5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadi Seorang Blogger

by azizan4444 on August 16, 2010

blogger

Salam 1 Malaysia buat semua. Adakah anda yang sedang dan akan membaca entri ini adalah seorang blogger? Jika anda seorang blogger, adakah anda sememangnya seorang blogger atau hanya sekadar nama? Mungkin persoalan ini memeningkan anda tetapi ia cukup membuatkan anda seorang blogger untuk berfikir. Menjadi seorang blogger memang senang, dalam masa 10 minit pun sudah cukup untuk anda bergelar blogger dengan hanya membuat blog yang berplatform free terutama blogspot. Saya bukan nak merendahkan blogger yang menggunakan blogspot kerana saya pun bermula dengan blogspot juga suatu masa dahulu,tetapi apa yang menjadi persoalan adakah anda cukup bersedia untuk menjadi seorang blogger?

Untuk menjadi seorang blogger, anda perlu bersedia terutama dari segi mental. Kenapa saya berkata sedemikian? Sebabnya bila kita sudah menjadi blogger, sudah pasti kita akan menulis di blog kita. Setelah sesuatu entri di publish, ia akan mengundang 1001 satu persoalan daripada pembaca. Reaksi dan respons daripada mereka mungkin baik atau tidak. Di sini ia akan memcabar kewibawaan anda. Saya bukan melemahkan semangat anda yang baru untuk menjadi seorang blogger tetapi itu adalah kebenaran untuk menjadi seorang blogger.

Berblog Membuka Minda

Kebanyakan orang berfikir blogging membuang masa.Menghabiskan masa di depan komputer untuk sesuatu kerja yang tidak berfaedah. Ada sesetengah berpendapat berblog memerlukan masa yang secukupnya untuk update blog.Ini semuanya pendapat yang tidak boleh diguna pakai dan alasan yang tidak munasabah.

Sebenarnya, berblog dapat membuka minda. Seseorang blogger adalah tidak terhad masanya. Berblog boleh dilakukan secara  santai dan bukan hanya bertumpu kepada dalam negara sahaja,malah blogger yang hebat akan mengambil peluang untuk berkenalan dengan blogger dari luar negara. Seorang blogger yang betul, adalah mereka yang sering mencari sesuatu idea yang baru. Kita sebagai blogger, kitalah yang menentukan masa untuk blogging dan bukannya blogging yang handle kita.

Disiplin Diri Dipertingkatkan

Bila berblogging, sudah pasti anda akan menulis. Dalam menulis sesuatu entri, mungkin kita selalu diingatkan supaya tidak melanggar etika seorang blogger. Etika seorang blogger? Salah satunya ialah kita dilarang untuk menulis artikel yang boleh memecahbelahkan sesuatu kaum atau artikel yang berbentuk propaganda. Membangkit isu-isu sensitif.

Sekiranya anda sudah bersedia bergelar sebagai seorang blogger.Tidak mustahil anda boleh menjadi individu yang berdisiplin.

Berlumba-lumba Untuk Menjadi Yang Terbaik

Salah satu sebab anda untuk berblog adalah mencari kepuasan. Bila penulisan anda dihargai, itulah nikmat sebenar kepuasan dalam dunia blogging. Bukan senang untuk menjadi yang terbaik dan bukan susah untuk mejadi yang terburuk. Bila anda menulis sesuatu topik yang mana di tulis oleh ramai blogger contohnya seperti tentang isu semasa, di sini akan melahirkan satu perlumbaan yang sihat dalam melahirkan pendapat masing masing.

Menunjukkan Bakat Dan Kekreatifan Melalui Penulisan

Masing-masing mempunyai idea dan cara tersendiri dalam mengendalikan blog mereka. Apa yang dimaksudkan di sini adalah trademark atau penjenamaan blog mereka.Tidak semua blogger mempunyai bakat yang sama. Ada yang lebih kepada membuat duit secara online sebagai contoh melalui blog. Mungkin juga ada yang berkongsi kisah hidup, pengalaman hidup dan suka duka kisah cinta mereka. Tidak lupa juga anda yang suka berkongsi tips yang menarik.

Lagi menarik ada diantara blogger yang hebat dalam penulisan dan ditambah dengan kekreatifan dalam fotografi. Blogging adalah salah satu cabang untuk memperkembangkan bakat yang anda ada.

Menjana Duit Online

Siapa cakap berblog buang masa?. Mereka yang hebat, dengan blogging pun boleh menjana pendapatan dan ada di antara kita yang menjadikan blog sebagai sumber pencarian mereka. Dalam setahun boleh menghasilkan beribu-ribu daripada blog dan ada juga yang mencecah juta. Sungguh menakjubkan.

Anda bermula dari bawah, mungkin tidak percaya yang anda juga dapat melakukan seperti mereka. Dan jalan mudah anda menetapkan matlamat anda sebagai blogger adalah untuk suka-suka. Anda adalah golongan yang rugi dan tidak berani mencuri peluang sedangkan anda sudah sebelah kaki ke arah sana. Bermula saat anda membina blog, dari situlah bermulanya proses menjana  duit secara online.

Anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 1-2 tahun

Bermula dari sekarang dengan matlamat untuk menjadi blogger yang berjaya. Jangan ambil jalan mudah. Hidup seorang blogger itu cool.

{ 69 comments… read them below or add one }

yusenze August 16, 2010 at 6:09 am

Menjadi blogger yang berdisiplin menuntut kepekaan terhadap persekitaran. Ruangan ini seharusnya dijadikan medium untuk kita mengembangkan mentaliti yang selama ini terperangkap. Maksudnya, kita harus mengambil peluang untuk menjadikan diri kita semakin maju terutama sekali dalam etika penulisan. Penceritaan berkisarkan kisah peribadi akan tampak menarik dengan olahan yang kreatif dengan mengambilkira segenap aspek aturcara mencurah gaya bahasa. Melalui penulisan juga kita dapat meluahkan rasa gulana, tetapi kita haruslah menjaga kepentingan perasaan pembaca juga. Jangan terlalu emosional sehingga membangkitkan rasa mual pembaca. Harus diingat, “Bahasa Jiwa Bangsa”. Oleh yang demikian kita harus menjaga “jiwa” ini sebaik mungkin. Jangan hanya terlalu mementingkan penjenamaan sahaja.

Reply

hana tantik August 16, 2010 at 6:11 am

@yusenze, perhhh yus! ni kalau cikgu bm tgk…bangga smpai raye t dye…

Reply

hana tantik August 16, 2010 at 6:10 am

saya blogger yang x korek idung tyme bln pose.. hehe

hee..siyesnye dye law menulis ek? btw nice!

Reply

Cha'on August 16, 2010 at 6:14 am

ini entri ke2 untuk contest ini hidup blogger kan jan..? wahh.. maklumat yang diberikan secara terperinci.. sebagai tambahan disini, berbelog nie juga boleh menambah ramai kawan tak kiri dimana jua berada.. Banyak aktiviti yang telah dijalankan supaya blogger2 nie dapat bersemuka dan berkenalan dengan lebih rapat..

Reply

yusenze August 16, 2010 at 6:18 am

@Cha’on, pembetulan (tak kiri = tak kira) hahha..

Reply

Cha'on August 16, 2010 at 7:32 am

@yusenze, typo la yus.. tak sengaja.. hahha..

Reply

Syafrizal August 16, 2010 at 6:14 am

kalau nak jadi blogger berjaya memang boleh tapi nak istiqamah tu yang payah.. apa2 hal pun semoga berjaya pada mereka yang baru berjinak2 dalam blogging…
betulkan niat anda.. baru betul…

Reply

Cik Nass August 16, 2010 at 6:27 am

Tips yang berguna untuk blogger baru seperti saya…

Reply

Miro August 16, 2010 at 6:33 am

aku kopipes komen yus bleh dop….hahahaha

Reply

zairie August 16, 2010 at 6:34 am

setuju! =)

my recent post:
ost epilog cinta.. jom layan =)

Reply

boy_bersahaje August 16, 2010 at 6:36 am

Yup, jadi blogger memang senang. Tetapi nak maintain jadi blogger yang baik, berdisiplin dan menulis dengan baik memrlukan latihan dan masa. Blogger juga terdedah dengan suasana membaca. Dari pembacaan boleh lahirkan pemikiran kritis dan minda terbuka. Nice entri bro! really like it =)

Reply

hellioz August 16, 2010 at 6:36 am

arrrrr……

but if everybody jump into the bandwagon,
things will get pretty messed up…

gyahahahahhahah~

Reply

Mohd Shahrul Hafizi August 16, 2010 at 6:45 am

Setuju tu bro. Apa-apa pun tanya balik pada diri sendiri apa niat sebenar kita untuk berblog. Kalau mahu buat diari maya, rasanya better buat private je melainkan mahu pandangan atau nasihat bloggers lain. Dan sebagainya.

Niat yg baik akan mendorong ke arah tindakan yg baik.

Peace! :)

Reply

kami August 16, 2010 at 6:47 am

info yang menarik bole dibuat rujukan..

Reply

diriku August 16, 2010 at 7:00 am

Blog ni dunia yg baru..belum diterokai sedalamnya…ceewah..ha2

Reply

diriku August 16, 2010 at 7:01 am

nice info for sharing=]

Reply

NoorAfzan August 16, 2010 at 7:45 am

cool tips..
thanks jijan

Reply

Extremist Thinker August 16, 2010 at 8:10 am

xnk jd beloger :p

Reply

PoJiePooH August 16, 2010 at 8:25 am

“berblog memerlukan masa yang secukupnya untuk update blog”.. saya masih bersetuju dgn statement ini.. sbb pada saya setiap blogger bukanlah fulltime blogger.. ada yg mempunyai komitmen serta kerjaya lain.. unless kalau mmg dah jenis yang bloggerholic, idea mencurah2.. pasti akan cuba untuk update blog.. dan 1 lagi, populariti memainkan peranan yg penting.. jika popular blog tuh, ramai readers, idea pun tiptop like you, pasti penulis itu sendiri berkobar2, tidak dapat lama sekejap pun jadi utk update semata2 utk pembaca, klo macam Pojie nih kdg2 sedih gak rasa.. so update jela ikut masa..

Love,
PojiePooh Abdullah

Reply

hanif August 16, 2010 at 8:30 am

Tip yng menarik bro,sume aku setuju..berblog memang membuka minda..bnyak info yg bole dpat melalui blog ni..

Reply

Nina' August 16, 2010 at 8:50 am

erm2222222222222 =)

Reply

adamfaiz August 16, 2010 at 9:15 am

Nice entry..akan datang sini lagi nanti..

Reply

Amanda Eltiqaz August 16, 2010 at 9:16 am

saja2 nk jadi blogger..hehe

Reply

Khai August 16, 2010 at 9:20 am

Jatuh bangun akan jadi asam garam.. lebih ramai yg nak nengok kita jatuh dari nak nengok kita senang… so berhati2lah… dan ingat, jika sekali gagal, kita bangun balik dgn lebih daripada yg sebelumnya… jgn terjelupuk kat situ je dgn menanti orang hulur tangan kerana mmg tiada org boleh bantu melainkan kita bantu diri sendiri…

Reply

samdaddycool August 16, 2010 at 9:36 am

Blogging bagus untuk mencetus idea dan berkongsi rasa. Cuma bukan semua orang boleh jadi blogger yang bagus / berkualiti. Bila dah jumpa rentak berblogging.. apa lagi, kayuh ke depan, jang pandang belakang..

Reply

hafidz August 16, 2010 at 9:43 am

Dengan adanya 5 tips ni Insya’allah akan menjadi seorang blogger yang suksess :D

Reply

syahrilhafiz August 16, 2010 at 10:24 am

nak jadi blogwalker…hoho.
sambil jalan2..
perkenalkan sy blogger pingu..haha
nice entri bro..aku setuju..
dari sini boleh bentuk disiplin walaupun dialam maya…

Reply

acapz August 16, 2010 at 7:16 pm

@syahrilhafiz, hye blogger penguin. haha. slm knl ek. comel awk ni. lawl. hahaha. jadi blogger nk berknl ngn awek de jgk kn. hahaha!

Reply

syahrilhafiz August 16, 2010 at 7:44 pm

@acapz, haha..kalau ada apa salahnya..
teringin gak..hhuhu

Reply

acapz August 16, 2010 at 7:56 pm

@syahrilhafiz, haha. sme la. lalala shh! :P

Reply

madlut August 16, 2010 at 11:16 am

hehe..betul tue bro..
bagi aku cabaran paling mencabar adalah kena mendisiplinkan diri untuk update blog…
kadang2 takde idea, akan mendorong kita untuk membaca jugak untuk dapatkan idea.

Reply

pawaka19 August 16, 2010 at 11:22 am

tips yang bgus ni..aku masih selesa dengan blogspot..tp berbayar juga domain..papepon thanks for sharing

“Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower”

Reply

eiyda August 16, 2010 at 11:53 am

saya berblog da setahun lebih..tp still cam ni..kejap semangat..kejap give up..huhuhu…

Reply

ejum August 16, 2010 at 12:37 pm

banyak betul kate ko zizan, aku rasa bila kite berblog..kite dkat dgn isu2 semasa..kita tambah ilmu, dari main facebook lebih banyak mengumpat..kita bukak minda kita dalam penulisan…tapi nak dapatkan displin dalam berblog tu mmg susah sikit lar..

p/s ko mmg hebat lar tulis2 panjang2 gini..hehe

Reply

sha-hir@meng August 16, 2010 at 1:20 pm

alamak..terlepas jd 1st komentor..aku ttdo smlm..hahhaa
nway, banyak perkara aku stuju psal entri..
stiap kali nk post entri, minda akan terbuka lg2 bile post bende2 berbentuk pemikiran, atau pandangan..mengenai masa plak, kne la pndi membahagi mase kn..xde la kne on9 24/7..

Reply

mummynana August 16, 2010 at 2:06 pm

setuju sangat. pelbagai sejarah dan latar belakang blogger-blogger malaysia ni. macam sy pun asal-asal dr friendster pnye blog (dorg gune WP) terus tukar WP free kemudian baru thn ni host kan ke domain sdrik. lama gak tu. amik masa 5 thn melalui fasa-fasa yang free, free, smpai la tak free punye hehe. :)

Reply

apiih August 16, 2010 at 3:02 pm

kenapa sy jadi blogger????eeeemmm….ntahlah…hahahaha

Reply

acapz August 16, 2010 at 7:16 pm

@apiih, lawl. hahaha. ko xthu ke bro?. suka2 kowt. ehe

Reply

wazy August 16, 2010 at 3:11 pm

memang best kalau jadi blogger ni,hehehe
btw info yang terbaik ni bro

Reply

Yiedpozi August 16, 2010 at 3:28 pm

kwn2 skolah aku sumenya ckp berblog ni membuang masa… cikgu aku pon ckp gitu gak. cikgu aku pon dah tau aku berblog. cikgu aku nasihatkan upaya aku lebihkan pelajaran. aku berblog, tapi aku jugak belajar. aku bukan blogger tegar… pelajaran aku pon x merosot.

aku update blog pon pada masa lapang. kalau aku ada homework, kena buat dulu. nanti mak aku marah. lepas siap, baru leh online.

kwn2 aku x tau berblog ni boleh mendapat duit. tapi aku berblog bukan sbb duit. tu pon sbb minat. best gak nampak abg tulis blog.

Reply

Luth Textile August 16, 2010 at 4:36 pm

psss.. demo dok rahsia lagi tiap2 bulan boleh duit iklan berapa ratus ehhh hahah

Reply

miss.. August 16, 2010 at 4:40 pm

hehe..baik cikgu :)

Reply

donha August 16, 2010 at 5:27 pm

hah..adakah aku berdisiplin? wow..cool beb.. aku suka..

Reply

cik jari August 16, 2010 at 6:38 pm

yeah..selamat memeriahkan dunia blogging~~~

Reply

acapz August 16, 2010 at 7:15 pm

berkongsi pngetahuan dismping menjana duit secara on9. hehe. suka pulk aku blogging ni. first start mcm bodo je aku update buat entri. skng alhamdullilah de la jgk coraknye. hahaha. skng dah wp. lagi la syukur :D

Reply

zezebel August 16, 2010 at 7:22 pm

Yang last sekali tu yang best.
Hehehehehe….. :)

Reply

suri August 16, 2010 at 8:32 pm

berblog macm2 blh buat rasanya cam nescafa pulak 3 dalam 1 heee..

sambil berblog kita blh mcri kawan dari serata ngri, kita blh menjana wang dgn bukak busines online/ofline..dan cam2 lagi..

Reply

mancai August 16, 2010 at 9:16 pm

apapun jadilah blogger yang tidak mendatangkan kearah ketidak baikan… Insya-Allah

Reply

encik psychopath August 16, 2010 at 9:30 pm

sokong. tp menjana duet tu diam2 jela.

Reply

Pisyek August 16, 2010 at 11:03 pm

wow, menarik tu… seo punye pasal… kah3… :D

tapi berblog sebenarnya mmg mendisiplin kan diri…

nk cuba maintain 4 post seminggu tu pun susah…

hoho…

Reply

kulanz August 17, 2010 at 12:35 am

Aku suka part “berblog dapat membuka minda.”.. dulu mula-mula buat blog, aku tak tahu pun blogging ni kena ikut etika dan peraturan segala.. tapi lepas dah beberapa bulan, baru ada kesedaran.. hasil pembacaan kita dari blog orang lain pun boleh membuka minda.. betul tak bro?

Reply

etomyam August 17, 2010 at 12:52 am

memang tepat sekali ulasan bro, steady. Berblogging sebenarnya juga melibatkan proses pembelajaran dewasa :D

Reply

Mijie August 17, 2010 at 1:09 am

bagus bro entry ni..dapat manfaat dari berblog kan. dan yang paling penting berblog secara konsisten..

Reply

mrnamie August 17, 2010 at 4:32 am

bagi aku, dengan blogging ni asah minda jadi matang, dan alert pada persekitaran.. *sentiasa cari isu nak dikupas dalam blog* haha

Reply

fiezaradzi August 17, 2010 at 2:15 pm

disiplin lau tul2 serius berblog..

berblog ni bagus utk saya sebab dapat tambah kenalan.. kat tmpat kerja & rumah, tak ramai kawan pun, sbb tak rmai org.. so, online ni leh buat kita rasa kita byk kawn.. ye ke?? hehe

Reply

Amirez August 17, 2010 at 2:43 pm

skang ni title blogger dah dipandang tinggi. tak macam dulu, sebut blogger ada org yg tak tahu. blogging gak satu aktiviti yg sihat kalau nak dibandingkan dengan keluar melepak sembang2 kosong. tak gitu ;)

Reply

Pisyek August 17, 2010 at 11:32 pm

displin dah ada, idea dah ada, tetibe server plak down… tak brape nk berblog la jawab nye.. ekeke…

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: