
Semalam, tepat jam 4.25 ptg saya menerima satu panggilan daripada kaka saya mengatakan adik saya berada di hospital akibat kemalangan. Perjalanan ke hospital Serdang sungguh mencabar. Memandu Sang Wira yang telah tamat tempoh road tax adalah sangat kool.
Enam tahun yang lepas, azizan87 telah wujud. Masing masing sudah tahu apa maksud 87 di sebalik nama tersebut. Berbekalkan username ini, wujudlah akaun friendster dan merupakan laman web sosial pertama saya di alam maya. Mungkin tidak menjadi kepelikan kepada budak lepasan PMR untuk berjinak jinak di dunia jalur lebar.
Seingat saya username ini hanya bertahan selama dua tahun. Selepas itu wujudlah username azizan4444 yang menjadi kegilaan awek awek cun di alam maya sekarang. Haha! ;p. Banyak persoalan yang saya terima setelah menggunakan username tersebut. Salah satu soalan yang paling popular sekarang mengapa ada 4444, sedangakan ia membawa maksud yang tidak baik. Orang Cina menganggap empat adalah mati. Tapi saya orang melayu dan tak percaya semua itu.
Kenapa azizan4444 dan bagaimana ianya wujud? Macam biasa, azizan sudah pasti semua orang tahu. Saya malas nak huraikan panjang panjang. 4444 tu sebabnya saya pecinta wanita dan mampu untuk memenuhi kuoata 4 itu. Haha! Empat tahun yang lepas mereka mengatakan nama saya sangat cun dan sudah semestinya tuan punya badan pun cun (melalui YM). Cis, kejam mereka!. Ini nama saya, cukup lelaki. Encik Mohd Azizan Kadir. Encik menunjukkan yang saya adalah lelaki sejati. Selepas kejadian ini maka wujudlah azizan4444.
Sejak dari itu, username ini telah menguasai dunia internet termasuklah http://twitter.com/azizan4444. Apa lagi? Follow la gwe. ;p
Baru sebentar tadi, untuk memastikan adakah username ini masih wujud atau tidak. Saya masuk ke laman sosial MySpace yang kali terakhir saya log in adalah pada tahun 2007. Memang sah ia tidak wujud lagi. Adakah telah dihack? Jodoh saya dengan MySpace tidak lama. Haha!
Facebook tidak termasuk mungkin kerana username lain yang tidak kurang koolnya. Bagaimana dengan username anda? Dulu kini dan selamanya? Atau juga sejarah mungkin berulang? Haha. Untuk memudahkan lelaki kacak di luar sana mencari calon isteri, sila nyatakan username anda di ruangan komen. Ahakz;p
{ 71 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
Username aku paling mesra sebutan, cuba sebut Dauspozi… huhu Daus= FIRDAUS
Pozi: FAUZI
Ingat Hijau : Ingat Daus
@Dauspozi, username ko sgt mudah n sng nak ingt bro..gabungan nme anak n ayah..cool..hehehe
guna missYu kat jiwang.org sejak 2003
masih boleh login
Yu – kakak dlm bahasa jawa
Kujie – Ku – nama keluarga
Jie – nama panggilan bapa mertua yg lidah jawa susan nak sebut zie
so zie jadi jie.
lahirlah Kujie.
@Kujie, unik jgk name kak jie..mmg xtaw la klu xde penerangan cmni drp kak jie,
2003 tu satu tempoh yg lame..
dahsyat la zizan..tapi kawe sokong demo nk cukup kuota empat tu..insyaallah ada rezeki dapat..hehe
@Thoha, xde la bro..cukup la 1 je..hhehee…
haha…munggkin ko tertaip azizah4444 kot?sebab tu dorg ingat ko pempuan =D
tahun 1998 kerap online di intenet dgn username ‘Hightech_Munkie’.. pastu alami revolusi jadi macam2 username, aku pon dah tak ingat.. hinggalah munculnya username ‘AnamR’ (kononnya R tu Registered!) hahaha.. ‘AnamR’ wujud pada tahun 2002 kalau tak silap aku.. zaman aku mula addict dgn intenet..
time study kat kolej, ramai member aku ckp lengan aku bapak besar.. aku wat dek jela dh Tuhan nk bg lengan aku besar cmni, nk wat cmne.. n then dpt ilham time tgh buat research utk assignment.. ‘AnamR’ diubah ejaan jadi ‘AnArm’ (ARM = Lengan).. dan sampai sekarang username ‘AnArm’ wujud kat alam maya ni cuma dengan format ejaan yg lebih formal.. Anarm..
sekian, asal usul username/nickname aku di internet..
yg benar,
Anarm.Net
@Anarm, ko punye username lg unik bro..dr lengan ley jd anarm..huhu..org tgk anarm ni mcm name btol pon ada..
@azizan4444, nama btol aku Anam.. tanpa R..
username aku lagi best
AZIZUAN
7 huruf ni la username aku
7 huruf ni la nama sebenar aku
7 huruf ni la nama penuh aku
haha
wah…wah…. ada niat nak berbini 4 ye………….
haha… xpe niat tu penting… kita nk bg pahala kat kaum pompuan dapat payung emas yer tak Zizan… aku dulu pakai nick Arredza sampai sekarang… Faisal Reza tetap nama aku yang betul hehe
← Previous Comments