org lain taste dia kan… aku mmg bleh blah ngan lagu indie ni… serius dowh… :p

Reply

azizan4444 January 11, 2010 at 7:05 pm

@lazaac, bak kata ally mlm td..ally ke faizal ek?lupe dah..lntak la la.haa..kate dorg,nyanyi ngn xnk nyanyi same bnyk je..tp ley menang..hahaha…

tp mostly, music indie lgu dorg cam nasihat la klu btol2 kite dgr..aku layan yg music bez je..klu mcm bace puisi tu bauk aku layan datuk ct.haha

Reply

lazaac January 11, 2010 at 7:09 pm

@azizan4444, jadi betul la apa kwn aku ckp tadi… aku ingat aku kena kencing, dorang citer yuna nyanyi mcm nak tak nak jew… lol….

DaKMuO January 11, 2010 at 11:20 am

Salam..

Akhirnya Aizat menunjukkan kebolehan beliau.. Beliau membuktikan yang dia lebih baik dan terbaik dari Pemenang Akademi fantasia 1 batch dgn dia… Gempak tu…

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:03 pm

@DaKMuO, salam kembali

yeay..mmg terbukti kehebatannya..dlm af dulu pun die mmg terbaik tapi biase la klu ada vote dr peminat..ssh la die nk menang..

akhirnya die berjaya ats sokongan family die sndri..mmg terbaik la ajl thn ni…

Reply

Mr. Cuz January 11, 2010 at 4:08 pm

ko pun layan semalam yer..hehe aku dah kompom2 dok depan tv jer..haha raja lawak pun tayang serentak semalam dan aku tengok mmg xde sambutan sgt sebab semua orang dok tengok AJL..hehe

Kalau ko jadi artis bro kompom leh masuk smpai final gak..kah3..

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:04 pm

@Mr. Cuz, aku pon xtaw cmne ley terlayan..aku ni biasenye ssh nk ad dpn tv kecuali mase tu ad bola..hahaha

raja lawak tu bez jgk tp msh peringkat awl..tu yg ramai bertumpu ke ajl tu….

aku artis?hahaha..aku sndri xley percaya…lol

Reply

aji January 11, 2010 at 4:16 pm

faizal juara dihati.. faizal ismail… hehehe

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:05 pm

@aji, faizal ismail klu masuk kompem mng..die kn pnyanyi gak..heheh..da la lawak gler mamat ni..hehe

Reply

sophie January 11, 2010 at 5:15 pm

sophie x tgok dry awal laa.. g tgok wyng..tpy suke persembahan aizat kau aku tew..menarikk..comeyh2 je adik2 tew menari..

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:06 pm

@sophie, sbb adik2 tu kot mng..mmg kool persmbhan tu….smpat lg tgk wyg..ngeee

Reply

poodin January 11, 2010 at 5:19 pm

aizat bawak lagu 1 Malaysia .. intro algu dah kombine 3 bangsa utama Malaysia

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:07 pm

@poodin, mmg da agk la kn klu mng pon..siap ad wanita india tu…suara pon ley thn..heheh..

Reply

mello January 11, 2010 at 5:38 pm

kawe xleh tgk..xdok tv dumoh..huhu.. tgk kot tnet buleh meta jah.. lepas tu sekat.. kawe pun wat tindakan drastik g tgk kedai depn tuh..hahaha

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:07 pm

@mello, kemas demo boh…mnt jgk demo hiburan nih..hahaha…ramai dok tgk kedai tu?kompem awek kedai pelayan ctu..hahaha

Reply

mcsue January 11, 2010 at 6:45 pm

salam,
owhh sy bangga wlupun yuna dpt no 2..kerana suaranya mmg sedap,dan offcourse sbb dia student uitm..hehe..salah sorang geng diorang merupakan pelajar terbaik majlis kon br ni,si adli tak silap..bangga sehh..hehehe…

Reply

azizan4444 January 11, 2010 at 7:10 pm

@mcsue, salam sue kito,

aertis cmni la kito nak..ley jd role model tuk ank2 muda hk terjebak dlm hiburan ni…berbakat dan punya lulusan pengjian yg tggi…bkn pndai mnyanyi je..mmg bngga..klu die lg lawa lg syok..hahaha

Reply

mcsue January 11, 2010 at 6:46 pm

*konvo-tertinggal..:)

Reply

mcsue January 11, 2010 at 7:21 pm

hahaha..yuna 2 sweet ape..2 la,geng dia 2 smua bijok2 la..mcm adli 2 best student fakulti muzik,yuna pn kure2 ngaji degree law..moga2 diore ni maintain g2..jgn lak berubah pd benda tok molek..

