
Sebelum saya memulakan sesi bual bicara isu semasa kali ini, saya ingin berterima kasih kepada pengunjung belog ini kerana sudi datang ke belog yang jarang-jarang update ini dan sudi meninggalkan komen-komen yang membina. Saya juga ingin memohon maaf kerana komen-komen tuan puan tidak dapat di balas dan ianya akan dibalas secepat mungkin. Untuk pengetahuan tuan-puan, saya mengamalkan sistem penulisan yang tidak konsisten untuk belog ini. Diharapakan tuan puan paham dengan ayat itu.
Berbalik pada tajuk penulisan saya kali ini, iaitu aku benci diri sendiri. Bunyinya memang tidak begitu baik dan ia sememangnya tidak diingini oleh mana-mana individu. Tetapi, disebalik kebaikan mesti ada keburukan kerana ia sudah menjadi fitrah dalam kehidupan. Di mana ada lelaki, di situ la adanya perempuan. Di mana ada putih, pasti bertembung dengan lawannya hitam. Di mana ada azizan4444, di situ lah juga ada awek-awek cun. Mengapa? Sorry nak cakap, awek cun dah menjadi trademark untuk belog ini. Haha!
Ada apa dengan Aduka Taruna? Ini adalah tajuk sebenar penulisan kali ini. Disebabkan dia telah menyerah diri, saya batalkan hasrat untuk mengulas panjang lebar tentang tajuk itu. Siapa dia Aduka Teruna? Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan yang berunsurkan penghinaan atau hasutan. Aduka Taruna ditahan untuk membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Berita terbaru dari bernama;
PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) — Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
Pada pendapat tuan-puan, adakah wajar Aduka Taruna dijatuhkan hukuman? Bagi saya, ya adalah jawapannya kerana ini melibatkan penghinaan dan apatah lagi ini adalah penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. Kepada orang ramai, anda dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan berunsurkan penghinaan, hasutan, tuduhan dan fitnah yang tidak berasas di dalam blog.
Lagi sekali saya terbabas daripada tajuk penulisan kali ini. Minta ampun ya tuan-puan. Haha! Berbalik pada tajuk penulisan kali ini buat kali ke dua, ada beberapa sebab kenapa saya benci diri sendiri.Saya benci diri saya kerana ;
1) Susah nak tidur malam.
Bagi sesetengah orang, berjaga malam adalah satu kelebihan pada mereka. Bagi saya adalah tidak sama sekali. Ini kerana ia menyebabkan kita hidup saya menjadi tidak stabil. Malam hari berjaga manakala siang hari tidur. Bukan sengaja tidak mahu tidur tetapi mungkin masalah insomnia menganggu dan menghantui hidup saya. Tetapi diri saya masih lagi bukan digelar sebagai musang kerana malam saya hanya bertemankan internet dan bukannya awek-awek cun kedai pelayan. Dipendekkan cerita, saya adalah budak baik. Haha!
2) Makan tak banyak tapi perut boroi.
Siapa tak suka kalau diri dia makan sikit? Tuan puan tipu kalau cakap tak suka. Kenapa? Sebab utamanya ialah tuan puan boleh berjimat cermat cukup sehari sekali makan. Kehidupan saya memang meriah walaupun tidak dikelilingi awek awek cun kerana dikelilingi dengan makanan-makanan yang lazat semuanya. Masalah kepada saya sekarang adalah perut saya hanya mampu menampung 50% daripada makanan yang dihidangkan kepada saya setiap hari. Yang membuatkan saya benci ialah makan sikit tetapi perut mantain boroi. Nampak gayanya saya perlu mencari pasangan hidup yang kurus tapi kuat makan dan yang pandai mengilangkan boroi lelaki. Haha!
3) Tak pandai join kontes.
Wow, ada kontes menawarkan hadiah lumayan. Hadiah wang tunai RM 30000, ada juga hadiah laptop. Hadiah kamera digital pun ada. Ayat-ayat seperti ini boleh membuatkan saya berpeluh dan hanya mampu melihat sahaja kawan-kawan join kontes tersebut. Hanya perasaan cemburu yang dapat saya tunjukkan. Jangan tanya saya kenapa tidak join je. Tak yah lah nak jelez. Sebab awal awal saya da beritahu yang saya benci diri sendiri kerana tak pandai join kontes. Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa saya tak pandai ataupun adakah saya ni seorang lelaki kacak yang pemalas? Hanya satu kontes yang saya ingin join, kontes melibatkan anak-anak tetapi semua itu tidak mengizinkan lagi buat diri saya . Haha! Nantikan artikel berikutnya mengapa saya tak suka kontes.
4) Tak boleh hidup tanpa internet.
Mungkin perkataan tak boleh hidup itu adalah terlalu jahat untuk digunapakai. Sebab ramai yang boleh hidup tanpa internet. Yes! itu memang betul dan itu adalah mereka dan bukannya saya. Cerita mereka saya buat lain kali. Ini hanya cerita saya. Hidup xde internet kadang-kadang membosankan dan menyakitkan hidup saya ibarat burung kepatahan sayapnya. Orang cakap, hidup ada awek jadi la, internet tak penting. Itu cakap mereka. Ini cakap saya, hidup xde internet lagi bosan daripada hidup xde awek. Mengapa? Sebab hidup ada awek juga membosankan, hidup tak bebas. Haha! Saya mengharapkan ada awek yang boleh menandingi internet datang mendampingi saya. lol.
5) Kredit/prepaid handphone tak pernah habis.
Ok la tu kredit tak habis, tak perlu topup. Itu memang betul, kredit tak habis maka duit pun jimat. Purata sehari saya habiskan kredit adalah hanya 50 sen. Terlalu sedikit bukan? Sebab terakhir kenapa saya benci dengan diri sendiri sebenarnya adalah sampai sekarang tidak mempunyai awek. Sebab itulah saya berkata hidup xde internet lagi bosan daripada xde awek. Haha! Ada sesape diluar sana sudi menghabiskan kredit handphone saya? Sekiranya ada, ON SUNYI dan hantarkan kepada 22333. Hanya untuk perempuan. Lelaki tidak dibenarkan. Anda akan dilayan selepas itu. Persolannya, adakah dengan cara ini kredit saya atau kredit puan puan? Haha. Saya melawak diakhir penulisan kali ini.
Tuan puan pernah tak mengalami situasi sepertimana yang saya alami itu? Apakah cara tuan puan menyelesaikannya? Kalau ada bolehlah kongsi bersama. Cukup sudah saya benci diri saya, sekarang sayang balik. Haha!
ps : masuk je jam 7 malam, mata pun segar. sigh
{ 115 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
memang tak patut aduka hina sultan yang telah mangkat.jika ada orang hina kita belakang-belakang.bila dapat tahu.kita pun marah.inikan pada si mati.sekeluarga mesti jadi marah.
perlu minta maaf.bloggger perlu jadikan iktibar.
benci diri sendiri~?
benci ke..sayang ke..bukan boleh buang2 pun..
benci ke.. sayang ke..tableh nak tukar2..
kalo susah nak tidur, bacalah buku2 atau bacaan ringan.
Jgnla benci2 diri sendiri…no good my fren ;D
i. Klu susah nak tido – Saya baca komiks, main game @ iPad
sampai mata berair baru tido
ii. Klu perut boroi – Buat sit-up 50x sehari tapi mesti nak
konsisten
iii. Tak boleh hidup tanpa internet – haha..saya pun sama…so NO KOMEN
iv. Kontes – Saya tak minat sgt
v . Kredit hp tak habis – Saya pn sama…takde yr penting…
Lebih suka bertentang mata ;D
NO KOMEN
← Previous Comments