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:09 pm

@mcsue, sweet tp kurang cun..hahaha…tu la psl…ngji pndai2 dorang nih…klu xsey nyanyi ley jg lawyer lps ni yuna tuh..hehe

Reply

lazaac January 11, 2010 at 7:22 pm

mungkin tu rezeki dia, dia dah buat yang terbaik… kita yg tgk ni tak merasa mcm mana dia wat persembahan… pape pun, sikit kecewa la faizal tahir tempat ketiga, serius…. kalo lazaac, faizal tahir leh menang tmpt ke-2… hmm…

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:11 pm

@lazaac, btol tu…tp faizal lom ckp kaw tu..pakai tongkat je..klu die cam biase dlm keadaan baik,kompem lg mntap perfmnce die…bg die kire ok la tu..thn lps pon die ada mng..hehe

Reply

lazaac January 12, 2010 at 2:49 pm

@azizan4444, dah rezeki dia…. hehehe…

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 4:07 pm

@lazaac, tanggal bju nye psl..trs org mnt..ekeke…

Reply

lazaac January 12, 2010 at 7:24 pm

@azizan4444, lepas ni sapa lagi brani main tanggal2, tanggal seluar laks… haha… terus kena badi suma org… ekekekk…

Che Li January 11, 2010 at 9:20 pm

aizat memang best cool…tp aku nak yuna yang menang, takpela tak de rezeki..

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:12 pm

@Che Li, thn dpan ad lg…tahniah gak pada yuna..cam gedik lak bile die dumumkn sbgai pmng tmpt ke 2 tuh..haha

Reply

protonians January 12, 2010 at 12:48 am

Lagu aizat kebayakkan nyer okew. Ak bole terima lagi. Tapi Yuna.. hrmmm still confius.. Huhu…

Tapi aper2 pun ak okew jerk tengok result dier..

hehehehe :D

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:14 pm

@protonians, same la kita…tp not bad la yuna..mgkin tu trend hiburan zmn skng kot..ramai mnt indie..so, chance nk mng mmg bnyk la….tmbh lg die perempuan..lg la kn.hehe..aizat mmg bez dr af dulu lg…

Reply

ohmalaysia.com January 13, 2010 at 5:53 pm

@azizan4444, yuna ok la. bagi aku better than pergi. hehe. ntahla. lain org lain citarasa kan.

Reply

protonians January 16, 2010 at 4:01 am

@ohmalaysia.com, yups..

tapi congrate la untuk semua yang menang. rezeki masing2..

tapi still confius sbb pergi?

because of 1 malaysia ker? Huhu…
:)

Reply

protonians January 16, 2010 at 4:05 am

@azizan4444, yups.. skrunk indie da amik tempat di hati setiap remaja. Ak minat gak indie nie, bukan x sokong, cume kalo aku research balik, lagu yuna nie rentak dier, cara nyanyian dier same dengan satu artis lain.. nnt ak inform sape name dier. Ak nak cari balik.

And aizat, memang ak suka lirik, sentuhan lagu die. Tambah2 waktu tengok cerita talentime. Memang tersentuh giler. :)
Ak rasa lagu ni the best film soundtrack ever create in movie. Ak la rasa.. Tapi kecewa sbb score terbaik filem menang kat Papadom. Macam x kena jerk.. Ermmmm …. sedih…. :(

Reply

wandisini January 12, 2010 at 9:03 am

we…jgn la kutuk yuna wei…
aku suka dia, tapi masalahnya dia belum tentu suka aku…cian aku

aku suka gak main gitar lagu dan sebenarnya tu..untuk dapatkan kod gitarnya..sila datang ke live blog aku..hehe..promote

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:15 pm

@wandisini, hehe..pergh,layan gtar gak ko bro..aku blaja smggu da tensen..gtar kat umah aku pon mak aku msk stor da..hahahaha…

lagu dan sebenar tu bez jgk la.hehe

Reply

sarah January 12, 2010 at 11:31 am

memang aku rasa ni AJL yang terbaik :
tambah mantop lagi aizat yang menang .

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:16 pm

@sarah, mntop ek aizat mng..hehe..tumpang gembira gak..dulu x puas hati die klua af awl2..pdahal nyanyi hebat gler..

Reply

wazy January 12, 2010 at 1:05 pm

huhuhu

malam tu semua persembahan artis boleh dikatakan membanggakan jugak,tahniah kepada yang menang tu

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 2:17 pm

@wazy, mmg bez..layan la..x bazir lpk dpn tv mlm tu bro.hehehe

Reply

Jogger January 12, 2010 at 3:20 pm

huhuuh zizan bebeh….

aku ada lagu siti dgn Lan utk download… amek arr kat blog aku

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 3:56 pm

@Jogger, wokeh jog..nnti aku rembat kt blog ko..hahah..mmg nk rembat pon td,.wakaka

Reply

cik epal January 12, 2010 at 3:38 pm

tak sempat tengok opening dato’ ct :D

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 3:53 pm

@cik epal, bez gak la dtuk nyanyi…x sbr nk tggu datuk msk tanding blik..ekeke

Reply

cik epal January 12, 2010 at 3:39 pm

komen ni rosak ke??

Reply

azizan4444 January 12, 2010 at 3:56 pm

@cik epal, ok je…slalu prob ke nk komen ni?plik ni..ngeee

Reply

mohdisa January 12, 2010 at 4:42 pm

i love aizat…wakaka…mmg dijangkakan aizat akan pergi lebih jauh. :P

Reply

luthtextile January 12, 2010 at 10:57 pm

gua tengok live update kat twitter je bohh… bereh je.. haha

Reply

zamz January 12, 2010 at 11:14 pm

en azizan entry ni takde gambar terlampau hehe
apa2 pun lagu pergi mmg best

Reply

ohmalaysia.com January 13, 2010 at 5:52 pm

@zamz, xde org nak jadi model azizan. hehe..

Reply

naim January 13, 2010 at 12:35 am

aku lagi suke kau aku tu.pergi tak best.haha

Reply

ohmalaysia.com January 13, 2010 at 5:51 pm

@naim, sama2.. aku pun suka lagu kau aku…

Reply

arieza January 13, 2010 at 4:28 am

puas hati sgt2 hehehe Pergi!

Reply

zool January 13, 2010 at 8:59 am

Aku suka lagu Aizat Pergi ni tapi tak berapa pandai nak main gitar..
Kalau tak boleh je jamming..

Reply

cik epal January 13, 2010 at 3:27 pm

ct nak ke masuk tanding lagi?? hee :D

Reply

ohmalaysia.com January 13, 2010 at 5:51 pm

@cik epal, x kot.. dah bsara..

Reply

acapz January 14, 2010 at 9:57 am

@ohmalaysia.com, haha. bersara awl =P

Reply

ohmalaysia.com January 13, 2010 at 5:51 pm

lagu pergi bolehla tahan.. aku suka lagi lain..

Reply

acapz January 14, 2010 at 9:58 am

@ohmalaysia.com, a’ah aku ska lagu pergi jgk. sbb lain dari lain. versi bi tu diew wt. haha. smart seh =P

Reply

acapz January 14, 2010 at 9:59 am

woowww aizat mng!. haha. caya la!

Reply

eyriqazz January 14, 2010 at 11:55 pm

yey,aizat menang…

Ada Apa Dengan Melromeo

Reply

Nine January 18, 2010 at 10:05 am

kewl..aizat mmg rock !! :)

Reply

kinz January 19, 2010 at 7:07 pm

@Nine, yesssssssssssssssssssssssssssssssss

Reply

bina badan January 20, 2010 at 11:17 am

den tak bergerak depan tv…..smayang isyak awal2……

_________________________________________
panduan bina otot badan bagi lelaki

Reply

azizan4444 January 11, 2010 at 7:19 pm

@lazaac, haha..tu la psl..xtaw la klu lagu die cmtu..yg plik ley menang..tabik spring la wlpon kurang mnt,..lol

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: